Anda di halaman 1dari 14

ISU : SAMPAH SARAP

1- PENGERTIAN

Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin mencemar oleh


sebab-sebab

tertentu

seperti

pencemaran

udara,

air,

tanah,

bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran ini, akan membawa


kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi
di

masa

depan.

Pertambahan

aktiviti

perindustrian

sememangnya

membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun,


pembangunan

yang

kurang

terancang

memberi

beberapa

kesan

sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang


dijalankan tidak disertakan dengan pemeliharaan alam sekitar.
Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang
semakin serius pada alam sekeliling kita. Antara sebabnya ialah orang
membuang sampah merata-rata adalah kerana mereka tidak mahu
bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah atau tidak mahu
membayar yuran penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka
menceroboh harta awam. Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab
individu

dan

masyarakat

yang

membuang

sampah

sesuka

hati,

membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya.


Punca yang seterusnya, kurang pendidikan menyebabkan masih
ramai yang belum faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam
sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga tidak tahu apakah akibatnya
atau kesannya kepada kesihatan kita. Di samping itu, penguatkuasaan
undang-undang yang lemah pihak penguatkuasa yang kurang tegas,
mudah di tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undangundang sudah ada tetapi jika tiada pelaksanaannya maka sia-sia. Semua
faktor ini telah menjejaskan alam sekitar yang serius pada hari ini.

Punca pembuangan sampah di sekolah saya juga kian meruncing.


Hal

ini

kerana

kurangnya

kesedaran

di

kalangan

pelajar

dalam

pembuangan sampah ini. Sepatutnya pelajar-pelajar harus membuang


sampah di dalam tong. Lebih eloklah sekiranya jika dikitar semula. Tetapi
pada hakikatnya tiada tong kitar semula.
Kesan

kesan

pembuangan

sampah

adalah sampah

yang

mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan


najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air boleh
menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebihlebihan.

Keadaan

ini

boleh

menyebabkan

berlakunya

proses

eutrophication dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga


tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang
mereputkan atau decompose alga tersebut akan mempergunakan
jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain
tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
Kesan yang seterusnya ialah pembuangan sampah merata-rata
tempat akan menjejaskan kesihatan pelajar dan persekitaran sekolah
menjadi kotor . Sisa-sisa pembuangan sampah boleh membawa pelbagai
penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan sebagai.
Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk
Aedes membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman
denggi kepada orang sekeliling serta boleh membawa maut. Selain
daripada itu, memberi kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh
menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran
bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya
disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah


pembuangan sampah yang semakin buruk ini ialah meminimumkan
penghasilan sampah sarap. Kempen"3R"(Reduce, Reuse and recycle,
meminimumkan iaitu Kurangkan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula)
2

merupakan pengurusan sampah sarap dari segi sisa. Contohnya, Ketua


Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melancarkan hari tiada beg
plastik pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu di seluruh negeri Pulau Pinang
bagi mengurangkan kadar pembuangan sampah jenis plastik malah juga
mengurangkan kos pengendalian sampah sarap dan dapat memelihara
alam sekitar.
Rentetan itu, pendidikan dan kesedaran dalam bidang sisa sampah
dan pengurusan sisa sampah semakin penting dalam menangani masalah
pembuangan sampah . Pihak sekolah dan ibu-bapa perlu menyalurkan
ilmu moral tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan menanam tabiat
menjaga kebersihan alam sekitar sejak mereka berada di peringkat kanakkanak

lagi.

Pelbagai

kempen

perlu

dilaksanakan

seperti

ceramah

"Cintailah Sungai Kita", iklan TV dan radio perlu diadakan dari semasa ke
semasa agar dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia supaya tidak
membuang sampah di merata-rata tempat.

Langkah yang seterusnya, organisasi-organisasi seperti sekolah,


balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada
kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap
prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta
mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar
si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam
sekitar.
Di samping itu, langkah yang seterusnya adalah kita sebagai
individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan
adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan
semula, menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang
yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang
yang

tidak

diperlukan.

Sikap-sikap

pencemaran pada alam sekitar.

sebegini

dapat

mengurangkan

Program kitar semula juga adalah salah satu langkah yang baik
untuk menggelakan masalah pembuangan sampah. Kebaikan program
kitar semula dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada
sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru
dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan
yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan
ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber
semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya.
Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari
segi ekonomi dan alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil
kitar

semula

memerlukan

sedikit

tenaga

dalam

loji

pemprosesan

dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan mentah semula jadi


yang

menyebabkan

penjimatan

tenaga.

Pemakaian

semula

hasil

pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan


bagi negara-negara sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam,
kertas, kaca, plastik dan getah jika dikitar semula boleh mengurangkan
pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari segi alam sekitar pula ialah
apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan
4

buangan

yang

harus

dilupus

sehingga

mengurangi

tempat

yang

diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh


menyuburkan tanah
Kesimpulannya,
mengancam

masalah

kehidupan

pembuangan

manusia

dan

sampah

haiwan

sarap

serta

telah

menjejaskan

kesejahteraan alam sekitar. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu
dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sampah sarap. Semua
pihak

perlu

memainkan

peranan

masing-masing

dan

harus

melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan


hidup masa kini serta kehidupan generasi akan datang. Langkah-langkah
seperti meminimumkan sampah-sarap dan pendidikan serta kempen perlu
diteruskan. Kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam
mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi dan semoga kita boleh
sentiasa hidup dalam persekitaran yang bersih dan sejahtera.

2- LAPORAN

LAPORAN :
JOM KITAR SEMULA
SK SERI YONG PENG
INOVASI- 3R
REDUCE , REUSE, RECYCLE
(TONG SAMAPAH KITAR SEMULA)

1.0

NAMA PROGRAM
JOM KITAR SEMULA

2.0

TEMA
Kitar Semula Amalan Kami.
5

3.0

ANJURAN
Kelab Alam Sekitar SK Seri Yong Peng

4.0

5.0

TARIKH / HARI / MASA


Tarikh

: 8 Mac 2014

Hari

: Sabtu

Masa

8.00

Pag

TEMPAT
SK SERI YONG

6.0

PENG

OBJEKTIF
Melahirkan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang
pentingnya alam sekitar.

Memupuk semangat kitar semula bahan buangan.

Mengembangkan minda murid ke arah pemikiran yang positif .

Menjadikan salah sebuah sekolah di daerah Batu Pahat yang


pentingkan alam sekitar.

7.0

SASARAN

Semua pelajar SK SERI YONG PENG

8.0

TENTATIF PROGRAM

Sabtu
8 Mac 2014
8.00 pagi

: Berkumpul di Dataran Gemilang

8.30 pagi

: Taklimat daripada Penyelaras


Program

( Ustaz Mohd Rizwan bin Mat Zain )

9.0

9.00 pagi

: Pembahagian kumpulan dan program dimulakan

10.30 pagi

: Rehat

11.30 pagi

: Penutup

12.00 tengah hari

: Bersurai

PENILAIAN PROGRAM
9.1 Kekuatan Program :
1- Dapat melibatkan semua guru dan pelajar
2- Pentadbiran yang sentiasa memberi sokongan.
3- Penglibatan daripada pihak ibubapa
4- peruntukan yang mencukupi.
9.2 Kelemahan Program :
1- Aktiviti yang terlalu sedikit .
2- Masa yang terhad dan singkat.
3- Perjalanan program yang tidak sistematik.
9.3 Penambahbaikan :
1- Perlu menambah bilangan aktiviti
2- Melanjutkan tempoh masa bengkel kepada 5 jam.
3-Perlu merncang aktiviti ini lebih awal.

10.0

DOKUMENTASI BERGAMBAR
(Rujuk Lampiran)
Disediakan oleh,

.........................................................

EN. MOHD RIZWAN BIN MAT ZAIN


Pengerusi,
Program Jom Kitar Semula,
SK Seri Yong Peng.

3- REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah


kurnianya akhirnya Perlaksanaan Program Jom Kitar Semula dan laporan
bagi Kelab Alam Sekitar bagi matapelajaran Pendidikan Alam Sekitar
( ASK2202W ) ini dapat saya siapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Dalam melaksanakan tugasan ini, saya menggunakan sepenuh masa yang
telah diperuntukkan. Masa yang diberikan oleh Pensyarah Pendidikan
Alam Sekitar iaitu Puan Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali yang mencukupi untuk
melaksanakan tugasan ini walaupun sebagai guru pelatih kami tidak
terlepas daripada melakukan tugasan-tugasan lain dan hal inilah yang
menjadi cabaran terbesar kami untuk membahagikan masa melakukan
berbagai-bagai kerja dalam satu masa. Jika kekangan ini tidak dapat
ditangkis, maka tidak dapatlah tugasan ini disiapkan seperti ini. Namun,
pemikiran yang positif ditambah pula dengan pengurusan dan strategi
perlaksanaan kerja, pengurusan masa, kerjasama pensyarah dan rakan
lain menjamin kualiti kerja projek ini menjadi sebuah tugasan yang baik.
Pada semester ini, saya telah diberikan tugasan melaksanakan
sebuah program yang berbentuk penjagaan alam sekitar. Selepas diberi
8

tugasan ini saya sedaya upaya menyiapkan tugasan ini bermula dengan
membuat kertas kerja dan seterusnya melaksanakan program yang telah
diamanahkan oleh pensyarah.
Alhamdulillah, saya dan pihak sekolah telah melaksanakan satu
program kitar semula iaitu Program JOM KITAR SEMULA. Objektif Program
ini adalah seperti berikut:

Melahirkan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang pentingnya


alam sekitar.

Memupuk semangat kitar semula bahan buangan.

Mengembangkan minda murid ke arah pemikiran yang positif .

Menjadikan salah sebuah sekolah di daerah Batu Pahat yang


pentingkan alam sekitar.

Pada peringkat perlaksanaan inilah komitmen saya terhadap sesuatu


kerja dapat dilihat. Berkat semangat kerjasama antara saya dan pihak
sekolah dapat dibina dengan adanya sikap toleransi antara satu sama
lain, selain mengambil berat terhadap tugasan yang diberikan.
Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya, tempoh masa yang tidak mencukupi dan perjalanan program
yang kelam kabut.
Antara Kekuatan, Kelemahan dan Penambaikan di dalam Program Jom
Kitar Semula ini ialah:
Kekuatan Program :
4- Dapat melibatkan semua guru dan pelajar
5- Pentadbiran yang sentiasa memberi sokongan.
3- Penglibatan daripada pihak ibubapa
4- peruntukan yang mencukupi.
Kelemahan Program :
9

6- Aktiviti yang terlalu sedikit .


7- Masa yang terhad dan singkat.
8- Perjalanan program yang tidak sistematik.

Penambahbaikan :
1- Perlu menambah bilangan aktiviti
2- Melanjutkan tempoh masa bengkel kepada 5 jam.
3-Perlu merncang aktiviti ini lebih awal.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru


mengenai mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar ini. Ia mejadikan saya
seorang yang cintakan Alam Sekitar dan mempunyai sikap yang pandai
dan arif dalam menguruskan penggunaan barangan yang boleh dikitar
semula serta pengalaman melaksanakan program. Sikap ini akan saya
terapkan kepada pelajar sekolah apabila kami tamat belajar kelak.
Mengakhiri ruangan refleksi ini, jutaan terima kasih dilayangkan
kepada pensyarah terlibat terutamanya Puan Nor Rul Azlifah, guru-guru
dan rakan-rakan kerana tanpa bimbingan dan bantuan anda semua
tugasan seperti hari ini tidak mungkin dapat disiapkan dan walaupun ia
berjaya disiapkan hasilnya tidak sepertinya.
Semoga ilmu yang baik ini dapat kami manfaatkan untuk menjadi
guru yang berguna apabila kami ditempatkan di sekolah nanti.
Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
buruk itu dari kelemahan kami sendiri. Wassalam

Terima kasih.

10

RUJUKAN
1. Miller, G.T. (2004).
Environmental Science: Working with the earth (10th ed.)Canada: Thompson
Learning, Inc.
2. Palmer, J. dan Neal, P. (1994).
The handbook of environmental educatio.London and New York: Routledge.
3. Gregory, K.J dan Walling, D.E.(1988).
Manusia Dan Proses Persekitaran.Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Abdul Samad Hadi, Abdul Hadi Harman Shah, Ahmad, Fariz
Mohamed &Shaharudin Idrus. (2006).Mencari kelestarian bandar kecil Bangi:
UKM.
5. Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam
Sekitar:Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia:
KementerianPendidikan Malaysia

11

LAMPIRAN

FOTO

12

13

14

Anda mungkin juga menyukai