Anda di halaman 1dari 49

PM 3163

PENGURUSAN
KEWANGAN ORGANISASI
ISLAM
Prof Madya Dr. Razaleigh Muhamat @
Kawangit
Ustaz Anuar Puteh

BAB 1

PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM

Pengenalan
Pengantara kewangan dapat dikategorikan kepada tiga kategori seperti berikut :
i. Institusi deposit seperti bank bank.
ii. Institusi berbentuk kontrak seperti syarikat insurans. Kumpulan wang simpanan
pekerja dan pencen dan sebagainya.
iii. Institusi pelaburan seperti syarikat pelaburan. Unit pelaburan amanah dan
sebagainya.
1.

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM


2.1Perbankan Islam
Peranan:
Keadilan
Ihsan
Perseimbangan
Amar Makruf Nahi Mungkar

2.2 Takaful
Peranan:
i. Saling bertanggungjawab
ii. Saling bekerjasama dan bantu membantu
iii. Saling lindung-melindungi dari sebarang kesusahan dan
musibah
2.3 Insurans
Peranan dan tanggungjawabnya menjauhkan dari unsur
berikut:
i. Unsur gharar (menjauhkan becana)
ii. Unsur maysir atau perjudian
iii. Unsur Muamalah Riba

BAB 2

PELABURAN YANG DIBENARKAN ISLAM


Pelaburan merupakan aktiviti menukar sesuatu harta (lazimnya wang
tunai) dengan harta lain (seperti saham syarikat, akaun simpanan,
insuran, hartanah) yang juga disebut penanaman modal pada sesuatu
waktu atau sekarang dengan jangkaan untuk mendapatkan pulangan
yang positif atau keuntungan pada masa akan datang setelah
membuat perkiraan akan risiko bagi setiap aktiviti pelaburan tersebut

Prinsip-prinsip Pelaburan dari Perspektif Islam

Tidak melabur dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan


oleh syarak
ii. Tiada jaminan terhadap keuntungan
iii. Tiada wujud unsur gharar (ketidakpastian) atau elemen
perjudian
iv. Tiada unsur paksaan dalam keputusan membuat pelaburan
v.
Tidak terlibat dalam riba

Jenis-Jenis Pelaburan yang Dibenarkan Islam


Takaful
Takaful bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. Sistem
takaful ditubuhkan dengan kesedaran umat Islam yang ingin menghayati Islam
secara menyeluruh. Falsafah takaful menekankan kepada keikhlasan dan di bawah
keonsep ini para peserta bersetuju agar sumbangan kewangan berdasarkan kepada
tabarru yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan
digunakan untuk membantu para peserta dalam pelan takaful yang berkenaan
1.

Prinsip-prinsip Takaful

1. Saling tolong-menolong: prinsip saling bekerjasama dan tolong


menolong antara satu sama lain sangat digalakkan oleh Islam.

2. Saling berkorban: prinsip pengorbanan telah ditunjukkan melalui


konsep jihad yang sangat ditekankan dalam Islam. Melalui jihad,
seseorang itu mengorbankan masa, tenaga, harta dan darahnya untuk
memastikan agar orang lain mendapat manfaat daripada pengorbanan
yang mereka lakukan

3. Prinsip Saling Menjamin

Zakat
Zakat merupakan satu syariat kemanusiaan yang kekal. Syariat
zakat diwarisi daripada nabi-nabi terdahulu sebelum kedatangan
agama Islam lagi. Bayaran zakat bukan berbentuk sagu hati,
bantuan dan belas ihsan secara sukarela, sebaliknya zakat
merupakan kewajipan perintah Allah SWT. Kewajipan itu mesti
ditunaikan apabila memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat meliputi semua jenis harta kekayaan terutamanya harta
berfungsi untuk berkembang.
2.

Bayt al-Mal
Bayt al-Mal juga berfungsi sebagai agen pelaburan dalam Islam.
Baitul al-Mal bertindak memberi pinjaman dan menerima
simpanan. Dalam hal seperti ini, Bayt al-Mal ini lebih berfungsi
sebagai bank dengan menjalankan kegiatan-kegiatan seperti
yang dilakukan oleh bank hari ini seperti menerima simpanan.
Kebiasaannya simpanan daripada orang Islam dalam bentuk
waqaf dan wasiat.
3.

4.

Mudharabah

Penghutang boleh mendapat keuntungan apabila pinjaman itu


diberikan kepada peniaga untuk menjadi modal perniagaan atau
dilaburkan dan mendapat keuntungan. Inilah yang dinamakan
mudharabah dalam sistem Islam. Sistem mudharabah mengandungi
tiga syarat :
i. Pengusaha tidak dikenakan apa-apa jaminan ke atas kerugian
kerana ia sebagai pemegang amanah
ii. Keuntungan dibahagi mengikut persetujuan sama ada 1;4 atau
1:3, kadarnya tidak ditetapkan. Jika tidak mendapat keuntungan,
pengusaha tidak mendapat apa-apa bahagian mengikut Imam Malik
tetapi mengikut Imam as-Syafie, ia mendapat upah yang
selayaknya.
iii. Kerugian atas tanggungan pemodal seluruhnya tidak melibatkan
pengusaha sama sekali.

Syirkah (JV)
Syirkah adalah akad antara dua orang bersyarikat pada modal
harta dan keuntungan. Menurut Hashbi as-Shiddiqie syirkah
adalah akad yang berlaku antara dua orang atau lebih untuk
taawun dalam bekerja pada suatu usaha dan membahagi
keuntungannya. Terdapat 2 bentuk:
5.

i.
Syirkah al-Milk : iaitu kerjasama dalam pemilikan atas suatu
usaha dengan cara bersepakat untuk berkongsi modal sebagai
tanda bukti memiliki usaha tersebut tanpa didahului dengan
kontrak kerja sama formal antara pihak yang bekerjasama.
ii. Syirkah al-Uqud : akad kerjasam untuk melakukan sesuatu
projek atau usaha bisness dengan memberikan modal atau
tenaga yang dilalui dengan mengadakan kontrak persepakatan
atau persetujuan yang diperjanjikan bersama antara mereka
yang bekerjasama.

BAB 3
PASARAN SAHAM DARI PERSPEKTIF ISLAM
Saham juga diertikan dengan terbitan yang dikeluarkan oleh
sesebuah syarikat sebagai alat pemilikan. Pemegang saham
pula merupakan pemilik sesebuah syarikat. Pemilikan ini
diiktiraf melalui sijil saham yang mana akan tercatat nama
pemegang saham. Sesebuah syarikat hanya boleh
menerbitkan dua jenis saham sahaja iaitu saham biasa dan
saham terpilih. Saham biasa akan dimiliki oleh pemilik syarikat
itu sendiri manakala saham terpilih pula ialah yang
mempunyai ciri-ciri si piutang dan juga pemilik.

Menurut para fuqaha Islam, semua aktiviti ekonomi adalah


halal kecuali yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Selain
daripada riba, antara yang diharamkan oleh Islam ialah
perjudian, loteri, spekulasi dan semua pemainan nasib, kerana
dalam aktiviti ini seorang mendapat untung di atas kerugian
ramai yang lain.

PERBEZAAN ANTARA PASARAN ISLAM DAN KONVESIONAL


1. Matlamat pasaran Islam ialah keselamatan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Contohnya melalui niat
seseorang dalam melakukan sesuatu pekerjaan iaitu berniat untuk mendapat keredhaan daripada Allah swt.
Manakala pasaran konvesional pula ialah kebebasan individu dan kepuasan maksimum. (Abu Ahmadi & Anshori
Umar Sitanggal. 1980:9)

2. Keseimbangan antara kebendaan dan Kerohanian-kegiatan Pelaburan Islam ialah kegiatan manusia untuk
mendapatkan kebendaan tidak boleh dipisahkan daripada kerohanian. Manusia melabur sebagai ibadat kepada
Allah. Segala kegiatan ekonomi yang berjalan adalah atas dasar kepatuhan kepada segala perintah dan arahan
Allah. Tidak wujud kegiatan pelaburan yang bertentangan Islam. Matlamat pelaburan hanya untuk kepentingan
kebendaan semata-mata tanpa mengaitkan dengan tujuan ibadat.
3. Kebajikan-kebajikan adalah asas utama dalam penggunaan dan pengeluaran.
Keseimbangan antara
kepentingan individu dengan masyarakat. Islam tidak mengabaikan kepentingan individu tetapi apabila berlaku
pertembungan antara kepentingan individu dengan masyarakat maka kepentingan masyarakat diutamakan.
Manakala konvesional pula lebih mementingkan individu secara mutlak tanpa menilai kepentingan orang lain
atau masyarakat. Ini boleh menyebabkan berlaku penindasan dan penganiayaan.
4.Harta-harta

adalah milik Allah dan pemberian harta kepada manusia hanya sebagai amanah dan ujian yang
akan dipertanggungjawabkan dan bukan di akhirat nanti. Oleh itu, manusia hanya sebagai pemegang amanah
dan bukan pemilik mutlak harta tersebut. Penerimaannya mestilah menunaikan hak-hak ke atasnya dan tidak
boleh diperoleh atau dibelanjakan sesuka hati. Konvesional pula ialah bersifat milik mutlak individu dan boleh
dibelanjakan sesuka hatinya tanpa ada peraturan atau campur tangan sesiapa. Harta yang dimiliki juga adalah
adalah hak individu dan tidak boleh dikongsi dengan orang lain.(Sarimah Hanim Aman Shah 2006:11)

BAB 4

PENGURUSAN EKONOMI ISLAM: MODEL DAN PERLAKSANAAN


Secara umum mekanisme/pengurusan ekonomi Islam dikelompokkan menjadi dua, iaitu:

i. Mekanisme ekonomi

Mekanisme ekonomi adalah mekanisme melalui aktiviti ekonomi yang bersifat produktif, berupa berbagai kegiatan
pengembangan harta (tanmiyat al-mal) dalam akad-akad muamalah dan sebab-sebab kepemilikan (asbab al-tamalluk).
Berbagai cara dalam mekanisme ekonomi ini, antara lain:

Membuka kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya sebab-sebab kepemilikan dalam kepemilikan individu
(misalnya, bekerja di sektor pertanian, industri, dan perdagangan)
Memberikan kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya pengembangan harta (tanmiyat al-mal) melalui kegiatan
investasi (misalnya, dengan syirkah, mudharabah, dan sebagainya).
Larangan menimbun harta benda (wang, emas, dan perak) walaupun telah dikeluarkan zakatnya. Harta yang ditimbun
tidak akan berfungsi pada ekonomi. Pada gilirannya akan menghambat peredaran kerana tidak terjadi perputaran harta.
Mengatasi peredaran dan pemusatan kekayaan di satu daerah tertentu saja misalnya dengan memeratakan peredaran
modal dan mendorong tersebarnya pusat-pusat pertumbuhan.
Larangan kegiatan monopoli, serta berbagai penipuan yang dapat menjamin pasaran.
Larangan judi, riba, rasuah, pemberian barang dan hadiah kepada penguasa. Semua ini akan mengumpulkan kekayaan
pada pihak yang kuat semata (seperti penguasa atau korporat).
Memberikan kepada rakyat hak pemanfaatan barang-barang milik umum (al- milkiyah al-amah) yang dikelola negara
seperti hasil hutan, barang galian, minyak, elektrik, air dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat.
ii.

Mekanisme non-ekonomi
Mekanisme non-ekonomi adalah mekanisme yang tidak melalui aktiviti ekonomi yang produktif, melainkan melalui aktiviti
non-produktif, misalnya pemberian (hibah, sedekah, zakat, dll) atau warisan. Mekanisme non-ekonomi dimaksudkan untuk
melengkapi mekanisme ekonomi.

Pembangunan bandar-ekonomi

Pembangunan pendidikan-ekonomi

PEMBERIAN ZAKAT-NON-EKONOMI

PEMBERIAN WASIAT-NON EKONOMI

BAB 5: ISU AGIHAN PENDAPATAN DI MALAYSIA

BAB 6
PERMASALAHAN SIKAP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
BERHUBUNG PENGURUSAN HARTA PUSAKA DAN
PENYELESAIANNYA MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
A) SIKAP

SUKA BERTANGGUH DAN BERLENGAH-LENGAH


B) SIKAP MENGAMBIL MUDAH
C) PERBALAHAN DAN PERTELAGAHAN
D) SIKAP BERGANTUNG HARAP PADA PIHAK-PIHAK TERTENTU
E) SIKAP TAMAK DAN MEMENTINGKAN DIRI
F) SIKAP CUAI AHLI WARIS
G) SIKAP TIDAK MEMENTINGKAN PENGURUSAN HARTA SELEPAS
KEMATIAN
H) KURANG PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG PUSAKA ISLAM

Tindakan Kerajaan:

1.

menerbitkan iklan-iklan kesedaran yang bertemakan celik pengurusan harta pusaka di


semua rangkaian televisyen, radio dan di laman-laman web agensi berkaitan.

2. menyediakan manual ringkas berbentuk risalah atau brosur di tempat-tempat tumpuan


awam seperti di pusat-pusat perniagaan, agensi-agensi kerajaan yang berurusan dengan
orang ramai dan lain-lain.

3. menawarkan insentif-insentif tertentu bagi menggalakkan produser-produser tempatan


menerbitkan drama, filem atau slot-slot dalam rancangan di rangkaian televisyen tempatan
yang disiarkan secara berkala berhubung dengan kepentingan pengurusan harta pusaka.
4. mewujudkan klinik bergerak berbentuk non-commercialised clinic dengan mengadakan
road show secara percuma dan dilaksanakan berterusan di seluruh negara.
5. memperkasa program berbentuk dialog antara agensi-agensi yang bertanggungjawab
secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka seperti Unit/Seksyen
Pusaka Kecil JKPTG Negeri-negeri, Amanah Raya Berhad (ARB) dan lain-lain dengan
masyarakat Islam bagi memupuk kesedaran berhubung pengurusan tuntutan harta pusaka
dan implikasinya jika berlaku kelewatan.

BAB 7
SKIM AR-RAHNU: ALTERNATIF KEPADA SISTEM PAJAK GADAI KONVENSIONAL

Sistem gadaian Islam telah bertapak di Malaysia lebih daripada 1 dekad. Sistem ini telah
diasaskan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan kerajaan negeri
yang beroperasi melalui Bank Rakyat, Permodalan Kelantan Berhad, Muasasah Gadaian Islam
Terengganu, koperasi YPEIM dan beberapa koperasi lain. Semenjak diperkenalkan permintaan
terhadap produk ini amat menggalakkan. Berdasarkan data yang diberikan oleh beberapa
pajak gadai, anggaran jumlah kredit yang ditawarkan telah meningkat daripada RM125 juta
pada 1995 kepada RM130 juta pada akhir 2000. Kajian Abdul Ghafar dan Nor Zakiah (1997)
dan Rugayah (1986) mendapati pajak gadai berpotensi sebagai agen pembangunan
masyarakat kerana ia menawarkan kredit kepada golongan yang terkeluar daripada pasaran
kewangan formal

OPERASI AR-RAHNU

Pada

umumnya, skim Ar-Rahnu adalah berdasarkan kepada tiga prinsip iaitu Qardhul Hassan
(pinjaman tanpa kadar bunga tetapi peminjam membayar caj perkhidmatan), Wadiah Yad
Dhamammah (menyimpan barang berharga dengan jaminan) dan Al-Ujra (upah simpan atas
nilaian). Ketiga-tiga konsep inilah yang membezakan perkhidmatan pajak gadai konvensional
dan pajak gadai Islam. Pajak gadai konvensional tidak mempunyai satu ukuran rasmi untuk
menentukan bahawa pinjaman yang diberikan adalah berpatutan dengan nilai barang
pajakan. Ini berbeza dengan pajak gadai Islam kerana ditetapkan syarat-syarat tertentu bagi
mengukur nilaian gadaian supaya pinjaman yang diberikan adalah lebih adil dan tidak
membelakangi kepentingan pengguna. Dari segi barang pajakan pula, pajak gadai
konvensional menerima pajakan berbentuk barang kemas, barang berharga seperti jam
tangan berjenama dan alat elektrik (Abdul Ghafar, 1997). Berbeza dengan pajak gadai Islam
yang mana menetapkan barang gadaian adalah emas tulen yang disahkan oleh pakar penilai
emas. Bagi Bank Rakyat dan Bank Pertanian Malaysia, nilai emas diuji dengan menggunakan
alat khusus yang mana memberikan nilai yang paling tepat iaitu menggunakan decimeter.
Pihak bank tidak akan menerima emas paun dan emas putih (platinum).

SUMBANGAN PAJAK GADAI ISLAM

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Meningkatkan prestasi bank


Menggalakkan rantaian industri
Sumber modal
Mengelakkan penipuan dan penindasan
Mengurangkan kemiskinan
Meningkatkan pengumpulan aset emas

IMPLIKASI DASAR
1.
2.
3.
4.

Menambah bilangan kaunter Ar-Rahnu


Mengubah persepsi masyarakat
Keperluan akta khusus
Mempelbagaikan barang gadaian

BAB 8: ASPEK KUTIPAN DALAM PENTADBIRAN DAN


PENGURUSAN ZAKAT:
PENGALAMAN MALAYSIA

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ZAKAT

Pentadbiran dan pengurusan zakat negeri-negeri di Malaysia pada asasnya


adalah terletak di bawah kuasa negeri yang mana ia diletakkan di bawah
pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri. Pentadbirannya diuruskan oleh
Bahagian Baitul/Zakat di bawah Jabatan Agama Islam Negeri kecuali Kedah
yang dikendalikan oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah yang bertanggungjawab
terus kepada Sultan. Misalnya, Seksyen 74, Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Melaka) 2002, (No.7 tahun 2002) memperuntukkan:
"Majlis berkuasa memungut zakat atau fitrah yang kena dibayar oleh tiaptiap orang Islam dalam negeri Melaka mengikut Hukum Syarak bagi pihak
Yang di-Pertuan Agong"
Bagi melicin dan memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan zakat ke
arah yang lebih profesional, langkah drastik telah diambil oleh sebahagian
besar negeri-negeri di Malaysia dengan mengkorporatkan pengurusan zakat

Beberapa langkah telah diambil bagi meningkatkan lagi urusan kutipan zakat iaitu:i. memperbanyakkan kaunter-kaunter pembayaran zakat yang diurus oleh pusat-pusat
zakat. Di seluruh Selangor misalnya, terdapat 22 kaunter pembayaran zakat yang dibuka
oleh Lembaga Zakat Selangor bagi memudahkan umat Islam membayar zakat.(Rujuk
Rajah 4)
ii. melalui pelantikan bank-bank, institusi pengajian tinggi awam dan juga agensi-agensi
kerajaan sebagai amil seperti Bank Islam (M) Berhad, Bank Muamalat (M) Bhd., RHB Bhd,
Mayban Bhd., AmBank Bhd, Pejabat Pos, Biro Angkasa, Universiti Teknoloji Mara (UiTM) dan
Universiti Putra Malaysia. Malah, universiti-universiti ini dan sebahagian yang lain telah
diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk mengagihkan wang zakat khusus
kepada mahasiswa masing-masing misalnya Universiti Kebangsaan Malaysia.(Rujuk rajah
3)
iii. kemudahan pembayaran zakat melalui internet telah diperkenalkan dihampir seluruh
negeri melalui institusi-insitusi perbankan yang ada di Malaysia.
iv. pembayaran zakat melalui SMS dan juga kad kredit.(Rujuk Rajah 3)
v. kemudahan
potongan gaji bagi kakitangan awam juga telah diperkenalkan bagi
memudahkan umat Islam mengeluarkan zakat khususnya zakat pendapatan.(Rujuk Rajah
3)
vi. Insentif yang diberikan oleh kerajaan pusat iaitu memberikan potongan rebat cukai bagi
zakat yang dikeluarkan muzakki.

Baca:
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 6
Bab 7