Anda di halaman 1dari 63

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sung Siew

Sabah, Sandakan

Kajian Sejarah Tempatan

2009

Tajuk Kajian

Nama Tokoh Sejarah

Tun Mahathir bin Mohamad


Nama Pelajar: Gan Ming Jiang

No. Kad Pengenalan: 961114-12-6983

Tingkatan: 1B

Nama Guru: Cik Grace Chiew Fei Szee

(Tandatangan Murid) (Tandatangan Guru)


Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

• mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;

• memelihara satu cara hidup demokratik ;

• mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama ;


• menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dan berbagai corak ; dan

• membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Senarai Kandungan

Perkara Muka Surat

Tajuk Kajian

Rukun Negara

Senarai Kandungan

Penghargaan

Objektif Kajian
Kaedah Kajian

• Penyelidikan

• Rujukan

Hasil Kajian

• Biodata Tokoh

• Latar Belakang

• Pendidikan

• Kerjaya dan Keluarga

• Kerjaya politik
• Kesihatan

• Krisis perlembagaan

• Pemecatan Anwar Ibrahim

• Keluar UMNO

• Penulisan Blog

Sumbangan Tokoh

Sifat Keistimewaan Tokoh

Lampiran

• Garis Masa
• Gambar tokoh

Rujukan
Penghargaan

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi

sumbangan terutama ibu bapa saya kerana meluangkan masa supaya saya dapat

menjalankan kajian ini dengan sempurna. Tidak ketinggalan kepada guru sejarah

saya, Cik Grace Chiew Fei Szee atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan

nasihat yang amat dihargai saya. Yang terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada rakan-rakan saya yang sanggup member saya contoh menbuat kajian ini.
Objektif Kajian

Objektif menjalankan kajian bagi kerja kursus Sejarah dapat dibahagikan dua iaitu

objektif am dan objektif khusus. Objektif amnya adalah untuk mengenal pasti sumber-

sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah

dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Saya juga berusaha untuk mendapatkan

seberapa banyak bahan-bahan rujukan bagi melengkapkan tugasan ini.


Manakala objektif khususnya bertujuan untuk mengenali tokoh sejarah tanah air

dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui Tun Mahathir Bin

Mohamad. Kajian ini telah melahirkan rasa bangga. Saya terhadap kegemilangan

tamadun bangsa dan negara serta lebih menghargainya.

Kaedah Kajian

 Penyelidikan

Saya melayari internet untuk mencari maklumat tentnag Tun Mahathir bin

mohamad untuk menyiapkan kajian ini.

 Rujukan
Saya mencontohi beberapa buku rujukan untuk menjalankan kajian ini.

Hasil Kajian

Mahathir bin Mohamad

Yang Amat Berbahagia Tun


Mahathir bin Mohamad

Biodata Tokoh

Perdana Menteri Malaysia ke-4

Dalam pejabat

16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003

Raja Sultan Ahmad Shah (1979 -


1984)

Sultan Iskandar (1984 - 1989)

Sultan Azlan Shah (1989 - 1994)

Tuanku Ja'afar (1994 - 1999)

Tuanku Salahuddin Abdul Aziz

Shah (1999 - 2001)

Tuanku Syed Sirajuddin (2001 -

2006)

Timbalan Presiden Musa Hitam (1981 - 1986)


Ghafar Baba (1986 - 1993)

Anwar Ibrahim (1993 - 1998)

Abdullah Ahmad Badawi (1998

- 2003)

Didahului oleh Hussein Onn

Digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-4

Dalam pejabat
15 September 1978 – 16 Julai 1981

Didahului oleh Hussein Onn

Digantikan oleh Musa Hitam

Lahir 20 Disember 1925 (umur 83)

Alor Star, Kedah Darul Aman

Pasangan Dr. Siti Hasmah

Pekerjaan Doktor

Agama Islam
Tandatangan

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: ‫محضير بن محمد‬, dilahirkan pada 20

Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah

Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai

1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan

yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat

Malaysia.
Latar Belakang

Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar,

Kedah pada 20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar

berketurunan separuh India (anak kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke

Malaysia dari Kerala, India) sementara ibunya seorang Melayu bernama Wan

Tempawan binti Wan Hanafi.[1] Dalam autobiografinya, Dr. Mahathir mengaku


bahawa beliau mempunyai keturunan orang India yang mempunyai kaitan dengan

Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee), manakala ibunya adalah orang

Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan

dirinya sebagai Melayu yang tulen.

Nama datuk beliau, "Iskandar" turut diabadikan pada sebuah sekolah rendah di bandar

Alor Setar, Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar. Manakala ayahnya pula adalah

guru bahasa Inggeris dan juga Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star,

sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Di sekolah tersebut,

bapa beliau dipanggil sebagai "Master" atau "Mohamad Iskandar".


Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri

Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang

terkenal dengan nama 'Terusan Wan Mohamad Saman' atau Sungai Korok.

Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana

Dr. Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua

perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar

dengan isteri yang pertama.

Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor

Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di

Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada

tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di

sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya

dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai

buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.

Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,

Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan


(MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor

pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.


Kerjaya dan Keluarga

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar,

Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan

perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan

dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak

beliau ialah :

• Marina Mahathir

• Mirzan Mahathir

• Melinda Mahathir
• Mokhzani Mahathir

• Mukhriz Mahathir

• Maizura

• Mazhar

• Daniel Fariezs

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka

kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu,

beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor

Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya
berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga

sekarang.

Kerjaya politik

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil

bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan

pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli.

Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau
dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai

perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau

membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya

umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan

calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam

pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli

Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada

tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff
Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau

tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam

Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada

Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran

Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay

Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang

Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik

selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.


Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula

ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973.

Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau

menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri

Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga

kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul

Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn

melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio

pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi

Menteri Perdagangan dan Perindustrian.


Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn

mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya.

Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat,

dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr

Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai

penggantinya.
Kesihatan

Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan pintasan

arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.

Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara

(IJN) kerana serangan jantung setelah saluran darah arteri tersumbat.

Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital

Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.

Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan

arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka,

Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub,
Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah

Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini

merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.

Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di IJN

jam 7.00 pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.[2]


Krisis perlembagaan

Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan

membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini,

setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan

Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi

undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun,

perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam

undang-undang Islam yang berada dibawah bidang kuasa mereka.

Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Agung,

Mahathir dipercayai merencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas
dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba untuk menghalang kes

tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat sebagai titik hitam sejarah perundangan negara

Malaysia yang sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku

ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman ketika itu.
Pemecatan Anwar Ibrahim

Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar

Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada

masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Anwar mendakwa

bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan nepotisme dan

Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan tersebut. Penyokong

Mahathir pula percaya bahawa Anwar cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai
Perdana Menteri selepas melihat kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia atas isu

yang sama.

Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai "Gerakan

Reformasi" dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya

Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen

pada pilihan raya tersebut dan hampir pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004

apabila hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang dimenangi

oleh isteri Anwar, Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya

mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan
memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti

pembangkang di Malaysia.

Keluar UMNO

Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[3]. Beliau

bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang

yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa

UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden

UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga

membelakangkan negara. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau

berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.


Tindakan Dr Mahathir dikritik oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang melabelkan Dr

Mahathir sebagai ahli politik murahan[4]. Tindakan Mahathir dipercayai mempunyai

kaitan dengan hasil siasatan klip video Lingam yang melibatkan nama beliau.

Menurut Karpal, Dr Mahathir seharusnya cuba membersihkan namanya. Mahathir

bagaimanapun menafikan tindakan beliau ada kena mengena dengan kes klip video

Lingam.

Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan

gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden

UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib

Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18
Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang

Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari

UMNO[5].

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas

melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang

meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut.[6]. Dato' Onn Jaafar keluar dari

UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa

tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia

selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan

Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama lebih 21 tahun.


Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana

menteri, Tun Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk

pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu

dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[7].

Penulisan Blog

Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan penulisan

beliau "The Appointment of Judges". Pada 19 Jun, blog beliau dr-


chedet.blogspot.com, telah disekat oleh Bloggers.com kerana disyaki menyebarkan

mesej berbentuk spam.[8]

Kini blog beliau terletak di http://www.chedet.cc/.


Sumbangan Tokoh

Kejayaan Tokoh

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian

dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan

pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya

pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang

dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia —
kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada

individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).

Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman

pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara

Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan

Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden,

makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai

Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya


sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama

yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara


Rumusan

Sebagai rumusan, saya dapat mengenali tokoh saya dengan lebih mendalam dan

memupuk nilai patriotisme dalam diri sendiri ketika menyiapkan kajian ini.

Sehubungan itu, Tun Mahathir banyak memberi sumbangan kepada Negara. Tun

Mahathir banyak menyumbang kepada Negara Malaysia dari segi sosial, ekonomi dan

politik.

Oleh itu, kita haruslah menjadi beliau sebagai teladan kita.


Lampiran

Garis masa

• 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.

• 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.

• 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

• 1953: Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College

(yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;


• 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star,

Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.

• 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,

Maha Clinic di Alor Star.

• 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan

selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur,

dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara

Mohd Shaari mendapat 8196 undi.

• 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.

• 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.


• 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada

10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah

kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau

tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam pilihanraya;

○ Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai,

berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;

○ Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.

• 1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema

Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.

• 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;


○ Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia

(FIMA).

• 1973: Dilantik sebagai senator.

• 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;

○ Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya

1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;

○ Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.

• 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas

memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.

• 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.


• 1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein

Onn pada 15 September;

○ Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri

Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);

• 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia

ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas

sebab-sebab kesihatan;

○ Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping

memegang jawatan Perdana Menteri;


○ Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah",

"Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur",

"Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barang UK

("Buy British Last");

○ Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia

untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;

○ Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;

○ Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay

Dilemma)
○ Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie

Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham

London pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih

kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia.

• 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan,

supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan

Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-

Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;

○ Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.


• 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana

Menteri pada 27 Februari;

○ Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;

○ Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang

jawatan Perdana Menteri;

○ Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan

rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.

• 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan

Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;


○ Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri

Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.

• 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas

kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa

kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu,

UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);

• 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari

1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.

• 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
○ Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan,

selepas peristiwa Douglas Gomez;

○ Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin

Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir

sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri

Persidangan APEC.

• 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya

mengatasi Krisis Ekonomi Asia 1997.

• 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan

dan dalam UMNO pada 2 September;


○ Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan

penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah pada 2

November;

○ Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore,

Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara

Malaysia di Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh

Malaysia.

○ Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan

Perdana Menteri;
○ Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;

○ Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai

88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;

○ Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.

• 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping

memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis

Ekonomi 1997;
○ Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang

memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia

Malaysia.

• 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001)

disamping memegang jawatan Perdana Menteri.

• 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata

pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;

○ Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam

Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat

penangguhan selama 18 bulan.


• 2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan

menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti;

beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah

satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama

perkhidmatannya;

○ Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di

Malaysia.

• 2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa

gelaran "Datuk Seri Utama".

• Rujukan
• Internet

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Mahathir_bin_Mohammad

• http://www.bing.com/images/search?q=+tun+mahathir&go=&form=QBIR#

• Buku Rujukan

• My Resos Sejarah PMR

• Buku Nota Sejarah