Anda di halaman 1dari 2

Pembangunan sumber manusia (PSM)

Mengembangkan bekalan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan


berpengetahuan untuk membantu pembangunan ekonomi yang berdasarkan
pengetahuan dan latihan. Sistem pendidikan akan diorientasikan semula untuk
membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan yang tinggi serta kemahiran
berfikir dan keusahawanan.

Menambahkan kemudahan pendidikan dan latihan yang berkualiti untuk


mempertingkatkan keupayaan menjana pendapatan dan kualiti hidup.
Kemudahan pendidikan akan bertambah melalui pembinaan sekolah berpusat
di kawasan pendalaman serta kemudahan, infrastruktur dan guru terlatih yang
mencukupi.

Menambahkan kemudahan terhadap kualiti pendidikan dan sistem latihan


untuk memastikan bekalan tenaga kerja sejajar dengan perubahan teknologi
dan permintaan pasaran. Kurikulum sekolah akan disemak semula untuk
menjana kreativiti dan pembelajaran sendiri di antara pelajarnya, berserta
kemasukan aspek pengetahuan dan teknologi baru dan kaedah mengajar
yang lebih inovatif.

Mengalakkan pembelajaran seumur hidup untuk meningkatkan kebolehan


untuk diambil bekerja dan produktiviti tenaga buruh. Majikan akan digalakkan
untuk mempromosikan pembelajaran seumur hidup melalui latihan dan latihan
semula untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan
baru.

Mengoptimumkan penggunaan buruh tempatan. Usaha akan dijalankan untuk


menambahkan lagi penyertaan kaum wanita ke dalam tenaga buruh dengan
mewujudkan kemudahan seperti tadika dan memastikan peluang yang lebih
mudah untuk mereka mendapat latihan. Usaha juga akan dibuat untuk
mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Menambahkan bekalan tenaga kerja S&T. Kapasiti program pendidikan dan


latihan S&T akan dibesarkan lagi dan pendaftaran akan ditambah untuk
mencapai nisbah 60:40 pelajar Sains kepada Sastera bagi mewujudkan jumlah
kritikal bagi kakitangan S&T yang diperlukan.

Mempercepatkan perlaksanaan Sistem Penggajian Mengikut Produktiviti


(PLCS). Pengambilan Garis Panduan untuk satu Sistem Penggajian Mengikut
Produktiviti diwujudkan pada tahun 1996 akan dipesatkan lagi menerusi
seminar, bengkel dan lawatan syarikat. Pangkalan data rangkaian dalam
talian atas tanda aras produktiviti di dalam sektor pembuatan dan pertanian
akan diperluaskan lagi untuk merangkumi sektor lain.

Memperkukuhkan sistem maklumat pasaran buruh untuk meningkatkan


mobiliti tenaga buruh. Perlaksanaan pejabat buruh berelektronik dengan
sistem maklumat pasaran buruh yang bersepadu sepenuhnya, koheren dan
dinamik akan dipercepatkan.

Memperbanyakkan lagi usaha untuk membangunkan dan mempromosikan


Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan wilayah. Universiti
tempatan dan swasta akan digalakkan untuk mewujudkan dan
membangunkan pusat kecemerlangan yang setanding dengan universiti
terkemuka.

Menekankan nilai positif. Usaha akan dipertingkatkan untuk menyemai nilai


positif menerusi sistem pendidikan dan latihan. Nilai-nilai ini termasuk etika
baik, tekun, berintegriti, bertolak ansur, bersyukur, hormat kepada pihak
berkuasa, tepat pada waktu, dan mengejar kecemerlangan adalah ciri-ciri
tenaga kerja yang berkualiti tinggi.

Anda mungkin juga menyukai