Anda di halaman 1dari 8

SOALAN 1

a)

Bas Bersiri semesta (USB)

1. USB mempunyai reka bentuk asimetri, mengandungi pengawal hos dan berbilang
peranti disambung menurut bentuk pohon dengan menggunakan peranti hab khas.
Terdapat had lima aras cabang hab bagi setiap pengawal. Sehingga 127 peranti boleh
disambungkan kepada pengawal hos tunggal, tetapi peranti hab mesti turut diambil kira.
Komputer moden kemungkinannya mempunyai beberapa pengawal hos dengan itu
jumlah peranti berguna yang disambung jauh lebih rendah berbanding dari apa yang
boleh disambungkan kepada pengawal tunggal. Pemutus (terminator) tidak diperlukan
untuk bas USB, sebagaimana yang diperlukan bagi SPI-SCSI dan beberapa yang lain.

2. Rekabentuk USB adalah bertujuan untuk memansuhkan keperluan untuk menambah kad
tambahan berasingan kepada slot ISA atau PCI, serta menambah baik keupayaan Palam
dan Main dengan membenarkan peranti untuk disambungkan atau dutanggalkan secara
terus tanpa menghidupkan semula komputer. Apabila peranti baru disambungkan buat
pertama kali, komputer hos akan mengecam peranti tersebut dan seterusnya memuatkan
fail pemacu yang diperlukan untuk menjalankannya.
3. USB boleh menyambungkan perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci, pad
permainan dan kayu bedik, pengimbas, kamera digital, pencetak, cakera keras dan
komponen rangkaian komputer. Bagi peranti multimedia seperti pengimbas dan kamera
digital, sambungan USB menjadi sambungan piawaian. Bagi pencetak pula, populariti
USB secara beransur-ansur menggantikan port selari kerana teknologi USB memudahkan
pengguna untuk menyambungkan lebih daripada satu pencatak pada komputer. Setakat
tahun 2004, terdapat lebih kurang 1 bilion peranti USB di dunia. Setakat tahun 2005,
peranti yang tidak dapat disambungkan melalui port USB hanyalah monitor komputer
serta perkakasan video digital berkualiti tinggi kerana peranti tersebut memerlukan kadar
pemindahan data yang sangat tinggi.

b)
Port selari

Pada kebiasaanya port selari digunakan oleh mikropemproses bagi berhubung dengan
perkakasan komputer. Jenis port selari yang paling utama ialah port pada pencetak, contohnya
seperti port Centronics yang menghantar 8 bit pada masa yang sama. Cakera turut dihubungkan
melalui port selari yang khusus seperti SCSI dan ATA.
Sebelum penyambung USB digunakan secara meluas dalam pasaran barangan komputer,
terdapat banyak pemacu cakera bagi asistem Windows menggunakan penyambung yang susah
dikendalikan bagi membolehkan perkongsian port selari dengan pencetak. Masalah ini terjadi
apabila era pasaran pengguna sistem Windows mempunyai kekurangan bagi mencari persamaan
dengan penyambung SCSI dan penyambung yang bersesuaian adalah menggunakan port
pencetak tunggal.
Port selari bagi komputer peribadi jenis IBM merupakan port piawai yang membolehkan voltan
logik piawai bagi komputer disetkan terus kepada pin. Ini akan memudahkan para jurutera dan
pekerja yang kerap melakukan eksperimen dengan menggunakan komputer yang tidak mahal
bagi menguruskan sebarang projek. Secara maya, voltan logik piawai adalah tidak merbahaya
kerana menggunakan nilai voltan sebanyak 5 Volt dan dibumikan. Dalam erti kata lain, secara
umumnya pemacu elektrik bagi port selari memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan
kerosakan berlaku terhadap alat tersebut.
Port selari boleh digunakan untuk menyambungkan perkakasan komputer seperti :
• Pencetak
• Pengimbas
• CD burner·
• Pemacu keras luaran
• Penyesuai rangkaian (network adapter)
• Pemacu sokongan pita (tape backup drives)
c)
8P8C

8P8C (Inggeris: 8 Position 8 Contact) dulu dikenali sebagai RJ45 adalah plag dan soket yang
biasa digunakan untuk penyambungan ethernet di dalam rangkaian komputer. Penyambungan
8P8C biasanya dilakukan pada kabel pasangan berlingkar.
8P8C mempunyai dua komponen iaitu plag masukkan (male plug) dan soket terima (female
socket), setiapnya mempunyai lapan dawai konduktor. Konduktor pada plag adalah rata dan
kedudukannya adalah selari dengan badan penyambung. Di dalam soket pula konduktor adalah
tergantung secara berpenjuru menghala ke dalam. Apabila satu plag 8P8C dijodohkan dengan
soket 8P8C, konduktor tadi akan bersambung dan menyebabkan ada pengaliran arus elektrik.
Dawai konduktor di dalam soket seperti spring memastikan antara muka plag lebih baik dan
membolehkan perjalanan keluar dan masuk lebih mudah. Penyambungan 8P8C adalah terbaik
untuk digunakan pada ethernet. Sekitar tahun 2000, ia digunakan secara meluas untuk
penyambungan kabel rangkaian ethernet dan menggantikan jenis-jenis sambungan terdahulu
seperti penyambung BNC. Penyambung terdahulu ada juga ada yang tidak digunakan lagi seperti
kabel modem memerlukan kuasa dan voltan tinggi untuk setiap penyambungan yang banyak.

d)
RS-232

Dalam telekomunikasi, RS-232 (Recommended Standard 232) merupakan piawai antara muka
yang diperkenalkan oleh EIA. Ia dicadangkan untuk menghubungkan secara bersiri di antara
komputer dan modem. Pembuat atau pengeluar komputer dan pengeluar modem tidak
bergantung di antara satu sama lain dengan adanya RS-232. Mereka akan menyediakan port atau
penyambung yang sesuai dengan piawai RS-232 masing-masing dan penyambungan kedua-dua
alat ini akan dapat dilakukan. Maka tanpa mengira jenis atau jenama komputer dan modem,
mereka akan dapat disambungkan.
Berikut merupakan penerangan tentang fungsi pin-pin bagi antaramuka RS-232 yang
menggunakan penyambung DB-25 dan DE-9:
1. Signal Ground Pin 7 (DB25), Pin 5 (DB9)
Talian SG digunakan sebagai common signal ground, dan perlu disambungkan pada
setiap masa.
2. Transmit Data Pin 2 (DB25), Pin 3 (DB9)
Talian TX digunakan sebagai penghantar data dari komputer ke seraial device.
3. Receive Data Pin 3 (DB25), Pin 2 (DB9)
Talian RX digunakan sebagai penghantar data dari serial device ke komputer.
4. Data Terminal Ready Pin 20 (DB25), Pin 4 (DB9)
Talian DTR digunakan oleh komputer memberi isyarat kepada serial device bahawa ia
telah bersedia. DTR perlu disetkan pada paras tinggi semasa berkomunikasi dengan
modem.
5. Data Set Ready Pin 6 (DB25), Pin 6 (DB9)
Talian DSR digunakan oleh serial device untuk memberi isyarat kepada komputer
bahawa ia telah bersedia untuk berkomunikasi.
6. Request to Send Pin 4 (DB25), Pin 7 (DB9)
Talian RTS dikeluarkan oleh komputer untuk memohon kebenaran menghantar data.
RTS dikawal oleh komputer dan dibaca oleh modem.
Dupleks penuh – isyarat ini dikeluarkan secara terus.
Dupleks separuh – isyarat dikeluarkan hanya apabila ada data untuk dihantar.
7. Clear to Send Pin 5 (DB25), Pin 8 (DB9)
Talian CTS digunakan untuk mengeluarkan jawapan kepada isyarat RTS bila modem
sedia untuk menerima data. CTS dikawal oleh modem dan dibaca oleh komputer.
8. Data Carrier Detect Pin 8 (DB25), Pin 1 (DB9)
Talian DCD digunakan oleh modem untuk memberitahu komputer supaya bersedia untuk
menerima data pada bila-bila masa.
9. Ring Indicator Pin 22 (DB25), Pin 9 (DB9)
Modem mengeluarkan isyarat kepada Talian RI untuk memberitahu komputer bahawa
ada pihak luar yang hendak berkomunikasi.

e)

RJ11

1. Digunakan untuk sambungan modem dalaman atau luaran ke satu telefon.


2. sesetengah kepala modem memerlukan sesebuah adaptor bagi menguhubungkan palam segi
empat RJ11 ke dalam soket telefon lebih lebar dari segi empat BT421A
SOALAN 2
Contoh aturcara visual basic bagi port bersiri

Private Sub Form_Load()

com1.CommPort = 2 ' comm port no.


com1.Settings = "1200,e,7,2"
com1.RThreshold = 24 'no. of chr to recive
com1.InputLen = 0 ' no. of chr on which oncomm event fires

com1.PortOpen = True 'open comm port

End Sub

Public Sub Com1_OnComm()


Dim txtBuf
Dim i As Integer
Dim c As Integer
Dim buffer
Dim stable
Dim EVMsg$
Dim ERMsg$
buffer = ""
txtweight.Text = ""
With com1

Select Case .CommEvent


Case comEvReceive
buffer = .Input
For i = 1 To Len(txtBuf)
c = Asc(Mid$(txtBuf, i, 1))
If (c < 32 Or c > 126) Then
txtweight = txtweight & "" & Hex(c) & ""
Else
txtweight = txtweight & Chr(c)
End If

Next i
'***************************************************************

' Error messages.


Case comBreak
ERMsg$ = "Break Received"

Case comFrame
ERMsg$ = "Framing Error"
Case comOverrun
ERMsg$ = "Overrun Error"
Case comRxOver
ERMsg$ = "Receive Buffer Overflow"
Case comRxParity
ERMsg$ = "Parity Error"

Case Else
ERMsg$ = "Unknown error or event"
'***************************************************************
End Select

End Sub