Anda di halaman 1dari 14

Bab 1

Ameira bagaikan sudah terlupa dunia. Dia begitu khusyuk mendengar lagu yang didendangkan oleh
Raffi Ahmad dan Ayushita, „jangan bilang tidak‟ . Diana yang kini duduk menyebelahinya mengerutkan
keningnya apabila melihat reaksi Ameira yang bersahaja lalu menepis lengan Ameira seraya bersuara.

“Apahal kau ni macam orang jatuh cinta! Termenung dari tadii .. Badan je masih di sini, fikiran kau
tu entah dah melayang kat mana ..”

“Entahlah Diana. Tapi, langsung tidak berkenaan dengan cinta .. Aku bingung! Aku tak fahamlah
kenapa dengan aku hari ni .. Huhh ..” keluh Ameira.

Diana terdiam seketika. Sempat pula dia cuba memahami maksud yang cuba disampaikan oleh
Ameira kepadanya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya dia tidak memahami kata-kata
Ameira namun dia tahu itu pasti berkaitan dengan perasaan yang sukar dijelaskan.

Sebenarnya, Ameira merindui kampung halaman yang sudah lama tidak dikunjungnya. Begitu juga
dengan orang yang tersayang yang sudah agak lama tidak dia temui selama berbulan-bulan bagaikan
bertahun-tahun lamanya. Ameira mengeluh panjang.

“Apa-apa je lah .. Aku ada kerja nak dibuat. Oh yelah! kau dah dapat kerja ke?” kata Diana lalu
menukar topik perbualan mereka berdua yang tidak diketahui pangkal dan hujung ceritanya.

“Dapat memang dah dapatlah .. Cuma, aku akan diinterview pagi esok. Aku berharap berjayalah kali
ini ..” jawab Ameira lalu melepaskan rambutnya yang panjang mengurai.

Diana hanya mengangguk faham. Angin sepoi-sepoi yang bertiup di halaman rumah pada malam yang
mendinginkan itu menyebabkan Ameira dan Diana mengatur langkah masuk ke dalam ruang tamu. Bilik tidur
mereka cuma bersebelahan saja. Diana tersenyum melihat mata Ameira yang sudah layu.

„Mengantuk agaknya ..‟ Getus Diana. Ameira dapat merasakan kelopak matanya agak berat untuk
„dibuka‟. Ameira menyusun langkahnya ke arah katilnya yang seolah-olah sedang menunggunya. Esok
merupakan permulaan yang baru baginya dan lakaran yang baru yang pastinya dicipta untuk hidupnya sendiri.

Trengkkk .. Trenggkkk ..

Ameira lalu memanjangkan tangannya mencapai jamnya yang berada di atas meja bersebelahan
dengan katilnya. Perlahan-lahan dia membuka mata lalu mengosok kelopak matanya. Tidak semena-mena dia
terjun dari katilnya lalu mencapai tuala mandinya. Dia terlambat bangun lagi!

Dia mempercepatkan langkah kakinya dan berusaha sedaya upaya untuk mengejar masa yang terus
berlalu pergi bersama waktu yang terus berputar. Diana sedang mengeliat di hadapan bilik mandi dan
menguap. Amiera tertindih lengan Diana menyebabkan Diana hampir-hampir terlentang.

“Heii, aku dulu laa! Perompak betullah .. Eiraaa ..” Diana terjerit-jerit di hadapan bilik mandi.
Mulutnya terkumat-kamit marah dengan tindakan Ameira.

“Sorry ..” jerit Ameira.

Tidak sampai lima minit, Ameira pun berlegar-legar keluar dari bilik mandi. Diana ternganga-nganga
dan belum sempat dia menuang air ke dalam cawan „Mr. Bean‟ nya, Ameira pula selesai mandi. Sekuntum
senyuman pun tak diberi kepadanya pagi ini daripada sahabatnya itu. Apatah lagi hendak menoleh ke
arahnya. Diana memuncungkan bibirnya kerana tidak puas hati dengan tindakan Ameira.
“Baju apa ye? Haiyaahhh .. Warna putih sajelah! Asalkan boleh dipakai ..” Ameira membebel seorang
diri sambil membelek-belek pakaian yang hendak dipakai.

Tanpa melengahkan masa, Ameira lalu mencapai kunci kereta kesayangannya. Diana baru sahaja
selesai mandi. Keningnya berkerut-kerut memerhatikan gelagat Ameira. Tangan Ameira pula sempat
mencapai sandwich yang dibuat oleh Diana untuk sarapan pagi mereka berdua. Namun, yang pastinya Diana
menjamu sarapan berseorangan tanpa adanya dia. Malanglah waktu pada hari itu tidak mengizinkan. Saat
pula tidak mengasihaninya.

“Ana, aku pergi dulu ye? Erkk .. Bye!” Ameira lalu memberi sekuntum senyuman buat sahabatnya itu.

“Okeyhh .. No problem .” Balas Dianalalu tersenyum. „Lama-lama biasalah tu..‟ Getus Diana sendirian
apabila cuba membayangkan dia terpaksa bersarapan pagi seorang diri setiap hari.

Ameira terus memandu kereta Nissan kesayangannya yang berwarna hitam bersinar. Destinasi
utamanya ialah bakal tempat kerja barunya dan akan ditemu-ramah oleh Bos barunya juga. Kadang kala dia
takut juga hendak berdepan dengan Bos barunya yang akan ditemuinya dalam sesi temu-ramah. Fikirannya
kini sudah melayang-layang entah ke mana.

Bab 2

“ Aduhh .. Aku lambat dah ni!! Malanglah nasib badann ..” Ameira lalu mencapai mekap lalu disapunya
pada permukaan kulit wajahnya itu sambil memandu keretanya.

Lampu isyarat kini menyalakan warna merah namun sebuah kereta telah merempuh belakang
keretanya. Ameira membulatkan matanya dan mukanya kini bertompok putih akibat daripada bedak yang
dipakainya itu terlalu banyak. Semua ini gara-gara pemandu yang tidak berhemah dan menyebabkannya
hampir-hampir masuk ICU!!

“Dahlah aku lambat pergi interview .. Kena langgar pulak!” Ameira membebel panjang lebar lalu
melangkah keluar dari keretanya.

Kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta Ferrari berwarna merah berkilat yang berpakaian
seperti VIP itu memuakkan Ameira. „Naik minyak aku dibuatnya!‟ Ameira berpeluk tubuh dan menarik
nafasnya dalam-dalam. Lelaki itu meminta maaf kepadanya berkali-kali. Namun tidak dapat memuaskan
hatinya. Kereta yang lalu di tempat itu langsung tidak dihiraukan. Ameira lalu membalas kata-kata lelaki itu.

“Encik tau tak?? Berapa banyak wang yang aku guna untuk beli kereta ni?! Tujuh keturunan kau tak
mampu bayar semua ni tau?! Saya nak ganti rugi!!” Ameira memandang tepat ke arah mata lelaki itu. Lelaki
itu seolah-olah tidak terkata dan hampir satu minit dia mendiamkan diri. Dia lalu bersuara.

“Okay .. Macam ni je lah. Ini kad syarikat aku. Kau boleh jumpa aku, telefon aku, .. Apa-apa je lah!
Datang je cari aku, minta berapa kau nak .. Habis cerita!”

“Berapa aku nak?? Okay .. Ini perjanjian! SAH!!” Ameira lalu melangkah masuk ke dalam keretanya.
Lelaki itu tadi masih tercegat-cegat berdiri di situ. „Tak pernah aku jumpa perempuan segarang itu ..‟ Ayat
terakhir bagi kata-kata lelaki itu apabila terfikirkan perjanjian di tengah lebuh raya antara perempuan yang
tidak dikenali.

Beberapa minit kemudian, Ameira pun tiba di destinasinya yang sebenarnya. Dia terus
mempercepatkan langkah kakinya dan terus melangkah masuk ke dalam lif. Beberapa orang bersamanya di
dalam lif itu hairan melihat kehadirannya. „Apa yang menarik sangat ni??‟ Ameira mengetus dalam hatinya.
Sampainya di tempat menunggu untuk diinterview, Ameira lalu duduk di situ. Kelihatan ramai orang yang
akan ditemu duga pada hari itu.

“Nampaknya, aku jadi orang yang terakhir agaknya! Malanglahh ..” getus Ameira sendirian lalu
melabuhkan punggungnya.

Anak matanya galak memerhatikan gelagat orang yang akan ditemu duga. Ameira cuba memujuk
dirinya agar kelihatan tenang walaupun dia sebenarnya agak gementar seperti yang lain. Hampir satu jam dia
menunggu gilirannya barulah namanya dipanggil. Kakinya mengeletar dan tangannya berpeluh ketika tiba di
hadapan pejabat Ketua Pengarah yang akan menemu duganya. Ameira menarik nafasnya dalam-dalam.
Sedalam-dalam yang mampu untuk membuang perasaannya yang kini kucar-kacir itu.

Perlahan-lahan Ameira melangkahkan kakinya ke arah Ketua Pengarah itu yang sedang menyusun fail
di atas mejanya. Ameira tidak sanggup memandang wajah Ketua Pengarah itu kerana dia pasti wajahnya lebih
bengis dari pembunuh bersiri! Bermacam-macam bayangan yang menghantui fikirannya pada saat itu.

“Have your sit, Cikk .. Ameira Cryss .. ttal Kirana??” kata Ketua Pengarah dengan nada yang
tersekat-sekat. „Susah sangat ke sebut nama aku tu??‟ Getus Ameira dalam hati.

“Terima kasih. Ya, saya Tuann ..” jawab Ameira.

Tanpa berasa ragu, Ameira lalu mengangkatkan sedikit kepalanya. Senyumannya terus mati begitu
sahaja. Nak saja dia menjerit sekuat hatinya apabila terpandang wajah Ketua Pengarah itu. Kalau dibenarkan
beredar dari situ, nak saja dia berlari sekuat hati sehingga bangunan syarikat itu lenyap pada pandangan
matanya. Lelaki yang cuai ketika memandu di jalan raya pada pagi tadi yang kelihatan berpakaian sepertiVIP
rupa-rupanya .. BOS di syarikat tersebut!!

„Oh my GOD!!‟ Jerit hati kecil Ameira. Matanya yang bundar itu terbeliak seperti mata Pontianak
Harum Sundal Malam! Badannya seolah-olah terikat oleh sesuatu. „Mesti dia tak terima aku kerja nii..‟
Ameira pasti 100% dengan tekaannya. Dia sudah terlupa dengan kata-kata yang telah dia ucapkan semasa
pertembungan di lebuh raya pada pagi tadi. Tapi, dia pasti ayat-ayat itu sangat kasar dan kesat!! „Mana aku
nak letak muka ni? Bodohh..‟ Ameira membentak-bentak dirinya.

Bab 3

Ameira lalu berpura-pura bersin dan menutup separuh mukanya dengan menggunakan sapu tangan.
Dia berasa geli hati apabila melihat seribu kerut pada kening Ketua Pengarah itu. Ketua Pengarah itu lalu
bersuara sambil membelek-belek biodata fail Ameira.

“Cik Kirana, prestasi akademik dan ko-kurikulum awak cemerlang .. Semuanya okay, cumaa .. Awak
tak pernah dapat peluang pekerjaan ke selama ni? Pelikk .. Orang macam awak amat berguna pada masa ni ..
dan harus dapat kerjaa ..” jelas Ketua Pengarah itu panjang lebar.

Ameira hanya terangguk-angguk mendengar penjelasan lelaki itu yang agak berasas. „Aku sendiri tak
tau kenapa! Dia tanya aku pulakk..‟ Getus Ameira dalam hati. Tak semena-mena sapu tangan yang digunakan
untuk menyembunyikan wajahnya itu terlepas dari genggaman tangannya. Mata mereka bertentangan
menyebabkan lelaki itu tersenyum sendirian. „Patutlahh..‟ Ameira dapat merasakan mukanya merah padam.
Kulit wajahnya bagaikan terbakar.

“Well, kita jumpa lagi .. Cik Ameira Crystal Kiranaa ..” kata lelaki itu dengan nada yang sedikit
mengusik perasaannya yang sememangnya tidak akan berasa tenteram disebabkan oleh lelaki itu.
Ameira terdiam tidak mampu mengatakan apa-apa walaupun perasaannya bagaikan dibakar diatas
api yang sedang membara. „Mentang-mentang dia tahu nama aku! Disebut-sebutnya pulakk.. Arrghhh!!‟
Ameira membentak-bentak dalam hati. Senyuman pada bibir lelaki itu semakin menyakitkan hatinya.

“Setakat ini sajelah temu bual ni. Awak akan menerima surat daripada syarikat saya kalau
pemohonan awak diterima .. Oh ya, boleh tunggu saya kat hadapan koridor pertanyaan?”

Soalan itu menyebabkan Ameira bertambah bingung. „Apa maksud dia ni?‟ Berkerut-kerut keningnya.
“Maksud sayaa .. fasal kejadian pagi tadi tuu ..” Jelasnya lagi. „Barulah aku faham!‟ Getus Ameira dalam hati.
Ameira lalu bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

“Okay .. ” jawab Ameira ringkas. Ameira lalu meninggalkan pejabat Ketua Pengarah dengan wajah
yang serba tak kena. Sebenarnya, dia dalam keadaan yang agak terpaksa dan terdesak menerima „pelawaan‟
lelaki yang menyakitkan hati dan lagi memeningkan kepala itu.

Sudah lama dia kenakan lelaki itu kalaulah dia bukan bergelar Ketua Pengarah di syarikat yang
merupakan tempatnya memohon pekerjaan! „Hampehh!‟ Bentak Ameira sendirian di dalam lif yang sedang
bergerak sambil berpeluk tubuh.

Beberapa minit sudah berlalu, Ameira baru sahaja sampai di destinasinya. Mulutnya terkumat-kamit
membaca sumpah serapah yang ayatnya tunggang-langgang, entah apa yang disebutnya ke atas lelaki itu.
Dalam keadaan yang sedang tertunggu-tunggu dengan kemunculan lelaki itu, Ameira lalu mencapai senaskah
surat khabar dan dibelek-beleknya sehingga terpampang satu tajuk utama yang menarik perhatiannya,
barulah dia mulakan bacaannya.

Diana pula masih bekerja dan sedang melakar sesuatu yang mampu menarik minat anak-anak remaja
dengan dunia fesyen mengikut peredaran masa. Disebabkan oleh minatnya yang mendalam dalam dunia
fesyen, kegagalan bukanlah penghalang utamanya untuk memperoleh kejayaan. Tetapi, usaha yang
berterusan tanpa batasan itu yang telah menjadikannya sebagai pereka fesyen yang berkaliber dan
profesional. Merupakan salah satu gelaran dan tahap yang telah dia capai dalam industri tersebut.

“Hey, Diana. Kau okay ke? Senyumm .. senyumm .. Susah hati aku tengok kau, tau tak?” usik
Setiausahanya itu sambil anak matanya curi-curi melihat lakaran Diana.

“Hai, Ju .. Ya ke? Ehee .. Aku kacau kau ke kalau aku tersenyum sendirian tu, hahh?” Kata Diana
sambil meletakkan pensel ke atas meja. Julia tersengih-sengih mendengar kata-kata Bosnya itu. Kedua-
duanya pula terus leka dengan gurauan masing-masing.

Ameira dapat merasakan buntutnya bagaikan direndam di tengah-tengah Lautan Antartika akibat
duduk terlalu lama. Hampir satu jam dia menunggu namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Apatah
lagi nak menampakkan batang hidungnya! Anak matanya ligat memerhatikan gerak-geri pekerja yang keluar
masuk daripada lif itu. Tidak pula kelihatan Ketua Pengarah yang langsung tidak bertanggungjawab itu dan
tega membiarkannya dirinya terus tertunggu-tunggu.

„Siapalah aku yang dia nak kisah aku tunggu lama ke tak??‟ Getus Ameira sendirian. Entah berapa
kali dia sudah mengeluh sendirian di tempat yang mengasingkan itu. Ameira lalu menyandarkan badannya di
sofa. Hampir semua naskah surat khabar dibacanya.
Bab 4

Ameira terus mengelamun sendirian dan matanya terpaku melihat rekaan lampu di atas siling itu.
„Rasanya macam satu tahunn..‟ Ameira menarik nafasnya dalam-dalam lalu dilepaskannya ke udara. Ameira
lalu mencapai telefon bimbitnya dan melihat jam telefonnya. Satu jam sudah berlalu, lelaki itu masih belum
muncul-muncul lagi. Ameira hampir hilang kesabarannya dan kalau kawasan itu lapang, dia nak menjerit
sepuas-puas hatinya.

“Kalau terus macam ni, satu hari tu pasti aku mati kebosanan!” Getus Ameira sambil mengemaskan
helaian rambut depannya.

“Ya ke? Errkkk .. Maaf, saya mengejutkan Cik Kirana ..”

Suara yang datang entah dari mana itu menyebabkan Ameira hampir mati terkejut. Lelaki itu lalu
melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu. „Mesti dia dengar apa yang aku cakap tadi tu..‟ Ameira
bermonolog dengan dirinya sendiri. Lelaki itu lalu bersuara setelah melihat tiada sebarang reaksi daripada
Ameira.

“Saya akan membayar ganti rugi kepada Cik Kiraa ..”

“Tuan, panggil saya Ameiraa ..” Ameira lalu memotong kata-kata lelaki itu.

“Okay, Ameira. Saya Danny Haeviey .. Just Danny ..” kata lelaki yang bernama Danny itu dan
tersenyum apabila gadis itu memanggilnya dengan panggilan „Tuan‟. Semakin tinggilah hidungnya.

Ameira hanya membalas senyuman yang ternyata dibuat-buatnya. Jauh di lubuk hatinya, Ameira
terasa menyampah melihat wajah lelaki itu yang telah membazirkan masanya dengan terus menunggu
berjam-jam, bagaikan „seribu tahun‟!

Dia bertambah benci dengan lelaki itu apabila langsung tidak meminta maaf kepadanya kerana telah
menunggunya terlalu lama. Wajah Danny tetap selamba berbincang mengenai ganti rugi yang dituntut oleh
gadis tersebut. Ameira mengerling ke arah Danny namun kerlingan itu langsung tidak dihiraukan oleh Danny.

“Kenapa? Ada yang tak kena dengan muka saya ke?” kata Danny secara tiba-tiba dan tersengih –
sengih apabila melihat reaksi Ameira.

“Apa? Kenapa dengan saya?” Soal Ameira dan berpura-pura tidak tahu apa-apa sambil mengaru
kepalanya yang tidak gatal. Kelakuan Ameira yang cuba menyembunyikan perbuatannya itu membuatkan
Danny berasa geli hati.

“Boleh tak kalau kita sambung apa yang menjadi isu sekarang ni??” kata Ameira sambil berpeluk
tubuh.

Danny lalu berdehem dan meneruskan perbincangan mereka seperti sedia kala. Beberapa minit
kemudian, keadaan kini semakin membingungkan ketika Ameira terus menaikkan harga ganti rugi kerosakan
pada keretanya apabila Danny bercadang hendak memberikan bayaran tersebut pada minggu hadapan.

“RM2,500!! RM3,00?!! ...”

“Okay, okay .. Saya akan beri you cek itu esokk .. Tapi, you terpaksa jumpa saya di pejabat saya
esok. How??” Danny lalu memotong kata-kata Ameira apabila gadis itu terus menaikkan harga bayarannya.
„Dia cakap aku ni „ you? ‟ Berani dia!!‟ Ameira semakin berang.
“Hehh, dengan kereta aku yang kau dah langgar tu?? How can?!!” marah Ameira dan membuatkan
Danny semakin tertekan.

Danny lalu terdiam memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ameira
pula semakin bingung apabila dia cuba membayangkan wajah JPJ yang akan menyamannya semasa sedang
memandu keretanya yang masih belum dibaiki. „Kalau seringgit, dua ringgit takpe lah .. Inii .. beratus-ratus!‟
Getus Ameira dalam hati. Dia lalu menoleh ke arah Danny yang sedang kebingungan.

“Saya akan pergi ke rumah you. Jadi, saya nak mintaa ..”

“Alamat rumah? Pen ada, kertas takde ..” kata Ameira.

“Erkk .. Tulis kat sini saje lah.” Tambah Danny.

Ameira mengerutkan keningnya apabila Danny menyuruhnya menulis alamat rumah pada telapak
tangannya. „Aku salah dengar ke ni?‟ Getus Ameira dalam hati lalu jari jemarinya menulis alamat rumah
tempat kediamannya. Ameira berasa rimas apabila tangannya „terpaksa‟ menyentuh jari jemari Danny yang
menghangatkan itu. Ameira dapat merasakan seluruh badannya seram sejuk. „Mesti dia bertambah suka
kalau aku sentuh tangan dia!‟ Ameira membentak-bentak dalam hati.

Danny memandang wajah Ameira. „Sejuknya tangan perempuan ni!‟ Danny bermonolog dengan dirinya
dan anak matanya mencuri-curi melihat keayuan gadis itu. Begitu lembut pada pandangan matanya, namun
gadis itu kelihatan sangat tegas seperti yang telah berlaku sebentar tadi.

Bab 5

Sejak kali pertama melihat gadis itu dengan kesan bedak pada mukanya membuatkan dia teringin
sangat nak menggusap kesan comot itu dari mukanya. „Siapalah aku untuk berbuat demikian..‟ Danny terus
merenung gadis itu jikalau tiada apa yang menghalangnya berbuat demikian.

„Nak ambil kesempatanlah ni pandang-pandang aku macam tu! Dia ingat aku ni „hidangan‟ dia ke?!
Hurghhh..‟ Dia membentak-bentak dalam hatinya lalu bersuara kerana dia tidak selesa apabila dipandang
sedemikian. „Aku ni tayangan hebat dia ke, hahh?!‟ Dari tadi dia memang perasan akan pandangan Danny
namun sengaja dibiarkannya saja. Perlahan-lahan Ameira melepaskan tangan Danny.

“Kenapa?? Ada emas ke kat muka saya? Atauu .. intan, berlian? Permata?? ..”

“Errkk .. Siapa nak tengok kau? Aku tengah memerhatikan penolak troli tuu ..” Danny tersentak lalu
menoleh ke tempat lain apabila Ameira „berjaya mematikan‟ lamunannya yang telah membuatkan fikirannya
melayang-layang entah kemana semasa merenung gadis itu tadi. „Penolak troli? Lelaki mana yang kaya-raya
nak pandang penolak troli?? Gilaa..‟ Ameira tersenyum sinis seolah-olah satu sindiran buat Danny.

„Dia jawab soalan aku dengan jawapan macam tu?? Hehh, macamlah aku ni bodoh sangat kat mata
dia!‟ Bentak Ameira dalam hati. Setelah perbicaraan „kes‟ mereka selesai, Ameira bercadang nak beredar
dari situ daripada terus bersemuka dengan „syaitan‟ itu. Danny hanya berlagak selamba seolah-olah dia tidak
melakukan perbuatan itu.

“Encik Danny Haeviey, tolonglah .. jangan sesekali guna ayat „you‟ kat saya .. Okay?? Good bye!”
Ameira lalu beredar dari situ setelah memberi kata-kata akhir kepada Danny.
Danny termangu sendirian apabila mendengar bunyi „siren‟ daripada gadis itu. Sikap Ameira seolah-
olah satu cabaran buatnya. „Dia tak takut ke kalau aku tak bagi dia kerja nanti?? Kalaulahh..‟ Ameira
mempercepatkan langkah kakinya ke arah parkir kereta.

Tak beberapa lama kemudian, telefon bimbit Ameira berdering mendendangkan lagu „Already gone‟
yang dinyanyikan oleh Kelly Clarkson. Nama Diana tertera pada „skrin‟ telefon bimbitnya. Ameira lalu
menyambut panggilan daripada sahabatnya itu. Bermulalah perbualan antara mereka berdua di corong
telefon.

“Helo? Eira, maaf yerr .. Aku balik lambat hari ni. Fasal tu, macam biasaa ..” Suara Diana tidak
beberapa jelas disebabkan oleh bunyi gelak tawa yang kedengaran di corong telefon.

“Alrightt, aku faham sangat, sangatt .. Jangan risau, aku takkan mati kalau kau balik lambat.”
Gurauan Ameira menggelikan hatinya sehingga bergema gelak tawa Diana pada corong telefon Ameira.

“Okay, okay .. Boleh pecah gegendang telinga aku! Bye .. Oh ya! Semoga berjaya dalam persembahan
itu nanti ..”

“Arigatougazaimasu! ..” Ucap Diana dalam bahasa Jepun, satu-satunya ayat yang sememangnya
dikategorikan sebagai ayat yang „popular‟ kerana sering disebut-sebutnya pada hujung bibirnya.

Tutt .. tutttuttt ...

“Aii?? Terus ditutupnya tanpa beri signal? Dasarr ..” bentak Ameira sendirian di dalam keretanya.

Dalam masa yang sama Ameira berasa senang dengan potensi Diana yang kini semakin menyinar
dalam dunia fesyen. „Bila pulak giliran awak Ameira? Nak jadi orang yang paling kaya kononnn..‟ Ameira
bermonolog dengan dirinya dan tersengih-sengih sendirian apabila teringat akan zaman kanak-kanaknya.

Dia terus memecutkan keretanya lalu beredar dari situ. „Aduhh.. Lapar betullaa..‟ Getus Ameira.
Bunyi perutnya berkeriut seolah-olah meminta untuk diisi. Manakan tidaknya jadi begitu?! Hampir seharian
dia „diet‟ dengan perut yang kosong! „Kalau perut terlampau kosong, otak pun sukar berfungsi dengan betul!‟
Dia dapat merasakan kesabarannya habis terkikis dan „dimakan‟ oleh kelaparan yang tidak terbatas itu.

Diana masih tercegat di hadapan bangunan yang tersergam indah itu. „Pro-fashion Juhei Designer?
Inikah lokasinya?‟ Bisik hati kecil Diana lalu memerhatikan keadaan sekeliling. „Baik aku tanya pengawal tuu..‟
Diana lalu menyusun langkahnya dengan teliti dan disapanya lelaki yang separuh umur itu.

“Errkk .. Maaf uncle, di sini ke tempat peragaan pakaian itu diadakan?”

“Ya, ya .. Kat tingkat atas sekali.. Silakan masuk, Cikk ..” jawab pengawal itu.

“Alrightt .. Terima kasihh ..” kata Diana.

“Rightt .. rightt .. Ya, yaa ..” sahut pengawal itu sambil terangguk-angguk. „Right? Lantaklahh.. Baik
aku pergi sebelum terlambat!‟ Diana bermonolog dengan dirinya sendiri. Diana lalu memasuki lif yang
kelihatan kosong itu tanpa merasa ragu-ragu.
Bab 6

Dia menarik nafasnya dalam-dalam kerana pasti akan ada banyak tekanan apabila pakaian rekaan
masing-masing akan diperagakan. Belum sempat Diana menekan butang pada lif itu, kelihatan seorang
pemuda berpusu-pusu berlari ke arahnya.

“Sorry Miss ..” kata pemuda itu tanpa menoleh ke arah Diana.

Diana hanya tersenyum kambing sebagai reaksi kepada pemuda itu apabila melihat pemakaian
pemuda itu dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut. „Sebiji macam perogol bersiri! Perogol?? Isyy..‟
Meremang bulu tengkuknya apabila perkataan itu terlintas dalam fikirannya.

Seluruh badannya bertambah seram sejuk apabila suara hatinya mengingatkan dirinya bahawa dia
kini berdua-duaan bersama pemuda yang TIDAK dikenali di dalam „kotak bergerak‟ itu! Ditunggu-tunggunya
pintu lif itu terbuka secepat yang mungkin disebabkan oleh perasaan yang kurang menyelesakan itu.

Tanpa melengahkan masa, Diana lalu beredar dari situ sewaktu pintu lif terbuka. Anak matanya
galak memerhatikan karenah orang ramai di sekelilingnya. Kelihatan banyak orang yang ternama turut hadir
untuk menyaksikan persembahan memperagakan pakaian yang dihasilkan oleh pereka fesyen yang terkenal
dalam industri tersebut.

Diana terkejut apabila namanya dipanggil dan dia turut disuruh pergi ke belakang pentas secepat
yang mungkin. Dia lalu beredar dari situ dan menuju ke arah belakang pentas. Diana tersentak apabila
lengannya ditarik oleh seseorang.

„Anastasia! Aku bermimpi ke ni??” Diana terlopong apabila dia menyedari bahawa orang yang
menarik lengannya tadi adalah idolanya! Maklumlah, Anastasia pernah dianugerahkan pangkat Master dan
Pro-fashion Designer dalam mereka pelbagai jenis pakaian.

“Cik Diana, persembahan ini akan dimulakan oleh pereka dari Jepun. I nak you bersedia kerana
giliran Cik Diana selepas pereka dari US. Ingat, selepas pereka darii .. mana?!” kata Anastasia.

“Errkk .. US??” Diana agak teruja kerana dapat „berbual‟ dengan idolanya itu walaupun hanya
sekejab sahaja.

“Good! You can go now .. Wait, waitt .. Tunggu giliran awak di kerusi baris depan sekali dengan VIP
dan .. ada nama pereka fesyen dari setiap negara kat kerusi tu .. Faham kan?” tambahnya lagi.

Diana menganggukan kepalanya dan Anastasia lalu meninggalkan belakang pentas itu. „Mesti
tanggungjawab dia banyak..‟ Bisik Diana dalam hati. Dia lalu menuruni tangga pentas lalu mencari namanya
pada kerusi yang diletakkan di baris paling hadapan. Agak lama dia meneliti satu persatu buah kerusi yang
terdapat di baris hadapan, akhirnya ditemuinya jua.

Diana lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Stail pakaian yang dipakai oleh wanita yang
duduk tidak jauh dari tempat duduknya itu benar-benar telah memukau matanya. „Wahh.. Cantik betul
pakaian dia! Diana, Dianaa.. Kenapalah kau ni selekeh sangat?!‟ Diana bermonolog dengan dirinya apabila
menyedari cara pemakaian dia agak singkat berbanding dengan yang lain.

Hampir setengah jam waktu berputar, barulah semuanya bermula seperti yang telah dirancangkan.
Diana pula berasa agak kekok apabila duduk sebaris dengan golongan VIP. Jauh di dalam lubuk hatinya, Diana
agak gementar apabila memikirkan gilirannya selepas pereka dari United State. Majlis kali ini kelihatan lebih
meriah daripada sebelumnya.
Ameira hampir-hampir terlentang apabila terpijak kesan basah yang terlupa dilapnya. „Haiya! Nak
lap, terlupa pulak! Erghhh.. Sikitt.. lagi nak jadi Superman!‟ Bentak Ameira sambil mengurut-urut
pergelangan kakinya yang terseliuh. Air panas yang dijerangnya sudah pun mendidih lalu Ameira memasukkan
sebungkus mi maggie ke dalam air panas itu.

Beberapa minit kemudian, Ameira lalu mengambil garpu untuk mengail mi itu ke dalam mangkuknya.
Mi sesuatu yang sangat bermakna kepada dirinya. Baginya tanpa mi, apalah yang sangat menyelerakan
berbanding dengan mi! Ameira lalu menjamu makanannya dengan penuh berselera sekali. Tak jauh dari
tempat tinggalnya, kedengaran suara-suara baru sebab jirannya juga baru.. Semuanya baru-baru!

Bunyi bising itu menyebabkan Ameira hilang sabar lalu dia menjenguk ke luar pada petang itu.
Matahari pada petang itu hampir tenggelam ditelan kelam dan wajah-wajah yang „pembuat‟ segala kebisingan
itu tidak beberapa jelas. Sambil mengenggam garpu dengan tangannya, Ameira hanya mampu berpeluk tubuh
memerhatikan dari tepi. Ameira mencebikkan mulutnya lalu beredar dari situ.

“Nasib tak nampak muka! Kalau tak, .. hehh! Aku cop wajah-wajah mereka manusia „vampire‟ baru
tau! Malam-malam ni mulalah tunjuk belang ..” bentak Ameira sendirian lalu melabuhkan punggungnya pada
kerusi. Tanpa melengahkan masa, Ameira lalu menyuapkan makanannya ke dalam mulutnya. „Sayang kalau dah
sejuk! Huhh..‟ Getus Ameira.

Bab 7

Hanya beberapa saat saja akan tiba giliran para peragawati memperagakan pakaian rekaannya. Dia
hanya mampu menyerahkan takdirnya kepada Tuhan. Apapun yang akan berlaku nanti, tiada sesiapa pun bisa
menjangka saat-saat itu. Diana lalu berdiri apabila namanya dilaungkan lalu tibalah saat-saat yang dinanti-
nantikannya. Perasaan terujanya bercampur-baur dengan perasaan gementarnya apabila melihat peragawati-
peragawati itu memperagakan pakaian rekaannya. „Kalah pun takpe! Asalkan semua orang melihat bakat aku
yang terpendam tu..‟ Diana menarik nafasnya dalam-dalam lalu dilepaskannya perlahan.

“Benci! Benci betul aku tengok Si rambut kerinting tu! Arrgghhh ... Kalaulah aku Jan Di, aku
tempeleng lelaki tak guna tu, baru tau!” Ameira membentak-bentak di hadapan televisyen lalu digigit-
gigitnya bantal yang dipeluknya itu.

Adegan ganas Ameira hanya akan berakhir apabila cerita itu sampai pada penghujungnya.
Maklumlah, terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita yang berunsurkan aksi apatah lagi filem-filem yang
berunsurkan konflik dalam percintaan. Kadangkala dia akan berangan sendiri untuk menjadi watak dalam
filem tersebut. Televisyen pula turut menjadi mangsanya dan dialah yang akan menjadi mangsa terakhir
kerana dia yang „membelasah‟ televisyen tetapi dia pula yang merasakan sakit itu. Parah! Kalau pelakon itu
sedang melakonkan adegan yang penuh dengan emosi dan konflik, takkan menyerah pula Si Ameira ini! Dia
yang melebih-lebih di hadapan televisyen.

“Ahh! Takkan lah dia kahwin dengan „syaitan bergulung‟ itu! Apalah! Tak tahu buat cerita betullah
pengarah dia ni! Bagilah aku buat ending yang lebihh ...”

Telefon rumah Ameira lalu berdering dan berjaya mematikan kata-kata Ameira. Ameira lalu bangun
dari sofa walaupun agak keberatan meninggalkan drama yang ditontonnya itu. Dia terus mencapai telefon
yang masih rancak berdering itu lalu menyahut panggilan tersebut. „Memang nak kena ni!‟ Akhirnya setelah
sekian lamanya, para syaitan yang telah bertungkus-lumus mempengaruhi pemikirannya berjaya „memujuk‟
otak Ameira yang kini serba tak kena! Agak lama pemanggil itu mendiamkan diri. Tibalah giliran Ameira.
“Helo, saya Cik Omas Khaltum dari rancangan khas TV3 Bersamamu. Siapa pemanggil yang „bertuah‟
sangat .. sangat dalam talian sekarang ni?” Ameira menyusun kata-katanya dengan penuh teliti agar tidak
tersangkut dimana-mana dan bila-bila masa saja boleh berlaku. Tidak sampai beberapa saat..

Tuuuuutttttt .......

“Hahh! Tahu takpe.. Salah number ke? Nak bagitau mak?! Nanti mak cakap, jangan main telefon.
Baru tau .. Kan dah kena!” Ameira tersengih-sengih.

Jam kini sedang menunjuk pada pukul 9.53 malam dan majlis ini akan berakhir sebentar lagi. Apabila
sampai pada masa yang ditentukan, nama pereka fesyen yang berjaya merebut tempat dalam seluruh negara
akan diumumkan. Diana semakin resah duduk di situ selagi majlis ini belum berakhir. Kedinginan di dalam
dewan yang besar dan luas itu semakin menusuk ke dalam tulangnya. Mereka hanya menunggu pengerusi
majlis tersebut beranjak ke hadapan pentas tersebut untuk mengumumkan tiga orang pemenang itu. Sudah
tentulah dari tempat ketiga, naib johan dan seterusnya barulah JUARA!

Pengerusi Majlis itu sempat memberi gurauan senda kepada para hadirin pada malam itu. Diana pula
sukar menikmati segala kelucuan yang diucapkan oleh Pengerusi Majlis itu. Apa yang dia rasa sekarang ialah
tekanan pada tahap yang tertinggi! Kalaulah ada.. Pengerusi Majlis lalu menjemput Pemilik Pro-fashion Juhei
Designer iaitu Haje Min Ha. Apa yang Diana tahu, nama „popularnya‟ ialah Haje. Matanya kini tertumpu pada
seorang lelaki yang baru sahaja bergerak dari tempat duduknya di baris pertama itu. Diana lalu
membeliakkan matanya luas-luas disebabkan perasaan yang sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya itu.

“Lelaki itu kan yang macam peroo .. oogol .. bersiri?? No way ..” Diana mengecilkan suaranya.

Dalam masa yang sama dia diselubungi perasaan terkejut dan gementar walaupun rasa gementarnya
sedikit terkikis oleh sedikit wasangkanya mengenai keperibadian lelaki yang malang itu. Sememang sangat
malang kerana lelaki yang berkedudukan tinggi itu disamatarafkannya dengan seorang perogol bersiri.
Memang kejam. Tetapi tak sekejam Si Ameira yang melakukan penipuan dari segi mental melalui corong
telefon. Adakah wujud orang yang bernama Cik Omas Khaltum di dalam rancangan TV3 Bersamamu? Ameira
memang bijak dalam menyalahgunakan akalnya. Pasti Si Pemanggil yang tidak diketahui asal usulnya itu fobia
untuk melakukan sebarang panggilan! Siapalah agaknya Si Pemanggil yang malang itu?! Memang dia seorang
yang sangat kasihan..

“The first place goes to ... Miss Chwalka! Give her a big clap! Congratulations Miss Chwalka from
India ...”

„Harap-haraplah.. Kejap lagi tu! Diana.. Diana..‟ Diana bermonolog dengan dirinya sambil mengosok
kedua-dua belah telapak tangannya agar dapat mengurangkan kedinginan yang semakin menusuk kulit dan
isinya.

“In fortunately, the second place goes to ... Miss Jo-Ann from Korea! Tamca Hamida for coming to
Malaysia ...”

„Ahh! Tidak mungkin nama aku tak disebut! Mustahil nama aku akan disebut lepas ni. Baik mereka
tengok betul-betul! Lagi bagus tengok guna kanta pembesar! Baik bagi aku tengokk..‟ Diana membentak-
bentak dalam hati. Semakin panas suhu di dalam dewan itu baginya. Apatah lagi suhu di dalam badannya itu!
Semakin membesar „bahang api‟ di dalamnya.
Bab 8

“And, Wow! This is really ... really unbelievable! This is the first time and the champion is goes to ...
Miss ... Diana from Malaysia!” laungan Pengerusi itu bergema di seluruh dewan dan berkumandang di
gegendang telinga Diana.

Dia berasa kelihatan amat bodoh sekali kerana reaksinya di luar jangkaannya sendiri. Bayangkan
wajah yang sangat masam dari tadi dan secara tiba-tiba bersinar-sinar. Dia dapat merasakan seluruh saraf
dalam badannya bagaikan hendak putus! Perasaannya terlalu gemuruh ketika mengambil hadiah yang sangat
lumayan dimenanginya. Entah-entah sama ada dia akan ingat pada hari yang seterusnya bahawa dia ada
memeluk Haje disebabkan dirinya yang sudah terlupa dunia.

“Gembira sangatlah tu! Dunia ni pun bagaikan dia sorang je yang punya! Sikit pun tak dia nak bagi
aku. Segenggam tanah tu pun dia tak nak bagi .. Apa lagilah yang secubit tu .. Elehh!” Ameira membebel
tanpa henti menghadap televisyen sambil menekan-nekan butang pada telefon bimbitnya. Begitu lancar dia
menekannya. Tak lain tak bukan, bermain game lah kerjanya! Aduhai, apalah nak jadi dengan yang seorang ni!
Bila masa nak „maju‟ ni? Asyik ketinggalan saja..

Prriitttt... Prriitttt...

„Huhh! Petem.. petem.. jantung aku dibuat perempuan nih. Nasib baik Tuhan benci aku. Kalau dia
sayang aku, tadi memang aku dah mati dah! Aminn..‟ Ameira cuba meringankan punggungnya walaupun agak
berat untuk bangun dari sofa. Perlahan-lahan dia membuka pintu itu lalu kelihatanlah sebujur badan Diana
yang kini betul-betul berada di hadapannya sehinggakan boleh menyebabkan Ameira mendapat serangan
jantung secara mengejut.

Tidak semena-mena Diana lalu melompat-lompat kegirangan di hadapannya. Ameira terkedu. Diana
pula tidak menghiraukan Ameira yang masih kehairanan.

“Hah! Yang ni, sorang lagi. Terlebih makan „ubat gembira‟ ke? Dan satu lagi! Aku ada suruh kau
lompat ke?” Ameira bersuara sambil bercekak pinggang.

“Okay, okay .. Masuk ke dalam dulu. Huhhuuuu ..” Diana begitu seronok untuk menceritakan segala-
galanya kepada Ameira.

Dari pangkal sehingga ke penghujung habis dia ceritakan. Kecuali mengenai kes „mencabul‟ lelaki
yang sememangnya seorang yang sangat malang pada masa itu di atas pentas. Mesti dia tak ingat yang ni!
Ameira bingung melihat „keseronokan‟ Diana yang tiada „titik sempadannya‟. Dia juga sukar menangkap jalan
cerita yang disampaikan oleh Diana kerana perkataan yang sering keluar dari mulut Diana ialah „akhirnya..
akhirnyaaa..‟ Ameira hanya terdiam sejuta kata dalam seribu bahasa di hadapan Diana. Sesekali dia
tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

Mulut perempuan ni! Kalau dah mula bercakap, esok pun belum selesai tentang apa yang menjadi
ceritanya. Cerita yang ringkas dan padat itu pun boleh menjadi panjang lebar dan berputar-belit!
Keistimewaan Diana yang tidak terbatas tidak mampu disangkal oleh Si Ameira lagi. „Bibirnya dari tadi tidak
berhenti-henti „menari‟. Tak penat ke?‟ Ameira mengeleng-gelengkan kepalanya. Agak lama dia merenung
sahabatbya itu.

“Ana, apa nama lelaki yang kau cakap macam perogol bersiri tu? Lupa laa ..” Ameira lalu melabuhkan
punggungnya di sebelah Diana.

“Ni mesti termakan banyak semut! Emm, Hajee ..” Diana tersenyum.
“Heitt! Kenapa salahkan saya pula? Semut tu yang nak masuk ke dalam minuman aku .. Apa? Haje?
Hehh, aku rasa kann ..” Ameira sengaja mengorek sedikit cerita daripada Diana agar dia dapat mencari
sesuatu untuk mengusik Diana.

“Kenapa pulak? Mesti ada udang di sebalik batu ni!” Diana menjeling ke arah Ameira.

“Ake rasa kan, Haje tu mesti dia seorang yang kejam dann .. tak berhati perut! Cuba kau tengok
watak yang bernama Haje kat cerita Boys Over Flowers tu. Jahat tau!” tambah Ameira lagi. Diana lalu
menoleh ke arah Ameira. Berkerut-kerut keningnya apabila mendengar kata-kata Ameira tadi.

“Hah! Ni mesti terpengaruh dengan drama Korea ni .. Macamlah kau kenal sape dia tu. Cis!” Diana
menhenyak-henyakkan Ameira disebabkan terlalu geram.

Dengan secara tiba-tiba Ameira ketawa terkekeh-kekeh dan gelak tawanya berjaya „mengegar‟
setiap sudut dan penjuru di dalam rumah ini. Pencuri pun pasti akan bertempiaran lari tanpa hala tuju yang
sukar ditafsir oleh sesiapapun di seluruh pelosok dunia ini. Diana mencebikkan bibirnya. Ameira pula sudah
mula berfikiran yang bukan-bukan.

“Diana suka Haje hehh?? Dianaa .. Hahh, nanti kau. Aku bagitau satu dunia ni yang Diana jatuh cinta
dengan HAJE!!” bergema-gema suara Ameira seolah-olah berjaya menakluk satu dunia dan bagaikan dia yang
menjadi penakluknya.

Diana membeliakkan matanya dan mulutnya ternganga-nganga mendengar setiap kata-kata yang
dituturkan oleh Ameira. „Budak ni.. How dare you!‟ Tercetuslah „peristiwa‟ kejar-mengejar di dalam rumah
sememangnya tidak menyihatkan kerana setelah letih mengejar antara satu sama lain, lalu berbaringlah dua
orang sahabat ini. Kedua-dua orang sahabat ini pasti sudah lupa mengenai keletihan yang dirasai kerana
sudah nyenyak dibuai mimpi masing-masing. Tikk.. tokk.. Tikk.. tokk.. Masa terus berputar dan berputar dan
takkan pernah berhenti walaupun sesaat.

Bab 9

Trenngggkkk... trenngggkkk...

Diana menggosok matanya apabila menyedari sinaran cahaya matahari yang menyelinap di celah-
celah jendela bilik tidurnya memancar ke arah tempatnya berbaring. Ameira pula berdengkur semakin kuat
dan semakin nyaring pula bunyinya. Tanpa sebarang belas kasihan, Diana lalu menekup muka Ameira dengan
menggunakan bantalnya. Tidak semena-mena Ameira terus melompat dari katil Diana. Rambutnya kusut,
mukanya layu, matanya kuyu dan paling menggelikan Diana terdapat aliran „air sungai‟ yang mengalir dari
mulut Ameira. Kekuning-kuningan pula tu! Ameira menggeliat dan aksinya itu tidak ubah seperti seekor singa
yang baru keluar dari sarangnya dan menguap serta membuka mulut luas-luas.

Setelah membantu Diana mengemaskan bilik tidurnya, Ameira lalu menuruni anak tangga itu satu
per satu. Selesai sahaja dia memberus gigi dan mencuci mukanya, Ameira lalu menghidangkan kopi agar
berasa lebih segar sebagai „pembuka selera‟ mereka pagi itu. Diana tersentakdari lamunannya kerana
terkejut mendengar bunyi „siren‟ yang ditekan oleh seseorang di hadapan pintu rumah mereka berdua.
„Siapalah agaknya datang sini awal-awal pagi lagi ni ya?‟ Berkerut kening Ameira. Diana masih terkedu di atas
kerusi. Hanya matanya yang bergerak-gerak mengikut arah yang dituju oleh Ameira.

“Ya? Adaa .. Eh, kenapa awal sangat?” Ameira seraya bersuara. Disangkanya posmen ke apa tadi.
Rupa-rupanya Danny.
“Ya ke? Takkan nak I .. Erkk, takkan nak saya balik pula. Susahlah macam ni ..” Danny bersuara.

Ameira memandang ke arah Danny dengan begitu tajam sekali sehingga daging-dagingnya pun dapat
dihiris dengan pandangan mata yang sedemikian. Diana pula cuba curi-curi tengok dari dapur. Dia cuba
memanjangkan lehernya namun itu dia akhirnya berputus asa kerana dia tahu lehernya tidaklah sepanjang
leher kura-kura mahupun zirafah. Ameira lalu mempersilakan Danny masuk ke dalam rumah mereka berdua.
Diana hampir-hampir tersembur minuman di dalam mulutnya apabila melihat kelibat Danny. Nasib baik
sempat ditelannya. „Skandal ke apa tu?‟ Diana mengurut-urut tengkuknya dan pandangannya melekat pada
Ameira dan Danny.

Danny lalu mengambil sekeping sampul surat yang berisi wang tunai bernilai RM3,000 dan
menghulurkannya kepada Ameira. Diana terlopong dari jauh dan menyorok di tepi peti sejuk. „Duit ke tu?
Duit untuk apa? Rasuah? Dia nak ajak Ameira buat macam-macam ke? Hahh?! Takkanlah! Nahas awak nanti..‟
Diana cuba mengagak apa yang sedang berlaku di antara mereka berdua sebenarnya. Terukir seribu kerut
pada keningnya.

“Okay, terima kasih untuk ini. Ada apa-apa lagi ke?” Ameira tidak bersemangat langsung melihat
wajah lelaki itu. „Awal-awal pagi lagi dah muncul muka dia ni.. Tapi, takpe. Dia menepati janji!‟ Ameira
bermonolog dengan dirinya.

“Emm, oh ya. Isnin depan awak boleh mula bekerja di dalam syarikat saya. Pendek kata, pemohonan
awak diterima oleh beberapa orang dari pihak saya. Bagaimana?”

“Cepat juga! Wah .. Betul ke ni? Heyhh, awak terima saya bukan disebabkan perkara ni kan?”
Ameira meminta kepastian daripada Danny. Dia sebenarnya tidak mahu Danny berasa serba salah berkenaan
dengan peristiwa di tengah jalan itu. Dia ingin memastikan bahawa dia adalah bakal pekerja di syarikat
tersebut yang dipilih berdasarkan pengetahuan dan kemahiran bukannya disebabkan oleh perkara yang
langsung tidak berkaitan.

Danny tersenyum manis dan menampakkan sedikit lesung pipinya. Diana hanya menggaru-garu
kepalanya yang kini penuh dengan segala persoalan. Kini sedang berlegar-legar di dalam otaknya yang
semakin bengang! „Bila ia akan berakhir ... macam ni, aku rasa macam nak gila!‟ Diana membentak-bentak di
tepi peti sejuk setelah Danny beredar dari situ dalam beberapa minit yang lalu.

“Hey, kau ni okay ke? Semacam je!” kecut perut Ameira apabila menyedari Diana menyorok di tepi
peti sejuk dan kelihatan seperti bengang.

Beberapa minit kemidian,

Ameira menekan-nekan perutnya disebabkan dia terlalu banyak ketawa tanpa henti apabila Diana
menegurnya agar jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Diana juga menasihatinya agar jangan
terlalu terikut-ikut atau terlalu terpengaruh dengan drama yang selalu ditontonnya.

“Diana .. Diana .. Awak fikir aku ni mudah terpengaruh ke? Ahaahhhaa .. Awak cakap apa tadi?
Terlalu obses dengan cerita cinta? Ahaahhhaa .. Teruk sangat ke aku ni? Ahaahhhaa .. Okaylah, aku akan
ceritakan apa yang sedang berlaku sebenarnya. Kalau awak nak tau, ianya langsung tidak berkaitan dengan
perbuatan tidak senonoh. Ahaahhhaa .. Teruk betullah awak ni!” jelas Ameira panjang lebar.

Setahun kemudian,

Diana tersenyum sendirian sambil membelek-belek gambarnya bersama-sama dengan Ameira


setahun yang lalu. Haje menyusun langkahnya ke arah isterinya itu. Entah benda apa yang menyebabkannya
tersenyum dari tadi.

“Siapa kat sebelah awak tu?” Haje bersuara dan melabuhkan punggungnya disisi isterinya.
“Seorang kawan, dan juga kakak .. Dan dia seorang yang berjaya buat masa sekarang .. Cantik
gambar kami berdua kalau bersama kan?” jari-jemari halusnya menyentuh permukaan gambar itu.

Haje sedikit terharu mendengar kata-kata isterinya itu kerana pasti terlalu banyak kenangan
isterinya bersama dengan gadis di dalam gambar itu yang bernama Ameira. Jarang Diana dapat bertemu
dengan Ameira. Maklumlah, tanggungjawab dia sekarang agak besar dan berat. Walaupun percintaan Ameira
bersama dengan Danny dulu tidak berkekalan, namun Ameira dapat juga berumah tangga dengan salah
seorang usahawan yang berjaya dan turut terlibat dengan bisnes yang sama. Bila ia akan berakhir .. berakhir
sebegini, tiada sesiapapun yang dapat menduga apa yang bakal berlaku dan bila pula ia akan berlaku? Dan
mengapa? Takkan pernah ada seorang yang akan dapat mengetahui bila ia akan berakhir...