Anda di halaman 1dari 15

Definisi Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem


pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan
sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai
perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya. Satu lagi
batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu
sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka
terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum dan
biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap
tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan
kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah
atau institusi pendidikan.
Jenis Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang
mernagkumi pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, rel dan teksi. kerajaan
Malaysia telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan mutu dan
kesediaadaan pengangkutan awam di Lembah Klang, termasuk membina aliran
LRT baru.
Contoh:
Bas
Pengangkutan rel, termasuk
transit aliran ringan (LRT) yang dikendali Rapid KL
Aliran Kelana Jaya
Aliran Ampang
Aliran Sri Petaling
KTM Komuter
Aliran Sentul-Port Klang
Aliran Rawang-Seremban
KL Monorail
Express Rail Link
KLIA Express
KLIA Transit
Teksi
Perkhidmatan antarabandar lain

Sistem Pengangkutan Awam Menjana Pembangunan Negara


Di Stockholm, ibu negara Sweden, pemandangan warga kotanya yang tinggal
dalam lingkungan 10 kilometer berbasikal ke pejabat adalah perkara biasa.
Kenderaan persendirian hanya dilihat menghiasi garaj kerana rata-rata
masyarakatnya selain berbasikal lebih selesa menggunakan pengangkutan
awam.
Di Shanghai, China pula, kerajaan tempatannya menerapkan elemen
penggunaan secara maksimum pengangkutan awam di kalangan warganya.
Namun di Malaysia, situasinya sangat berbeza, dengan pengangkutan awam
dilihat sebagai sebuah sistem yang beroperasi dengan kurang cekap dan
berkesan.
Kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam bermula daripada kaunter tiket
selain perkhidmatan yang pantas, maklumat yang baik, kemudahan tempahan,
pilihan laluan serta ketepatan waktu, gagal dijadikan sebagai petunjuk penting
bagi menjamin pengguna terus menggunakan pengangkutan awam.
Pelbagai isu dibangkitkan saban waktu, antaranya ketidakcekapan pengurusan
operasi, keadaan kenderaan awam yang tidak selesa, ketiadaan khidmat
pengangkutan awam di kawasan kepadatan penduduk tinggi dan mutu
perkhidmatan yang tidak bersifat mesra pengguna, menjadikan kemudahan
pengangkutan awam pilihan terakhir bagi pengguna.
Namun, dalam menghadapi tekanan akibat kenaikan harga petrol sebanyak 78
sen yang berkuat kuasa 5 Jun lalu, rakyat terutamanya yang mendiami bandarbandar besar, berusaha mencari pelbagai ruang alternatif untuk berjimatcermat.
Keadaan ini tidak memberikan banyak pilihan kepada rakyat, apatah lagi
menyedari kesan berantai seiring dengan kenaikan minyak yang secara
langsung turut melonjakkan harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran.
Lantaran menyedari perlunya mengawal perbelanjaan waktu ini, mahu tidak
mahu, penggunaan kemudahan awam yang sedia ada seperti bas, komuter,
Transit Aliran Ringan (LRT), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), monorel, dan teksi,
terpaksa diaplikasikan.
LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
Saranan yang dilaungkan kerajaan bagi menggalakkan rakyat menggunakan
pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan jalan raya akan hanya
menjadi laungan kosong jika sistem itu tidak diperhalusi dan diperbaiki terlebih
dahulu.
Sebagai langkah permulaan, satu sistem yang berintegrasi, komprehensif dan
tersusun di antara laluan terutamanya monorel, LRT, komuter dan bas perlu
diusahakan. Langkah yang diaplikasikan oleh negara-negara maju seperti Jerman
dan Jepun ini telah terbukti kejayaannya. Melalui sistem ini, setiap penumpang
dapat turun bas dan pada masa yang sama dapat menggunakan perkhidmatan
LRT yang juga terletak di tempat yang sama.

Selain itu, pembabitan terlalu banyak badan yang menyelaras dan


mengendalikan pengangkutan awam juga dilihat tidak membantu dalam
menjamin kecekapan sistem perkhidmatan awam negara. Bidang kuasa yang
bertindih berhubung pengeluaran lesen, pengesanan, pengujian kenderaan dan
penguatkuasaan menimbulkan kekeliruan dan menjadi penyebab kepada
pelbagai masalah yang timbul.
Di bandar-bandar utama seperti London, New York dan Singapura terdapat badan
tunggal yang menguruskan pengangkutan awamnya. Malangnya keadaan itu
tidak berlaku di Malaysia kerana 13 agensi dan jabatan kerajaan terlibat dalam
soal pengangkutan yang akhirnya bukan menyelesaikan tetapi memburukkan
lagi masalah.
Pengeluaran permit kenderaan komersial misalnya, diletakkan di bawah
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Pengeluaran cukai jalan dan
penguatkuasaan peraturan jalan raya, dipegang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), manakala perkhidmatan rel dan tren pula di bawah Jabatan Keretapi. Keduadua jabatan ini adalah di bawah Kementerian Pengangkutan. Kemudahan
pengangkutan awam seperti perhentian bas, terminal bas, lorong bas pula di
bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.
Masalah ini turut ditegur Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak yang mengakui penyelesaian kepada masalah lalu lintas negara
sepatutnya memberikan kelegaan melangkaui tempoh 20 hingga 30 tahun. Tidak
hanya sekadar untuk tempoh setahun dua sahaja.
Ironinya, sistem perkhidmatan pengangkutan awam sekarang tidak mempunyai
data statistik keperluan sebenar bagi pengangkutan awam. Oleh hal yang
demikian itu, suatu kajian menyeluruh mengenai operasi pengangkutan awam di
negara ini juga menjadi suatu keperluan yang bertindak sebagai rujukan atau
penanda aras kepada keberkesanan dan kecekapannya selama ini.
Menurut pakar pengangkutan awam, Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor, dengan
maklumat yang diperoleh daripada kajian itu, kerajaan akan dapat membina
sebuah pangkalan data indeks kualiti industri pengangkutan awam khusus untuk
memantau sektor itu secara berterusan.
Pangkalan data ini akan mengumpul maklumat terperinci berkenaan sektor
pengangkutan selain perlu dikemas kini secara tahunan sebagai rujukan kepada
semua pihak termasuk pengguna, pengusaha dan kerajaan.
Melalui usaha itu, kerajaan dan syarikat pengusaha dapat memantau operasi
perkhidmatan pengangkutan awam mengikut situasi semasa termasuk
peningkatan kos ekoran kenaikan harga minyak seperti yang berlaku ketika ini.
Menerusi hasil kajian yang sama juga, kerajaan dapat mengenal pasti punca
peningkatan kos dan menyalurkan subsidi secara lebih tersusun dan sistematik
seterusnya memuaskan hati pengusaha dan pengguna.
Sasaran penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang 2020
daripada hanya 20 peratus pada masa kini, dilihat sebagai langkah permulaan
penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam negara. Langkah ini
bertujuan mengikuti kejayaan negara-negara jiran mengaplikasikan sistem
pengangkutan awamnya di mana Singapura sebanyak 56 peratus, Bangkok (30
peratus), Manila (54 peratus), Tokyo (49 peratus) dan Seoul (60 peratus).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerusi perbentangan


Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dalam agenda
pembangunan negara, telah membentangkan lima Teras Utama Misi Nasional
yang mana antara strategi utama teras keempatnya adalah menambah baik
kemudahan pengangkutan.
Penambahbaikan ini meliputi agenda meningkatkan liputan sistem rel transit
bandar di samping memperbanyak terminal pengangkutan awam bersepadu
meliputi perkhidmatan komuter, bas, teksi, LRT, ERL dan monorel bagi tujuan
mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian terutama di
kawasan Lembah Kelang.
Bagi mencapai maksud tersebut, Suruhanjaya Pengangkutan Awam ditubuhkan
bagi merangka Pelan Induk Pengangkutan. Usaha ini termasuk juga di negeri
Sabah dan Sarawak yang mana rangkaian jalan rayanya akan diperluas terutama
di kawasan pedalaman.
Perhatian yang sama turut diberikan di dalam perbentangan Belanjawan tahun
2009. Bertemakan kerajaan prihatin, belanjawan 2009 menumpukan kepada
penambahbaikan pengangkutan awam dalam konteks meningkatkan produktiviti
dan kualiti hidup sekaligus membantu pembangunan negara.
Peruntukan sebanyak RM35 bilion disediakan bagi perbelanjaan dalam tempoh
enam tahun bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina
laluan baru, menambah bilangan bas dan menyediakan kemudahan infrastruktur
berkaitan.
Sistem LRT sedia ada di Lembah Klang akan dipanjangkan sejauh 30 kilometer
(km), iaitu masing-masing sepanjang 15 km bagi aliran Kelana Jaya dan aliran
Ampang. Dijangka siap pada 2011, seramai 2.6 juta penduduk di sepanjang
Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong akan menikmatinya
berbanding 1.9 juta orang pada masa ini.
Pembelian 35 set tren aliran Kelana Jaya baru yang dijangka beroperasi
sepenuhnya pada awal 2010 juga akan meningkatkan kapasiti penumpang lebih
dua kali ganda. Daripada 160,000 penumpang sehari pada masa ini meningkat
kepada 350,000 penumpang sehari. Aliran Ampang pula akan mempunyai
kapasiti 280,000 penumpang sehari berbanding 150,000 penumpang pada masa
ini.
Laluan baru dari Kota Damansara ke Cheras iaitu meliputi laluan sepanjang
42km akan turut ditambah. Laluan yang dijangka siap pada 2014, dengan
kapasiti melebihi 300,000 penumpang sehari, akan memberi perkhidmatan rel
bagi kawasan kediaman, perdagangan dan kewangan Koridor Kota DamansaraCheras yang mempunyai bilangan penduduk lebih sejuta orang.
Pengambilalihan aset dan operasi KL Monorail daripada operator swasta pada
akhir tahun 2007 turut meningkatkan jumlah penumpang lebih 10 peratus
Langkah ini akan menyumbang kepada usaha menjadikan perkhidmatan rel
bandar di Lembah Klang lebih berintegrasi.
Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad turut dipertingkatkan.
Langkah itu termasuk membaik pulih 20 set Electric Multiple Unit (EMU) sedia

ada yang dijangka siap pada 2009. Sejumlah 13 EMU baru juga akan ditambah
menjelang 2011. Bagi memperluaskan jaringan perkhidmatan rel komuter, laluan
Sentul-Batu Caves sepanjang 7.5 km sedang dibina dan dijangka siap menjelang
2010.
Di samping itu, dua projek utama sedang dilaksanakan bagi meningkatkan
perkhidmatan KTM, iaitu projek landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas,
yang dijangka siap pada 2012 dan Ipoh-Padang Besar pada 2013.
Terminal pengangkutan bersepadu bagi kemudahan teksi dan bas antara bandar
juga akan dibina di Bandar Tasik Selatan. Terminal moden lima tingkat ini
mempunyai kapasiti menampung lebih 130 teksi dan 100 bas, kemudahan letak
kereta dan ruang komersial, selain berhubung dengan rel aliran Ampang, ERL
dan KTM Komuter serta teksi dan bas bandar di Lembah Klang.
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) telah menyaksikan
kejayaan dengan pertambahan dalam purata jumlah penumpang bas dan Transit
Aliran Ringan (LRT) sejak pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan
pada 5 Jun lalu. Bagi operasi bas, purata jumlah penumpangnya meningkat
sebanyak 7.5 peratus daripada 365,111 kepada 392,654 penumpang sehari
manakala bagi LRT, puratanya meningkat sebanyak 3.9 peratus daripada
313,753 kepada 326,095 sehari.
Sebagai langkah membantu mengurangkan kos operasi operator pengangkutan
awam, kerajaan telah meningkatkan kuota subsidi diesel selain kemudahan
pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam. Sebanyak RM3 bilion
diperuntukkan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai
perolehan aset bas dan rel.
Bayaran tol juga telah dikurangkan sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali
di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam,
untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008. Pengecualian cukai jualan
ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya
diberi elaun modal turut dipercepatkan. Cukai jalan juga dikurangkan kepada
RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa pandu dan
limousin.
Bagi memastikan perhatian khusus diberikan kepada usaha memajukan sistem
pengangkutan awam bandar secara menyeluruh, Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, untuk
merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem
perkhidmatan pengangkutan awam. Suruhanjaya ini dijangka mula beroperasi
pada pertengahan 2009.
Pengalaman penyelidikan oleh penyelidik dari negara-negara maju telah
membuktikan bahawa pengangkutan boleh bertindak sebagai pra-syarat yang
penting dalam membangunkan negara. Model yang terbina daripada
penyelidikan menunjukkan pengaruh yang positif dan signifikan infrastruktur
pengangkutan terhadap pembangunan sosioekonomi sesuatu kawasan, wilayah
atau negara.
Di Malaysia, penelitian di kawasan luar bandar dan antara bandar, antara lain,
oleh Lienbach (1971) dan Abd Rahim Md Nor (1996) menunjukkan perkaitan
yang serupa. Menyedari hal ini, langkah kerajaan di dalam Belanjawan 2008 ini

dilihat sebagai langkah yang bijak. Sistem pengangkutan yang baik dan
komprehensif bertindak sebagai penjana bagi menarik pelabur asing serta
pelancong. Kecekapan dan keberkesanannya, penentu pembangunan suatu
bangsa dan negara.

Kenapa Masih Ramai Tidak Menggunakan Pengangkutan Awam


Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan
pengangkutan awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari satu
tempat ke satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini, terdapat
beberapa jenis pengangkutan awam. Antara perkhidmatan pengangkutan awam
yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi. Sehingga kini, perkhidmatan
pengangkutan awam di Malaysia dikatakan masih belum memuaskan hati
pengguna. Baru-baru ini, saya sebagai Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial
Daerah Pekan diminta untuk menjalankan satu kajian tentang kelemahan
tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Yang
berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah kenderaan awam di beberapa
buah bandar di negara ini tidak mencukupi. Di beberapa buah bandar kecil,
hanya terdapat satu atau dua buah syarikat bas yang beroperasi. Jangka masa
pergerakan antara sebuah bas dengan bas yang lain agak panjang disebabkan
masalah kekurangan bas. Keadaan ini menyebabkan pengguna sering berebutrebut untuk menaiki bas agar mereka tidak ketinggalan. Sesetengah
penumpang teksi pula sanggup menaiki teksi melebihi muatan yang dibenarkan
agar mereka cepat sampai ke destinasi. Selain tidak selesa, tindakan ini boleh
membahayakan penumpang.
Keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam, khususnya bas dan teksi
didapati kurang sempurna. Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus dan
tidak diselenggara dengan baik. Kusyen beberapa buah bas pula didapati carik
dan sesetengahnya tertulis dengan pelbagai tulisan yang berunsur lucah.
Kebersihan kebanyakan kenderaan tidak dijaga dengan baik. Sistem pendingin
hawa yang digunakan pula kadangkala tidak berfungsi. Keadaan ini

menyebabkan pengguna berasa tidak selesa menggunakan pengangkutan


awam.
Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna perkhidmatan awam
yang ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang kadar tambang
yang dikenakan. Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa kadar tambang tidak
sepadan dengan kualiti perkhidmatan. Menurut pengguna, sesetengah pemandu
teksi tidak menggunakan meter yang dipasang dengan alasan alat tersebut
rosak. Segelintir kakitangan bas pula didapati kurang sopan apabila berurusan
dengan penumpang. Walaupun perkara ini tidak disenangi, namun pengguna
terpaksa menggunakan perkhidmatan awam kerana tiada pilihan lain.
Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan perkhidmatan
pengangkutan awam di negara ini. Selain kekurangan jumlah kenderaan awam,
sikap pengusaha yang terlalu mementingkan keuntungan memungkinkan
kenderaan awam tidak terjaga. Kelemahan tersebut dapat diatasi sekiranya
pengusaha kenderaan awam memahami bahawa mereka sebenarnya turut
melaksanakan tanggungjawab sosial. Sekiranya syarikat kenderaan awam di
negara ini dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, orang ramai
juga akan berasa selesa menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan.
Masalah Pengangkutan Awam
Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan
awam ialah :
1. Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT
mengenakan bayaran yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh
penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT hanya menjadi pilihan ketika
keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan kesesakan lalu
lintas.
Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang
anak, ibubapa terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM100
sebulan. Bayangkan jika terdapat 3 atau 4 orang anak yang bersekolah, sudah
tentu peruntukan untuk bayaran tambang bas/van sekolah mencecah RM500!
2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes
kemalangan yang menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres.
Kemalangan ini dapat dielakkan jika pemandu bas menjalankan tugasnya
dengan berhemah dan bertanggungjawab.
Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga sering terpapar di dada
akhbar. Kemalangan ini berlaku kerana bas sekolah yang dinaiki terlalu penuh
sehingga menyebabkan terdapat penumpangnya terpaksa berdiri di tangga bas.
Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya kemalangan.
3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak bertanggungjawab
sesetengah pemandu bas dan teksi telah membawa padah kepada penumpang!
Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas
ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan
pengguna jalan raya yang lain.

Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya mementingkan keuntungan,


telah sanggaup bertindak mengancam keselamatan penumpangnya yang terdiri
daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas/van sekolah yang dinaiki oleh pelajarpelajar ini biasanya melebihi muatan.
4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga
8.00 pagi) dan waktu petang (4.00 hingga 6.00 petang) perkhidmatan LRT, KTMB
dan Rapid K.L gagal beroperasi dengan baik. Biasanya kesesakan lalu lintas
berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di Kuala Lumpur.
5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan, pengguna terpaksa
menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak
tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas ini.
6. Kos Bahan Api Meningkat ~ Harga petroleum yang semakin meningkat
menyebabkan tambang pengangkutan awam seperti teksi, bas ekspres, bas
sekolah dan van meningkat. Anggaran perbelanjaan bulanan untuk tambang
bas/van sekolah ialah antara RM80 hingga RM150 bagi seorang penumpang.
7. Kenderaan lama ~ Perkhidmatan bas samada bas ekspres atau bas/ van
sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat
duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.
8. Pencemaran udara ~ Pengangkutan awam seperti bas, feri, van dan teksi
menggunakan minyak diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari
dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang berjelaga yang
mencemarkan udara.
9. Pencemaran bunyi ~ Kondisi bas/van yang telah tua/lama boleh menimbulkan
suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising
atau kuat! Situasi ini boleh mengganggu ketenangan penumpangnya.

Kesan Penggunaan Pengangkutan Awam Kepada Negara


Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk meningkatkan
mutu sistem pengangkutan awam darat. Pengangkutan awam ini merangkumi
bas, kereta api transit, dan teksi. Pelbagai langkah telah diambil untuk
menambah baik sistem ini termasuklah menambah bilangan bas dan membina
aliran kereta api transit. Pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan
kesan kepada masyarakat dan negara.
Pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat memudahkan
masyarakat kerana dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Masalah
ini sering berlaku di bandar-bandar utama yang sibuk seperti Kuala Lumpur dan
Putrajaya. Punca utamanya ialah jumlah penggunaan kereta sendiri yang banyak
di jalan raya. Sebagai contohnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam
adalah sedikit jika dibandingkan dengan penggunaan kereta sendiri. Kesedaran
penggunaan pengangkutan awam haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Apabila
semakin ramai pengguna menggunakan sistem pengangkutan ini, maka masalah

kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Hakikatnya, pelaksanaan sistem


pengangkutan awam darat dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.
Seterusnya, ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana merupakan satu
daripada kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam. Hal ini dapat dilihat
apabila para pekerja menggunakan pengangkutan awam ini. Melalui penggunaan
pengangkutan awam, sudah tentu kerajaan mendapat keuntungan dan hasilnya,
kerajaan akan membangunkan negara ini dengan menambah prasarana dan
menambah baik pengangkutan awam yang sedia ada. Sebagai contoh, pekerja
kilang atau pejabat dapat sampai ke tempat kerja dengan awal. Hal ini kerana
ketepatan masa dan pembaziran masa tidak berlaku. Pekerja juga akan
bersemangat ketika bekerja. Jelaslah bahawa ekonomi dan produktiviti negara
dapat dijana melalui pelaksanaan sistem ini.
Berikutnya, pencemaran udara di Malaysia dapat diminimumkan natijah
daripada pelaksanaan sistem ini. Kini, kita sering mendengar bahawa
pencemaran udara menjadi penyebab utama masalah kesihatan seperti asma,
batuk, selsema dan lain-lain. Selain daripada pembakaran terbuka, asap
kenderaan adalah faktor penyumbang kepada pencemaran udara. Sebagai
contohnya, udara yang tercemar mengandungi karbon monoksida dan sulfur
dioksida yang boleh menyebabkan taraf kesihatan penduduk merosot. Oleh itu,
penggunaan kereta sendiri haruslah dikurangkan. Masyarakat perlulah cakna
menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian kerana dapat
mengurangkan penggunaan kereta sendiri. Secara amnya, pelaksanaan sistem
ini mampu meminimumkan pencemaran udara di Malaysia.
Selanjutnya, kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat adalah
lebih mesra alam dan mesra pengguna. Hal ini sangat penting bagi menjamin
kepercayaan dan kesetiaan terhadap penggunaan pengangkutan awam. Dalam
era yang penuh kesibukan ini, pengangkutan awam sememangnya menjadi
pilihan rakyat yang bekerjaya. Pengangkutan awam adalah mesra alam kerana
menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi seperti transit aliran ringan
(LRT). Pengangkutan awam juga mesra pengguna kerana pengguna tidak perlu
memandu. Pengguna hanya perlu duduk dan boleh melakukan perkara lain
seperti membaca buku, makan dan sebagainya. Tuntasnya, pengangkutan awam
adalah lebih mesra alam dan pengguna.
Selain itu, pelaksanaan sistem ini memberikan kesan iaitu mampu
memberikan keselesaan kepada para pengguna pengangkutan awam. Pengguna
yang berasa selesa menggunakan pengangkutan awam akan menggunakannya
pada masa hadapan. Keselesaan yang dimaksudkan ialah tempat duduk dalam
kenderaan awam yang banyak, penggunaan penghawa dingin dalam
pengangkutan awam, ruang menunggu yang selesa seperti di terminal LRT dan
sebagainya. Sebagai contoh, kita akan lebih suka memilih perkhidmatan yang
selesa berbanding yang sebaliknya. Oleh itu, transformasi sistem pengangkutan
awam yang dilakukan sememangnya akan menarik lebih ramai lagi orang awam
untuk menggunakannya. Tuntasnya, pelaksanaan sistem ini sememangnya
memberikan kesan.
Akhir sekali, pelaksanaan sistem ini menjadikan negara kita mempunyai
bandar-bandar yang selesa dan sesuai untuk didiami. Hal ini demikian kerana
mempunyai sistem pengangkutan yang mudah. Sistem pengangkutan awam
darat ini mampu menghubungkan penduduk bandar dengan luar bandar
sekaligus memajukan kawasan luar bandar. Sebagai contohnya, penduduk luar

bandar yang ingin ke bandar atas urusan pekerjaan boleh berulang-alik ke


kampung halaman tanpa halangan. Kemudahan ini sememangnya menjadikan
Malaysia unik kerana penduduk luar bandar tidak dipinggirkan dari
pembangunan negara. Jelaslah bahawa pelaksanaan sistem pengangkutan awam
darat memberikan kesan kepada masyarakat.
Keseluruhannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam
menjadikan sistem pengangkutan awam darat menjadi pilihan utama. Segala
penambahbaikan seperti menyediakan kawasan khas untuk Orang Kelainan
Upaya (OKU) adalah digalakkan bagi memenuhi keselesaan pengguna. Pihak
kerajaan haruslah peka dalam memajukan sistem pengangkutan awam darat
agar setanding dengan sistem pengangkutan awam darat negara luar.

Usaha kerajaan bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam


1.

Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.

i) Meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 sehingga 4 kali
ganda (bergantung kepada laluan tertentu.)
ii) Penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana
Jaya. Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini
ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang
keselamatan. Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya
pendengaran serta tingkap kecemasan.
iii) Pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan
iv) Laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan
diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat
menampung 35,000 sehingga 55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi
atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan pengguna pengangkutan awam pada
tahun 2012
v) Naik taraf 634 perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang,
Selayang, Ampang Jaya dan Kajang.
vi) 850 buah bas akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang
disediakan di laluan sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru
yang tidak mendapat perkhidmatan ketika ini.
2. Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan
awam
i Memperkenalkan konsep 1Tiket 1Perjalanan
iii Menambah kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel
utama, di luar kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012
iv Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik
taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.
v Menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh
vi. Pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan
utama adalah diperlukan untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), JPJ dan PDRM.
3

Menghalang kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan Pusat.

i Tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar bandar akan


diwujudkan dan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.
ii Di pusat bandar pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu
Terminal Antara Bandar dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar
di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas
daripada kawasan pinggir bandar ke pusat bandar.
4.

Penyusunan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

i Memastikan pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini


kerana satu prasyarat kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab
bagi perancangan dasar dan pemantauan kawalsedia.
Ii 13 Kementerian dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan
pengangkutan awam yang berbeza dan tiada satu badan yang menyelaraskan
usaha merentasi pelbagai sistem pengangkutan awam secara keseluruhan.
5.

Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan (push)

i Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem


perkhidmatan pengangkutan awam telah ditambahbaik, masa perjalanan
ditepati, keselesaan dipertingkat, Inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif
pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan
dipercepat.
Usaha Memperbaiki Sistem Pengangkutan Awam
Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446
tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke
satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia
dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan
paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi
untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian
pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan
bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan
monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong
pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah
yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat
menggunakan pengangkutan awam.
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat
mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian
perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk
bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian
perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket
bersepaduyang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan
pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga
Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita.
Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket
bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus
mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune
penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas.
Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja
dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur

pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah


penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh
pengendali.
Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki
pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti
pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah
dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita
haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan
kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif
kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan.
Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik
perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau
menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi,
penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini
dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang
mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam
akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang
keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah
dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan
awam.
Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan
mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat
menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang
untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka.
Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter
dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan
awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran
televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat dengan menyiarkan rancangancinta akan negara, rancangan
mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain
rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan
sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat
informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan
mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan
awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin
mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang
minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat
menarik perhatian para penumpang.
Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari
rebungnya, pendidikansejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah
dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan
menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan
pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada
fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada
menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar
yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk
mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan,
kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta
api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan
penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki

kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam


seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan
pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.
Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti
mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi
penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir
kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke
arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling
optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh
kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.
Usaha Meningkatkan Kualiti Pengangkutan Awam
-Kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan
mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik
-Kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam bagi menampung
permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar-bandar utama
-Kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak
memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali
untuk sampai ke destinasi
-Kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket
pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara
berpepadu
-Kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh
pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan
rendah
-Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara
menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan
awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam
-Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan
dan masa ketibaan menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak
membazirkan masa mereka
-Pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti
perkhidmatansyarikat enderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio
supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki kenderaan mereka
-Pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada
kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan
melanggar peraturan jalan raya
-Pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna
meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam
supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga boleh menyebabkan lalu lintas
-Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan
yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam
mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan
awam
-Media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan
awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas
-Masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan
pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan
kenderaan di atas jalan raya sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas
terutama pada waktu puncak
-Pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang
kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan

kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat
mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap daripada
kenderaan

Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita


Dalam Bajet Tahun 2011, Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah
membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina
bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020.
Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion.
Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk
meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Setakat ini
hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan
awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih
daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam.
Dalam konteks ini, pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk
bandar-bandar besar di dunia. Untuk mencapai negara maju, semua pihak perlu
sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita.
Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah
dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar
terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam.
Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada
penduduk bandar. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat, mereka terpaksa
berjam-jam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Sehubungan dengan itu,
peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih
banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan
di jalan raya. Secara tidak langsung, kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan.
Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai
laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alat pengangkutan awam yang
tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk
menggunakan pengangkutan awam. Walhasilnya, pembangunan dalam sistem
pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang
semakin kronik.
Selain itu, pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri
pelancongan. Di rantau Asia Tenggara ini, industri pelancongan negara kita
masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura. Salah
satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih
dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. Sebaliknya sistem
pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju.
Di Hong Kong, Singapura dan Taiwan, penumpang hanya perlu membeli sekeping
Kad Penumpang untuk menaiki MRT, bas malah Feri. Sistem pengangkutan yang
canggih, selesa, mesra , bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik
kepada pelancong ke negara kita. Malangnya, bas ekspres dan bas persiaran di
negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Tambahan pula,
sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan
akan menjejaskan industri pelancongan di negara kita. Tegasnya, pengusaha
pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan

mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat


mendorong industri pelancongan negara kita.
Lebih-lebih lagi, sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan
pembangunan ekonomi negara. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam
yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Hal ini demikian kerana
pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem
pengangkutan yang menepati jadual waktu. Saban hari banyak orang lewat ke
medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Hal ini merupakan satu
pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat
kerja. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya
MRT, LRT, Komuter dan sebagainya, pekerja kita dapat sampai di destinasi
tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Nescaya, mereka lebih
bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Daya pengeluaran
yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara
kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Garagaranya, pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti
negara .
Tambahan pula, pembangunan sistem pengangkutan awam dapat
meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Beberapa dasawarsa ini,
kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu.
Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Atas
promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan, rakyat suka memiliki
kenderaan sendiri. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam.
Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki
pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. Jika orang ramai
menggunakan perkhidmatan bas, LRT dan sebagainya, kenderaan yang ada di
jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat
dikurangkan terutama karbon monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi.
Ternyata, pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam, khasnya MRT
yang akan dibina. Natijahnya, orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki
pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita.
Secara tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh, pengangkutan awam yang
berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan
negara kita. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan
awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu
pengangkutan awam di tanah air kita. Sistem pengangkutan yang canggih dapat
menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang, gemilang dan
terbilang.