Anda di halaman 1dari 7

sejarah dan asal usul congkak

permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti
tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic
menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000
hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.
Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupaan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di
Kepulauan Carubran juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak
dikenali dengan nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.
Pada zaman dahulu,golongan istana bermainan congkak dengan menggunakan papan congkak
yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan
mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak
begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di
internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam
budaya dan bangsa di seluruh dunia.Di zaman teknologi ini Terdapat juga permainan congkak
dalam talian yang telah dicipta.
Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang
lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu
seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai
pemenang.

Asas dan cara bermain congkak


Pada entri kali ini saya akan menunjukkan asas,peraturan dan cara untuk bermain congkak:-

Permainan congkak secara asasnya melibatkan pengiraan mudah. Mereka yang cekap
mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima
atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar
80 cm dan lebanya 18 cm.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan
permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan
rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil
buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di
lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung
sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di
lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan
mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah
akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan
permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu
lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang
sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di
sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan
buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga
ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan
mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan
pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini
tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga
pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang
memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain
dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Sejarah dan asal usul batu seremban


Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan tradisional ini
digemari oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan iaitu dua orang
atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau
ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini. Objek-objek
ini dikenali sebagai buah.
Permainan batu seremban ini selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam
rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk
diatas lantai supaya ianya lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat
beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan
peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan,
sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan
Buah Satu:
*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara
satu sama lain.
*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Buah Dua:
*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga:
*Buah tiga ada sedikit perbezaan.
*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:
*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai
dengan serentak.
Buah Lima:
*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas
lantai dengan serentak.
*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah
yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja
yang akan disambut.
Buah Enam:
*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah
yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh:
*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
Buah Lapan:
*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.

*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.


*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus
Timbang:
*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk
mendapat mata.
*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
*Tangkap batu seremban yang ada di tangan
Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
Batu yang dijatuhkan = 0 mata
Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.
Tamat Permainan:
Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah
memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.
Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada
peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Sejarah dan asal usul guli


Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu
yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak
lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang
teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain
mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli
tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan
sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan
simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang
pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.
Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah
pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang
paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat
daripada kaca.
Gelanggang:
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m.
Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan.
Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.
Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.
Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.

Cara bermain guli


Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang
induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain
yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan
agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat

jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat
jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke
dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada
berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal
permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran
dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh
menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain
diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua
pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah.
Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan
memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke
atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Anda mungkin juga menyukai