Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP BULAN DAKWAH PERINGKAT

SEKOLAH TAHUN 2016


Dari Dewan SK Pekan Pagoh dibawakan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2016.
Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu ala asyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi
wasahbihi ajmain...
1.

Yang berusaha En. Misnan bin Ramijo, YDP PIBG SK Pekan Pagoh.

2.

Yang Berusaha, En. Samsudin Bin Kator, Guru Besar SK Pekan Pagoh.

3. Turut berusaha - Pn. Hasnah Binti Md Roslan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
- En. Abd Latif Bin Salim (Guru Penolong Kanan HEM)

- Pn Sulaili Binti Timyati (Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum)


4. Yang dihormati

Dif dif jemputan

Guru guru serta kakitangan

AJK PIBG

Ibu bapa

....
5. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2016 serta semua murid
yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum................

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam muafakat Johor, salam Muar mampan.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan
limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan Terbuka SK Pekan Pagoh
pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Penutupan Bulan
Dakwah Peringkat Sekolah Tahun 2016.

Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda
tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah
Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran
sebagai satu budaya .Kesungguhan para Ustazah serta guru-guru pastinya melahirkan anakanak yang cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap dari kita..
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan
membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..
1. Majlis Khatam Al-Quran
Sebelum itu, dipersilakan perarakan masuk murid-murid tahun 6 ke dewan..
2. Bacaan Doa
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan
penuh kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan En Abd Latif Bin Salim untuk memimpin bacaan
doa.....dipersilakan.
BACAAN DOA
Amiin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga
majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT;
Sidang hadirin sekelian,

Seterusnya dipersilakan Adik Taufik Iman Bin Ariffin 3 Bestari untuk mengalunkan Bacaan
Tilawah Al Quran, dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Datuk DR. Shahruddin Bin Mohd Salleh,
Adun Kawasan Jorak ke majlis khatam Al quran SK Pekan Pagoh.
Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini
dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan .....................
bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...
-MAJLIS KHATAM BERMULA
Doa khatam Al Quran oleh..
Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh ........... orang
murid Tahun 6 SK Pekan Pagoh sesi 2016. Tahniah diucapkan.
Selawat beramai-ramai..
Seterusnya dipersilakan pula Bacaan Berzanji oleh Adik Intan Balqis Bt Ariffin 6
Bestari, dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

2. Persembahan Nasyid
-HOLD SEHINGGA MENDAPAT LAMPU HIJAU DARI PEMBIMBING NASYIDHadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini
diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid _________
yang akan menyampaikan persembahan Nasyid yang bertajuk ..............................................................
Dengan sukacitanya dipersilakan.
-NASYID-

Terima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk


makluman sidang dewan, Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Ustazah .......................
-------------------------------------------------------------------Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara
3. Ucapan alu-aluan PIBG Sekolah
Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh En. Misnan
Bin Ramijo, YDP PIBG SK Pekan Pagoh.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
- UCAPAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Misnan Bin Ramijo atas
ucapan beliau sebentar tadi.
4. Ucapan alu-aluan Guru Besar
Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segala sukacitanya dipersilakan Tuan Guru Besar
SK Pekan Pagoh, En. Samsudin Bin Kator bagi menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan majlis penutup Bulan Dakwah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.....
-

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP

Jutaan terima kasih diucapkan kepada TN GURU BESAR atas ucapan perasmian itu tadi.
Dengan ini maka rasmilah sudah Majlis Penutupan Bulan Dakwah dan Khatam Al-Quran
Peringkat Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh pada pagi ini.
5. Penyampaian Cenderahati dan Sumbangan.
Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada muridmurid dari keluarga yang kurang berkemampuan serta anak-anak yatim. Majlis dengan ini
mempersilakan dengan segala hormatnya YgBerusaha En. Samsudin Bin Kator, GB SK Pekan
Pagoh bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnyadipersilakan..

-PENYAMPAIAN CENDERAHATIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Samsudin kerana sudi
menyempurnakan majlis.
6.

Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian
cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2016 menutup
tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih
juga atas sokongan semua ibu bapa dan AJK PIBG yang hadir ke majlis ini pada kali ini.
Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan
jayanya

Akhir kata marilah bersama-sama kita membaca Tasbih Kifarah dan Surah Al Asr. Diizinkan Allah
bertemu lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz yangmulia...Wabillah....Majlis
bersurai

Anda mungkin juga menyukai