Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PRINSIP DAN FALSAFAH
Prinsip- prinsip Bimbingan

Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.


Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh
dikawal.
Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan
tidak sihat.
Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru,
murid, guru pembimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibu bapa yang berkenaan.

Prinsip- prinsip Kaunseling

Kaunseling diberi kepada orang normal yang sedang menghadapi kecelaruan dan
kerunsingan.
Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien berasaskan kemesraan dan
kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting.
Kaunselor membantu klien untuk membuat keputusan, Kaunselor tidak membuat
pilihan atau keputusan.Kaunselor ibarat tochlight
Kanselor percaya seseorang itu haruslah mempunyai peluang untuk memilih
matlamat hidup dan bebas dalam mencapai matlamat hidup.
Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan.
Kaunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan berasaskan teori-teori dalam
kaunseling.
Kaunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang baik.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling


Bahawasanya setiap pelajar mempunyai
potensi yang boleh digembelengkan secara
optimum menerusi pengurusan menyeluruh
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
cekap, berkesan dan beramanah
berteraskan sumber dalaman dan luaran
bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari
aspek intelektual, jasmani, emosi dan
rohani serta beriman dan beramal soleh.

PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2. KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bantu pelajar berkembang dalam semua bidang.


Bantu pelajar buat pilihan dalam peringkat persekolahan mereka.
Bantu pelajar buat pemilihan kerjaya & membuat persediaan.
Menolong pelajar buat penyelesaian di sekolah.
Kenal pasti & memotivasikan pelajaran.
Kenal pasti jenis pertolongan yang diperlukan oleh pelajar.
Bantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat
membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi
dan psikologi di mana ia berada.
Bantu pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan
dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat
keputusan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai