Anda di halaman 1dari 7

4.

0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Tema : Kenali Budaya Malaysia

Tajuk : Kenali dan Apresiasi Adab Sosial Warisan Budaya Malaysia

Sub Tajuk : Adab Makan

Tarikh :18 Februari 2010

Masa : 8.30 pagi-9.30 pagi

Tahun : 4 Kencana

Bilangan Murid : 30 Orang (14 lelaki dan 16 perempuan)

Pengalaman Sedia Ada : Murid membesar dalam latar belakang sosiobudaya masing-masing.
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Mengenalpasti warisan budaya setiap kaum

2. Membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum

3. Menyenaraikan amalan budaya kaum lain.

Penerapan Nilai :

1. Menghormati amalan budaya kaum lain

2. Memupuk kesedaran terhadap nilai positif yang dibawa dalam setiap budaya

3. Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Pengajaran :

1. KBKK

2. Kecerdasan Pelbagai

3. Koperatif

4. Kajian Masa Depan

5. Kontekstual
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi • Tayangan video • Guru menunjukkan tayangan KBKK

bertajuk “Amalan video tentang aktiviti masyarakat


(5 minit)
Kunjung- bertajuk “Amalan Kunjung-

Mengunjung di Mengunjug di Kampung.”

Kampung”
Langkah 1 • Perbincangan • Guru mengedarkan lembaran Kecerdasan Pelbagai

tentang adab-adab kerja kepada murid


(10 minit) - interpersonal
makan setiap kaum • Murid diminta memilih adab-

➢ Kaum Cina adab makan setiap kaum

menggunakan dengan betul

Chopstick ketika • Guru meminta murid

makan mengenalpasti adab makan

➢ Kaum Melayu dan setiap kaum.

India menggunakan • Guru berbincang dan

tangan ketika makan menerangkan adab makan bagi

setiap budaya

• Rujuk lampiran A
4.1 Lampiran A

• Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid

○ Aktiviti dilakukan secara individu

○ Dilakukan untuk menguji kefahaman awal murid terhadap budaya lain

• Murid diminta memilih adab-adab makan setiap kaum dengan betul

○ Murid perlu memilih adab makan setiap kaum berdasarkan gambar yang ditunjukkan

• Guru meminta murid mengenalpasti adab makan setiap kaum.

○ Berdasarkan lampiran kerja yang diberi murid-murid perlu mengecam gambar dan menjawab soalan

mengikut pengalaman sedia ada murid.

• Guru berbincang dan menerangkan adab makan bagi setiap budaya

○ Guru membincangkan latihan bersama-sama murid.

✔ Mengapa kaum Cina menggunakan Chopstick ketika makan?

✔ Apakah persamaan adab makan kaum Melayu dan Kaum India?


4.2 Lampiran B

• Beberapa orang wakil murid dikehendaki mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia

○ Guru memilih beberapa orang wakil murid untuk menunjukkan cara makan mengikut adab setiap kaum

 Tiga orang wakil murid Melayu melakukan demonstrasi adab makan kaum India

 Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Cina

 Tiga orang wakil murid India melakukan demonstrasi adab makan kaum Melayu

• Guru membimbing murid untuk melakukan demonstrasi adab makan masyarakat Malaysia.

○ Guru membetulkan cara murid-murid melakukan demonstrasi adab makan tersebut


4.3 Lampiran C

• Guru meminta murid membawa makanan tradisional kaum masing-masing.

○ Guru meminta murid membawa makanan tradisional pada minggu lalu

• Murid bertukar makanan dan makan mengikut adab jenis makanan tradisional tersebut.

○ Murid Melayu bertukar makanan dengan murid Cina dan murid India

○ Murid Cina bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid India

○ Murid India bertukar makanan dengan murid Melayu dan murid Cina

 Mana-mana murid yang mendapat makanan kaum Melayu dikehendaki makan dengan adab makan

kaum Melayu begitu juga dengan makanan kaum Cina dan kaum India.

4.4 Lampiran D
• Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut nama kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan

Kadazan.

○ Guru menyediakan kertas undian yang tertulis Melayu, Cina, India, Iban, Murut dan Kadazan pada setiap

kertas undi.

○ Setiap murid mencabut satu undi dan guru hendaklah memastikan satu kumpulan terdiri daripada pelbagai

kaum.

• Setiap kumpulan hendaklah mempunyai murid yang pelbagai budaya.

• Guru meminta murid membandingbezakan adab-adab makan setiap kaum.

○ Guru menyediakan kertas sebak/ mahjong kepada setiap kumpulan

○ Murid secara kumpulan dikehendaki mencari persamaan dan perbezaan adab makan yang telah mereka

pelajari

• Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

• Guru membimbing dan menyemak hasil kerja murid.

○ Guru menilai dan memberikan markah kepada setiap kumpulan yang berjaya mempersembahkan hasil

kerja mereka dengan baik dan kerjasama dalam kumpulan yang ditunjukkan.