Anda di halaman 1dari 2

Memelihara orang yang cacat.

Tsabit bin qeis seorang yang cacat pendengarannya.pendengarannya


yang kurang kuat itu mungkin menjadikan beliau mempunyai suara yang
tinggi dan keras bunyinya.namun begitu beliau rajin menghadiri majlis-
majlis Rasulullah s.a.w mendengarkan ajaran-ajaran Rasullah tentang
dunia dan akhirat.

Sahabat-sahabat Rasulullah selalu menyebutkan tentang masalah Tsabit


ini,bukanlah maksud menghina atau merendahkannya,tetapi mereka
khuatir nada suaranya yang tinggi dan kasar itu sampai terganggu
Rasulullah s.a.w olehnya.walaupun beliau bersuara keras namun padanya
terdengar biasa sahaja,hanya orang-orang di sekelilingnya yang merasa
tidak tenteram.

Akhirnya Tsabit sendiri menyedari keadaan itu dan cuba melembutkan


suara.namun beliau tidak berupaya kerana perkara itu sudah
pembawaannya.dalam menghadiri majlis,beliau tidak tahan berdiam
diri,perlu beliau bertanya dan berkata-kata dan suaranya yang kuat itu
memang mengganggu.tetapi jika beliau tidak hadir,maka rugilah beliau
dari mendengar nasihat-nasihat agama.

Pada suatu hari,Rasulullah s.a.w menerima wahyu dari Allah yang tegas
bunyinya.

“janganlah kamu kuat-kuat bersuara,bagaikan tingkah laku sebahagian


kamu terhadap yang lain,bahawa akan hapus amalan kamu,sedangkan
kamu tidak merasakan.”

Jurutafsir ayat-ayat masa itu Ibnu Abbas mengatakan bahawa wahyu itu
diturunkan kerana Tsabit.suaranya yang kuat mengganggu ketenteraman.

Baginda kemudian menyampaikan wahyu itu dalam majlis dan kaum


Muslimin mengingatinya dengan baik..

Semenjak itu Tsabit tidak lagi menghadiri majlis-majlis Rasul dan


memisahkan diri dari teman-temannya.Rasulullah segera mengirim orang
mencari Tsabit dan memintanya datang ke suatu majlis.setelah ketemu
maka disampaikan pesan Rasulullah agar Tsabit datang ke majlis
sebagaimana biasa..

Alangkah bahagianya Tsabit dan sahabat-sahabat yang selama ini


memperkatakan tentang dirinya jadi malu kerana kini beliau diakui oleh
Rasulullah orang yang baik dan bahagia..Tsabit kemudiannya mati
dimedan perang sebagai pahlawan syahid sesuai dengan kata-kata
Rasulullah sebelumnya.
Demikianlah Allah mengangkat darjat seorang yang cacat pendengaran
tetapi mulia hati budinya sehingga Rasulullah selalu menaruh perhatian
kepadanya.beliau seorang yang saleh dan mencintai agama Allah..