Anda di halaman 1dari 1

Rangkap 1...

Maksud: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan timbul
pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya. Rangkap 2...Maksud: Apabila seseorang berjaya menjaga
pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya. Rangkap 3...Maksud: Apabila seseorang
berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan akan diperolehnya. Rangkap 4....Maksud: Apabila seseorang berjaya
mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya. Rangkap 5
...Maksud:
Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara yang memudaratkan akan timbul. Rangkap
6...Maksud: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwat supaya semangat mereka tidak mudah luntur. Rangkap
7...Maksud: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang dapat membawa kepada
kerosakan. TEMA...Nasihat memelihara anggota diri. Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan
berbudi pekerti...PERSOALAN...-Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan -Persoalan kebaikan memelihara
tutur kata -Persoalan pentingnya memelihara pendengaran -Persoalan semangat penting dalam kehidupan Bentuk dan
Ciri-ciri Gurindam - Terdiri daripada tujuh rangkap - Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris
serangkap - Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga tujuh patah perkataan dalam sebaris Terdiri daripada lapan hingga lima belas suku kata sebaris - Rima akhir gurindam ialah aa Gaya bahasa dan Keindahan
Bunyi - Pemilihan kata yang indah Contoh: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita - Penggunaan bahasa kiasan
Contoh: Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh -Penggunaan inversi Contoh: Khabar yang tiadalah
damping - Asonasi (perulangan vokal a) Contoh: Daripada segala berat dan ringan - Aliterasi (perulangan konsonan d)
Contoh: Nescaya dapat daripadanya faedah NILAI DAN PENGAJARAN NILAI 1. Nilai Kebijaksanaan Huraian: Kita haruslah
mengamalkan kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata 2. Nilai Kesederhanaan Huraian: Kita wajarlah menunjukkan
kesederhanaan ketika memperoleh rezeki 3. Nilai Kesabaran Huraian: Kita haruslah bersikap sabar untuk memelihara
mata daripada melihat perkara negatif PENGAJARAN 1. Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana 2. Kita
janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan 3. Kita perlulah menjaga tutur
kata supaya disenangi masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai