Anda di halaman 1dari 11

NOOR AZWATI BT MOHD MUSTAFFA

PELAJAR IPT LEMAH BAHASA INGGERIS


Dewasa ini, masalah kelemahan menguasai bahasa Inggeris semakin serius di kalangan pelajarpelajar tidak kira di peringkat sekolah rendah, menengah atau di peringkat universiti. Lebih
membimbangkan lagi, masalah ini menular di kalangan pelajar Melayu. Di sini, saya ingin
mengkhususkan kepada kelemahan pelajar IPT dalam mengusai bahasa Inggeris. Mari kita samasama fikirkan mengapakah masalah ini berlaku khususnya di kalangan pelajar Melayu?
Dalam rencana ini, saya ingin memfokuskan permasalahan kepada pelajar-pelajar di Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM). Seperti yang kita sedia maklum, USIM menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Tetapi ada segelintir dari pelajar-pelajarnya
masih lagi lemah dalam menguasai bahasa Inggeris. Menurut Cik Juliana Niza bt Ismail Adnan,
penyelaras program MUET di Universiti Sains Islam Malaysia, beliau berpendapat punca pelajar
USIM lemah bahasa Inggeris adalah berpunca dari pemikiran mereka yang tidak maju. Pelajar
USIM selalu berpendapat jika bertutur dalam bahasa Inggeris, mereka akan melupakan bahasa
Melayu.
Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar juga jarang mempraktikkan bahasa Inggeris yang mereka
pelajari. Dengan lebih jelas lagi pelajar-pelajar teramat malas untuk membuat ulangkaji dan
mereka juga tidak memgamalkan ilmu yang mereka pelajari di dalam kelas. Kebanyakkan
pelajar-pelajar USIM juga terlalu kurang membaca bahan bahasa Inggeris, tidak mengambil tahu
isu-isu semasa dan pemikiran mereka terlalu cetek. Mereka tidak mempunyai minat untuk
membaca suratkhabar bahasa Inggeris dan pelajar-pelajar juga terlalu memfokuskan minat
mereka kepada bacaan yang berbentuk hiburan sahaja contohnya mereka lebih berminat kepada
suratkhabar hiburan seperti Kosmo dan Harian Metro. Cik Juliana Niza menambah lagi pendapat
beliau mengatakan bahawa pelajar-pelajar akan membaca bahan bahasa Inggeris apabila disuruh
sahaja. Normalnya, seseorang akan lebih terasa bosan apabila melakukan sesuatu dengan
paksaan dan begitu juga dengan pelajar-pelajar akan cepat bosan apabila membaca sesuatu bahan
yang mereka tidak suka. Faktor ini juga secara tidak langsung menyumbangkan kepada
kelemahan pelajar USIM dalam menguasai bahasa Inggeris dan juga lemah di dalam MUET.
Inilah yang membimbangkan kerana jika pelajar-pelajar tidak lulus MUET, sukar bagi mereka
untuk mendapat pekerjaan di masa akan datang.
Bagi pendapat Puan Suhaili Abdul Jalil pula yang merupakan pensyarah bahasa Inggeris dari
Unit Bahasa Inggeris USIM berpendapat, punca pelajar-pelajar lemah menguasai bahasa Inggeris
adalah kebanyakan pelajar-pelajar USIM memandang bahasa Inggeris hanya sebagai subjek.
Mereka belajar bahasa Inggeris semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka juga
menganggap bahasa Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan menyusahkan. Apabila
mereka telah menganggap begitu, terlalu mustahil bagi mereka untuk meminati bahasa Inggeris.
Pelajar-pelajar juga tidak mahu melatih diri mereka untuk mencuba berulang kali bertutur dalam
bahasa Inggeris antara satu sama lain. Kebanyakkan pelajar Melayu tidak mahu mencuba dan
takut kepada kesalahan.

Pelajar- pelajar juga mempunyai sifat malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Sesetengah
daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu, mereka akan diejek dan
dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan sehingga membawa
keburukan kepada diri sendiri. Hakikatnya, pelajar Cina lebih maju dan pakar dalam bahasa
Inggeris kerana mereka berani mencuba dan tidak takut kepada ejekan-ejekan yang boleh
melemahkan diri mereka. Pelajar USIM juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya
bergantung semata-mata kepada pensyarah-pensyarah untuk memajukan mereka. Sepatutnya di
peringkat universiti tidak berlaku lagi perkara sebegini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha
sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri. Pelajar-pelajar sepatutnya mencari pensyarah bukan
pensyarah yang mencari pelajar. Tetapi sekarang ini, kebanyakan pensyarah yang berusaha untuk
memperbaiki kelemahan pelajar yang lemah menguasai bahasa Inggeris.
Menurut pendapat Puan Milazita Md Zin, seorang guru bahasa Inggeris dari Pahang, melalui
pengalamannya mengajar bahasa Inggeris, beliau berpendapat punca pelajar lemah bahasa
Inggeris adalah disebabkan latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah
dengan penggunaan bahasa Inggeris. Disebabkan itu, mereka terlalu terhad untuk menggunakan
bahasa Inggeris. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris
dan tidak memberi peluang untuk berinteraksi. Pelajar juga kurang motivasi diri terhadap
kepentingan bahasa Inggeris. Mereka malas untuk mengulangkaji dan menambah pengetahuan
dari segi pemahaman terhadap ayat-ayat Inggeris yang sukar.
Beliau menambah lagi pelajar mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk lulus peperiksaan. Sikap
ini ada pada kebanyakan pelajar dan menyebabkan mereka tidak mahu ambil tahu terhadap
perkataan baru yang tidak pernah didengar. Mereka hanya bergantung kepada kurikulum sedia
ada. Pelajar-pelajar juga malu untuk menyebut perkataan Inggeris. Mereka tiada keyakinan diri
untuk bertutur dan mengalami masalah untuk menyebut sesetengah perkataan dengan betul.
Kebanyakan pelajar kurang pengetahuan dari aspek tatabahasa. Contoh paling mudah apabila
pelajar yang kurang menguasai tatabahasa ini menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris tidak
dapat menulis sesuatu perkataan itu. Inilah hakikat yang berlaku kepada pelajar Melayu yang
lemah menguasai bahasa Inggeris.
Pelajar-pelajar juga tidak mahu menjelajah dengan lebih mendalam terhadap bahasa Inggeris
dan terlalu obses dengan bahasa itu. Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar difahami dan
sukar untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Mengapa pelajar IPT mempunyai pemikiran
yang terlalu cetek terhadap bahasa antarabangsa ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting
untuk membawa seseorang itu kearah kemajuan.
Bagi pendapat Noraina bt Mohd Mustaffa pelajar dari Kuala Lipis, Pahang, beliau berpendapat
punca pelajar lemah bahasa Inggeris ialah kebanyakan dari mereka kurang tatabahasa, tiada
keyakinan diri dan malas untuk berusaha lebih untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka.
Kebanyakan pelajar hanya bergantung kepada guru-guru sahaja. Mereka seolah-olah tidak mahu
berdikari sendiri dan hanya menunggu guru-guru menyuapkan ilmu kepada mereka. Mentaliti
pelajar-pelajar juga masih berada di takuk lama dan tidak mahu menerima bahasa Inggeris
sebagai bahasa ilmu.

Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya memikirkan cara-cara untuk
mengatasi pelajar-pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini. Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha
lebih dalam memperbaiki diri mereka. Dapatkan bimbingan dari pensyarah-pensyarah bahasa
Inggeris apabila mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan
bahasa Inggeris dan memperbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa bahasa
Inggeris. Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki idea yang matang dalam sesuatu isu untuk
memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan terperinci. Perbanyakan juga membaca
istilah-istilah bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris.
Pelajar-pelajar jangan terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu pandai menguasai
bahasa Inggeris.
Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai kepentingan yang
besar didalam hidup kita terutamanya kepada pelajar-pelajar. Bahasa Inggeris adalah bahasa
global, bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa
Inggeris juga amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasipada
masa sekarang dan akan datang. Seharusnya kita terutama pelajar-pelajar perlu ada kesedaran
terhadap penguasaan bahasa Inggeris bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa penjajah itu,
tetapi untuk membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap
berdaulat di hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris
seperti orang lain. Pepatah ada mengatakan Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hanya orang
malas sahaja yang tidak mahu mengubah diri mereka.
Dalam dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk kita lakukan. Sedangkan orang kafir boleh
menguasai bahasa Arab, mengapa kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris? Semua ini
bermula dari diri kita sendiri. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Siapa yang berusaha
maka dialah yang beroleh kejayaan. Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong
oleh fikiran dan batin kita. Di dalam batin kita terletak pertimbangan di antara buruk dan baik,
cantik atau jelik. Sedangkan agama Islam menyukai dan amat menggalakkan umatnya berusaha
untuk memajukan diri mereka. Kita diberi akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang
buruk. Pelajar-pelajar USIM seharusnya mengambil inisiatif untuk memahirkan lagi penguasaan
dalam bahasa Inggeris setanding dengan pelajar-pelajar universiti yang lain.
https://nazwati.wordpress.com/2008/03/17/pelajar-ipt-lemah-bahasa-inggeris/

30 Oktober 2014: Kerajaan telah meningkatkan tahap kualiti minimum band Malaysian
University English Test (MUET) bagi mengatasi masalah kefasihan berbahasa Inggeris dalam
kalangan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan graduan menyebabkan kerajaan
terpaksa mengubah syarat minimum band MUET bagi kemasukan ke universiti untuk memenuhi
keperluan pasaran pekerjaan khususnya syarikat korporat multinasional, ujar Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas Muhyiddin, Perdana Menteri juga bersetuju dengan perlaksanaan berkenaan dan akan
dikuatkuasakan mulai tahun hadapan.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan ketika sesi dialog bersempena
Perjumpaan Khas Bersama kira-kira 5,000 warga UNIMAS di Arena Gemilang, DeTAR Putra
pada 27 Oktober yang lalu.
Mengenai isu menyenarai hitam peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN), Muhyiddin turut mengulas tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan ke atas
peminjam tegar yang tidak membayar pinjaman mereka.
Tambah beliau lagi, langkah ini bertujuan bagi mengelakkan permasalahan yang akan berlaku
kepada peminjam pada masa hadapan.
Semasa sesi dialog diadakan, isu-isu yang turut diutarakan adalah isu gaji pensyarah, harga
rumah di Sarawak dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

http://www.fss.unimas.my/madahsamarahan/index.php/unimas/152-tingkat-tahap-minimumband-muet-bagi-kemasukan-ke-ipta

KUALA LUMPUR: Penguasaan bahasa Inggeris dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan
dapat berdaya saing, terutama sekali ketika peringkat memohon pekerjaan.
Itu antara pendapat warga media sosial berikutan cadangan untuk meningkatkan syarat
kemasukan ke institusi pengajuan tinggi awam (IPTA) dan pengijazahan.
Syaratnya ialah lulusUjian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia(MUET) pada tahap-tahap
tertentu berdasarkan kursus masing-masing
Yuzree Mohamed Yunus berkata soalan pertama yang ditanya oleh pihak syarikat adalah tentang
penguasaan Bahasa Inggeris.
Ketika sesi temuduga, mereka akan tanya jika anda (graduan) boleh bercakap Bahasa Inggeris
dan kebanyakan kita akan jawab just a little bit (sedikit sahaja).
Tetapi realitinya, syarikat mengharapkan jawapan Yes I can speak really well (Ya, saya boleh

bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik), kongsi Yuzree di laman Facebook Astro AWANI.
Fadzli Fuzi turut berkata bahawa penguasaaan Bahasa Inggeris oleh anak-anak muda sekarang
ini memang lemah.
Budak sekarang ini is dengan are pun tidak tahu beza. Bila tulis laporan, pening kepala
hendak membaca. Padahal 11 tahun terdedah kepada Bahasa Inggeris.
Peranan ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka membaca. Berapa kerat yang
membaca buku-buku dan majalah ilmiah, tanya Fadzli.
Toney Tey turut bersetuju dengan cadangan untuk para graduan mendapat keputusan MUET
pada tahap tertentu kerana bukan susah untuk lulus.
Saya keluaran ijazah sarjana muda Bahasa Inggeris dan Komunikasi dengan kepujian. Tidak
susah pun untuk mendapatkan Band 3 dalam MUET. Pertama kali ambil MUET waktu Form 6
saya dapat Band 3. Saya dapat Band 4 ketika mengambil ijazah sarjana muda, kata beliau.

Cadangan dalam Bajet 2015


Sementara itu, Halimatun Saadiah berkata bahawa pendidikan Bahasa Inggeris memerlukan
praktikal agar ia dapat dikuasai oleh semua.
Saya risaukan pelajar luar bandar akan ketinggalan terutama anak Melayu. Pendidikan Bahasa
Inggeris perlukan praktikal. Pendidikan adalah hak semua orang, kongsi beliau.
Tambah Simon Jack, Bukan semua pelajar terdedah dengan bahasa Inggeris macam di
pedalaman.
Ada juga yang menyuarakan kebimbangan mereka jika para pelajar tidak lulus ujian MUET.
Saya berharap cadangan untuk menggunapakai MUET sebagai syarat bergraduasi tidak
dilaksanakan. MUET bukanlah satu-satunya instrumen yang layak, tepat dan jitu bagi menguji

kebolehpasaran pelajar atau mahasiswa dalam bidang pekerjaan nanti.


Apa yang membimbangkan ialah akan berlaku lambakan mahasiswa yang tidak akan
bergraduasi semata-mata tidak melepasi tahap band yang ditetapkan, sedangkan mereka telah
bertungkus lumus untuk menyiapkan pelbagai tugasan dan disertasi bagi memenuhi syarat
mendapatkan ijazah, kata Elina Zain.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/wajibmuet-graduan-dapat-berdayasaing-dengan-penguasaan-bahasa-inggeris-45908?cp


Apabila kenaikan penarafan Band Malaysia University English Test (MUET) dibentangkan
dalam Bajet 15, baru-baru ini, pelbagai pihak memberikan reaksi berbeza.
Ada menyambut baik usaha itu dengan alasan sudah tiba masanya pelajar kita mempunyai
standard pencapaian bahasa Inggeris yang selari dengan nilai komersial.
Namun ada pihak berpendapat kenaikan penarafan itu bakal memberi kesan kepada jumlah
kemasukan mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana bukan semua mampu
menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Pro dan kontra dalam polemik ini mewujudkan dilema dalam kalangan masyarakat terutama
mereka yang melihat pelajar kita masih belum mampu mencapai nilai kompeten sebenar.
Adakah syarat baru itu akan menjejaskan peluang mereka bergelar warga institusi pengajian
tinggi?
Atau pembaharuan itu bermakna kita di landasan tepat bagi menjadikan bakal graduan kita lebih
bernilai di pasaran?
Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Madya Dr
Raja Nor Safinas Raja Harun mengakui syarat baru bagi kenaikan penarafan MUET itu akan
menjejaskan peluang pelajar melanjutkan pengajian ke IPTA.
Kompetitif
Bagaimanapun, katanya itu hanya membabitkan fasa awal tetapi apabila mereka sudah bersedia,
masalah itu bukan menjadi satu isu lagi.
Beliau berkata, masalah itu hanya akan timbul jika mereka memperoleh Band 1 dalam MUET
untuk kemasukan yang membabitkan sains sosial sebelum ini.
"Tapi untuk mereka yang mengikuti sains dan teknologi dengan kemasukan Band 3, undangundang (Band 4) dan perubatan (Band 5), perubahan syarat ini bukanlah sesuatu yang baru.
"Kebanyakan IPTA terutama Universiti Penyelidikan yang bersifat lebih kompetitif sudah
melaksana syarat itu.

"Langkah ini bukan bertujuan menyusahkan golongan terbabit tapi sebaliknya memberi satu
standard sama untuk kemasukan mereka ke program di IPTA,"
katanya.
Menurutnya, meletakkan peningkatan penarafan Band sebagai syarat bergraduasi juga untuk
memastikan peningkatan pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris.
"Sebilangan besar pelajar sama ada di peringkat sekolah atau institusi lemah dalam bahasa ini
terutamanya pertuturan.
"Namun, kelemahan ini tidak berkaitan dengan taraf ditentukan MUET sebaliknya berpunca
daripada kegagalan mereka menguasainya sejak sekolah.
"Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penguasaan pelajar
dalam bahasa Inggeris. Malangnya kita kurang usaha menangani masalah ini.
"Sepatutnya, mereka mampu mendapat Band 3 dalam MUET dan bukan Band 1," katanya yang
menganggap agak mustahil selepas belajar selama 11 tahun
di sekolah, pelajar masih gagal menguasai sepenuhnya bahasa itu.
Bagi pelajar aliran sains sosial, mereka mungkin terjejas jika peningkatan daripada MUET Band
1 ke MUET Band 2 dilaksanakan tahun depan.
Penaksiran
"Ini kerana mereka memerlukan masa lebih lama untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris.
"Tapi, lebih membimbangkan ialah cara penaksiran akan dimudahkan bagi memastikan pelajar
mampu memperoleh sekurang-kurangnya Band 2. Ini sudah tentu menjejaskan standard dan
kualiti penaksiran itu.
"Satu kajian perlu dibuat untuk melihat berapa ramai jumlah pelajar MUET Band 1 ini di seluruh
IPTA sebelum perkara ini dilaksanakan supaya peluang tidak terjejas," katanya.
Mengenai kebimbangan segelintir pihak yang menganggap syarat baru itu akan menyebabkan
lebih ramai pelajar luar bandar semakin tercicir, beliau berkata, jika tiada MUET, keciciran
dalam kelompok itu memang berlaku.
"Sekurang-kurangnya MUET dapat menjadi penanda aras penguasaan pelajar dan membantu
IPTA merancang kursus sesuai dengan kemampuan mereka.
"Dengan adanya MUET, universiti tidak perlu mengadakan peperiksaan tertentu bagi mengukur
kemampuan pelajar kerana tahap MUET menentukan kursus bahasa Inggeris yang perlu
diambil," katanya.
MUET diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada 2000.

Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki peperiksaan itu untuk memperoleh tempat
dalam institusi dan pada 2009, ada pihak mencadangkan tahap pencapaian minimum untuk layak
masuk universiti.
MUET mengandungi empat komponen iaitu mendengar, lisan, membaca dan menulis manakala
pelajar perlu menguasai semua kemahiran ini untuk mendapat Band yang tinggi.
Band 1 penguasaan bahasa yang sangat terhad, Band 2 (terhad), Band 3 (sederhana), Band 4
(memuaskan), Band 5 (baik) dan Band 6 (penguasaan sangat baik).
Kondusif
Band yang diberikan bertujuan menjadi penanda aras untuk mengetahui tahap penguasaan
bahasa Inggeris sebenar pelajar.
Beliau berkata, ada pelbagai cara boleh dilakukan bagi meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris tetapi memerlukan usaha, tenaga, masa, kewangan dan komitmen berterusan.
"Contohnya, galakkan pelajar sekolah terbabit dalam persatuan bahasa Inggeris bagi
mewujudkan persekitaran kondusif bagi penggunaan bahasa itu di luar bilik darjah.
"Kita perlu menukar cara berfikir dengan menganggap persatuan bahasa Inggeris di sekolah
bukan satu persatuan elit yang hanya dianggotai pelajar mahir
bahasa itu.
"Jika kita tidak bermula dari awal, kesannya akan melarat kepada pelajar di peringkat tinggi dan
akhirnya merugikan terus golongan itu," katanya.
Namun, beliau kurang bersetuju dengan tanggapan, lemahnya penguasaan bahasa Inggeris boleh
menyebabkan pelajar sukar mencapai kecemerlangan.
Menurutnya, mereka boleh mencapai cemerlang tapi pada masa sama akan berdepan kesukaran
kerana bahasa Inggeris adalah bahasa universal dan
diguna pakai di peringkat global.
"Sesiapa saja boleh mencapai kecemerlangan andai ada kemahuan dan bahasa Inggeris bukan
penentunya.
"Bagaimanapun, dalam dunia yang semakin dikuasai industri yang semakin kompetitif, ia adalah
satu bonus dan keperluan utama," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2960#sthash.vG9JeaTH.dpuf
PENTING - PENYELESAIAN ISU MUET UTeM
Susulan isu MUET yg telah kami jelaskan pada 8 Mei yang lalu di sinihttp://goo.gl/tzw1or ,
pihak MPP meneruskan usaha dengan pihak-pihak berkaitan. Kami telah mendapatkan data
lengkap dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkenaan statistik pelajar yang mengambil
peperiksaan MUET di UTeM. Daripada data tersebut, pada peperiksaaan sesi Mac yg lalu,

pelajar yang gagal mendapat MUET Band 3 adalah seramai 1340 orang. Seramai 359 pelajar
telah mengulang MUET lebih dari 2 kali.
Satu mesyuarat telah diatur pada 21 Mei 2014 bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik&
Antarabangsa) Prof. Dr. Shahrin bin Sahib @Sahibuddin di bilik mesyuarat TNCA. Jika sebelum
ini, pihak MPP berjumpa dengan pihak-pihak berkaitan secara berasingan, namun mesyuarat
pada kali ini, pihak-pihak tersebut iaitu Dekan PBPI (Dr. Mariana bt. Yusoff), Pengarah
Bahagian Pengurusan Akademik (En. Nizam Pavel) dan pegawai-pegawai kanan turut terlibat
dalam perbincangan.
Isi Awal Mesyuarat
1) TNCA : Prof. Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin
- Prof. Dr. Shahrin mengingatkan mesyuarat akan kepentingan dan keperluan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai persediaan sebelum memasuki bidang pekerjaan.
- Beliau menceritakan semula kronologi sejarah usaha yang dilakukan oleh pihak universiti
dalam mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sejak penubuhan universiti
(KUTKM).
2) PBPI : Dr. Mariana Yusoff
- Beliau membentangkan statistik pelajar yang masih belum melepasi Band 3 MUET iaitu
seramai 3924 orang pelajar.
- Pihak PBPI menyediakan 3 kelas untuk pengukuhan Bahasa Inggeris iaitu Foundation English,
Technical Comunication (TechCom), dan English for Professional Communication (EPC). Kelas
TechCom dan EPC diwajibkan, manakala kelas Foundation English dicaj sebanyak RM100.
- Dr. Mariana juga menyentuh mengenai sikap pelajar yang seolah-olah memandang enteng dan
tidak serius untuk memperbaiki diri untuk menguasai Bahasa Inggeris.
Usul daripada MPP & Perbincangan Mesyuarat
1) Keberkesanan kelas-kelas PBPI :
- Pihak MPP membangkitkan mengenai keberkesanan kelas yang sepatutnya membantu pelajar
menguasai Bahasa Inggeris. Namun mengapa masih ramai lagi pelajar yang gagal mencapai
MUET Band 3? Adakah pelajar yang tidak berusaha atau Modul Pembelajaran tidak selari
dengan kehendak MUET? Mengapa pelajar tidak berminat untuk menyertai kelas tersebut?
Adakah medium penyampaian tidak menarik?
- Jawapan PBPI : Modul pengajaran dibuat berdasarkan pembelajaran sepanjang hayat, bukan
sekadar untuk melepasi MUET semata-mata. Jika MPP berpendapat modul asal dirasakan tidak
sesuai, pihak PBPI setuju untuk menyemak balik modul penyampaian supaya pelajar lebih
berminat untuk menyertai kelas.
- Solusi : TNCA mengarahkan PBPI mengakaji semula modul selaras dengan keberkesanan kelas
tersebut.

2) Yuran Kelas Foundation English RM100


- MPP mempersoalkan mengapa kelas Faundation English dahulunya percuma, kini perlu
dibayar RM100 sedangkan kelas tersebut sepatutnya disediakan pihak universiti atas inisiatif
untuk membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris. Tambahan pula, ia menambah lagi beban
pelajar yang perlu membayar yuran peperiksaan MUET sebanyak RM100.
- Jawapan TNCA : Kelas Foudation English dahulunya percuma tidak mendapat sambutan dari
segi kedatangan. Pihak universiti berpendapat, jika dikenakan bayaran pelajar akan lebih
menghargai kelas tersebut sekaligus dapat menyelesaikan masalah kedatangan dan penguasaan
Bahasa Inggeris jika pelajar dtg ke kelas.
- Solusi : MPP mencadangkan yuran kelas tersebut dimansuhkan atau dikurangkan
memandangkan kedatangan ke kelas tersebut masih tidak memuaskan dan ia hanya
membebankan kewangan pelajar. TNCA membuat keputusan untuk mempertimbangkan
cadangan ini dan akan diusulkan ke Mesyuarat Senat.
3) Pelajar yang mengambil MUET berulang kali
- MPP membangkitkan bagaimana nasib pelajar-pelajar yang sudah berulang kali menduduki
peperiksaan MUET namun masih belum melepasi Band 3. Adakah wajar pihak universiti
menafikan hak mereka untuk meneruskan pengajian hanya kerana MUET walhal mereka sudah
berusaha dan masih mempunyai baki semester memperbaiki MUET sebelum bergraduasi.
Apakah inisiatif pihak universiti membantu mereka? MPP mencadangkan bantuan kewangan
diberikan kepada pelajar yang mengulang berkali-kali.
- Solusi 1 : TNCA memutuskan, pelajar-pelajar yang mengulang berkali-kali boleh melapor diri
terus ke Pusat Bahasa & Pembangunan Insan (PBPI) dan akan diberikan kelas intensif khas
supaya pelajar dapat bimbingan secara lebih berfokus dan dapat menguasai Bahasa Inggeris
dengan baik seterusnya melepasi Band 3. TNCA juga setuju untuk mempertimbangkan cadangan
berkenaan bantuan kewangan kepada pelajar.
- Solusi 2: Bagi pelajar-pelajar yang telah mengambil peperiksaan berkali-kali dan tidak dapat
menyambung semester ke-6 sepertimana keputusan Mesyuarat Senat Bil 1/2012, pelajar BOLEH
MEMBUAT RAYUAN untuk menyambung semester berikutnya dan diberi tempoh baru untuk
mendapatkan MUET Band 3. Namun, syarat untuk bergraduasi masih dikekalkan perlu melepasi
MUET Band 3.
4) Sesi Dialog & Penerangan MUET
- Memandangkan usaha untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar melalui media sosial telah
banyak dilakukan oleh MPP, namun pada kali ini MPP memohon agar pihak universiti turun
padang untuk menerangkan sendiri kepada pelajar berkenaan isu ini seterusnya membuka ruang
berdialog terus kepada TNCA.
- Solusi : TNCA dengan berbesar hati bersetuju dengan cadangan tersebut dan menetapkan tarikh
perjumpaan pada Sabtu 31 Mei 2014. Tempat akan dimaklumkan kemudian. TNCA berharap
agar SEMUA pelajar yang belum melepasi MUET Band 3 untuk hadir ke sesi ini untuk

mendapat penjelasan dan penerangan yg jelas dari universiti. TNCA juga akan menerangkan
tentang proses rayuan bagi mereka yang tidak memperoleh Band 3.
Kesimpulan
Pihak MPP berharap agar pelajar-pelajar berpuas hati dengan usaha MPP dalam
memperjuangkan isu ini. Segala cadangan dan usul yang dibangkitkan kepada pengurusan
universiti adalah hasil maklumbalas pelajar dan hasil perbincangan bersama pemimpinpemimpin pelajar yang lain. Kami kira ia adalah suatu kejayaan kerana pelajar yang mengambil
berulang kali boleh memohon rayuan untuk melanjutkan tempoh mendapatkan Band 3 dan tidak
perlu menangguh semester. Apa yang dibawa oleh MPP adalah untuk kebaikan pelajar. Terima
kasih kepada semua pihak yg terlibat terutama kepada TNCA Prof. Dr Shahrin Sahib @
Sahibuddin, Bahagian Pengurusan Akademik dan Pusat Bahasa & Pembangunan Insan yg
sentiasa terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini. Kami berharap pelajar-pelajar
terus berusaha,memperbaiki diri dan berubah sikap untuk terus berjaya.
Majlis Perwakilan Pelajar UTeM 2013/2014
22 Mei 2014

Anda mungkin juga menyukai