Anda di halaman 1dari 2

Pemeliharaan

Mengindahkan kawasan persekitaran Kota Cornwallis


- Pihak pengurusan perlulah menceriakan dan mengindahkan kawasan
persekitaran Kota Cornwallis dengan lanskap yang menarik.
- Mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora yang
terdapat di Negara kita
- Sebagai contoh, pihak pengurusan boleh menanam bunga Rafflesia di
kawasan persekitaran Kota Cornwallis untuk mencantikkan lagi kota
peninggalan British ini. Hal ini demikian, kerana selain melawat tapak
bersejarah, pengunjung juga dapat melihat sendiri bunga Rafflesia
yang mempunyai keunikannya tersendiri.
- Keindahan yang terdapat di tapak bersejarah, secara tidak langsung
dapat memastikan tempat tersebut sentiasa dikunjungi oleh pelancong
sama ada dari dalam atau luar Negara.
Dendaan terhadap sesiapa yang mencemarkan Kota Cornwallis
- Di samping itu, pihak pengurusan juga perlu mendenda sesiapa sahaja
yang didapati membuang sampah atau telah mencemarkan
persekitaran kota Cornwallis ini
- Ini kerana, kota ini merupakan warisan peninggalan British di Pulau
Pinang yang mana menjadi tapak sejarah yang penting untuk
membuktikan penjajahan British di Pulau Pinang. Sehubungan dengan
itu, ramai pelancong dari dalam dan luar akan berminat untuk melihat
tinggalan British ini dan sekiranya kawasan persekitaran dipenuhi
dengan sampah makanan dan minuman serta bahan-bahan buangan
yang lain, ianya akan menjatuhkan imej Pulau Pinang yang telah
dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO.
- Sebagai contoh, tin-tin minuman yang tidak dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan akan mencemarkan kota Cornwallis dan
akhirnya membantutkan minat pelancong untuk datang ke Pulau
Pinang.
Memperketatkan kawalan keselamatan
- Pihak pengurusan perlu memperketatkan kawalan keselamatan kota ini
agar dinding-dinding kota ini kekal sebagaimana yang terdahulu. Ini
kerana berkemungkinan pengunjung yang nakal menconteng dan
melakar dan menconteng dinding-dinding kota dan akibatnya dapat
mengelirukan pengunjung yang berfikir bahawa contengan itu adalah
hasil contengan tentera British suatu ketika dahulu.
- Sebagai contoh, pihak pengurusan juga boleh menambah bilangan cctv
di dalam dan luar kota Cornwallis. Sumber kewangan boleh diambil
daripada hasil dendaan pengunjung yang mencemarkan kawasan
persekitaran kota.

Pemuliharaan
-

Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam


mahupun luar persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai sebagai
langkah pemuliharaan tempat bersejarah ini.
Sebagai contoh pihak pengurusan perlu peka dengan kondisi tiangtiang di Kota Cornwallis seandainya terdapat keretakan agar ianya

dapat dibaik pulih dengan segera dan tidak membahayakan para


pelancong yang berkunjung.

Anda mungkin juga menyukai