Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM LADAP 2016


PENCERAMAH :
TARIKH : 27 Febuari 2016
HARI : KHAMIS
MASA: 2.00 - 4.00 ptg
(1)
Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia
{Yang Berusaha, Pn Lee Hooi Gaik, Guru Besar SJK C Soo Jin}
{Yang dihormati, penceramah-penceramah jemputan}
{Yang Berusaha Pn Sabariah Bt. Samsuddin, Penolong Kanan Pentadbiran}
{ Pn Fatimah Zaharah Bt. Ghazalli, Penolong Kanan HEM}
{Tuan Hj. Ab Rahman B. Ariffin, Penolong Kanan Ko kurikulum}
{Tuan Hj. Zafian Bt. Kasim, Penolong Kanan Petang}
{Pn Hajah Ainun Nur Bt. Abdul Rahman, Penolong Kanan Pendidikan Khas}
Guru- guru yang dikasihi sekalian.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita
diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan
fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali
ke 3 bagi tahun 2016 yang bertajuk Pengenalan Pendidikan Khas.

Sebelum slot Ladap diserahkan kepada penceramah merangkap pemudah cara undangan,
izinkan saya menyatakan serba sedikit latar belakang beliau. Tuan Haji Ismail bin Desa
ialah seorang pendidik yang berjaya dan disegani. Beliau memperoleh ijazah asas dari
Universiti Sains Malaysia, diploma psikologi kaunseling dari UKM dan seterusnya
Sarjana Kaunseling juga dari UKM. Tuan Haji Ismail memiliki pengalaman yang panjang
sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Perak sebelum bersara sebagai pengetua di
SMK Raja Chulan, Ipoh. Kecintaan Tuan Haji Ismail dalam bidang pendidikan tidak
pernah pudar, justeru sehingga hari ini beliau masih menabur bakti sebagai pegawai
kanan di Institut Teknologi Perak.

Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi
kebaikan sekalian. Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di
sekolah pada hari Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di
dalam minda ketika ini.
Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan para penceramah dan pemudah cara
program Ladap guru Sk Sungai Rokam, buat kesekian kalinya ini. Terima kasih atas
kesudian tuan untuk menyampaikan ilmu kepada tenaga pengajar di sini di mana
barangkali dapat dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa
Allah.

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama dijemput tuan
________________________
Untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai