Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Penggunaan muzik sebagai terapi bukan sesuatu yang baru diperkatakan,


sebaliknya ia sudah digunakan dengan meluas sejak lama dahulu. Terapi muzik
merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan,
pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi dapat dicapai dengan teknik-teknik
muzik tertentu.

Peredaraan atau sejarah terapi muzik ini telah termaktub sejak zaman
purba lagi. Hal ini di mana sebuah buku ajaran China ‘I Ching” menyatakan terapi
muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga
berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.

Oleh hal yang demikian ahli terapi telah menggunakan terapi muzik untuk
merawat pesakit yang mengalamai trauma, gangguan emosi, kerencatan akal,
stres, serta pesakit kronik seperti kanser dan AIDS. Diantara matlamat terapi
muzik ke atas individu ini adalah untuk pemulihan kekuatan fizikal,
mengurangkan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan
emosi kepada pesakit dan keluarga pesakit serta memberi peluang pesakit
melepaskan perasaan dan menenagkan fikiran mereka.

Selain daripada itu, dengan perkembangan penggunaan terapi muzik ini,


ahli terapi juga yakin bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan
kanak-kanak normal malah ia amat membantu dalam sessi pengajaran dan
pembelajan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Ahli terapi telah
menggunakan kaedah terapi muzik untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran
seperti kanak-kanak autisme, syndrom down, masalah pendengaran, lemah
anggota badan dan masalah kerencatan mental dalam membantu mereka
menguasai sesuatu pelajaran yang mereka pelajari.