Anda di halaman 1dari 39

DEFINISI TAFSIR

At-Tafsir menurut bahasa : " ‫( "كشف لمرا د‬menerangkan sesuatu). Firman


Allah Ta’ala:

" ‫" ول يأتونك إل جئناك بالحق وأحسن تفسيرا‬


“Dan mereka tidak membawa kepada Mu sesuatu kata-kata ganjil (untuk
menentangmu) melainkan Kami bawakan kepada kebenaran dan penjelasan
yang sebaik-baiknya untuk menangkis segala yang mereka katakan itu “

Setengah ulama’ berpendapat ilmu tafsir bukanlah sesuatu ilmu yang


boleh ditafsirkan seperti ilmu-ilmu yang lain malah ilmu Tafsir lebih

merupakan ‫ )ملككككة)باككككة‬, kerana demikian cukuplah sebagai takrifan:


Menerangkan Kalam Allah atau menerangkan lafaz-lafaz al-Qur’an dan
mafhumnya.

Walaubagaimanapun, setengah ulama’ cuba mentafsirkan


‘Tafsir’ dengan berbagai takrif. Antaranya ialah takrif yang diberikan oleh
Abu Hayyan dalam kitabnya ‘al-Bahru al-Mahith’ sebagai berikut:
“Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak
menuturkan perkataan-perkataan Al-Qur’an (dari segi tajwid) dan
memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman

pada ketika ia satu perkataan ( ‫)دد دد‬ dan pada ketika bersusun (
‫د‬ ‫)ددد‬ dan makna-makna yang boleh diertikan pada
ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan
dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul”

Dari takrifan yang diberikan oleh Abu Hayyan di atas jelas


menunjukkan bahawa mentafsirkan Al-Qur’an itu mengandungi penjelasan,
huraian, cara membacanya mengikut tajwidnya, menghuraikan maksud-
maksud ayat sesuai dengan keadaan perkataan ketika ( ‫)مفرد‬ dan pada

ketika ( ‫ )مرككككككككككب‬,menghuraikan makna-makna hakiki dan majazi dan


menghuraikan ayat-ayat naskh dan mansukh juga sabab nuzulnya.
SYARAT-SYARAT PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)

Para ulama banyak membahaskan syarat-syarat tfsir al-Quran sebelum


ditafsirkannya seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulim al-Quran,
Syeikh Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dalam
al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al- Zarkasyi dalam al-Burhan, al-Zurqani dalam
anahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.

Mentafsirkan al-Quran merupakan amanah yang berta dan besar.


Sehubungan dengan itu, bukan sebarang orang yang mampu untuk memikul
amanah yang besar ini. Oleh itu, sesiapa sahaja yang ingin mentafsirkan al-
Quran, hendaklah memenuhi syarat-syarat tertentu agar terhindar daripada
melakukan kesilapan ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antara syarat-
syarat tersebut adalah seperti yang berikut :
a) Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir
tidak melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain
itu, mereka juga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang
menyeleweng dengan mengemukakan pentakwilan yang bertentangan
dengan akidah yang benar.

b) Bersih daripada hawa nafsu.Hal ini kerana hawa nafsu akan


mendorong diri seseorang itu untuk membela dan menegakkan
kepentingan mazhabnya semata-mata.

c) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah, kerana


hadis-hadis Nabi merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayat
mujmal dan mubham dan seterusnya hadis-hadis Rasulullah akan
membntu pentafsir menerangkan segala kemusykilan yang timbul
berhubung perkara ini.

d) Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti :


i) Ilmu Bahasa Arab. Oleh kerana pentingnya penguasaan terhadap
ilmu bahasa Arab dalam menafsirkan ayat al-Quran terutamanya
yang berkaitan dengan tatabahasa dan i’rab perkataan, maka
mujahid telah mengatakan yang bermaksud,
“ Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat
berbicara mengenai sesuatu yang terdapat dalam Kitabullah apabila di tidak
mengetahui bahasa Arab”

Selain itu, ilmu bahasa Arab juga merangkumi ilmu-ilmu berikut :


• Ilmu Tasrif (sorof) kerana dengannya dapat diketahui bina’ (struktur)
dan sighah (kata kerja) sesuatu kata.
• Isytiqaq (derivasi) kerana sesuatu nama apabila isytiqaqnya berasal
daripada dua subjek yang berbeza, maka ertinya pun juga pasti
berbeza.
• Al-Bayan kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib
(komposisi) suatu kalimat dari segi perbezaanya sesuai dengan jelas
atau tidaknya sesuatu makna.
• Al-Badi’ kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkib
(komposisi) suatu kalimat dari segi keindahan suatu kalimat Ketiga-tiga
ilmu di atas ( al-Ma’ani, al-Bayan dan al-Badi’) disebut sebagai ilmu
balaghah yang merupakan ilmu yang perlu dikuasai dan diperhatikan
oleh seseorang mufassir agar peka terhadap keindahan bahasa (I’jaz)
al-Quran.

i) Ilmu Qira’ah kerana dengannya dapat diketahui cara


mengucapkan al-Quran dan kuat tidaknya model bacaan yang
disampaikan antar satu qari dengan qari yang lainnya.
ii) Mendalami ilmu usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya
seseorang mufassir dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yang
berkaitan dengan .
iii) ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak
mentakwilkannya dengan sewenag-wenangnya atau dengan
melampaui batas.
iv) Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu
mufassir membuat kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan
berdalil dengannya. Juga dengannya dapat diketahui wajh al-
istidlal (segi penunjukan dalil) terhadap hukum dan istinbat.
v) Berpengetahuan luas dalam ilmu Ulum Al-Quran seperti :
➢ Asbabun Nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannya
dapat diketahui maksud ayat sesuai dengan peristiwa
diturunkannya.
➢ An-Nasikh wa al-Mansukh agar diketahui mana ayat yang
muhkam(ditetapkan hukumnya) dari yat selainnya.
iv) Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti sosiologi, antropologi,
zoology, ilmu sejarah, geografi, psikolgi serta ilmu semasa seperti
ekonomi, politik sosoal dan sebagainya bagi membantu mufassir untuk
mentafsirkan al-Quran.

a) Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Sunnah itu sendiri.

b) Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.

c) Merujuk kepada pandangan dan ijtihad para sahabat.

d) Merujuk kepada pendapat Tabi’in jika tidak terdapat tafsiran para


sahabat.

e) Ilmu mauhibbah, iaitu ilmu yang Allah Taala anugerahkan kepada


orang yang mengamalkan ilmunya.
ADAB-ADAB PENTAFSIR AL-QURAN (MUFASSIR)

Pentafsir perlu memiliki adab-adab yang baik untuk membolehkan mereka


mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Niat dan tujuan yang baik

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud : “ Setiap
amalan adalah berdasarkan kepada niatnya”. Justeru, untuk berkhidmat
kepada al-Quran, perlulah memiliki niat yang baik agar tidak terjerumus ke
dalam usaha yang melibtkan keduniaan dan sempamanya.

2) Berakhlak Mulia

Seorang mufassir akan dijadikan contoh teladan oleh orang lain. Oleh itu, dia
hendaklah mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia sesuai dengan
ajaran al-Quran itu sendiri.

3) Beramal dengan isi kandungan al-Quran

Ilmu yang dipraktikkan akan lebih mudah diterima berbanding ilmu yang
tidak diamalkan. Selain itu, ilmu yang diamalkan juga akan membawa
kepada keberkatan. Pepatah Arab telah menyatakan : “ Ilmu tanpa mal
ibarat pohon yang tidak berbuah”

4) Bersikap Tawadhuk dan Merendahkan Diri

Kesombongan yang wujud akan menjadi hijab daripada ilmu tersebut


dimanfaatkan.

5) Tegas dalam Menyampaikan Kebenaran


Raulullah telah menyatakan bahawa “ Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang
benar di hadapan pemerintah yang zalim”.

SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH,


SAHABAT DAN TABIEN.

TAFSIR ZAMAN RASULULLAH

Metode/Bentuk Penafsiran

Orang yang mula-mula mewujudkan ilmu Tafsir al-Quran dan menjelaskan


maknanya kepada orang ramai ialah Rasulullah s.a.w . Baginda ialah orang
yang paling faham tentang makna-makna ayat al-Quran. Baginda juga
memahami tentang rahsia-rahsia yang terkandung dalam al-Quran dan
mengetahui tujuan sesuatu ayat berkenaan diturunkan. Bahkan dalam
sesetengah ayat, seruan itu ditujukan terus secara langsung kepada baginda
s.a.w supaya menjelaskannya kepada manusia. Contohnya ayat berikut:
“Supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah
diturunkan kepada mereka”,

Menurut Ibn Kaldun dalam Muqaddimahnya, Nabi s.a.w menjelaskan kepada


sahabt-sahabat tentang ayat-ayat yang umum dengan mempericikan supaya
difahami dengan jelas oleh mereka. Demikian juga bginda s.a.w
membezakan mana ayat yang Nasikh dan mana yang mansukh. Penjelasan
Rasulullah member faham makna dan maksud tersirat dalam ayat, manakala
peristiwa atau sebab nuzul sedia diketahui oleh para sahabat yang
menyaksikan wahyu diturunkan. Semuanya ini diperjelaskan oleh Nabi
sendiri kepada sahabat –sahabat baginda s.a.w sehingga mereka benar-
benar faham dan mengerti penjelasan dan pentafsiran sesuatu ayat al-Quran
dan perkara yang berkaitan dengannya. Ilmu pentafsiran ini kemudiannya
berpindah daripada generasi sahabat kepada generasi tabi’in dan begitulah
seterusnya.

Keadaan ini berterusan apabila ilmu ini sentiasa berpindah randah dari
generasi pertama iaitu generasi sahabat kepada generasi seterusnya iaitu
generasi tabi’in dan sehingga generasi kebelakangan. Sehinggalah
pengetahuan ini menjadi satu cabang ilmu yang akhirnya dibukukan khusus.
Kemudian ilmu ini kian bercambah dengan penulisan buku-buku yang
tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Semua ini dipindahkan secara
asli daripada sahabat, tabi’in dan generasi selepasnya sehinggalah lahir
tokoh-tokoh Tafsir yang terkenal seperti al-Tabari , al-Wafidi, al-Tha’libi dan
seumpama mereka.

Kesimpulannya, boleh dikatakan metode yang dibawa oleh Nabi Muhammad


s.a.w ialah metode terus atau secara langsung. Ini bersesuaian dengan
keadaan Nabi yang bertindak sebagai pemberi penjelasan terhadap ayat-
ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya.
Secara kesimpulannya, metode Rasulullah s.a.w menafsirkan al-Quran
kepada sahabat ialah seperti yang berikut:
a) Menjelaskan sesuatu yang mujmal (tidak disebut secara terperinci).
Seperti Nabi s.a.w menjelaskan cara solat dan kadar zakat yang
diwajibkan yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 43.

[43-2]‌ ‫ن‬
َ ‫لَة َوآُتوْا الّزَكاَة َواْرَكُعوْا َمَع الّراِكِعي‬
َ‫ص‬ّ ‫َوَأِقيُموْا ال‬
b) Menerangkan sesuatu ayat yang kabur. Seperti penjelasan Rasulullah
s.a.w terhadap surah al-Baqarah ayat 186.

‫جيُبوْا ِلي َوْلُيْؤِمُنوْا ِبي َلَعّلُهْم‬


ِ ‫سَت‬
ْ ‫ن َفْلَي‬
ِ ‫عا‬
َ ‫ع ِإَذا َد‬
ِ ‫عَوَة الّدا‬
ْ ‫ب َد‬
ُ ‫جي‬
ِ ‫ب ُأ‬
ٌ ‫عّني َفِإّني َقِري‬
َ ‫عَباِدي‬
ِ ‫ك‬
َ ‫سَأَل‬
َ ‫َوِإَذا‬
[186-2]‌ ‫ن‬
َ ‫شُدو‬
ُ ‫َيْر‬

c) Mengkhususkan yang umum. Contohnya kezaliaman yang


dimaksudkan dalam surah al-An;aam ayat 83.
[83-6]‌ ‫عِليٌم‬
َ ‫حِكيٌم‬
َ ‫ك‬
َ ‫ن َرّب‬
ّ ‫شاء ِإ‬
َ ‫ت ّمن ّن‬
ٍ ‫جا‬
َ ‫عَلى َقْوِمِه َنْرَفُع َدَر‬
َ ‫جُتَنا آَتْيَناَها ِإْبَراِهيَم‬
ّ‫ح‬ُ ‫ك‬
َ ‫َوِتْل‬

Sumber Ilmu Tafsir di Zaman Rasulullah

Apabila sahabat- sahabt mempunyai persoalan tentang ayat-ayat al-Quran,


mereka merujuk terus kepada baginda s.a.w. Mereka akan bertanya
Rasulullah penjelasan terhadap sesuatu ayat atau perkataan tertentu dalam
mana-mana ayat. Maka Rasulullah s.a.w akan menjawab serta menjelaskan
segala kemusykiln itu. Ini adalah kerana Allah mengutuskan Nabi Muhammad
s.a.w sebagai pemberi penjelasan terhadap al-Quran yang diturunkan
kepada baginda. Ini dijelaskan melalui ayat berikut:

“Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang


memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia
akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka
memikirkannya”.

Rasulullah s.a.w adalah sumber utama untuk menjelaskan segala keraguan


terhadap ayat-ayat al-Quran pada masa itu. Para sahabat sangat tekun
mempelajari al-Quran dan penafsirannya daripada Rasulullah s.a.w. Mereka
juga terus menghafal ayat-ayat itu dan mengamalkannya. Uthman bin Affan,
Abdullah bin Mas’ud dan selainnya apabila mempelajari daripada Nabi s.a.w
sepuluh ayat, mereka tidak akan meneruskan ayat yang lain sehinggalah
mereka benar-benar faham ayat itu dan beramal dengannya.

Walaupun tafsir al-Quran tidak pernah dibukukan ahupun dikelaskan sebagai


ilmu yang berasingan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan ilmu ini hanya
diriwayatkan oleh sahabat dari Rasulullah sebagaimana mereka
meriwayatkan hadis-hadis lain.
TAFSIR AL-QURAN ZAMAN SAHABAT

Sebagaimana yang diketahui bahawa Rasulullah s.a.w menjelaskan


kebanyakan makna al-Quran kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka ialah
golongan yang paling mengetahui al-Quran selepas Rasulullah s.a.w. Ilmu
Tafsir pada zaman sahabat tidak jauh bezanya dari zaman Rasulullah s.a.w.
Para sahabat merupakan rujukan utama apabila ada kemusykilan terhadap
ayat-ayat al-Quran. Bahkan terdapat perbezaan di antara mereka dalam
memahaminya berdasarkan keupayaan akal mereka, lamanya tempoh
mereka bersama Nabi s.a. w. Antara sahabat yang paling mengetahui
tentang ilmu tafsir al-Quran ialah khalifah yang empat, Abdullah bin Mas’ud,
Ubai bin Ka’b dan Abdullah bin Abbas. Selain mereka, terdapat sahabat lain
seperti Abu Musa al-Asya’ri, Amru ibn al-‘As, Anas bin Malik, Jabir bin
Abdullah dan A’isyah. Ali bin Abi Talib dianggap sebagai sahabat yang paling
mengetahui tentang ilmu Tafsir, sementara Abdullah bin Abbas pula yang
paling muda dalam kalangan mereka.

Sumber Tafsir Zaman Sahabat

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w berijtihad dalam Ilmu Tafsir berdasarkan sumber-


sumber berikut;
• Tafsir al-Quran dengan al-Quran. Ini adalah sumber utama
yang diajar oleh Rasulullah kepada para sahabat.
• Tafsir al-Quran dengan al-sunnah al-sahihah. Ini adalah sumber
yang tidak kurang pentingnya kerana Rasulullah s.aw. ialah
orang yang paling mengetahui tentang kitab Allah dan
penafsiran makna-maknanya.
• Tafsir al-Quran dengan ijtihad yang dilakukan dengan
penelitian dan kefahaman yang baik. Sumber ini juga penting
kerana sahabat adalah orang yang paling mengetahui tentang
al-Quran selepas Rasulullah s.a.w . Mereka berada bersama
Rasulullah s.a.w ketika al-Quran diturunkan.
TAFSIR AL-QURAN ZAMAN TABI’IN DAN TABI’ TABI’IN

Zaman ini bermula pada awal abad kedua Hijrah hingga awal abad keempat
Hijrah.Pada zaman itu Islam telah tersebar luas dan Negara jajahan Islam
telah banyak hingga ke Negara bukan Arab.Lantaran itu,pengaruh dan
kebudayaan asing mulai menular ke dalam mmasyarakat Islam dan
Arab.Antara lain juga ia telah mempengaruhi ajaran Islam.Untuk itu ulama
waktu itu mencari jalan dan memikirkan untuk membentuk pentafsiran al-
Quran sebagai suatu ilmu yang tersendiri.Hal itu supaya ia menjadi lebih
berkesan dan mudah difahami oleh pelbagai bangsa dan ,masyarakat Islam
yang bukan berasal dari kalangan bangsa Arab.

