Anda di halaman 1dari 11

Vokal

* Ketepatan "pitching" atau nada tinggi


* Sebutan lirik, atau gaya sebutan jelas atau tidak
* Kemampuan tone suara
* cara mengawal suara diantara nada tertinggi dan terendah
* teknik atau gaya suara nyanyian
* Pukauan suara.. yang ni bagi ary adalah bonus sebab ia adalah suasana bila
kita dengar suara nyanyian dia dan lagu adalah begitu sebati sehingga rasa
meremang bulu roma bila kita mendengarnya...

Tempo
* Ketepatan nyanyian mengiringi lagu samada setiap part dalam lagu, lambat
atau cepat

Persembahan
* Cara dan gaya, penghayatan semasa mempersembahkan lagu
* Cara penyampaian mengikut tema lagu yang di bawa
* Cara pemakaian
* Cara pengunaan pentas
dan akhir sekali ketepatan dalam Pemilihan Lagu.

Tips Untuk Peserta Pertandingan Karaoke

Wokey... ni part akhir bagi segmen kita hari ni... sebenarnya tak lah apa
pun... ary cuma nak bagitahu sedikit tips untuk korang.. bolehkan...

* Walaupun sekecil mana pun pertandingan karaoke yang kita sertai itu,
janganlah diremehkan atau kita ambil ringan tentang cara pemakaian kita
sewaktu persembahan. Sebab itu adalah sebahagian dari pada markah...
pastikan kena dengan tema lagu yang ingin kita sampaikan.. walaupun sekiranya
kita diminta dua jenis lagu... pastikan kita ader dua set pakaian... ala... modal la
sikit... kater nak jadi artis... tak kan nak rakam video nanti pakai baju biasa aje...
menyerlah lah dari biasa...

* Pemilihan lagu kena tepat dan betul dengan kemampuan kita menyanyi...
jangan paksa diri untuk nyanyi lagu yang sukar atau tinggi semata mata untuk
nampak lebih "power" sebab takut tergelincir suara semasa menyampaikan lagu
itu... haru biru masa tu... cuma.. pastikan lagu yang kita pilih itu ada skill
nyanyian dalam lagu tersebut... ataupun ada 'aura'... sebab.. semasa ary
menjadi juri.. ader peserta yang ary rasa salah dalam pemilihan lagu yang di
nyanyikan....

contohnya.. abang ni suara besar.. lagu pertama lagu Broery Marantika..


sedap..., bila lagu kedua... dia nyanyi lagu Raja Kertas XPDC.. hmm.. ary rasa
sayangnya.. sebab bagi ary sekurang kurangnya bawalah lagu Gadis Melayu
Jamal Abdillah ke.. ok sket.. sorang lagi... bila lagu pertama dipilihnya lagu
nyanyian Hattan.. lupa tajuk tapi bagi ary.. memang sedap.. tapi bila pusingan
kedua, dia pilih lagu C.i.n.t.a XPDC... ary cakap ni bukan ary tak suka lagu
tersebut... tapi pilih lah lagu yang boleh buat orang terpukau dengan kita...
bukan dengan lagu yang di katakan mudah atau agak flat dan sekata atau
kurang skill nyanyian...

* Hafal lagu sebaik mungkin, jangan sampai bijik mata kita orang tengok asyik
terpandang tv karaoke atau nyanyi sambil pegang kertas lirik... itu semua
gangguan untuk kita menghayati lagu yang ingin kita sampaikan.. itu juga
sebahagian dari markah.. kita tak dapat buat sebaik mungkin kalau kita tak
hafal, memang la di sediakan tv karaoke tu.. tapi jangan pedulik dengan itu
semua... kat rumah kita kan dah ader tv...

* Guna pentas dengan bijak... sebenarnya banyak maksud guna pentas dengan
bijak... itu pun bergantung kepada lagu pemilihan kita.. sebab juri ni suka bila
kita berani... macam turun daripada pentas... nyanyi depan juri dan penonton...
tapi... apa pun yang kita buat mestilah bertujuan ye... jangan turun dari pada
pentas main turun ajerk.. biar kena dengan lagu...

* Gaya atau lenggok badan dan senyuman... itu memang satu aset yang wajib
dalam kita menyampaikan sesuatu lagu... amalkan selalu nyanyi depan cermin..
itu untuk kita lihat seandainya ader kesilapan yang kita lakukan.. lagi satu ia juga
berkaitan dengan tarian... bila kita menari kita kena buat skop yang agak luas
sebab kadang kala kita dah rasa kita dah goyang giler daa... tapi penonton
tengok... kita goyang setempat ajerk... itulah kesilapan kita yang tak kita
sedari... ader yang nyanyi lagu Inul.. menari pulak poco poco... haa.. kan lari
tajuk tuh... kalau kita over sangat pun tak boleh jugak.. huhuhu.. peningkan..

* Kalau boleh pilih lagu wajib untuk diri sendiri... maksudnya kita pilih lagu yang
terbaek untuk kita bawa masuk dalam pertandingan... dan mana mana
pertandingan pun... bawa aje lagu yang sama... tapi jangan lah sampai bertahun
tahun bawah lagu tu jerk...kena lah juga tukar.. maksud yang lebih jelas... bawa
lagu yang paling kita mahir, hafal dan memang makanan lah wa cakap sama lu...
hahaha
* Jangan terganggu dengan masalah teknikal yang berlaku secara tiba tiba...
contohnya CD sangkut terhenti henti, speaker sebelah tak berfungsi atau apa
apa ajela... teruskan ajerk... mungkin ia menganggu penonton tapi juri tak akan
pandang pada itu semua.. sekiranya CD terhenti terus atau muzik mati
menyebabkan persembahan anda terhenti.. beranikan diri dikhalayak ramai...
jangan timbulkan rasa gugup dalam diri... kalau bole cakap ajerk "saya
memohon maaf di atas segala masalah teknikal, nantikan persembahan saya
sebentar lagi..." contohnya la..

* Dan akhir sekali jangan mengaku kalah dan merendah diri atau hasad dengki
kat orang lain... takper.. kalau kita kalah atau tak diterima pada hari ini...
anggaplah itu sekadar kita buat latihan untuk persembahan kita akan datang...
kalau boleh videokan setiap kali kita buat persembahan... itu untuk kita ulang

tengok kembali... dan cari kesilapan kita...lagi satu, kita biasa kan diri dengan
pentas terlebih dahulu... hilangkan gugup atau gemuruh... sebab penonton boleh
kenal bila kita gugup.. bila terdengar suara kita bergetar semasa menyanyi...
perbaiki diri tu lebih baik.. dari kita salahkan diri sendiri atau orang lain...

Itulah sedikit sebanyak yang ary dapat bagi tau... ary cuma dapat
berkongsi dari sudut yang kecil... namun ary harap ia dapat membantu
korang... nanti kalau ada apa apa lagi... ary bagi tau...
Ary pun sebenarnya maseh belajar lagi... maseh banyak kelemahan dalam
diri... apa pun ary amat bersyukur dengan peluang dan kepercayaan yang telah
di berikan kepada ary selama ini... memang susah menjadi juri.. kena adil dalam
setiap aspek... bahkan.. bukan semua keputusan kita belum tentu dapat puaskan
hati semua pihak... namun semua itu adalah pengalaman yang amat berharga
buat ary... ia juga suatu kenangan yang manis...

Tip 1: Persiapan
Persiapan yang cukup akan membantu kita untuk berdiri dengan lebih yakin di
atas pentas dan mampu untuk melontarkan vokal mengikut lirik yang
sepatutnya (dengan ertikata 'tidak lupa lirik'). Biasanya hakim akan
menyenaraihitamkan peserta pada waktu mereka lupa lirik kerana ianya
menampakkan kurangnya persediaan peserta. Memang tidak dinafikan, 'lupa
lirik' juga disebabkan oleh 'stagefright' atau kebimbangan (nervous) semasa
berdiri di atas pentas. Gunakan kebijaksaan anda dengan menambah atau
menukar lirik yang dilupai untuk menutup (cover) kesilapan.
Tip 2: Ketahui tahap vokal anda
Persembahan dan pertandingan sangat berbeza sungguhpun berdiri di atas
pentas yang sama. Pemilihan lagu, kesesuaian dan tahap kemampuan vokal
terhadap sesebuah lagu yang dipilih sangat penting untuk dinilai. Ramai yang
berfikir bahawa sedap pada pendengaran maka itulah lagu yang akan dipilih
tanpa berfikir bahawa "sesuai atau tidak" dan "mampu atau tidak". Sesebuah
lagu yang ingin dibawa mestilah memenuhi kriteria atau konsep pertandingan
nyanyian yang dianjurkan. Anda mungkin suka untuk mendengar atau menyanyi
lagu tersebut, namun besar kemungkinan ianya tidak sesuai dengan suara anda.
Kenali ton vokal atau tahap kemampuan vokal anda adalah amat penting untuk
mengetahui bagaimana untuk membuat pilihan lagu yang akan menunjukkan
kualiti vokal terbaik anda. Jangan sesekali malu untuk meminta nasihat dan
pandangan daripada orang yang berpengalaman.
Tip 3: Tunjukan aura 'X-Factor'
Pandangan saya secara peribadi, jujur saya katakan bahawa saya lebih suka
diberi komen 'persembahan awak hebat' jika dibandingkan dengan 'suara awak
hebat'. Anda perlu ingat, pertandingan menyanyi bukan sekadar
mempertaruhkan vokal anda semata-mata, ianya meliputi seluruh aspek.
Instrumen seorang pemain gitar ialah gitar atau seorang pemain piano ialah
piano itu sendiri. Pernahkah anda terfikir bahawa dimanakah instrumen seorang
penyanyi? Jawapan yang seringkali saya dengar apabila menjawab soalan ini
ialah suara atau microphone. Anda mempunyai keistimewaan tersendiri kerana
seluruh anggota badan anda merupakan instrumen utama sebagai seorang
penyanyi. Ketahui fungsi anggota tubuh badan anda dan letakkan karekter
dalam nyanyian anda. Biar pada waktu anda menyampaikan lagu, hakim dan
penonton sendiri akan mengalir dalam alunan melodi dan terbawa seketika
dalam fantasi senikata lagu. Bagaimana caranya?sangat mudah. Anda cuma
perlu fahami cerita dalam lagu, mood yang ingin disampaikan dan emosi yang
ingin ditonjolkan. Bagaimana seorang pencerita menceritakan sebuah cerita,

begitulah anda sebagai seorang penyanyi bercerita dalam lagu, nada dan irama.
PASTIKAN anda fahami lagu anda!!
Tip 4: Berpakaian haruslah sesuai dengan imej dan lagu anda
Adalah penting untuk mengetahui bagaimana untuk berpakaian yang
menampakkan anda sebagai seorang penyanyi dan kesesuaian pakaian dengan
tema lagu yang ingin dinyanyikan. First impression atau pandangan pertama
seseorang hakim terhadap anda perlu diambil kira jika anda mahu para hakim
untuk mengingati siapa anda. MURAH ATAU MAHAL bukan menjadi ukuran
namun yang dinilai adalah kreativiti, berpadanan dan bersesuaian untuk
bertanding secara umumnya dan dengan imej dan lagu anda secara khususnya.
Tip 5: Gunakan pentas sepenuhnya
Anda mungkin tidak sebesar sebuah pentas, namun anda mampu menjadi
sebesar pentas. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, gunakan pentas
sepenuhnya semasa anda membuat persembahan. Rancang pergerakan
persembahan anda dari awal supaya anda tidak kelihatan kekok atau teragakagak semasa anda bergerak ke sana atau ke sini. Kuasai pentas dan sebaikbaiknya sediakan 'prop' agar suasana di atas pentas tidak kelihatan
kosong. (kalau sudah namanya bertanding, jangan kedekut keluar duit untuk
prop).
Tip 6: Buat pemanasan vokal
Pastikan anda membuat pemanasan vokal dahulu sebelum menyanyi kerana
adalah penting untuk memanaskan pernafasan dan vokal anda. Bayangkan
sahaja sekiranya enjin kereta dipandu terus sebelum dipanaskan, apa yang akan
berlaku? Percayalah bahawa, suara anda akan keluar lebih baik daripada peserta
yang tidak membuat pemanasan vokal :-)
Apa yang telah dinyatakan di atas hanyalah merupakan sebahagian kecil
daripada aspek-aspek yang perlu diberi perhatian sekiranya anda berniat untuk
mengikuti mana-mana pertandingan menyanyi. Jika anda ingin mendalami atau
mengetahui lebih lanjut tentang hal ini atau ingin menambah/berkongsi
pengalaman anda, jangan malu untuk bertanyakan atau memberi komen kepada
saya melalui ruangan komen yang telah disediakan di bawah. SELAMAT MAJU
JAYA. LETAKKAN KEYAKINAN BAHAWA ANDA MAMPU MENANG!!!!

UNDUK NGADAU 2015: REFLEKSI SEORANG JURI

1. Pernah kamu berfantasi Rem Dambul jadi juri Unduk Ngadau? Saya sendiri pun tidak
pernah terbayang.
But seriously, it is something I would never want to repeat. Shoot me if you ever again see
me judging an Unduk Ngadau competition at any level! Dont get me wrong. I had fun with
my fellow judges and the experience was truly amazing. Thanks Sis Joanna Kitingan for the
opportunity.
However, it is just too overwhelming for me. Dengan satu sumandak pun saya tidak pernah
lulus seumur hidup. Let alone having to deal with 42 beautiful sumandaks within a day! Fuh,
sesak terus bah dada saya. Sampai sekarang ini pun masih copot tercungap-cungap. Macam
ikan keli terpelanting keluar dari kolam.
2. Unduk Ngadau is arguably the MOST FOLLOWED event in Sabah. Berhari-hari sebelum
pertandingan kemuncak lagi seluruh media sosial (dari FB sampai Twiter) sudah ribut
dengan macam-macam ramalan. Itu yang buat nervous dan takut. Sebab juri selalu jadi
sasaran cemuh dan kutukan, bila pilihan tidak menepati citarasa ramai.

Tapi kecantikan dan persona diri adalah dua perkara subjektif. People look at these
qualities differently. Mau puaskan hati semua orang memang mustahil. But one thing the
public must realise the judges have this so-called close-up moment with all the 42
aspiring unduks. Because these sumandaks have to parade right in front of them in three
rounds.
Bukan juga mau bilang yang pilihan juri lebih berkredibiliti. Tetapi poin saya, sudut pandang
juri dan orang awam tentulah berbeza. Sebab orang lain tengok-tengok dari jauh saja. Juri
dapat tengok dari dekat, dengan pandangan jarak kurang dari dua kaki. Bukan saja boleh
nampak kaki siapa ada bekas gandas. Atau, nampak mekap siapa terlebih tebal, sampai rona
muka berkontras jauh dengan warna kulit leher. Bahkan, rambut palsu siapa paling tebal
pun boleh tau!
3. But Unduk Ngadau is not just about physical beauty. Bukan juga sekadar personaliti. It is
more about inner charisma; how the unduk carries and projects herself as an exemplary
KDM sumandak. Because the unduks are supposed to be the symbolic representation of
Huminodun. Gadis yang bukan saja dilambangkan dengan kecantikan, tetapi juga memiliki
ciri keberanian wanita sejati.
Sebab itu bila peserta cat-walk depan juri, tujuannya bukan mahu rendahkan martabat
mereka sebagai item peragaan untuk tontonan umum. Ini peluang mereka untuk tunjukkan
kualiti dalaman. Dengan cara memantulkan aura kesumandakan mereka yang halus dan
murni; sambil juga tunjukkan sifat-sifat berani untuk menguasai suasana dewan yang begitu
mencabar.
Masa sesi peragaan, aura peserta terpancar dengan pelbagai ragam. Some of them looked
scared and emotionally overpowered by the rowdy crowd. It clearly showed in their faces,
especially the eyes. Baru kena sorak sikit, sudah gigil-gigil dalam dada. Macam mana mau
jadi Huminodun kalau mental tidak kuat. Huminodun memilih secara sukarela untuk
dikorbankan. Maksudnya, dia lambang wanita berjiwa tegar dan bersemangat kental.
4. Ada juga peserta yang nampak agak tidak selesa dengan pakaian. Masa mau turun pentas
macam terlampau rigid dan was-was. Ini pun satu lagi observation yang mungkin tidak
dapat dicerap dengan teliti oleh audien. Tapi hakim boleh nampak dengan jelas. Sebab jarak
yang dekat, dan peserta juga akan datang limpas depan hakim.
Dari segi tata busana KDM asli, lazimnya pakaian yang kaya dekorasi lebih dikhususkan
untuk wanita-wanita yang berada di hireraki sosial teratas. Misalnya, untuk inan-inan dan
kaum ibu, atau mereka yang mengetuai upacara spiritual (bobolian, etc). Pakaian sumandak
yang masih bujang sepatutnya lebih simple dan tidak sarat hiasan. Sebab secara tradisi,
mereka akan diberi hadiah aksesori dari suami semasa perkahwinan nanti. Ini bukanlah satu
tuntutan mandatori. Tapi ia satu konvension budaya yang manis jika dipatuhi.
Kalau belum kahwin pun, pakaian sudah lip-lap macam tiang lampu Deepavali di Kota Delhi
habis apa lagi hadiah yang boleh dibagi oleh bakal laki? Tak kan mau bagi sedulang sinalau
bakas, atau satu balang jeruk tuhau saja.
5. Coincidently, the eventual Top 3 winners are also my personal choice. Mungkin ada sedikit
selisih margin di kalangan juri. But overall, it reflects the collective decision of the judging
panel. Kebetulan ketiga-tiga unduk tersebut memakai busana tradisi dari etnik yang jarang
ditonjolkan secara mainstream, iaitu garung lapoi dan sinombiaka (dari sub-etnik Bundu
dan Liwan di pedalaman tengah, Ranau-Tambunan) serta pinongkolo (sub-etnik Murut dari
pedalaman barat, Tenom).
Jangan salah faham. The chosen costumes are not the main factor here. I dont think any of
the judges DELIBERATELY chose the unduks purely based on what they wear. My own
decision was not primarily guided by it. But under the super humid tropical weather, the
right choice of outfit will significantly help the unduks to project their best inner beauty.
Personally, I think they should have made the costumes more practical (but still maintaining
enough traditional values). Remember: less is more. Jangan terlalu sarat dengan aksesori.
When the costume sparkles too much, to a certain degree the glitters may outshine your

beauty or overshadow your personality.


Ada setengah peserta, belum lagi sempat masuk di belakang pentas, dia sudah mula
mengulit-ulit tangkong, giring atau posisi baju. Which was a clear indication that they
struggled in their own chosen dresses. You want to be crowned as the KDM iconic woman
(read: Huminodun), but you cant even carry the traditional costume with pride and
elegance. So, how lah?
6. I still think that Tati Kota Kinabalu is the sweetest among the Top 7 finalists. But beauty
alone is not enough. The Q & A session is the ultimate test to distinguish who is the best
Unduk Ngadau. Sebab siapa juga mau jadi wakil pesona Huminodun; dia mestilah tahu
berbahasa ibunda (reasonably well, kalau pun tidak perfect) dan pintar menzahirkan
pandangan secara oral.
Tati Tambunan paling pandai cakap dialek KDM. It was so natural and effortless. She spoke
from her heart and like a real tati (sumandak muda). Ada elemen humor dan funky. Tidak
terlalu pedantic, macam zandi-zandi atau inan-inan tua (seperti majoriti peserta lain). Tati
Tenom pula paling berkarisma masa menjawab soalan tentang isu-isu semasa seputar
kebudayaan. She delivered her answer with so much confidence and passion.
Tati Tanjung Aru was the only one that chose to answer both questions in her mother tongue
(KDM dialect). I was honestly stunned by her courageous effort. Bukan senang! Mungkin
jawapan dia agak kurang sikit berbanding dengan Tati Tambunan dan Tati Tenom. Tapi
selaku peserta pertama untuk sesi ini penampilan dan tahap keyakinan yang ditunjuk
wajar dipuji. Not bad at all. Ada peserta lain yang fumble sebab terlalu nervous walaupun
bukan giliran pertama.
Tati Tanjung Aru may not be the best in every aspect. But she is crowned as the new Unduk
Ngadau because (in my personal opinion) she has the most balanced combination of all the
criteria being judged: natural beauty, personality, oratory skill and command of the ethnic
dialect.
7. At the end of the day we all must come back to the reality. Unduk Ngadau adalah acara
kebudayaan, bukan pertandingan pop hedonis. Selepas usai semuanya, kita mesti refleksi
diri untuk kembali kepada semangat asal.
Sama ada menang atau tidak semua 42 sumandak unduk yang mewakili daerah masingmasing sudah diangkat sebagai pesona Huminodun KDM. Each and everyone deserve to be
the ultimate Unduk Ngadau. But unfortunately, we have to choose ONLY one.
Saya mungkin tidak pernah masuk Unduk Ngadau. Kalau mau pun, mampu ka saya cat-walk
turun-naik pentas Hongkod Koisaan? However, I have been in other competitions (debat,
pidato, pantun, etc) at various different levels: district, state, national and even international.
Some times I won, other times I did not. I know exactly how it feels to win or to lose. Tapi
saya ambil pedoman dari setiap pengalaman, pahit atau manis.
8. It is not so much about winning or losing. It is about taking part and learning from the
experiences. Years from now when the moment truly matters nobody will remember how
many titles you have won. People are only interested to see and judge you as the person you
are.
So you get my point here? It is not about the shining tiara: that you bring or fail to bring
home. But the real thing is: how the entire experiences shape you as a person. How it really
has crowned you with an enriching outlook in life.
Everyone is a winner. So be proud of yourself, wahai kesumandakan unduk semua. The only
losers are those going home with anger and bitterness. Because when you refuse to make
peace with yourself, you will never be able to put all the precious experiences into the right
perspective.

Nota: Kredit gambar Yang Arif Tuan Caroline Majanil dan Gundohing Marios Marcus.
Kotoluadan au ogina tompinai goduwo.
feeling mimpod simpod poh miagal manuk nabangat doh kinomol! with Stephanie Rose
Srk at Hongkod Koisaan, KDCA Penampang.

BORNEO HORNBILL FESTIVAL 2012


Borang Penilaian Audition
Nama :
Disiplin
(10%)

Pengetahuan
/Pertuturan(35%)

Personaliti
(15%)

Kerjasama
(10%)

Kreativiti
(10%)

Voting
(20%)

Kreativiti
(10%)

Voting
(20%)

Komen :

Nama Juri :
BORNEO HORNBILL FESTIVAL 2012
Borang Penilaian Audition
Nama :
Disiplin
(10%)

Pengetahuan
/Pertuturan(35%)

Personaliti
(15%)

Kerjasama
(10%)

Komen :

Nama Juri :

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN:


PERLUKAN PERSPEKTIF BARU?
Posted on 15/05/2005 by Allan Dumbong Posted in Literatures 1 Comment

Bulan Lima merupakan bulan cuti dan bulan keramaian di Sabah. Apa tidaknya,
selain daripada majlis-majlis perkahwinan, Kerajaan juga telah mewartakan beberapa
hari pada bulan ini sebagai cuti umum.
Sesungguhnya, banyak acara dianjurkan untuk orang ramai bergembira dan bersukaria
pada bulan ini. Perayaan utama pada bulan Mei di Sabah ialah tidak lain dan tidak
bukan Pesta Kaamatan. Pesta ini bermula pada setiap 1 Mei, di mana dilakukan
pelancaran Pesta Kaamatan. Hari tersebut amat signifikan kerana ia merupakan hari
cuti awam, sempena Hari Buruh.
Selepas sahaja dilancarkan maka bergemalah paluan gong di merata tempat di Sabah di
mana siri perayaan Kaamatan di semua daerah, dan malah dihampir semua kampung,
khusus di mana penduduk majoritinya ialah Kadazandusun.

Setiap Sabtu dan Ahad sudah habis diperuntukkan untuk sambutan perayaan tersebut.
Sudah tentunya, acara kemuncak perayaan ini ialah pada 30 dan 31 Mei, yang mana
telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai cuti umum. Pada dua hari inilah
sambutan-sambutan kecil di kampung-kampung dan sederhana di daerah-daerah
digerakkan ke arah sambutan kemuncaknya di satu pusat tertentu. Di sinilah diadakan
acara sukaneka, pameran, pertunjukan tarian, pertandingan sugandai Kaamatan dan
paluan gong yang tidak terhingga meriahnya. Acara kemuncaknya pula ialah
Pertandingan Ratu Unduk Ngadau, di mana gadis-gadis ayu dan jelita Kadazandusun
dari semua daerah diketengahkan untuk diadili dari segi keayuan,kesopanan,
kecerdasan dan kesergahan pakaian tradisi yang dipakai.Ratu Unduk Ngadau
Kaamatan, yang mendapat inspirasi dari legenda Huminundun (bermaksud yang
berkorban) akan seterusnya menjadi satu icon kebanggaan Negeri Sabah secara
keseluruhanya. Jika tradisi budaya Kadazandusun diteliti, gadis Kadazandusun yang
bergelar Unduk Ngadau ini merupakan kombura tolundu, gadis yang outstanding
di kalangan ribuan gadis atau wanita Kadazandusun. Sebenarnya Unduk Ngadauitu
berasal dari perkataan runduk tadau, yang bermakna gadis yang dimahkotakan
sinaran cahaya matahari. Ia menggambarkan ciri-ciri seorang gadis jati Kadazandusun
yang terserlah kejelitaan, keayuan, kesopanan, kecerdasan, kemuliaan, kekudusannya
yang dilihat sebagai role model (idola) dan sumber harapan kepada komuniti
Kadazandusun secara keseluruhannya. Sesungguhnya, maksud tersirat di sebalik
Unduk Ngadau itu adalah sama signifikannya dengan gelaran Huguan Siou kerana
kedua-duanya dilihat sebagai icon, idola dan sumber kekuatan masyarakat
kadazandusun.
Beginilah indahnya sambutan Pesta Kaamatan yang dianjurkan setiap tahun,
terutamanya sejak Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.Inilah berkat
kemerdekaan. Dengan kemerdekaan kini rakyat Sabah merasa selamat dan makmur,
dan, dengan suasana aman-damai, mereka sudah tentunya mempunyai masa untuk
menganjurkan dan merayakan acara-acara keramaian. Sudah pasti rakyat Sabah
semuanya seronok dengan pesta ini yang mana turut menarik perhatian bukan sahaja di
kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi juga dapat menarik ramai pelancong
dalam dan luar negeri untuk datang ke Sabah-Negeri di Bawah Bayu untuk menyaksikan
keramaian pesta ini. Berdasarkan kepada keadaan ini, masyarakat Kadazandusun juga
perlulah berterimakasih dan menghargai sokongan dan bantuan Kerajaan yang selama
ini tidak segan-silu memberi pengiktirafan kepada tradisi mulia komuniti ini.
Berbalik kepada istilah kaamatan, ia sebenarnya berasal dari perkataan omot atau
kotu, yang seterusnya menjadi kaamatan atau kokotuan. Sesungguhnya ia
menandakan tanda kesyukuran masyarakat Kadazandusun terhadap limpahan kurnia
Yang Mahakuasa terhadap hasil tuaian padi pada musim tersebut.Kaamatan ini
seringkali dirujuk dan berkisar kepada acara sukaria selepas menuai padi. Ianya
berkaitrapat dengan kegiatan sosio-ekonomi agrarian komuniti Kadazandusun yang
secara tradisinya menaman padi. Sambil bersukaria dalam Pesta Kaamatan ini,
masyarakat Kadazandusun seharusnya mengambil peluang ini untuk merenung tahap
kemajuan mereka dalam semua aspek, lebih-lebih lagi dari segi kedudukan sosioekonomi dan perniagaan. Jika Kaamatan ini berkisar kepada penanaman padi,
komuniti Kadazandusun perlulah kritis dan bertanya pada diri sendiri apakah
relevannya Kaamatan ini, jika sudah ramai anggota masyarakat Kadazandusun tidak lagi
terlibat dalam penanaman padi. Sudah ramai anggota masyarakat ini, khususnya
generasi muda, yang tidak tahu istilah-istilah seperti momorilik, mongurak,
mangasok, mananom, mangaradu atau mongomot.
Berapa ramaikah daripada penduduk Kadazandusun yang dianggarkan berjumlah
600,000 orang di Sabah ini yang masih terlibat dengan kegitan penanaman padi?
Bukankah ramai orang Kadazandusun sudah beralih kepada kegiatan-kegiatan lain
seperti menanam sayur, makan gaji ataupun menjalankan perniagaan-perniagaan
lain? Banyak juga tanah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur kepada
masyarakat Kadazandusun untuk maksud pertanian, khususnya penanaman padi.

Malangnya, banyak tanah-tanah ini masih ditinggalkan terbiar ataupun telah diubah
cara penggunaannya kepada kegiatan-kegiatan lain seperti menjadi tapak pembinaan
rumah, bengkel-bengkel, kedai-kedai dsb. Apa yang jelas ialah kawasan tanaman padi
sawah semakin hari semakin kecil. Begitu juga dengan penanaman padi bukit yang pada
masa ini masih kurang produktif kerana belum menggunakan mekanisasi pertanian
yang ekonomik. Ramai generasi muda tidak lagi berkemahiran ataupun berminat untuk
bekerja sebagai penanam padi.
Jika demikian keadaannya, apakah sebenarnya tujuan kita merayakan Pesta Kaamatan?
Adakah Pesta Kaamatan dirayakan semata-mata untuk mengiktiraf signifikan sejarah,
kerana ianya dirayakan sejak bertahun-tahun dahulu? Atau adakah masyarakat
Kadazandusun merayakannya semata-mata untuk mencari alasan untuk berpesta dan
berarrammaii tii? Bukankah ini seolah-olah hipokrit jika Kaamatan diraikan secara
besar-besaran tetapi pada tahun itu perolehan hasil tuaian komuniti tersebut tidak
seberapa? Perlu disedari bahawa kadar sara diri Negeri Sabah dari segi pengeluaran padi
pada masa kini berada ditahap kurang daripada 30%, dan selebihnya diimport dari luar
negeri.
Sistem penanaman padi di Negeri Sabah juga masih berada ditakuk lama di mana
kurangnya penggunaan teknologi moden dan tidak hairanlah kenapa pengeluaran padi
setiap hektar seringkali tidak melepasi 3.5 tan. Sebenarnya, isu jaminan makanan
(food security) di Sabah agak membimbangkan, dan mungkin rakyat Sabah akan
menghadapi masalah kekurangan makanan dalam tempoh 50 tahun akan datang.
Pengeluaran pelbagai makanan di Sabah perlulah ditingkatkan, bukan sahaja untuk
kegunaan rakyat tempatan, tetapi jika boleh dieksport ke luar negeri. Soalnya, apakah
peranan komuniti Kadazandusun, yang berbangga dengan penuaian padi, dalam
membantu kerajaan menghadapi masalah ini?
Persoalan-persoalan di atas ditimbulkan di sini bukan untuk maksud mempersendasendakan perayaan ini. Sebaliknya, persoalan-persoalan di atas perlulah dijawab
sekiranya komuniti Kadazandusun mahukan perayaan ini diperkukuhkan dan terus
dihormati di masa-masa akan datang.
Sebenarnya banyak perkara yang perlu dibuat. Sesungguhnya, perspektif dan cara
pemikiran masyarakat Kadazandusun terhadap Kaamatan ini juga perlu diubahsuai
dengan realitas dunia semasa.
Persoalannya ialah, apakah kegiatan sosio-ekonomi yang perlu di omot oleh komuniti
Kadazandusun dalam era informasi dan dunia tanpa sempadan ini? Kadazandusuun
perlulah mempelbagaikan aktiviti ekonomi mereka, dan pergunakanlah Pesta Kaamatan
ini sebagai ruang untuk menilai sejauhmana hasil tuaian dalam semua kegiatan tersebut.
Jika kurang, lipatgandakan usaha. Jika sudah berlimpah, bantulah yang masih di
belakang.
Negeri Sabah amat bertuah kerana dikurniakan oleh Yang MahaEsa dengan
kepelbagaian etnik yang mana masing-masing membawa bersama mereka amalan
tradisi, norma-norma dan nilai-nilai budaya yang indah dan murni. Setiap etnik boleh
mempelajari dari etnik-etnik yang lain.
Sempena bulan baik ini, masyarakat Kadazandusun perlulah mempelajari dan
mengambil iktibar daripada masyarakat-masyarakat lain yang menggunakan perayaanperayaan berteraskan budaya ataupun kepercayaan untuk memperkukuhkan tahap
sosio-ekonomi mereka. Contohnya, pada sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Malaysia,
kita seringkali melihat bagaimana masyarakat Melayu Islam membuat banyak persedian
sebelum hari mulia tersebut. Sepanjang bulan Ramadhan, mereka menyediakan
beberapa tempat bertemu di mana mereka berjual-beli kuih-muih dan pelbagai jenis
makanan tradisi Melayu. Begitu juga dengan masyarakat Cina semasa perayaan Tahun
Baru Cina, di mana semasa persedian sambutan, mereka mewujudkan pelbagai peluang-

peluang perniagaan. Contohnya, ramai peniaga Cina yang mengambil peluang itu untuk
mengimport, mengedar, ataupun menjual limau mandarin. Beberapa hari sebelum
perayaan tersebut, masyarakat Cina akan berkumpul dibeberapa tempat untuk saling
memperdagangkan barang-barang keperluan untuk sambutan perayaan tersebut.
Begitu juga semasa sambutan Pesta Kuih Bulan, di mana ramai usahawan-usahawan
Cina membuat dan menjual banyak jenis kuih bulan untuk dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat tanpa mengira keturunan dan agama. Kegiatan masyarakat Melayu dan Cina
di atas sudah tentunya mendatangkan keuntungan yang lumayan, yang dimungkinkan
oleh sambutan perayaan-perayaan mereka. Maka itulah, masyarakat Kadazandusun
perlu mencontohi amalan-amalan murni seperti ini, dan mengubahsuai Pesta Kaamatan
itu daripada kaamatan(kesyukuran selepas menuai) kepada mongomot
toririmo(penuaian yang berterusan).
Maksudnya, masyarakat Kadazandusun perlulah bijak mempergunakan kesempatan
semasa pesta ini untuk berjual beli, dan melipatgandakan hasil jualan pada bulan
tersebut. Jadi dalam perayaan Pesta Kaamatan, sepatutnya kaum Kadazandusun juga
perlu mengambil iktibar bahawa masa ini bukanlah satu masa untuk ramai-ramai
semata-mata, tetapi banyak perkara perlu dibuat.
Masyarakat Kadazandusun perlulah yakin untuk memperkenalkan produk-produk
keluaran mereka. Produk dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan dan diketengahkan
secara agresif termasuklah kraftangan, kuih-muih, masakan dan minuman, pakaian
tradisi, peralatan permainan dan musik tradisi, buku-buku, lencana-lencana, posterposter, lagu-lagu dalam kaset/CD,hasil-hasil pertanian dan perikanan. Mereka juga
boleh menyediakan pelbagai perkhidmatan. Contohnya, artis-artis atau
seniman/seniwati Kadazandusun boleh membuat perancangan strategik di kalangan
mereka dan memikirkan bagaimana mereka dapat memeriahkan pesta ini secara kolektif
dan dalam masa yang sama kepakaran dan sumbangan mereka itu dapat menghasilkan
pendapatan yang lumayan. Adalah dipercayai bahawa beberapa acara Kaamatan itu
boleh dikontrakkan kepada pihak-pihak tertentu, terutama yang melibatkan event
management.
Mungkin ramai yang berkata dan berhujah bahawa semua di atas telahpun dibuat.
Memang diakui bahawa kesemua di atas sedang dibuat. Malah di beberapa pesta
kaamatan di kampung di sepanjang 2 minggu pertama bulan Mei, 2002, telah
dianjurkan Pesta Jualan Kaamatan. Ini memang membanggakan. Masalahnya,
produk-produk keluaran dan perkhidmatan yang disediakan pada ketika ini masih
terlalu kurang, dan seringkali tahap kualiti barangan tersebut dipertikaikan. Mungkin
sudah sampai masanya bagi kaum Kadazandusun untuk memikirkan secara serius
persedian-persedian yang perlu dibuat di pesta-pesta kaamatan di tahun-tahun akan
datang supaya komuniti ini sentiasa aktif mongomot. Aspek pembangunan sosiobudaya dan ekonomi ini memang tidak dapat dipisahkan dengan sambutan Kaamatan
ini. Maka itulah sebabnya kenapa masyarakat Kadazandusun perlu merenung dan
memikirkan sedalam-dalamnya tradisi turun temurun mereka. Masyarakat
Kadazandusun perlu sedar dari mana mereka datangdan ke mana arah tujuan di
masa hadapan. Sudah sampai masanya masyarakat Kadazandusun menyemai perpektif,
paradigma dan cekerawala pemikiran (worldview) baru supaya peranan dan sumbangan
mereka sebagai satu etnik terbesar di Sabah dapat dimanfaatkan ke arah pembangunan
negara bangsa. Dalam apapun perancangan, masyarakat Kadazandusun mestilah rajin,
cekal, proaktif, berinisiatif dan kreatif dalam pendekatan mereka.
Justeru itu, peranan insitusi-institusi Kadazandusun, seperti Persatuan Kebudayaan
Kadazandusun (KDCA) amatlah penting dalam menyediakan ruang serta membimbing
masyarakat ini ke arah meningkatkan taraf hidup mereka. Secara umumnya, masa
depan masyarakat Kadazandusun tetap akan cerah dan gemilang dengan syarat setiap
anggota perlu sedar dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing serta
berkemampuan membuat perancangan strategik secara kolektif dan bersatupadu.

Kotobian Tadau Tagazo Kaamatan


* Gundohing Allan G Dumbong adalah seorang penganalisis sosio-budaya, politik dan
ekonomi di Sabah. Pada masa ini beliau merupakan Setiausaha, Persatuan
Kebudayaan Kadazandusun Sabah, Cawangan Tanjung Aru.

Anda mungkin juga menyukai