Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN ‘POST MORTEM’ TEMASYA SUKAN TAHUNAN

2010 SK SITIAWAN

Satu mesyuarat ‘Post Mortem’ Temasya sukan sekolah telah


diadakan pada 11 Mac 2010, jam 1.00 petang di kelas Tahun 6
Delima.Mesyuarat ini diadakan bertujuan berbincang perkara-
perkara berbangkit yang timbul semasa temasya sukan
berlangsung pada 4 Mac 2010 yang lalu. Hasilnya, beberapa
perkara yang berupa aduan, komen, cadangan telah
dimaklumkan oleh pihak pentadbir dan guru-guru untuk diberi
perhatian dan tindakan. Berikut adalah dapatan dari “post
mortem’ tersebut:

1. Cadangan asal daripada En. Harith wakil pegawai dari PPD


Manjung supaya rumah sukan ditambah satu lagi daripada
3 kepada 4 telah mendapat pro dan kontra daripada guru-
guru. Dengan bertambah bilangan rumah akan memberi
peluang yang lebih kepada murid untuk menyertainya.
Namun sekolah menghadapi kekangan saiz padang yang
kecil. Jika mahu dilaksanakan, perlawanan saringan harus
diadakan.

2. Penyertaan individu dalam acara perlu dihadkan.


Dicadangkan penyertaan individu hanya terhad kepada 3
acara sahaja demi memberi peluang kepada murid lain.
Perkara ini mendapat persetujuan semua guru.

3. Perbarisan lintas hormat didapati memuaskan walaupun


latihan agak kurang. Dicadangkan untuk kelihatan lebih
cantik, pembawa bendera dan sepanduk rumah sukan
hendaklah berpakaian baju Melayu lengkap. Selain itu,
dicadangkan ditambah dengan dua unit beruniform untuk
turut dalam perbarisan lintas hormat pada tahun hadapan.
4. Peralatan sukan didapati ada yang tidak disimpan di
tempatnya walaupun sukan sudah seminggu berlalu.

5. Pelaksanaan acara merentas desa agak baik. Cuma


diharapkan pada bahagian penamat perlu dibuat lorong.
Manakala bilangan pegawai bertugas bagi acara
sukantara perlu ditambah. Contohnya, 2 orang pegawai
bagi acara lontar peluru menimbulkan masalah.

6. Pengacara sukan hanya mengumumkan nama pemenang


sahaja tanpa menyebut nama rumah sukan yang
memenangi sesuatu acara semasa mengambil hadiah. Ini
menyebabkan tiada sorakan gembira daripada penyokong
rumah sukan berkenaan. Keadaan ini berlaku apabila
pencatat hanya menyerahkan nama pemenang acara
tanpa menulis nama rumah sukan itu kepada pengacara.

7. Murid yang menerima hadiah acara sukan lambat ke


pentas hadiah. Dicadangkan dilantik 4 orang murid dari
setiap unit beruniform menjadi

penyelaras peserta yang menerima hadiah ke pentas


hadiah.

8. Juruacara yang baik sememangnya kena merangka skrip


semasa mengacara majlis. Namun pengacara perlu peka
dengan memberikan butiran maklumat yang sesuai pada
sesuatu situasi yang tiba-tiba berubah.

9. Penglibatan AJK PIBG atau ibu bapa murid yang


berkebolehan perlu ditambah dalam pelaksanaan temasya
sukan pada masa akan datang.Perkara ini bukan sahaja
dapat meringankan tugas guru-guru bahkan dapat
mewujudkan tali silaturrahim di kalangan guru-guru dan
ibu bapa.

10. Makanan murid didapati kurang berbaloi dengan


harganya. Malah tiada sudu plastik disertakan bersama
bungkusan makanan tersebut.

Kesimpulannya, segala dapatan di atas lebih kepada cadangan


penambahbaikan kepada perkara kecil yang timbul. Namun
ianya tidak menjejaskan perjalanan temasya sukan. Malah
boleh dianggap bahawa temasya sukan kali ini telah
berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua warga
sekolah yang telah memberikan komitmen demi memastikan
temasya sukan SK Sitiawan kali ini berjaya dengan cemerlang.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjijng. Ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni. Bulat air kerana pembetung. bulat kata
kerana muafakat. Sekian.

Dicatat oleh,

..................................................

(MOHAMAD BIN HASSAN)

Setiausaha Sukan,

SK Sitiawan.

Sk.

Guru Besar