ZAMAN TABI’IN

Sebagaiman dimaklumi,pada zaman nabi dan sahabat,riwayat-riwayat tafsir


adalah diwarisi dari mulut ke mulut,di mana waktu itu belum lagi ada
pembukuan.Ulama pertama yang berusaha kea rah penulisan dan mencatat
tafsir yang berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah
daripada kalangan ulama Tbi’in yang dipelopori oleh Mujahid.Selepas batu
asas yang dibuat oleh Mujahid,maka munculah kemudiannya ulama lain
yang bertungkus-lumus untuk mengumpulkan tafsir ayat-ayat al-Quran yang
asalnya berselerak dan ada di tempat yang berbagai-bagai itu.Ulama
terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk mengimpulkan segala
tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:

• Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pad tahun 198 Hijrah
• Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah
• Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.
• Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada 238 Hijrah.
Seterusnya satu hal lain yang perlu difahami ialah tentang wilayah Islam
yang sudah mulai terbuka luas pada zaman Tabi’in.Ekoran daripada keadaan
tersebut ramai daripada kalangan para sahabat terkemuka telah berpindah
ke kota-kota yang baru dibuka,dan ini semua menyebabkan munculnya
beberapa aliran di berbagai kota Islam yang diketuai atau dipimpin oleh para
sahabat terkemuka tersebut.Ekoran perluasan wilayah dan penghijrahan
para sahabat terkemuka ke berbagai daerah dan kota yang baru dibuka
dalam hubungannya dengan ilmu Tafsir dapat dinyatakan sebagaiman
berikut:

> Di Mekah.Madrasah al-Tafsir telah diasaskan oleh Ibn Abbas .Di antara
murid Ibn Abbas terdiri dari ulama Mekah:Mujahid Ibn Jabar yang meninggal
dunia pada tahun 103 Hijra,’Ata’ Ibn Abi Rabah yang meninggal dunia pada
114 Hijrah,’ikrimah Maula Ibn Abbas yang meninggal duniayang meninggal
dunia pada tahun 105 Hijrah,Sa’id Ibn Jubair yang meninggal dunia pada
tahun 93 hijrah dan Tawus Ibn Kasan al-Yamani yang meninggal dunia pada
tahun 106 Hijrah.

> Di Madinah.Madrasah al-Tafsir diasaskan oleh Ubai Ibn Ka’ab menjadi


masyhur lebih dari sahabat lain dalam bidang tafsir.Antara murid beliau yang
terkenal dari kalangan Tabi’in,samada yang belajar daripada beliau secara
langsung atau tidak langsung iala:Zaid Ibn Aslam,Abu al-Aliyah serta
Muhammad Ibn al-Qarazi.

> Di Kufah,Iraq,Madrasah Tafsir diasaskan oleh Abdullah Ibn Mas’ud yang


dianggap oleh para ulama sebagai asas awal kepada kemunculan aliran Ahl
al-Ra’yi dalam bidang Tafsir.Ramai daripada kalangan Tabi’in daripada
penduduk Iraq yang terkenal dalam bidanga Taffsir.Antara murid –
muridnya:terdiri daripada ulama majoritinya berada di Kufah,antara mereka
ialah:’Alqamah Ibn Qais yang meninggal dunia pada tahun 102 Hijrah .al-
Aswad Ibn Zaid yang meninggal dunia pada tahun 105 Hijrah ,’Ubaidah Ibn
‘Amru al-Salmani dan Msruq Ibn al-Ajda’.

Nama-nama yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir terkenal dari


kalangan tabi’in yang muncul di berbagai kota Islam pada waktu
itu.Menyusul selepas mereka ialah generasi Tabi’in al Tabi’in yang
merupakan para murid al-Tabi’in.Mereka semua telah meninggalkan kepada
kita suatu warisan ilmiah yang berkekalan.

-Dari kalangan ahli tafsir yang tersebut di atas merupakan ahli-ahli tafsir
terkenal ialah Mujahid Ibn Jabar dan Sa’id Ibn Jubair.Hal tersebut dapat
dibuktikan dengan ungkapan oleh Imam Nawawi sebagaimana
katanya:Apabila kamu sudah mengetahui Tafsir Mujahid,maka ia adalah
memadai bagi kamu.

-Antara lain juga sebagaiman ungkapan Sufian al-Thauri:Ambillah Tafsir al-


Quran daripada empat orang ulama Tafsir.iaitu :Said Ibn Jubair,Mujahid
,Ikrimah dan al-Dhahhak.

-Walaupun pada zaman Tabi’in ilmu Tafsir telah berkembang pesat ,namun
sebagai rumusannya,majoritinya ia masih terus wujud dalam bentuk
pengajaran dan riwayat secara lisan.Dimana pembukuan yang berlaku pada
zaman Tabi’in masih belum begitu pesat.

-Apa yang ketara dan jelasnya ,satu perkembangan baru yang berlaku dalam
zaman al-Tabi’in ialah dimana pada waktu itulah mulanya menyelinap masuk
ke dalam disiplin ilmu Tafsir unsur-unsur Israilliyat.

-Hal itu terjadi disebabkan pada waktu itu telah ramai golongan ahli kitab
yang memeluk Islam.
-Maka golongan Tabi’in menukilkan cerita-cerita daripada mereka
terutamanya daripada:Abdullah Ibn Salam,Ka’ab Ibn al-Ibn Juraij. Cerita-
cerita israilliyat tersebut diselitkan di sana sini semasa mereka membuat
tafsiran terhadap ayat-ayat tertentu di dalam al-Quran.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’IN

Tafsir al -Saudi
ϯΩ
ϮδϟήδΗ
΍ϴϔ )
Yang meninggal dunia pada tahun 127
Hijrah.Tafsir itu menerangkan riwayat -
riwayat yang dirujukkan kepada Ibn
Mas’ud dan Ibn Abbas .
Tafsir Ibn Juraij
yang meninggal
dunia pada tahun
Tafsir 150 Hijrah .Tafsir itu
Muhammad Ibn KITAB meriwayatkan
Ishak . TAFSIR segala riwayat
ZAMAN mengenai ayat -ayat
TABI’IN al -Quran,sahih atau
dho’if .

Tafsir Maqatil yang


meninggal dunia
pada tahun 150
Hijrah .

ZAMAN TABI’ TABI’IN

• Bermula pada permulaan kurun ketiga Hijrah.


• Perkembangan tafsir zaman ini juga ekoran wilayah Islam yang sudah
mulai terbuka luas.
• Hal itu menyebabkan munculnya beberapa aliran di berbagai-bagai
kota Islam yang
diketuai atau dipimpin oleh para Tabi’in.
• Ulama golongan tabi’ tabi’in tersebut telah berusaha dengan gigih
untuk menyempurnakan lagi pentafsiran al-Quran.
• Usaha tersebut dilakukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada
pada mereka,bahasa Arab,lahjah Arab di samping saranan ahli Tafsir.

KITAB TAFSIR ZAMAN TABI’ TABI’IN.


- Kitab tafsir yang wujud pada zaman tersebut merupakan ekoran kewujudan
dan perkembangan daripada penyusunan kitab tafsir yang dilakukan oleh
tabi’in.
- Ulama Tabi’ Tabi’in telah menyusun dan menulis kitab tafsir dengan lebih
teratur.
- Di mana pada peringkat zaman itu mereka telah mulai menulis tafsir yang
merangkumi atau melengkapi semua surah-surah al-Quran.
- Antara lain juga di dalam kitab tafsir tabi’ tabi’in majoritinya mengandungi
perkataan-perkataan sahabat dan para tabi’in yang tersebut sebelum ini.

