Anda di halaman 1dari 3

OPEN UNIVERSITY

UNIVERSITI TERBUKA
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN

1.0 PENDAHULUAN

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan
menggunakan dakwat. Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan
cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke
atas permukaan rata. Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti
alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang.Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan.Teknik bayangan gelap, teknik
bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang
popular dihasilkan.Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

Menurut Louis, F. 2001, Preble Duane & Sarah, 2004, karya seni cetak terhasil lebih daripada
satu karya yang serupa. Oleh kerana karya yang sama dapat dihasilkan dengan banyak, ia dapat
dimiliki oleh ramai peminat seni cetakan dengan harga yang lebih murah berbanding karya lain
seperti catan. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu
diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.Tema dan tajuk cetakan yang
berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti
cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan. Aktiviti
cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah. Aktiviti
cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan open minded problem. Hasil karya boleh
dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa,
interpretasi dan penilaian.

1 SARIMAH BINTI MERAIS


650812135344002
OPEN UNIVERSITY
UNIVERSITI TERBUKA
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN

1.1 KEISTIMEWAAN SENI CETAKAN

Sejarah cetakan ialah apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke 7
Masihi di China. Seterusnya industri cetakan mono bok kayu buatan tangan muncul dan
berkembang di negara barat menjelang abad ke 14 Masihi. Ketika itu, kemahiran
mencetak digunakan untuk mencetak bahan keagamaan, hiasan ilustrasi buku, poster
untuk komunikasi, propaganda, dan bahan pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan
diperkenalkan pada pertengahan abad ke 15. Sejarah cetakan di Malaysia dibawa masuk
dari Singapura pada tahun 1940 an melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia yang
belajar di Institut Seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan
memperluaskannya. Menjelang tahun 1960 an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam
sukatan pelajaran seni lukis secara rasmi di institusi perguruan seperti Institut Perguruan
Ilmu Khas. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung sebelum
kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Seni cetakan di Malaysia telah muncul sebagai satu
cabang seni halus yang unik.

2 SARIMAH BINTI MERAIS


650812135344002
OPEN UNIVERSITY
UNIVERSITI TERBUKA
HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN

1.2 ARTIS SENI CETAKAN

3 SARIMAH BINTI MERAIS


650812135344002

Anda mungkin juga menyukai