Anda di halaman 1dari 2

Elemen 3

SOALAN:

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-

kaum yang ada di Malysia ini. Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum

Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh kaum

India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di

Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

masing-masing. Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung

mengunjungi di antara satu sama lain. Bersama-sama berkongsi kemeriahan dan

kegembiraan semasa menyambut hari perayaan. Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat

muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang

menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan

bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang

berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat

menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong

Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan

bermuafakat di antara satu sama lain. Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan

tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut

perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana

semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak

menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab

kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing. Justeru

itu, semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni. Sebagai rakyat

Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta

menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai