Anda di halaman 1dari 2

Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan

Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan.


Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.

Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku


cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat
sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai perpustakaan
sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan sekolah.
Banyak kebaikan jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.
Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan memupuk
semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah,
buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.
Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara
yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan.
Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini juga boleh mencegah kita daripada
terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sperti merokok, merempit, melepak dan
sebagainya.
Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan. Bahan
bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita tidak perlu
membeli buku rujukan atau buku cerita. Kita juga tidak perlu membeli buku yang
mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana ia terdapat di perpustakaan.
Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat kerja
sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat perbincangan
berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di perpustakaan. Ini akan
meningkatkan kemahiran belajar kita.
Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan
pembelajaran. Gunakanlah perpustakaan dengan sebaik mungkin.