Antara kitab tafsir terkenal yang wujud pada peringkat zaman itu
ialah:
• Al-Waqidi yang meninggal dunia pada tahun 207 Hijrah.

• Al-‘Allaf yang meninggal dunia pada tahun 226 Hijrah.

• Ibn Jarir al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah.

-Pada peringkat itu kitab tafsir Ibn Jarir yang terkenal dengan tafsir al-Tabari
merupakan kitab tafsir mutaqaddimin yang paling besar yang wujud hinnga
kini.
-Tafsir al-Tabari tersebut asalnya bernama Jami’ al-Bayan.
-Ibn Jarir telah menulis tafsirnya itu dengan mengikuti kaedah-kaedah
salaf.Iaitu mentafsir al-Quran berdasarkan Hadis ,di samping itu juga beliau
menerangkan ta’wil-ta’wil yang kukuh yang diperolehinya daripada para
sahabat .
-Selain itu ,Ibn Jarir juga memasukkan ijtihad beliau sendiri dalam tafsirnya.
SUMBER TAFSIR ZAMAN TABI’ TABI’IN

Pertamanya:Mereka
berpegang kepada
penjelasan yang
Kelima:Akhirnya terdapat dalam al -
para pentafsir dari Quran itu sendiri .
kalangan ini Kedua :Kemudian
berpegang kepada mereka berpegang
apa yang kepada penjelasan -
dibukakan oleh penjelasan
Allah terh Rasulullah yang
mereka terima
SUMBERTAFSIR menerusi riwayat
ZAMAN TABI’ para sahabat .
TABI’IN.

Keempat:Di samping itu mereka


juga mengambil pandangan Ketiga :Mereka juga
golongan ahli kitab . bersandarkan kepada
Dap mereka menerusi Ijtihad tafsiran para sahabat .
dan pemikiran mereka sendiri .

BANDINGBEZA SEJARAH BAGI SETIAP ZAMAN

PERBEZAAN PENGAJIAN TAFSIR ZAMAN RASULULLAH, SAHABAT DAN


TABIIN

ZAMA
N RASULULLAH SAHABAT TABIIN TABI’ TABIIN

PERBEZAAN

-Tafsir al- -Tafsir al-Quran dengan al-


Quran Quran
Tafsir dengan al-
SUMBER daripada Quran. -Tafsir al-Quran dengan al-
TAFSIR al-Quran Sunnah al-Sahihah
-Tafsir al-
Quran dengan -Tafsir al-Quran dengan kata-
al-Sunnah al- kata sahabat
Sahihah

-Tafsir al-
Quran dengan
ijtihad dengan
penelitian dan
kefahaman
yang baik.

Mujahid, Said -Sufian Bin


Khalifah yang bin Jabir, Uyainah
empat: Ikrimah Maula -Waki’ bin
TOKOH YANG Rasulullah Ibn Abbas, al-Jarrah
TERLIBAT -Abdullah bin Thawus, Atha’ dan lain-
Mas’ud bin bin Abi lain.
-Ubai bin Ka’b, Rabiah,
--Abdullah bin Alqamah, al-
Abbas Aswad bin
-Zaid Bin Yazid al-
Thabit Nakha’I,
-Abu Musa al- Ubaidah bin
Asya’ari, Amru Amru al-
ibn al-‘As Salmani dan
-Anas bin Amru bin
Malik, Jabir bin Syarbahil.
Abdullah
-Aisyah.
-Ali Bin Abi
Talib

RUJUKAN Rasulullah Para sahabat Para Tabi’in Para Tabi’


UTAMA

KITAB TAFSIR -Tafsir al-Saudi -Tafsir al-


YANG Belum dibukukan. Waqidi
MASYHUR Dari mulut ke mulut. -Tafsir Ibn
Juraij Hijrah -Tafsir
al-‘Allaf
-Tafsir Maqatil
-Tafsir Ibn
-Tafsir Jarir al-
Muhammad Tabari
Ibn Ishak

PEMBAHAGIAN TAFSIR

PEMBAHAGIAN TAFSIR
Para ulama telah membahagikan tafsir kepada tiga bahagian mengikut aliran
yang wujud dalam perkembangan tafsir Al-Quran iaitu:
Pertama:Tafsir bi Al-Ma’thur atau juga dikenali Tafsir Bi al-Riwayah dan
Tafsir Bi al-Naqli
Kedua: Tafsir Bi Al-Ra’yi atau dikenali juga dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau
Tafsir bi-al’aql
Ketiga: Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari yang dipelopori oleh golongan sufi.

TAFSIR BIL MA’THUR

TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur ialah tafsir yang merujuk kepada Al-Quran, As-Sunnah dan
pendapat para sahabat dan tabi’in untuk menjelaskan atau menghuraikan
maksud ayat Al-Quran.Sehubungan dengan itu,tafsir daripada jenis ini hanya
berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran Al-Quran dengan Al-
Quran sendiri atau mentafsirkan Al-Quran berpandukan hadis kerana fungsi
hadis itu sendiri ialah menerangkan serta menjelaskan isi kandungan Al-
Quran,atau riwayat para sahabat yang menafsirkan Al-Quran
memandangkan golongan para sahabat merupaka golongan yang paling
mengetahui tentang al-Quran al-Karim.
Tafsir bil Ma’thur berkembang melalui beberapa cara iaitu:

• Pertama:Secara lisan.Disebut juga sebagai periwayatan


Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun
pertama hijrah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani
Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada
Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu
dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil
berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]
Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti
khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah
r.anhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin
yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman
ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di
Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah.

• Kedua: Secara penulisan atau pembukuan (tadwin)


Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-
rowayat tersebut dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-
kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sohih al-Bukhari.
Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-
2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin
dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam
bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang
utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad
bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat
berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini
munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H)
yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin
Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay
bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H)
yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud.

• Ketiga: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari
hadith
Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari
hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada
kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh
ini ialah:

• Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.

• Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)


• Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)

• Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani(m211H)

• Tafsir Abd bin Humayd(m249H)

• Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)

• Tafsir al-Nasai(m303H)

• Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang


bersambung
Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu
disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari
hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan
riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata
sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut
susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-
pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat.
Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu
Majah(m273H), Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu
Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-
Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H), Tafsir al-Hakim(m405H), dan
tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

• Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur


Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-
Mundhir dan Ibn Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir
menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan
memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat
tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana
riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk
menilai riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sohih
dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai
pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin
sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu
sama lain.
Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr
al-Ulum oleh al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran
karya Abu Ishaq al-Tha’labi, Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan,
Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil tangan al-Sayuti , Tafsir al-
Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath al-Qadir
tinggalan al-Shawkani

SYARAT-SYARAT TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur memerlukan kepada beberapa syarat.Antaraynya ialah:


• Mempunyai ilmu yang cukup mengenai sunnah
• Mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir,juga mengenai kata-
kata para sahabat dan tabi’en
• Mampu untuk mengumpul dan menyatukan riwayat-riwayat yang
bercanggah
• Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan nasakh mansukh
• Tidak bersandar kepada riwayat Israiliyyat
SUMBER TAFSIR BIL MA’THUR

Tafsir bil Ma’thur bersumberkan kepada beberapa sumber iaitu tafsir al-
Quran dengan al-Quran,tafsir al-Quran dengan hadis Rasulullah
s.a.w,pendapat dan ijtihad para sahabat dan Tabi’in.
a) Pertama:Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Bentuk tafsir seumpama ini adalah yang terbaik dan paling mulia.Hal
ini kerana tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui kalam Allah
selain daripada Allah. Justeru itu,Ibn Kathir telah menyatakan bahawa
sekiranya ada orang bertanya tentang kaedah yang terbaik untuk
mentafsir,maka jawapannya ialah Al-Quran itu sendiri.
“ Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka
jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.”
Mentafsir ayat al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari pelbagai
sudut. Antaranya ialah:

i. Pentafsiran terhadap ayat-ayat ringkas


Terdapat ayat yang ringkas di dalam al-Quran, namun telah
ditafsirkan dengan lebih jelas dan lengkap pada ayat yang
lain.Contohnya firman Allah dalam surah al-Fatihah:

[4-1]‌ ‫ن‬
ِ ‫ك َيْوِم الّدي‬
ِ ‫َمِل‬
Maksudnya:“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(hari Akhirat)”

Perkataan ‫الدين م يو‬ ditafsirkan dengan firman Allah dalam surah


Al-Infitar ayat 17-19:

َ ‫[ َي كْوَم‬18-82]‌ ‫ن‬
‫ل‬ ِ ‫ك َمككا َي كْوُم ال كّدي‬
َ ‫[ ُث كّم َمككا َأْدَرا‬17-82]‌ ‫ن‬
ِ ‫ك َما َيْوُم الّدي‬
َ ‫َوَما َأْدَرا‬
[19-82]‌ ‫ل‬
ِّ ‫لْمُر َيْوَمِئٍذ‬
َْ ‫شْيًئا َوا‬
َ ‫س‬
ٍ ‫س ّلَنْف‬
ٌ ‫ك َنْف‬
ُ ‫َتْمِل‬

Maksudnya:“Dan mereka (sentiasa berada Dalam azab


seksanya), tidak ghaib daripadanya. dan apa jalannya Engkau
dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? sekali lagi,
apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari
Pembalasan itu? (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat
memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan
Segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.”

ii. Pentafsiran secara lebih jelas terhadap ayat yang


berbentuk menyeluruh(mujmal)
Dimaksudkan dengan ayat yang berbentuk menyeluruh ialah
sesuatu yang tidak jelas dalilnya.Contohnya ialah firman Allah
dalam surah al-Baqarah ayat 187:

‫جِر‬
ْ ‫ن اْلَف‬
َ ‫سَوِد ِم‬
ْ‫ل‬َ ‫طا‬
ِ ‫خْي‬
َ ‫ن اْل‬
َ ‫ض ِم‬
ُ ‫لْبَي‬
َ ‫طا‬
ُ ‫خْي‬
َ ‫ن َلُكُم اْل‬
َ ‫حّتى َيَتَبّي‬
َ ‫شَرُبوْا‬
ْ ‫‌ َوُكُلواْ َوا‬
Maksudnya; “dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), Iaitu waktu fajar.”
Perkataan fajar telah menerangkan maksud perkataan benang
putih dan benang hitam.

iii. Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang


umum.
Contohnya ialah firman Allah:

[225-26]‌ ‫ن‬
َ ‫ل َواٍد َيِهيُمو‬
ّ ‫[ َأَلْم َتَر َأّنُهْم ِفي ُك‬224-26]‌ ‫ن‬
َ ‫شَعَراُء َيّتِبُعُهُم اْلَغاُوو‬
ّ ‫َوال‬
[226-26]‌ ‫ن‬
َ ‫ل َيْفَعُلو‬
َ ‫ن َما‬
َ ‫َوَأّنُهْم َيُقوُلو‬
Maksudnya:. “dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan Yang
sesat - tidak berketentuan hala.tidakkah Engkau melihat Bahawa
mereka merayau-rayau Dengan tidak berketentuan hala Dalam
tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?dan Bahawa
mereka memperkatakan apa Yang mereka tidak
melakukannya?”
(Al-Syuara’:224-226)

Ayat umum di atas telah dikhususkan dengan pengecualian


terhadap penyair-penyair yang beriman seperti firman Allah
dalam surah al-Syuara’ ayat 227:

‫ظِلُمككوا‬
ُ ‫صُروا ِمن َبْعِد َمككا‬
َ ‫ل َكِثيًرا َوانَت‬
َّ ‫ت َوَذَكُروا ا‬
ِ ‫حا‬
َ ‫صاِل‬
ّ ‫عِمُلوا ال‬
َ ‫ن آَمُنوا َو‬
َ ‫ل اّلِذي‬
ّ ‫ِإ‬
[227-26]‌ ‫ن‬
َ ‫ب َينَقِلُبو‬
ٍ ‫ي ُمنَقَل‬
ّ ‫ظَلُموا َأ‬
َ ‫ن‬
َ ‫سَيْعلَُم اّلِذي‬
َ ‫َو‬
Maksudnya: “Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal
soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula
mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri
sesudah mereka dianiaya. dan (ingatlah), orang-orang Yang
melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke

tempat mana, mereka akan kembali.”

iv. Pentafsiran melalui ketentuan ikatan terhadap sesuatu


ayat yang mutlak

Contohnya ialah berhubung dengan hukm darah yang


diharamkan di dalam islam.Terdapat tiga ayat al-Quran yang
menunjukkan darah itu secara mutlak iaitu ayat 173 surah al-
Baqarah,ayat 3 surah al-Ma’idah dan ayat 115 surah al-
Nahl.Firman Allah:

... ‫ل‬
ّ ‫ل ِبِه ِلَغْيِر ا‬
ّ ‫خنِزيِر َوَما ُأِه‬
ِ ‫حَم اْل‬
ْ ‫عَلْيُكُم اْلَمْيَتَة َوالّدَم َوَل‬
َ ‫حّرَم‬
َ ‫ِإّنَما‬
(Surah al-Baqarah ayat 173)
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada
kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan
binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah..”

Darah yang telah disebut secara mutlak dalam ayat ini dikaitkan
dengan darah yang mengalir (al-masfuh) dalam ayat yang
lain.Firman Allah:

‫ن َمْيَتًة َأْو َدًما‬


َ ‫ل َأن َيُكو‬
ّ ‫طَعُمُه ِإ‬
ْ ‫عٍم َي‬
ِ ‫طا‬
َ ‫عَلى‬
َ ‫حّرًما‬
َ ‫ي ُم‬
ّ ‫ي ِإَل‬
َ‫ح‬ِ ‫جُد ِفي َما ُأْو‬
ِ ‫ل َأ‬
ّ ‫ُقل‬
…‫ل ِبِه‬
ّ ‫ل ِلَغْيِر ا‬
ّ ‫سًقا ُأِه‬
ْ ‫س َأْو ِف‬
ٌ ‫ج‬
ْ ‫خنِزيٍر َفِإّنُه ِر‬
ِ ‫حَم‬
ْ ‫حا َأْو َل‬
ً ‫سُفو‬
ْ ‫ّم‬
Maksudnya: “ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati
Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang
diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan
kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging
babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang
dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama
Yang lain dari Allah…”
(Al-An’am:145)
v. Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh
Contohnya ialah firman Allah:

‫غْيَر‬
َ ‫ل‬
ِ ‫حْو‬
َ ‫عا ِإَلى اْل‬
ً ‫جِهم ّمَتا‬
ِ ‫لْزَوا‬
َّ ‫صّيًة‬
ِ ‫جا َو‬
ً ‫ن َأْزَوا‬
َ ‫ن ِمنُكْم َوَيَذُرو‬
َ ‫ن ُيَتَوّفْو‬
َ ‫َواّلِذي‬
ّ ‫ف َوا‬
‫ل‬ ٍ ‫ن ِمن ّمْعُرو‬
ّ ‫سِه‬
ِ ‫ي َأنُف‬
َ ‫ن ِف‬
َ ‫عَلْيُكْم ِفي َما َفَعْل‬
َ ‫ح‬
َ ‫جَنا‬
ُ ‫ل‬
َ ‫ن َف‬
َ‫ج‬ْ ‫خَر‬
َ ‫ن‬
ْ ‫خَراجٍ َفِإ‬
ْ ‫ِإ‬
[240-2]‌ ‫حِكيٌم‬
َ ‫عِزيٌز‬
َ
Maksudnya: “Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara
kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk
isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai
dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, Dengan tidak
disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka
keluar (dari tempat tinggalnya Dengan kehendakNya sendiri)
maka tidaklah kamu bersalah (Wahai wali waris si mati)
mengenai apa Yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri
mereka dari perkara Yang patut Yang tidak dilarang Syarak) itu
dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Baqarah:240)
Ayat di atas menerangkan tentang edah wanita yang kematian
suami iaitu setahun lamanya. Kemudian ayat ini dimansukh atau
diganti dengan ayat yang lain yang mengatakan bahawa
edahnya ialah empat bulan 10 hari,sebagaimana firman Allah:

…‫شًرا‬
ْ‫ع‬َ ‫شُهٍر َو‬
ْ ‫ن َأْرَبَعَة َأ‬
ّ ‫سِه‬
ِ ‫ن ِبَأنُف‬
َ‫ص‬ْ ‫جا َيَتَرّب‬
ً ‫ن َأْزَوا‬
َ ‫ن ِمنُكْم َوَيَذُرو‬
َ ‫ن ُيَتَوّفْو‬
َ ‫َواّلِذي‬
Maksudnya: “Dan orang-orang Yang meninggal dunia di antara
kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah
isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat
bulan sepuluh hari...”
(al-Baqarah:234)

vi. Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara perkara


yang dilihat secara zahirnya bertentangan di antara satu
sama lain
Contohnya ialah ayat-ayat yang menyatakan tentang penciptaan
Nabi Adam yang pada zahirnya seolah bertentangan.Ayat-ayat
tersebut adalah seperti yang berikut:

[59-3]‌ ‫ن‬
ُ ‫ل َلُه ُكن َفَيُكو‬
َ ‫ب ِثّم َقا‬
ٍ ‫خَلَقُه ِمن ُتَرا‬
َ ‫ل آَدَم‬
ِ ‫ل َكَمَث‬
ّ ‫عنَد ا‬
ِ ‫سى‬
َ ‫عي‬
ِ ‫ل‬
َ ‫ن َمَث‬
ّ ‫ِإ‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Perbandingan (kejadian) Nabi Isa di


sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah
menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah
engkau!" maka menjadilah ia.”
(Al-Imran:59)
Dinyatakan di dalam ayat di atas bahawa Nabi Adam diciptakan
daripada tanah. Manakala dalam ayat yang lain pula,dinyatakan
bahawa Nabi Adam diciptakan daripada tanah yang becampur air
(‫ )طين‬seperti dalam ayat berikut:

‌‫ن‬
ٍ ‫طي‬
ِ ‫خَلْقَتُه ِمن‬
َ ‫خَلْقَتِني ِمن ّناٍر َو‬
َ ‫خْيٌر ّمْنُه‬
َ ‫ل َأَنْا‬
َ ‫ك َقا‬
َ ‫جَد ِإْذ َأَمْرُت‬
ُ‫س‬ْ ‫ل َت‬
ّ ‫ك َأ‬
َ ‫ل َما َمَنَع‬
َ ‫َقا‬
Maksudnya: “Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang
menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis
menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai
Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari
tanah."
(Al-A’raf:12)
Seterusnya,Allah menjelaskan bahawa Nabi Adam diciptakan

daripada tanah hitam yang liat (‫)حمككاء‬ yang boleh dibentuk


sebagaimana firman Allah:

[28-15]‌ ‫ن‬
ٍ ‫سُنو‬
ْ ‫حَمٍإ ّم‬
َ ‫ن‬
ْ ‫ل ّم‬
ٍ ‫صا‬
َ ‫صْل‬
َ ‫شًرا ّمن‬
َ ‫ق َب‬
ٌ ‫خاِل‬
َ ‫لِئَكِة ِإّني‬
َ ‫ك ِلْلَم‬
َ ‫َوِإْذ َقالَ َرّب‬
Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu
berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia dari tanah liat Yang kering, Yang berasal
dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.”
(Al-Hijr:28)

Seterusnya Nabi Adam juga dijadikan daripada tanah kering


sehingga terbentuknya satu lembaga,seperti firman Allah dalam
surah ar-Rahman ayat 14:

[14-55]‌ ‫خاِر‬
ّ ‫ل َكاْلَف‬
ٍ ‫صا‬
َ ‫صْل‬
َ ‫ن ِمن‬
َ ‫سا‬
َ ‫لن‬
ِْ ‫ق ا‬
َ ‫خَل‬
َ
Maksudnya: “Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari
tanah liat kering seperti tembikar”
Justeru,daripada beberapa ayat al-Quran diatas yang
membincangkan tentang penciptaan Adam a.s,dapat
disimpulkan bahawa kejadian Adam adalah menerusi beberapa
peribgkat iaitu:

• Bermula daripada tanah (‫) تراب‬


• Kemudian diikuti dengan tanah yang bercampur air (‫)طين‬
• Peringkat ketiga adalah daripada tanah hitam yang liat yang

boleh dibentuk (‫)حماء‬


• Seterusnya peringkat terbentuknya kejadian Adam ialah (‫)صلصل‬
iaitu tanah kering seperti tembikar.
• Bentuk terakhir ialah ditiupkan roh.
a) Kedua:Tafsir Al-Quran dengan As-sunnah
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling layak untuk
mentafsir al-Quran.Hal ini adalah kerana al-Quran itu sendiri telah
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w,justeru Nabi lah orang yang
paling memahami al-Quran.Sehubungan dengan itu,para sahabat
apabila menghadapai sebarang kemusykilan mengenai al-Quran akan
terus merujuk kepada Nabi s.a.w bagi memahami ayat tersebut.

Contoh tafsir al-Quran dengan al-sunnah (al-Hadith):

[82-6]‌ ‫ن‬
َ ‫ن َوُهم ّمهَْتُدو‬
ُ ‫لْم‬
َ ‫ك َلُهُم ا‬
َ ‫ظْلٍم ُأْوَلِئ‬
ُ ‫سوْا ِإيَماَنُهم ِب‬
ُ ‫ن آَمُنوْا َوَلْم َيْلِب‬
َ ‫اّلِذي‬

Maksudnya: “Orang-orang Yang beriman dan tidak mencampur


adukkan iman mereka Dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-
orang Yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang Yang
mendapat hidayah petunjuk.”
(Al-An’am:82)
Maksud ‘zulm’ (kezaliman) di dalam ayat di atas bukanlah merujuk
kepada sebarang kezaliman,akan tetapi ia ditafsirkan sebagai
perbuatan yang syirik berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w yang
menyatakan sedemikan.

b) Ketiga:Tafsir al-Quran dengan pendapat dan Ijtihad Sahabat


Memandangkan para sahabt merupakan golongan yang sentiasa
bersama Rasululah dan mendapat penerangan tentang al-Quran
secara langsung daripada Nabi s.a.w,maka sewajarnya pandangan
serta ijtihad mereka mengenai tafsiran al-Quran diterima. Contohnya
ialah firman Allah:

ّ ‫ن اْلَماِء ُك‬
‫ل‬ َ ‫جَعْلَنا ِم‬
َ ‫ض َكاَنَتا َرْتًقا َفَفَتْقَناُهَما َو‬
َ ‫لْر‬
َْ ‫ت َوا‬
ِ ‫سَماَوا‬
ّ ‫ن ال‬
ّ ‫ن َكَفُروا َأ‬
َ ‫َأَوَلْم َيَر اّلِذي‬
30-21]‌ ‫ن‬
َ ‫ل ُيْؤِمُنو‬
َ ‫ي َأَف‬
ّ‫ح‬
َ ‫يٍء‬ َ]
ْ ‫ش‬
Maksudnya: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan
mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal
mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan
antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang
hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
(al-anbiya’:30)
“Ibn Abbas mentafsirkan “langit yang padu”ialah langit yang tiada
hujan,manakala “bumi yang padu” ialah bumi yang tiada
tumbuhan.Manakala “lalu Allah pecahkan keduanya”,ditafsirkan
sebagai turunnya hujan dan tumbuhnya tumbuhan.
c) Keempat:Tafsir al-Quran dengan Pendapat Tabi’in
Para ulama tidak bersependapat mengenai tafsiran melaui pendapat
Tabi’in.Sebahagian ulama berpendapat bahawa tafsir mereka termasuk
dalam kategori tafsir bi-al Ma’thur.Manakala sebahagian ulama yang
lain menyatakan bahawa pendapat Tabi’in termasuk dalam kategori
Tafsir bi al-Ra’yi

Contoh tafsir al-Quran menurut pendapat Tabi’in ialah firman Allah:

99-15]‌ ‫ن‬
ُ ‫ك اْلَيِقي‬
َ ‫حّتى َيْأِتَي‬
َ ‫ك‬ ْ ‫]َوا‬
َ ‫عُبْد َرّب‬
Maksudnya: “Dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu
(perkara Yang tetap) yakin.”
(al-Hijr:99)
Mujahid seperti yang telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir ,Ibnu Munzir dan
Ibn Abi Hatim dalam mentafsir “al-yaqin” pada ayat di atas telah
menyatakan bahawa ia bermaksud “al-maut”(kematian).

TAFSIR BI AL-RA’YI

Tafsir bi al-Ra’yi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad
mencari sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim. Ahli tafsir bi al-Ra’yi
menggunakan seluruh ilmu yang dikuasai tanpa terikat kepada penjelasan
para sahabat atau tabi’in. Mereka berpandukan kepada ilmu pengetahuan
yang mantap dalam bahasa Arab dan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas
agama yang lain seperti usul fiqh,ilmu Hadis dan sebagainya. Tafsir bi al-
Ra’yi terbahagi kepada dua iaitu: mahmud dan mazmum.

sud tafsir yang baik dan terpuji iaitu tafsir yang bertepatan dengan syarak,tidak terdapat unsur-unsur penyelewengan dan ianya selari den

sir yang tidak berdasarkan ilmu,sebaliknya mengikuti hawa nafsu,tanpa merujuk kepada kaeda-kaedah bahasa atau syari’ah atau menafsi

Tafsir bi al-Ra’yi berkembang pada zaman Bani ‘Abbasiyah seiring dengan


berkembangnya ilmu pengetahuan pada masa itu.Tafsir ini menggalakkan
peranan ijtihad berbanding dengan penggunaan tafsir bi al-Ma’thur.Dengan
bantuan ilmu-ilmu bahasa Arab,ilmu qiraah,ilmu-ilmu al-Qur’an,hadis dan
ilmu Ulum Hadis,usul fiqh dan ilmu-ilmu lain ,seorang ahli tafsir akan
menggunakan kemampuan ijtihadnya untuk menerangkan maksud ayat dan
mengembangkannya lagi dengan bantuan perkembangan ilmu-ilmu
pengetahuan yang ada.

Syarat Tafsir Bi al-Ra’y

Imam al-Zarkasyi menjelaskan di dalam Kitabnya al-Burhan Fi ‘Ulum al-Quran


bahawa terdapat empat perkara yang perlu dijadikan sebagai asas sandaran
ahli tafsir dalam mentafsir ayat al-Quran al-Karim iaitu:
• Pertama:Dinaqhalkan daripada Rasulullah s.a.w dengan bersikap
waspada terhadap hadis dha’if dan maudhu’
• Kedua:Mengambil riwayat yang sahih daripada para sahabat Rasulullah
s.a.w dan tabi’in
• Ketiga:Berpegang dengan Bahasa Arab secara total kerana al-Quran
diturunkan dalam bahsa arab yang fasih
• Keempat:Berpegang dengan makna yang sesuai dengan pertuturan
Arab yang disokong oleh asas-asas syariat Islam.

Kedudukan Tafsir bi al-Ra’yi

Para ulama telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Terdapat dua
golongan ulama’ yang bertentangan pendapat:
• Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan
pendapat atau ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan
dengan sumber yang ma’thur sahaja yang diterima.
• Sementara golongan lain pula berpendapat harus mentafsirkan al-
Quran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan
sumber-sumber yang terdahulu yang lebih baik dan sahih, malah ini
adalah pilihan terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat
diperolehi.
Contoh tafsir Mazmum
Firman Allah:

[72-17]‌ ‫ل‬
ً ‫سِبي‬
َ ‫ل‬
ّ‫ض‬َ ‫عَمى َوَأ‬
ْ ‫خَرِة َأ‬
ِ ‫عَمى َفُهَو ِفي ال‬
ْ ‫ن ِفي َهِذِه َأ‬
َ ‫َوَمن َكا‬
Maksudnya: “Dan (sebaliknya) sesiapa Yang berada di dunia ini (dalam
keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat
lagi jalanNya”
(Al-Isra’:72)

Terdapat penafsiran yang salah terhadap ayat di atas dengan mentafsirkan


perkataan “Imam” dengan maksud “ummahat” iaitu ibu-ibu yang memberi
pengertian “(Ingatlah) hari kami menyeru tiap-tipa kumpulan manusia
dengan nama ibu-ibu mereka” Golongan yang mentafsirkan sedemikian
menyangka bahawa perkataan “imam” di dalam ayat tersebut adalah kata
jamak bagi kata nama mufrad “umm” sedangkan sebenarnya kata jamak
bagi kata mufrad “umm” ialah “ummahat”.Pentafsiran seperti ini ditiolak
sama sekali kerana tidak mengikut kaedah bahasa arab yang tepat dan
bertentangan dengan prinsip asas syariat Islam.Pentafsiran yang betul ialah
perkataan “imam” member maksud pemimpin iaitu nabi yang menjadi
pemimpin kepada sesuatu ummat.
Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ra’y yang terkenal:

1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil


Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin
Muhammad bin Ali al-Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di
Bandar al-Bayda’ yang terletak di Syiraz tetapi tarikh lahirnya tidak
diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua bapa dan
datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang
waktu kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada
tahun 685H semasa berusia 100 tahun.
Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh,
usul fiqh, Usuluddin dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara
karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi
Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul Ila Ilm al-
Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh
dan Tawali al-Anwar tentang akidah.
Tafsir al-Baydawi:
Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu
dari Bandar di Parsi di penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil wa
Asrar al-Ta’wil mendapat tempat dikalangan generasi selepasnya seperti
yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya “ Kashf al-Zunun An Asami al-
Kutub wa al-Funun”
“ Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu
dijelaskan lagi, beliau telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf
berkaitan fleksi(I’rab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-Bayan, dari tafsir al-Kabir
berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-Raghib(Jami’ al-
Tafasir) berhubung derivasi(istiqaq), kesamaran dan rahsia…selain beliau
mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri…”
Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang
bilangan mencecah empat puluh mengikut perkiraan Haji Khalifah
dalam Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut perkiraan Ismail al-Baghadadi
dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang masyhur
ialah:
(a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti “ Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar”
(b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H)
(c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H)
(d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H)
(e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H)

2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir


Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi.
Digelar al-Nasafi merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah
Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan meninggal pada 710H
mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya seperti
Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah,
Manar al-Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.
Tafsir al-Nasafi
Al-Nasafi menjelaskan objektif penulisan tafsirnya:
“Saya telah diminta oleh pihak yang berkuasa(sultan) menulis kitab yang
sederhana berkaitan ta’wil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan
tentang bentuk-bentuk fleksi(I’rab), dan qiraat, mengandungi perbahasan
tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan pandangan ahli
sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang
menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya.”
Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa yang singkat seperti
yang dinyatakan di muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil.
Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah
• Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada
tafsir ini dengan menggugurkan pandangan muktazilah
• Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau
meninggal 25 tahun
sebelum al-Nasafi
• Tafsir “al-Kashf wa al-Bayan’ karya Abu Ishaq al-Tha’labi
• Tafsir Syarh Ta’wilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.
Metodologi:
Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat Tujuh,
dan membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam
masalah fiqh pula beliau mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan
aqidah beliau mendukung pandangan ahli sunnah dan menolak pandangan
aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut riwayat Israiliyyat
dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya.”
3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar
Biografi:
Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin ،Umar bin Hassan al-
Ruba:t. Beliau merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada
tahun 809H. Semasa berusia 12 tahun, beliau berpindah bersama
keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa: ،i: menadah ilmu dengan
beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin
ilmu Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu
feqah, usul fiqh, nahu, balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini
tafsir al-Kashsha:f. Dalam ilmu hadith pula beliau menuntut ilmu dengan
tokoh hadith Ibn Hajar al-،Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-Dimashqi:.
Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu
seperti Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab.
Selain menjadi tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu, al-Biqa: ،i:
tidak ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan. al-Biqa: ،i:
meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau
meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu.

Bentuk-bentuk kesalahan dalam tafsir


• Salah dari segi matlamat dan tujuan seperti pandangan orang bukan
Islam terhadap al-Quran.
• Salah dalam metodologi memahami al-Quran seperti tafsiran mazhab-
mazhab yang menyeleweng
• Salah dalam mentafsirkan aspek kecil yang berlaku dikalangan
mufassir ahli sunnah wa al-Jamaah.
Penyelewengan dan kesilapan dapat dilihat seperti berikut:

1. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul.


Pentafsir menerima makna asal ayat tetapi pentafsir memberikan tafsiran
tambahan kepada ayat tersebut

Contohnya tafsir ayat 66 surah al-Nisa oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami.

‫ل ّمْنُهْم َوَلْو َأّنُهْم َفَعُلوْا‬


ٌ ‫ل َقِلي‬
ّ ‫جوْا ِمن ِدَياِرُكم ّما َفَعُلوُه ِإ‬
ُ ‫خُر‬
ْ ‫سُكْم َأِو ا‬
َ ‫ن اْقُتُلوْا َأنُف‬
ِ ‫عَلْيِهْم َأ‬
َ ‫َوَلْو َأّنا َكَتْبَنا‬
[66-4]‌ ‫شّد َتْثِبيًتا‬
َ ‫خْيًرا ّلُهْم َوَأ‬
َ ‫ن‬
َ ‫ن ِبِه َلَكا‬
َ ‫ظو‬
ُ‫ع‬َ ‫َما ُيو‬
Maksudnya: “Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka:
“Bunuhlah dirimuatau keluarlah kamu dari kampungmu”, niscaya mereka
tidak akan melakukannya kecuali sebagian kecil dari mereka. dan
Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan
kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan
lebih menguatkan (iman mereka)”

Beliau mentafsirkan “Bunuhlah dirimu” dengan melawan hawa nafsu dan


“keluarlah dari kampungmu” dengan keluarkan perasaan cinta dunia dari
hatimu.
Makna yang diberikan oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami adalah betul iaiatu
kewajipan melawan hawa nafsu dan mengeluarkan dunia dari hati tetapi
menjadikan ayat sebagai dalil adalah salah kerana perkataan Bunuhlah
dirimu adalah makna yang sebenar iaitu bunuh dengan makna
mengeluarkan roh dari badan dan keluar dari kampung adalah keluar
dengan fizikal.
2. Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Bentuk
kedua berbeza dari pertama kerana pentafsir menafikan makna asal ayat
dan menjadikan ayat sebagai dalil yang menyokong
pandangannya. Dengan ini pentafsir telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Meninggalkan makna ayat yang betul.


Kedua:Mentafsirkan ayat dengan makna yang salah

Contohnya tafsiran Sahl bin Abdullah al-Tasturi tentang ayat 35 surah al-
Baqarah. Firman Allah:

‫جَرَة َفَتُكوَنا‬
َ‫ش‬ّ ‫ل َتْقَرَبا َهِذِه ال‬
َ ‫شْئُتَما َو‬
ِ ‫ث‬
ُ ‫حْي‬
َ ‫غدًا‬
َ ‫ل ِمْنَها َر‬
َ ‫جّنَة َوُك‬
َ ‫ك اْل‬
َ‫ج‬
ُ ‫ت َوَزْو‬
َ ‫ن َأن‬
ْ ‫سُك‬
ْ ‫َوُقْلَنا َيا آَدُم ا‬
35-2]‌ ‫ن‬
َ ‫ظاِلِمي‬ َ ‫]ِم‬
ّ ‫ن اْل‬
Maksudnya: ” Dan kami berfirman: “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan
isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi
baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon
ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim ”
[37] pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab
Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon
khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah
nama yang diberikan syaitan.
Menurut Sahl makan dalam ayat ini bukan makan yang sebenarnya dan
mentafsirkannya dengan memberikan penumpuan kepada selain Allah.

3. Tafsiran yang dari segi pegangan salah dan dalilnya salah seperti tafsiran
Ibnu Arabi terhadap ayat 8 surah al-Muzammil
8-73]‌ ‫ل‬
ً ‫ل ِإَلْيِه َتْبِتي‬
ْ ‫ك َوَتَبّت‬ ْ ‫]َواْذُكِر ا‬
َ ‫سَم َرّب‬
Maksudnya: ”Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya
dengan penuh ketekunan”

Ibnu Arabi mentafsirkan sebutlah nama Tuhanmu iaitu diri kamu sendiri atau
kenalilah diri anda janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu.
Ibnu Arabi dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu
wehdah al-Wujud iaiatu tuhan dan manusia benda yang sama, nama
tuhanmu ditafsirkan dengan diri manusia(kamu), jelas sekali kesesatan dan
kebatilan tafsiran ini.
TAFSIR ISYARI/SUFI

Menurut ahli,setiap ayat mempunyai makna yang zahir dan batin.Yang zahir
adalah yang segera mudah mudah difahami oleh akal fikiran,sedangkan
yang batin adalah yang merupakan isyarat-isyarat yang tersembunyi di
sebaliknya itu yang hanya diketahui oleh ahlinya.

Menurut al-Zahabi,tafsir sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat


al-Quran dengan tidak berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir
ayat,disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi yang hanya diketahui
oleh ahli tasawwuf dan pentakwilan ini mempunyai titik pertemuan dengan
maksud zahir ayat.

Syarat Penerimaan Tafsir Sufi/Isyari

Semua tafsir Isyari tidak boleh diterima begitu sahaja,akan tetapi ia


hendaklah memenuhi syarat-syarat yang tidak boleh ditinggalkan oleh para
mufassir.Syarat-syarat tersebut adalah seperti yang berikut:
• Pentafsiran Isyari / Sufi ini tidak bercanggah dengan makna ayat yang
zahir
• Pentafsiran tersebut perlu disokong dengan bukti-bukti syarak yang
benar
• Tidak bertentangan dengan syariat dan akal
• Hendaklah dimulakan dengan penafisran terhadap makna zahir
terlebih dahulu dan kemudian barulah didatangkan kemungkinan
adanya makna lain selain makna zahir
• Pentakwilan yang dibuat tidak terlalu asing
• Seseorang mufassir tidak boleh mendakwa bahawa Ta’sir SufiIsyari
sahaja yang tepat

Contoh penafsiran secara Isyari

[22-2]‌ ‫ن‬
َ ‫ل َأنَدادًا َوَأنُتْم َتْعَلُمو‬
ِّ ‫جَعُلوْا‬
ْ ‫ل َت‬
َ ‫َف‬..
Maksudnya: “.. maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang
sekutu, padahal kamu semua mengetahui”(bahawa Allah ialah Tuhan Yang
Maha Esa)
(Al-Baqarah:22)

Al-Tastary mentafsirkan perkataan (‫)اندادا‬ yang bermaksud ‘sekutu’ sebagai

nafsu amarah yang jelek.Jadi maksud (‫)اندادا‬ di sini bukan hanya merujuk
kepada patung-patung berhala,syaitan atau jiwa sahaja,akan tetapi nafsu
amarah yang sering dijadikan tuhan ole manusia juga merupakan apa yang
dimaksudkan daripada ayat tersebut,kerana manusia selalu menyekutukan
tuhannya dengan selalu menjadi hamba bagi nafsu amarahnya.

Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan melihat isyarat yang ada di


dalamnya telah banyak dilakukan oleh para sahabat Nabi,di antaranya
pentafsiran Isyari sahabat iaitu ketika turunnya ayat daripada surah al-Nasr
yang berbunyi:

ْ ‫سّب‬
‫ح‬ َ ‫[ َف‬2-110]‌ ‫جا‬
ً ‫ل َأْفَوا‬
ِّ ‫ن ا‬
ِ ‫ن ِفي ِدي‬
َ ‫خُلو‬
ُ ‫س َيْد‬
َ ‫ت الّنا‬
َ ‫[ َوَرَأْي‬1-110]‌ ‫ح‬
ُ ‫ل َواْلَفْت‬
ِّ ‫صُر ا‬
ْ ‫جاء َن‬
َ ‫ِإَذا‬
[3-110]‌ ‫ن َتّواًبا‬
َ ‫سَتْغِفْرُه ِإّنُه َكا‬
ْ ‫ك َوا‬
َ ‫حْمِد َرّب‬
َ ‫ِب‬
Maksudnya: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa
Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah),. dan Engkau
melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -maka
Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun
kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
(Al-Nasr:1-3)
Di antara para sahabat,ada yang memberikan pentafsiran ayat tersebut
memerintahkan kepada mereka untuk bersyukur kepada Allah dan meminta
keampunannya.Akan tetapi berbeza dengan Ibn Abbas yang mengatakan
bahawa ayat tersebut adalah sebagai tanda hampirnya ajal Rasulullah s.a.w
‫~‬ ‫~ وال تعالى أعلم‬