Anda di halaman 1dari 14

BUTIRAN FIZIKAL DAN KESIHATAN

Rekod Fizikal Kanak-Kanak

BIL TIMBANGAN BLN TARIKH BLN TARIKH BLN TARIKH CATATAN


DAN UKURAN JAN JUN OKT
1. Berat
2. Tinggi
A B A B A B
3. Penglihatan / 20.01.2010

4. Pendengaran / 20.01.2010

5. Pertuturan / 20.01.2010

6. Pengamatan / 20.01.2010

7. Kebersihan Gigi / 20.01.2010

8. Rambut / 20.01.2010

9. Telinga / 20.01.2010

10. Hidung / 20.01.2010

11. Kaki dan Jari / 20.01.2010

12. Tangan dan kuku / 20.01.2010

13. Kulit / 20.01.2010

14. Mata / 20.01.2010

15. Pakaian / 20.01.2010

Tandakan (/) pada ruang berkenaan

A = Berkeadaan Baik

B = Perlu Perhatian
BUTIRAN KESIHATAN

Kanak-kanak ini mengidap / pernah mengidap :

BIL PENYAKIT YA TIDAK


1. Lelah /
2. Sawan /
3. Cacar Air /
4. Campak /
5. Penyakit kuning /
6. Jantung Berrlubang /
7. Buah Pinggang /
8. Demam Panas /
9. Adakah dia pernah jatuh teruk /
10. Alahan / Allergy /
11. Tangan , kaki dan mulut /
12. Lain-lain /

Kumpulan Darah : ____________________

Catitan :

Tandakan (/) pada ruang berkenaan.


DATA-DATA YANG DIKUMPULKAN MELALUI HASIL KERJA SUBJEK
TINDAKAN SUSULAN YANG DIAMBIL BERDASARKAN KES.

Kajian kes ini saya telah jalankan ke atas seoarang kanak lelaki yang berumur 5
tahun,di dalam kajian ini saya telah memfokuskan kepada domain psikomotor dan
aspek bahasa. Saya telah menggunakan pemerhatian tingkah laku,pemerhatian
perbualan atau interaksi dan hasil kerja.

Berdasarkan kajian saya subjek seorang kanak yang hyperaktif , kadang-kadang


terlalu mengikut emosi dan agak sukar mengawal emosi terutama ketika sedang
marah. Kelemahan subjek adalah subjek seorang yang tidak sabar kerana apabila
guru memberikan latihan yang agak sukar, subjek akan merungut kerja yang
diberikan susah dan subjek mahu menyiapkan kerja tersebut dengan secepat
mungkin.

Subjek kadang-kadang tidak dapat mengawal emosinya dan kelihatan seperti


marah kerana tidak dapat menyiapkan kerja tersebut dengan lebih cepat. Selain
itu,sekiranya guru menawarkan ganjaran, subjek akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh guru.

Selain itu subjek juga sememangnya seorang kanak yang tidak dapat duduk diam
tanpa melakukan sesuatu perkara. Contohnya subjek sering mengusik kanak-kanak
lain.sebenarnya mengikut subjek dia hanya sekadar untuk bergurau dengan rakan-
rakannya tetapi gurauannya agak kasar terhadap rakan-rakannya.

Setelah saya mengkaji dengan lebih lanjut dengan keluarganya,subjek sejak dari
kecil lagi sudah biasa bergurau dengan bapanya. Kemungkinan perkara ini sudah
biasa dengan dirinya,dan di kelas subjek akan melakukan perkara tersebut kepada
rakannya.

Selain itu subjek hanya akan menjadi seorang cermat apabila melakukan sesuatu
perkara sekiranya terdapat ganjaran yang ditawarkan oleh guru. Contohnya dalam
Pertandingan Mewarna yang dijalankan subjek berusaha mewarna dengan sebaik
mungkin untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan. Tetapi kemenangan tidak
menyebelahi subjek di dalam pertandingan tersebut,subjek seakan marah kerana
tidak memenangi hadiah tersebut,walaupun subjek juga memperolehi hadiah
penyertaan dari pihak penganjur. Subjek mengatakan hadiah yang diterimanya tidak
sama dengan hadiah yang dimenangi oleh rakannya dalam pertandingan tersebut.

Saya menerangkan dengan lebih jelas kepada subjek tentang keadaan tersebut,dan
memberitahu subjek sudah menjadi adat dalam pertandingan mesti akan terdapat
yang menang dan kalah. Jika kita menginginkan kemenangan kita hendaklah
berusaha dengan lebih baik agar lebih mudah untuk mendapatkan kemenangan dan
kejayaan di dalam hidup.

Selain itu,subjek juga seorang yang cepat jemu dalam melakukan kerja yang mudah
dan cepat,contohnya apabila melakukan latihan menulis subjek akan berusaha
secepat mungkin untuk menyiapkan kerja tersebut. Sekiranya subjek sudah
menyiapkan kerjanya,subjek mula mengusik rakan-rakannya,dengan ini subjek agak
mengganggu rakan-rakannya menyiapkan kerja masing-masing. Untuk mengatasi
perkara ini guru terpaksa memberikan kerja atau aktiviti lain kepada subjek bagi
mengelakkan perkara tersebut terus berlaku di dalam kelas. Contohnya apabila
subjek sudah menyiapkan kerjanya saya akan memberikan puzzle kepadanya dan
subjek akan berusaha untuk menyiapkan puzzle tersebut,dengan ini subjek tidak lagi
mengganggu rakannya di dalam kelas.

Selain itu,subjek begitu meminati dan aktif sewaktu saya melakukan aktiviti
permainan luar kelas,subjek mengawal hendak melakukan semua aktiviti akan
dilakukan oleh guru sehingga tidak mahu memberikan peluang kepada rakan-
rakannya yang lain. Contohnya apabila saya membuat permainan Musang Dengan
Ayam, subjek memberitahu bahawa subjek hendak menjadi ibu ayam,subjek akan
berusaha untuk mengawal rakan-rakannya yang menjadi anak ayam daripada
ditangkap oleh musang. Saya terpaksa memberikan arahan untuk bergilir-gilir untuk
menjadi ibu ayam barulah sesuatu permainan itu menjadi adil kepada semua orang.

Saya juga menyatakan tuhan amat menyayangi kepada sesiapa yang sentiasa
bersikap adil kepada orang lain.subjek memahami perkara itu dan bersedia untuk
bertukar giliran “ibu ayam” dengan rakannya. Selain itu,kadang-kadang subjek
kelihatan agak kasar dan terlalu hyperaktif,dengan ini guru terpaksa mengawal dan
memerhati keadaan tersebut. Biarpun kelihatan penat dan berpeluh-peluh,subjek
akan meneruskan juga aktiviti yang dijalankan. Subjek hanya akan berhenti
sekiranya saya memberikan arahan untuk berhenti dan masuk ke dalam kelas untuk
berehat.

Selain itu,subjek juga sudah menampakkan perubahan berbanding sewaktu subjek


dating ke Tabika pada awal tahun, contohnya subjek jarang menyiapkan kerja yang
diberikan oleh saya dan hanya melakukan perkara mengikut sesuka hatinya sahaja.
Tetapi kelihatannya setelah 5 bulan subjek sudah dapat menyiapkan sendiri kerja
yang diberikan oleh guru. Selain itu,bapa subjek juga memberitahu bahawa subjek
juga akan membuat kerja latihan yang diberikan oleh guru tanpa perlu menyuruhnya
lagi seperti sebelum ini. Selain itu,subjek juga kelihatan lebih faham dan matang
dalam melakukan sesuatu perkara.

Selain itu, subjek tidak mengenali huruf abjad dan nombor awal tahun subjek datang
ke Tabika,subjek cepat lupa dan agak sukar untuk mengingati setiap huruf dan
nombor yang dilihatnya. Saya melakukan latihan mengenal huruf dan nombor
dengan lebih kerap terhadap subjek agar dapt membantu subjek untuk mengingati
huruf dan nombor dengan lebih baik.

Selain itu,saya juga melakukan aktiviti mengenal dan menyebut dan memberikan
ganjaran kepada subjek sekiranya dapat mengenal huruf atau nombor yang
ditunjukkan oleh saya. Subjek begitu menggemari untuk melakukan aktiviti tersebut.
Saya lakukan perkara pada setiap hari kepada subjek,dan kelihatannya subjek
sudah menampakkan perubahan yang baik, subjek sudah mengenali setiap huruf
dan nombor 1 hingga 20,malahan subjek juga dapat menyebut nombor 1 hingga 30.

Selain itu,subjek juga sudah dapat menulis sendiri namanya,dan dapat menulis
semula semua perkataan yang ditunjukkan oleh saya dengan baik. Subjek juga telah
membuat dan menulis sendiri kad ucapan dan diberikan kepada saya dan penolong
guru sempena hari guru pada baru-baru ini. Saya begitu terharu sekali apabila
melihat kad yang dibuat sendiri olehnya.

Selain itu,pada awal tahun ini,subjek tidak begitu pandai dan mesra untuk
berkomunikasi dengan rakan-rakannya,subjek kelihatan cepat marah di dalam
sesuatu perkara. Tetapi sekarang ini subjek sudah pandai untuk berkomunikasi
dengan rakan-rakannya malahan subjek kelihatan lebih mesra dan tidak lagi
berkasar dengan rakannya. Saya sebagai guru subjek amat gembira sekali kerana
saya berjaya membuat perubahan yang lebih baik terhadap subjek,semua ini telah
berjaya dengan kajian yang telah saya jalankan terhadap subjek disamping dapat
membuat perubahan yang lebih baik dan secara terperinci.

KENYATAAN KEMAJUAN KANAK-KANAK

Tandakan (/) pada ruang berkenaan

PERKARA SEMESTER 1 CATATAN SEMESTER 2 CATATAN


A B C A B C
TUNJANG KOMUNIKASI

A.BAHASA MALAYSIA
1.KEMAHIRAN BAHASA
1.1 Kemahiran Mendengar /
1.2 Kemahiran Bertutur /
1.3 Kemahiran Membaca /
1.4 Kemahiran Menulis /
TUNJANG KOMUNIKASI

B. ENGLISH LANGUAGE
1.1 Listening Skills /
1.2 Speaking skills /
1.3 Reading Skills /
1.4 Writing Skills /
2. SENI BAHASA
2.1 Mengungkap Keindahan /

Bahasa Melalui Aktiviti


2.2 Permainan Bahasa /

Drama / Sajak
C. BAHASA CINA
D. BAHASA TAMIL
PERKARA SEMESTER 1 CATATAN SEMESTER 2 CATATAN
A B C A B C
TUNJANG KEMANUSIAAN
Memahami Diri Sendiri /
Memahami Perhubungan /
Antara Diri Dan Keluarga
Perhubungan Diri Dengan /
Rakan
Perhubungan Diri Dengan /
Komuniti
Perhubungan Diri Dengan /
Alam Sekitar
Pemahaman tentang Budaya /
Dan Tradisi Kaum Di
Malaysia
TUNJANG KEROHANIAN
SIKAP DAN NILAI
1.PENDIDIKAN ISLAM
1.1 Aqidah /
1.2 Ibadah /
1.3 Sirah Rasuullah S.A.W /
1.4 Akhlak /
1.5 Berwuduk /
1.6 Pergerakan Solat /
1.7 Bahasa Al-Quran,Huruf /

Hijaiyah dan Tulisan Jawi


1.8 Hafazan dan Doa Pendek /
2.PENDIDIKAN MORAL
2.1 Nilai Berkaitan /

Perkembangan Diri
PERKARA SEMESTER 1 CATATAN SEMESTER 2 CATATAN
A B C A B C
2.2 Nilai Berkaitan Diri dan /

Keluarga
2.3 Tanggungjawab /

Terhadap Kelas
2.4 Kerajinan dan /

Kerjasama
2.5 Berdikari dan /

Berdisiplin
TUNJANG KETRAMPILAN
DIRI
PERKEMBANGAN
SOSIOEMOSI
1.Mengenal dan Mengurus /

Emosi Sendiri
2.Pencapaian Emosi Yang /

Positif
3.Membina Konsep Kendiri /

Positif
4.Membina Kemahiran /

Berinteraksi
5.Kemahiran Sosial /
TUNJANG
PERKEMBANGAN FIZIKAL
DAN ESTETIKA
1.PERKEMBANGAN
FIZIKAL
1.1Kemahiran Motor Halus /
1.2Kemahiran Motor Kasar /
1.3Kordinasi Mata-Tangan /
1.4Mengamalkan Pergerakan /

serta Postur Yang Betul


PERKARA SEMESTER 1 CATATAN SEMESTER 2 CATATAN
A B C A B C
2. KESIHATAN
2.1Menjaga Kesihatan /

Fizikal Diri
2.2Menjaga Kebersihan /

Persekitaran
2.3Pemakanan Yang /

Berkhasiat
2.4Menjaga Kehormatan Diri /
PERKEMBANGAN
KREATIVITI
1.SENI VISUAL
1.1Aplikasi Seni /
1.2Ekpresi Kreatif /
1.3Apresiasi /
2.PENDIDIKAN MUZIK
2.1Aktiviti Menyanyi /
2.1Bermain perkusi /
2.3Menghasilkan Muzik dari /
Bahan / Objek Improvisasi
3.DRAMA DAN GERAKAN
3.1Berlakon /
3.2Menari /
3.3Gerakan Secara Kreatif /
PERKARA SEMESTER 1 CATATAN SEMESTER 2 CATATAN
A B C A B C
TUNJANG SAINS DAN
TEKNOLOGI

(SAINS / MATEMATIK)
1.AWAL SAINS
1.1Kemahiran Memerhati /
1.2Kemahiran Mengukur /
Menggunakan unit Bukan
Piawai
1.3Kemahiran Membanding /
dan Mengelas
2.AWAL MATEMATIK
2.1Konsep Pranombor /
2.2Nombor /
2.3Operasi Nombor Mudah /
2.4Nilai Wang /
2.5Konsep Waktu /
2.6Bentuk Wang /
3.PENGGUNAAN ASAS /
KOMPUTER
SUMBER / BAHAN RUJUKAN