Anda di halaman 1dari 9

PENDAHULUAN

Secara fitrahnya, manusia hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang
adalah saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan di muka bumi
ini. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan sedikit pun
dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat atau kumpulan.
Oleh sebab itu, Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup
bermasyarakat dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik,
kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW
sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam. Dalam Islam
akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadis yang bermaksud :


:
:
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Sabda Rasulullah SAW Orang mukmin yang
paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik.
Masih ramai umat Islam yang gagal memahami perlunya memiliki akhlak yang baik dan
bagaimana akhlak yang baik mempengaruhi pembentukan masyarakat yang aman damai dan
sejahtera. Ada juga segelintir yang menganggap bahawa dalam kehidupan bermasyarakat,
orang bukan Islam adalah terkecuali dan mereka cenderung untuk memberi layanan kepada
orang bukan Islam dengan layanan yang kurang baik kerana mereka beranggapan bahawa
tiada keperluan memberi layanan yang elok kepada golongan bukan Islam disebabkan mereka
tidah menganut agama yang sama dan golongan yang beragama lain adalah musuh umat
Islam. Fahaman ini merupakan sesuatu yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Terdapat satu hadis sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Kasihilah orang-orang yang berada di atas bumi, nescaya kamu akan dicintai oleh yang
di atas langit (Allah). (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 7/161, no. 1847)
Menurut hadis tersebut, adalah dapat disimpulkan bahawa Islam menegakkan dalam
berlaku adil dan berbuat baik kepada semua tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Oleh itu,
adalah penting bagi semua umat Islam untuk memahami ksep sebenar dalam bermasyarakat
mengikut ajaran Islam.

FAKTOR-FAKTOR KEGOYAHAN NILAI-NILAI KEMASYARAKATAN


1. KURANG PEMAHAMAN MENGENAI ADAB BERMASYARAKAT
Agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam dan menjadikan majoriti daripada rakyat
Malaysia adalah beragama Islam. Terdapat juga rakyat yang menganut agama-agama lain
seperti Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. Namun penganut-penganut agama lain bebas
mengamalkan agama mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan salah satu akta dalam
Perlembagaan Persekutuan: Agama bagi Persekutuan. Perkara 3(1), Islam ialah agama bagi
Persekutuan. Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, tetapi secara harmoninya,
penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama
mereka. Ini bukan sahaja diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) di atas, malah ditekankan lagi
dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa : Tiap-tiap orang adalah
berhak

menganuti

dan

mengamalkan

agamanya

dan,

tertakluk

kepada

Fasal

(4),

mengembangkan agamanya.
Perkara di atas menjadikan ramai yang menganggap bahawa agama hanya
merangkumi amalan- amalan ibadat seperti solat, puasa, haji dan zakat. Ternyaa pemahaman
yang salah ini mampu merosakkan hidup manusia dan berupaya meruntuhkan tunjang agama.
Setiap Muslim harus menyedari bahawa amalan-amalan agama Islam adalah merangkumi
seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah amalan-amalan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Islam secara tegas menyuruh ummat supaya menjaga hubungan dengan Allah SWT dan
menjaga hubungan dengan manusia juga. Kegagalan dalam memahami perkara ini dan
penyisihan adab bermasyarakat adalah satu punca utama akan kehilangan rasa kasih saying
dan hormat-menghormati di kalangan manusia. Firman Allah SWT,





(36)

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan
berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orangorang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan
sejawat, orang bermusafir dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang sombong takabbur dan membangga-banggakan diri. (AnNisa: 36)

2. KERUNTUHAN MORAL DAN AKHLAK MANUSIA


Perbuatan seperti kerosakan tingkah laku, tindas menindas, bunuh membunuh,
peperangan dan sebagainya pada hari ini bermula daripada masalah adab bermasyarakat.
Sikap Islam terhadap perkara hidup bermasyarakat ini amat jelas.


(11)

Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah
dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.
Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan
meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Mujadalah: 11)
Petikan ayat Al-Quran ini menunjukkan bahawa betapa Islam mementingkan sifat tolak
ansur, bertimbang rasa dan mengambil berat terhadap satu sama lain antara manusia.
Masalah-masalah soaial yang berlaku pada zaman sekarang banyak mempengaruhi akan
kehidupan bermasyarakat. Hal ini berpunca daripada sikap tidah mengendahkan masyarakat
sekeliling dan manusia lebih selesa mengamalkan sikap menjaga tepi kain sendiri sehingga
memburukkan lagi keadaan keruntuhan moral masyarakat. Jika ramai yang memilih untuk tidak
mempedulikan adab bermasyarakat, dikhuatiri ini akan memberi kesan yang negatif kepada
pembinaan negara bangsa yang kukuh.
3. INSTITUSI KEKELUARGAAN TIDAK MEMAINKAN PERANAN
Untuk membentuk masyarakat yang harmoni, permulaannya adalah dari didikan yang
dialami oleh setiap individu. Setiap individu dididik dan dibentuk oleh ibu bapa agar menjadi
insan yang berguna kepada masyarakat seluruhnya. Oleh yang demikian, keluarga memainkan
peranan yang amat besar dalam menentukan keutuhan sesebuah masyarakat. Pembentukan
akidah dan akhlak yang mantap bagi setiap individu hendaklah dimulakan daripada peringkat
awal lagi iaitu sejak zaman kanak-kanak. Menurut Dr Abdul Salam (2004), Akidah merupakan
perkara yang sangat penting kerana ia merupakan asas kepada Islam. Menurut beliau lagi,
daripada sudut sejarah, akidah ialah bahagian pertama ysng didakwahkan oleh Nabi

Muhammad SAW di Makkah selama tiga belas tahun bertujuan untuk mendidik dan mengajak
masyarakat kepada pembentukan akidah yang tauhid dan mantap.
Kegagalan mendidik anak-anak akan memberi kesan yang besar kepada pembentukan
masyarakat. Ibu bapa pada zaman ini lebih mementingkan wang ringgit dan pendidikan yang
bersifat keduniaan malah mengendahkan pendidikan akidah. Masyarakat juga sering
memandang akan harta benda dan taraf pendidikan seseorang berbanding akhlak yang baik.
Trend yang sedemikian ini menyebabkan pendidikan akidah menjadi sesuatu yang ditolak tepi
oleh golongan masyarakat.
Islam merupakan agama yang amat mementingkan pendidikan. Hal ini dapat dilihat
daripada beberapa segi seperti kedudukan ilmu dalam Islam dan penerimaan Islam tentang
peranan akal. Terdapat banyak bukti tentang peranan akal yang mempengaruhi setiap
perbuatan manusia dalam Al-Quran dan juga hadis Rasulullah SAW. Antara contoh penyebutan
peranan akal menikut hadis, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; Agama adalah
pengunaan akal, tiada agama bagi orang yang tidak berakal. Allah SWT juga berfirman,

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat
Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan
Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran
dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai.
Ayat di atas menerangkan tentang Allah SWT telah mengurniakan nikmat akal, hati dan
pancaindera seperti mata dan telinga kepada manusia dan jin. Namun kebanyakannya tidak
menggunakan nikmat akal, hati dan pancaidera yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya. Ibu
bapa sepatutnya mengajar anak-anak mengenai ilmu akidah yang baik kerana ia merupakan
salah satu konsep yang penting dalam pembentukan masyarakat di samping mementingkan
tentang pendidikan ilmu lain. Manusia tidak hanya terikat untuk belajar satu atau dua ilmu

sahaja bahkan Allah SWT memberi nikmat akal agar manusia dapat mempelajari banyak ilmu
yang dikehendaki oleh mereka.
Sikap ibu bapa yang mementingkan lebih untuk mecari harta dan wang ringgit
merupakan suatu perkara yang tidak rasional. Kebanyakan ibu bapa tidak sempat meluangkan
masa bersama anak-anak mereka kerana mereka terlalu sibuk menguruskan hal kerja mereka
dan mengalih ketidak puasan hati anak-anak dengan memberi wang ringgit.Kerana kesuntukan
masa juga, ibu bapa akan mencari alternatif lain untuk menguruskan anak-anak mereka seperti
mengambil pembantu rumah dan menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan bagi
menggantikan tanggungjawab-tanggungjawab yang tidak dapat dipenuhi mereka. Menurut Dr.
Abdul Salam, Al-Quran menjelaskan bahawa kebajikan anak perlu diambil berat kerana anak
merupakan anugerah Allah SWT dan amanah yang perlu dijaga. Firman Allah SWT dalam surah
al-Anam ayat 140 yang bermaksud, Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh
anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan sedangkan Allah yang
memberi

rezeki

kepasa

sekalian

makhluknya,

dan

juga

rugilah

orang-orang

yang

mengharamkan apa yang telah dikurniakan Allah SWT kepada mereka, dengan berdusta
terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiada mereka mendapat petunjuk.
Oleh kerana kebanyakan ibu bapa tidak memainkan peranan yang sepatutnya dengan
memberi penekanan yang lebih terhadap pendidikan akidah anak, adab bermasyarakat akan
menjadi tidak utuh disebabkan asas kemasyarakatan iaitu nilai-nilai dalam setiap individu
adalah kurang kukuh.

AKIDAH YANG BAIK DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT


Menurut Kamus Dewan, perkataan akidah dalam bahasa Melayu merujuk kepada
kepercayaan dan keyakinan. Akidah berasal daripada perkataan arab iaitu Aqidah daripada
kata kerja aqada yang membawa maksud mengikat atau menyimpul. Oleh itu, dari segi
bahasa, akidah bermaksud ikatan atau simpulan. Dari segi istilah pula, menurut Sayyid Sabiq
(1992), akidah adalah penerimaan kebenaran ke atas sesuatu dan juga keyakinan yang cukup
pasti lagi jitu ke atasnya tanpa syak atau ragu.Mohd Sulaiman Haji Yasin menerangkan akidah
Islam adalah kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yan mutlak,
yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi kudus san suci seperti yang diwajibkan oleh
Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin
terhurai atau terputus walau oleh apa jua keadaan atau suasana.
Akidah dan akhlak yang mulia adalah sangat luas dan tidak hanya tertakluk kepada
perbuatan atau percakapan sahaja. Rasulullah SAW adalah insan yang mempunyai akhlak
yang terbaik dikalangan kaumnya dan paling menjauhi kejahatan dan akhlak yang rendah.
Baginda SAW adalah orang yang paling menjaga maruah, paling baik pergaulan, sebaik-baik
jiran, paling lemah lembut, paling bercakap benar dan paling amanah. Oleh itu, Baginda SAW
digelar oleh kaumnya dengan gelaran Al-Amin. Gelaran tersebut diberikan kerana Baginda
SAW memiliki sifat lemah lembut, sabar, bersyukur, adil tawadhu, menjaga kesucian diri,
permurah, berani dan pemalu. Rasulullah SAW bukan sahaja dihormati oleh orang-orang Islam
bahkan orang-orang bukan Islam kerana keperibadiannya yang amat mulia sehingga dapat
menarik hati masyarakat bukan Islam.
Salah satu contoh akhlak yang baik dalam pembentukan masyarakat ialah saling bantumembantu antara saru sama lain. Agama Islam amat menggalakkan penganutnya agar sentisa
tolong-menolong antara satu sama lain. Di samping dapat meningkatkan nilai kemasyarakatan,
bantu-membantu dapat meningkatkan pahala individu itu sendiri. Selain itu, hormatmenghormati juga merupakan satu akhlak yang baik dalam bermasyarakat. Hormat ini bukan
sahaja kepada orang yang lebih tua tetapi kepada semua peringkat umur. Ini adalah kerana,
dengan adanya hormat, kekasaran dapat dielakkan antara satu individu dengan individu yang
lain atau antara dua pihak yang berbeza disebabkan adanya tahap kehormatan. Hormat juga
dapat membantu manusia berfikir dengan lebih rasional sebelum membuat sesuatu perbuatan
samada baik atau buruk terhadap orang lain.

Rasulullah SAW merupakan manusia yang amat jujur dan ini adalah jelas kerana
sifatnya yang siddiq yang bererti benar telah dijelaskan dalam Surah An-Najm yang
difirmankan oleh Allah SWT yang membawa maksud Dan tiadalah yang diucapkannya itu (AlQuran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang
diwahyukan kepadanya. (An-Najm: 4~5). Setiap manusia juga perlu mencontohi sifat jujur
Rasulullah SAW ini kerana dengan berbohong, tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah
bahkan menambahkan lagi dosa yang sedia ada. Contoh akhlak mulia yang seterusnya ialah
amanah. Contoh ini juga jelas dapat dilihat berdasarkan sifat Nabi Muhammad SAW. Jika
sesatu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran
kepada Nabi Muhammad SAW dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud terpercaya, jauh
sebelum beliau diangkat jadi seorang Rasul. Setiap yang diucapkan Rasulullah SAW, dipercayai
dan diyakini penduduk Makkah kerana Baginda terkenal sebagai seorang yang tidak pernah
berdusta. Sifat jujur dan amanah Rasulullah SAW harus diteladani oleh setiap manusia dalam
membentuk masyarakat yang kukuh dan utuh.
Akidah yang berasaskan agama mempunyai kekuatannya yang tersendiri iaitu ia dapat
menggerakkan daya usaha atau amal yang menepati corak akidah itu dan juga
mempunyai kekuatan ghaib bagi menetap dan meneguhkan pendirian seseorang.
Dengan kekuatan dalaman yang ada pada akidah, ia dapat mengubah perjalanan
sejarah manusia dan tamadun, contohnya apa yang terjadi kepada bangsa Arab.
Mereka yang dahulunya hanya masyarakat pinggiran menjadi pemimpin yang
memakmur dan membangunkan dunia selama berabad-abad lamanya. Keazaman yang
tinggi bagi mencapai keredaan yang MAHA Agung dan merealisasikan kehendak dan
suruhan-Nya adalah asas kekuatan bagi mereka yang berakidah berasaskan agama
(Dr Abdul Salam, 2004)
Berdasarkan pernyataan diatas, dibuktikan oleh bangsa Arab bahawa asas pegangan
akidah yang kuat dapat melahirkan masyarakat yang harmoni, aman-damai dan dapat kekal
sehingga berabad lamanya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pendidikan akidah Islam
harus dititiberatkan demi membentuk masyarakat yang harmoni.

PIHAK YANG MEMAINKAN PERANAN DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT


Pembentukan masyarakat yang baik adalah bergantung kepada pembentukan individu secara
dasarnya. Berikut merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam pembentukan sahsiah diri
sera akidah dan akhlak seseorang individu khususnya ketika di peringkat kanak-kanak;
1. IBU BAPA
Berbanding dengan pendidik atau guru, ibu bapa berperanan mendidik anak-anak
mereka dengan pendidikan akidah secara tidak formal. Antara peranan yang boleh dimainkan
oleh ibu bapa dalam mendidik akidah anak ialah antaranya sebagai role model, pendorong dan
penyampai maklumat atau ilmu.
Sebagai role model anak-anak, segala spa yang dilakukan ibu bapa akan dilihat dan
diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, para ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh yang tterbaik
dalam akidah anak-anak. Ibu bapa yang tidak mementingkan hal ini boleh menyebabkan anak
mereka hilang pedoman. Dalam erti kata lain, ibu bapa adalah pencorak agama yang
menunjukkan arah kepada anak-anak.
Ibu bapa boleh bertindak sebagai pendorong kepada anak anak dengan menguatkan
pegangan akidah anak-anak dengan cara seperti menyediakan segala kemudahan
pembelajaran serta menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh anak-anak dengan
mewujudkan suasana yang mesra di dalam rumah. Ibu bapa merupakan penghalang utama
pengaruh negative yang boleh menyerang anak-anak daripada pelbagai sudut sperti bahan
bacaan, hiburan dan sebagainya. Di samping itu, ibu bapa bertindak sebagai penyampai
maklumat kerana ibu bapa merupakan orang pertama yang dikenali oleh anak-anak. Justeru,
mereka hendaklah menyampaikan maklumat sepenuhnya tentang Islam terutamanya
berkenaas akidah, keimanan dan cara kehidupan seorang Muslim.
2. GURU
Peranan guru seringkali secara formal dalam memberi pendidikan akidah kepada anak-anak
namun pendidikan tersebut tidak hanya terikat kepada bentuk akademik semata-mata tetapi
asalkan pelajaran tersebut dapat merangsang emosi dan fahaman pelajar tersebut. Guru perlu
memilih tajuk pendidikan akidah yang sesuai dan nyata serta mengandungki aktiviti-aktiviti
agama yang boleh menjadi amalan pelajar. Tugas mendidik akidah bukan sahaja tertakluk
kepada guru agama malahan juga guru-guru subjek lain.

RUMUSAN
Persaudaraan dan perpaduan yang kuat dalam sebuah masyarakat mesti di mulai
dengan membina iman dalam diri setiap umat manusia dan seterusnya pembentukan akidah
yang baik. Akidah yang baik adalah pendorong utama untuk manusia melahirkan seberapa
banyak kebaikan, mengutamakan hak orang lain dari diri sendiri, berkasih sayang dan bantumembantu sesama manusia. Hati yang baik akan mampu bertolak ansur jika berhadapan
dengan pertengkaran dan pertelingkahan sesama jiran dan sahabat dalam hubungan seharian.
Perhatian Islam terhadap adab bermasyarakat ini juga boleh di lihat apabila Nabi s.a.w
melarang umat Islam supaya tidak memakan bawang putih kerana bimbangkan bau mulut
mengganggu keselesaan orang lain. Islam juga melarang seseorang tetamu bertamu terlalu
lama di rumah seseorang kerana bimbang akan menyusahkan tuan rumah. Kesemua perkara
ini diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada manusia dan banyak lagi adab-adab yang lain
untuk membentuk setiap individu dalam kehidupan ini menjadi insan yang dikasihi oleh Allah
SWT dan Rasulullah SAW. FIrman Allah SWT:

Maksudnya: Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang
yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa
mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (Salam).
Surah Al-Furqan:63
Oleh itu, institusi kekeluargaan seperti ibu bapa serta institusi pendidikan seperti guru
memainkan peranan penting dalam memelihara bersama hubungan kemasyarakatan kerana ia
bukan satu peraturan Allah SWT yang sempit. Bahkan memberi peluang yang lebih luas untuk
kebaikan dan kemaslahatan umat Islam sejagat iaitu bukan sahaja dalam negara bahkan
seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai