Anda di halaman 1dari 2

Cinta Ini Membunuhku

Sesekali dia mengukir senyuman pada bibirnya lalu memalingkan mukanya ke arah pasang kekasih yang sedang beradu cinta.
Langkahnya seolah-olah terhenti di pertengahan jalan. Dia tegarkan hatinya yang kini hancur berderai bak kaca yang terjatuh bertaburan
di atas bumi yang nyata ini. Dengan perasaannya yang kini sukar diubati dengan sejuta penawar sesekalipun. Seorang insan yang
mencintai dan dicintainya itu selama ini rupanya sedang khyusuk bermesra dengan gadis lain yang kini seronok mempermainkan
perasaannya seolah-olah dia seorang insan yang sangat mudah diperbodohkan. Tetapi TIDAK Loeyna. Dia tidaklah sebodoh gadis yang
sanggup menyerahkan jiwa dan raganya kepada mana-mana lelaki!

“Tak gunaa! Kenapa akuu??,” Loeyna Evanca menahan sebak di dadanya dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tiada
gunanya dia menangis hanya kerana seorang lelaki.

Apakah selama ini kata-kata dan janji itu dulu adalah mainan semata-mata? Apakan daya, Loeyna sedar bahawa dia hanyalah
insan biasa. Biarlah apa kata orang, lebih baik dibiarkan saja daripada peristiwa dengan Si dia bertambah parah. Sukarnya nak
menumpukan perhatian waktu pembelajaran bermula. Lantas Loeyna mengambil sekeping kertas di bawah failnya itu yang telah pun
dikoyakkannya. Tanpa mengendahkan pensyarahnya yang sedang mengajar, dia pun melukis gambar yang sukar difahami motifnya.
Hatinya berkecamuk.

“Aku berjanji takkan ada cinta lagi dalam hati ini.. Malas nak layan perasaan menyampah nii! Laparlaa.. Kalaulah lelaki tu
makanan aku, dah lama aku telan dia tadii! Arrghhh...,” jerit hati kecil Loeyna dan mengerumuk kertas di tangannya malah perutnya pula
‘mendendangkan’ lagu Dondang Sayang.

“Yes, Miss Loeyna? What happen there? Haa..,” Prof.Dahlia memerhatikan Loeyna dari tadi.

“Errkkk... Nothing Madamm!,” jawab Loeyna separuh menjerit. Maklumlah, kalau tak perbesarkan suara bukannya dengar pun
Prof.Dahlia.

Nampaknya pantas juga waktu berlalu. Waktu rehat sudah pun tiba. Selamat juga Loeyna daripada terus disoal oleh
Prof.Dahlia. Lantas dia meninggalkan kelasnya bersama dengan pelajar lain. Willis Vongue sudah setia menunggunya di hadapan kelas
Tahun Kedua ( junior ). Loeyna hanya tersenyum tawar apabila menyedari kehadiran Willis yang kini berdiri di hadapannya. Dia hanya
mampu berselindung daripada perasaannya yang telah pun hancur berderai disebabkan oleh Willis, teman lelakinya! Seperti biasa, Willis
pasti ada saja masalah. Bermacam-macam alasan yang diberikan. Ada-ada saja sakit perutlah, nak pergi ke tandaslah, pensyarah nak
berjumpa dengannya lah... Aduhh! Parah! Penipu besarr!

“You makan dulu ye? I ada mesyuarat dengan Senior. You tak kesah kan??,” kata Willis setelah menghabiskan minumannya.

“Emm.. Tak kesahh!,” kata Loeyna tersenyum tawar tanpa memandang wajah Willis yang kini amat menyampah baginya.

“Kalau macam tu, I chow dulu okay? Bye..,” kata Willis. Namun, dia sedar Loeyna agak kelihatan dingin dengannya. Namun,
hanya dia diamkan saja. Yang pastinya, dia ada ‘perjanjian’ dengan Cassandra Loviela, teman wanita keduanya dalam diam. Pasti
Cassandra sedang menunggunya.

Beberapa minit kemudian,

“Biggest liar!! Menyampahh! I, I, you, youu! Arghh! Penipuu!,” jerit Loeyna dalam hati dan terus meninggalkan kantin USSM
(Universiti Sains & Seni Malaysia).

Loeyna hanya memendamkan perasaan bencinya melihat sikap Willis yang menduakannya dalam diam. Sampai bilakah semua
ini akan bertahan?? Loeyna tertunggu-tunggu akan saat dia berpisah dengan lelaki buaya darat itu. Alangkah gembiranya dapat
melepaskan diri daripada genggaman Willis selama ini yang hanya tahu menjanjikan kata-kata dengan mulut yang manis tapi tak tahu pula
menepati janjinya. Betapa dia mengharapkan peristiwa pahit ini akan berakhir. Hanya Tuhan saja yang tahu akan semua hal itu. Dialah
yang menentukan takdir hidup seorang insan.

Beberapa hari kemudian,

“Kalau benar you cintakan I, tolong putuskan hubungan you dengan Eyna! If you still love her, tinggalkan I! Mana pilihan you? I
tak sanggup jadi watak sampingan dalam hubungan inii!,” kata Cassandra meninggikan suaranya.

“I.. Cass, tentulah I memilih you teman I seumur hidupp..”

“Seumur hidup?? Hehh! Hey, you.. What about Loeyna?? Fikirlah! I nak you bagitau dia sekarang yang you ni nak putus dengan
diaa! So, I percaya you really.. really love me!,” tambah Cassandra lagi.
“Okay! Wait and see..,” balas Willis dan tersenyum sinis dan diselubungi perasaan egonya.

Loeyna pula sedang seronok bergurau senda dengan sahabat karibnya yang sering kali membuatkannya terlupa dengan kisah
cintanya yang tak kesampaian. Sungguh menyakitkan! Hanya dia diamkan saja kerana yang pasti sahabatnya akan ‘menyerang’ Willis mati-
matian. Biarlah dia sendiri yang melakukan ‘serang hendap’ itu. Tanpa disedari, Willis menarik lengan Loeyna dengan begitu kasar sekali.
Seumur hidupnya, tak pernah ada orang yang dikenalinya memperlakukannya begitu apatah lagi keluarga atau teman-temannya yang lain.
Sahabatnya terlopong melihat tindakan Willis.

“Heyy! Awak masih punya perasaan ke?! Williss?!,” marah Loeyna dan menarik lengannya yang kemerahan.

“I nak kita putus sekarang!,” kata Willis dengan nada yang agak tinggi.

“Yupp! Memang itu yang saya tunggu-tunggu dari dulu. Lagipun, saya ada present for you, Willis Vongue Doug! Very special
presents...”

“Wow, what present? Kenapa you cakap macam tu? Macam ada something yang special buat I ke? Dari dulu.. Maksud you?”

“Pleaselah! Saya tak suka awak sebut I, you, I, you! Awak bercinta dengan gadis lain kan? Haha.. Lelaki tak gunaa!
Menyampahh!,” jerit Loeyna dan terus menumbuk hidung Willis yang mancung dan menerajang Willis sekuat-kuat hatinya yang telah lama
terluka dan melepaskan perasaan benci dan geram yang teramat sangat! Penderaan ke atas lelaki yang tidak layak digelar sebagai seorang
insan memang patut! Loeyna membentak-bentak dalam hatinya. ‘Lelaki yang tak berhati perut!!’ Jerit hati kecil Loeyna.

Nasib baik sahabatnya yang lain dapat mengawal keadaan tersebut yang semakin tegang. Tetapi Loeyna masih tidak terdaya
mengawal bara api dalam hatinya. Pasti Willis takkan pernah cuba mendekatinya lagi dan takkan pernah berlaku. Itulah apa yang
diharapkannya jauh dalam lubuk hatinya. Memandangkan Loeyna pernah melibatkan diri dalam ilmu mempertahankan diri, Willis pasti
sudah terlantar di hospital jika ‘peperangan’ itu tidak dihalang walaupun kung fu nya tidak sehebat dulu. Sekarang, apa kurangnya! Bakat
terpendam! Dan.. mungkin ada benarnya istilah disebalik kata-kata Prof.Aaron dulu semasa dia mula melanjutkan pelajaran di situ pada
Tahun Pertama. Cinta itu bukan saja indah kadang kala menyakitkan juga. Cinta itu mampu memberikan kehidupan kepada
seseorang,malah mampu memberikkan kematian kepada seseorang itu. Azam, tekad, semangat, cita-cita mampu hilang dalam sekelip
mata hanya kerana didustai oleh seorang insan yang telah dicintai dan yang mencintai.

Setahun kemudian,

Semenjak perstiwa itu dulu, cinta itu dulu telah membunuh semangatnya yang selama ini berkobar-kobar. Sudah satu tahun dia
mencuba untuk melupakan Willis dalam hidupnya. Namun, amat sukar baginya. Dulu, dialah yang terlebih dahulu menjadi pelajar yang
terbaik di USSM. Sekarang, semuanya telah berubah dan dengan sekelip mata Loeyna yang dulunya merupakan gadis yang ceria dan
periang. Malah, seorang yang aktif bersukan dan menyertai pelbagai pertandingan sama ada pada peringkat daerah, negeri atau
antarabangsa. Dan kini menjadi seorang gadis yang telah mati dari dalam dirinya. Sehinggakan sahabatnya yang lain tak tahan melihat
kelakuan Loeyna yang selalu termenung, pendiam dan adalah amat sukar untuk melihatnya tersenyum lagi. Kalau ada pun, pasti waktu itu
dia terpaksa senyum! Terlalu banyak perubahan termasuk sikapnya.

“Aku tak tahan lagilah melihat Loeyna. Teringin pula aku nak tengok dia senyum..” kata Olga sambil menongkat dagunya.

“... Like always... Iyaa.. Udahlah! Tenang aje deh! Aku yakin kok, kalau Loeyna tersenyum manis kayak gue donggg..” tambah
Dila lalu memuji dirinya sendiri.

“Elehh! Perasann.. Kau ni tak habeh-habeh makan santan!!” usik Tella.

“Heloo.. Awak apa lebihnya! Takde yang kurang, mak oiii..” marah Olga lalu mencubit lengan Tella.

Tanpa disedari, Loeyna yang baru sahaja habis kelas muzik dan seni yang kini sedang memerhatikan tiga orang sahabatnya dari
jauh sedang galak ketawa. Dalam hatinya, dia teringat akan dirinya yang selalu ketawa sehingga lupa dunia! Alangkah indahnya saat itu.
Namun, semuanya punah begitu saja. Terasa pula kerinduan hatinya yang bimbang kini menghantuinya. Apakah rasa cinta masih wujud
dalam dirinya? Perlahan-lahan dia menyusun langkahnya dan meninggalkan Taman Cinta Rossell Ungu.

Cinta, tiada siapa yang tahu akhir ceritanya. Begitulah hidup, diselubungi suka dan duka sudah menjadi lumrah dalam kehidupan
manusia. Setiap sambungan pasti ada akhiran, setiap akhiran pula akan ada sambungannya. Di manakah penamatnya kalau ada
sambungan dan akhiran??

Akan bersambung...