Anda di halaman 1dari 9

PERLAKSANAAN PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM BAGI

MENGUKUR KESESUAIAN TAHAP DAN MENJAMIN


KEBERKESANAN OUTCOME KURSUS

Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain


Hafizah Husain, Nor Fadzilah Abdullah

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem,


Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
{aqilah, hafizah or aini}@vlsi.eng.ukm.my

ABSTRAK

Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sesuatu


program akademik adalah bergantung kepada pengukuran pencapaian outcome
kursus (COs) ditawarkan. Bagi mencapai pengiktirafan Washington Accord,
keberkesanan COs harus memenuhi matrik spesifikasi profil graduan seperti yang
terkandung dalam panduan Washington Accord. Justeru, penilaian COs secara
berkesan dapat disokong dengan penggunaan Taksonomi Bloom berdasarkan
domain kognitif yang merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti serta
aras soalan peperiksaan akhir yang merupakan salah satu komponen penilaian
utama untuk menilai pencapaian pelajar dalam kursus yang diambil. Kertas kerja
ini membentangkan kaedah penggunaan Taksonomi Bloom untuk mengukur
kesesuaian tahap kursus yang sekaligus dapat menjamin keberkesanan COs.
Kursus KL3193 Mikroprosesor dan Mikrokomputer telah dijadikan contoh kajian
yang mana kertas soalannya telah direkabentuk menepati matrik spesifikasi yang
ditetapkan untuk kursus tahun 3 iaitu Tahap 1: Pengetahuan dan Pemahaman (<
20%), Tahap 2: Aplikasi dan Analisis (antara 30-40%) dan Tahap 3: Sintesis dan
Penilaian (anatara 40-60%). Penggunaan Borang Taksir Soalan Berdasarkan
Bloom dalam mesyuarat jawatankuasa Penaksiran Soalan juga telah
memudahkan pelaksanaan penggubalan soalan yang memenuhi spesifikasi.
Dapatan kajian yang dijalankan akan digunakan sebagai pembuktian untuk
menyokong tindakan JKEES dalam mewajibkan pelaksanaan penggunaan kaedah
Taksonomi Bloom bagi penggubalan soalan peperiksaan.

Kata kunci: Taksonomi Bloom, Objektif Pembelajaran Kursus, Outcome Kursus

PENGENALAN

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) dalam semua program


prasiswazah telah diperkenalkan pada tahun 2005. Namun begitu, perlaksanaan
secara menyeluruh dan holistik hanya bermula pada sesi 2007/2008. Antara
1
langkah-langkah yang diambil ialah memperkenalkan penggunaan Taksonomi
Bloom untuk tujuan pengukuran dan penilaian COs dan CLOs, kaedah
pengajaran berpasukan (team teaching), kaedah pembelajaran berpasukan (co-
operative learning) dan sebagainya. Ini adalah sebagai langkah untuk mencapai
taraf yang diiktiraf badan Washington Accord. Justeru, kertas kerja ini bertujuan
membincang serta membentangkan pengalaman melaksanakan penggunaan
Taksonomi Bloom untuk tujuan pengukuran COs dan sekaligus PO. Selain itu,
perlaksanaan kaedah ini dapat membantu memberi gambaran tentang kualiti serta
tahap hirarki kesukaran kandungan kursus yang diikuti oleh para pelajar sesuai
dengan tahap pengajian yang diikuti.

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun


1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin
dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko.
Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala
domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah
diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan
dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus
rekabentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan
mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui
proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Walau bagaimanapun, peperiksaan merupakan komponen pengukuran utama


yang digunakan oleh setiap institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk menilai
pencapaian COs mahu CLOs untuk program pengajian masing-masing. Justeru,
kemahiran menggubal soalan adalah penting dan perlu diberi perhatian.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk


mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun
dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian, seperti diringkaskan dalam Jadual 1.
Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk
tujuan pendidikan. Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan
kepada enam aras seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Namun, sekitar tahun
1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat.
Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi yang
digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai contoh, terma
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan
kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

2
RAJAH 1 Perubahan Temologi dalam Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Terdapat juga pelbagai pecahan dalam domain kognitif taksonomi Bloom.


Antaranya matriks spesifikasi yang digunakan dalam pecahan domain kognitif
adalah dengan menyusun setiap aras secara bertingkat atau menggabungkan 3
aras tertinggi dalam satu tingkat, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

RAJAH 2 Pecahan Domain Kognitif Taksonomi Bloom


(Sumber: Anderson & Krathwohl, 2001)

JADUAL 1 Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom

Hirarki Kognitif Kata


Kunci
1. Pengetahuan (Knowledge) Nyatakan,
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, terangkan,
hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran namakan,
yang lepas. labelkan.
2. Pemahaman (Comprehension) Pilih, terangkan,
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu tulis semula.
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat
sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.

3
3. Aplikasi (Application) Selesaikan,
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk ramalkan, cari,
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, kesilapan, bina
teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain. alat.
4. Analisis (Analysis) Bezakan, pasti,
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, pilih.
membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara
bahagian, kenali struktur organisasi.
5. Sintesis (Synthesis) Bina, hasilkan,
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, susun,
menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat kembangkan.
klasifikasi.
6. Penilaian (Evaluation) Pilih, berikan
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan, kritikan,
alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik buktikan.

PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN BERDASARKAN ARAS


HIRARKI KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

Di dalam penggubalan soalan peperiksaan, hirarki kognitif telah dibahagikan


kepada 3 tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3, seperti yang disenaraikan
pada Jadual 2. Pecahan kepada 3 tahap ini berbeza mengikut tahun pembelajaran
di mana semakin tinggi tahun pembelajaran, semakin tinggi peratusan aras hirarki
tertinggi yang diuji. Penetapan pecahan ini dalam bentuk matrik spesifikasi
bertujuan melahirkan pelajar berilmu, kreatif dan berdaya saing tinggi. Selain itu,
analisis terperinci pencapaian para pelajar juga boleh dilakukan dan penggunaan
Taksonomi Bloom dapat menilai keupayaan kognitif para pelajar berdasarkan
aras hirarki.

COs adalah panduan utama bagi setiap ahli akademik untuk menggubal soalan
peperiksaan bagi memenuhi keperluan matrik spesifikasi yang telah ditetapkan
untuk setiap kursus. Jadual 3 menunjukkan contoh senarai COs untuk Kursus
KL3193 sebagai garis panduan dalam penggubalan dan pengagihan markah
soalan peperiksaan. (Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008, 2007)

JADUAL 2 Panduan Matrik Spesifikasi Berdasarkan Pecahan Hirarki Kognitif


Mengikut Tahun Pembelajaran

Tahun Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3


2 Pengetahuan dan Aplikasi dan Sintesis dan
Pemahaman (0-30%) Analisis Penilaian
(60-65%) (10-15%)
3 Pengetahuan dan Aplikasi dan Sintesis dan
Pemahaman (0-20%) Analisis Penilaian
(30-40%) (40-60%)
4 Pengetahuan dan Aplikasi (10-15%) Analisis, Sintesis dan
Pemahaman (0-10%) Penilaian (>75%)
4
JADUAL 3 Objektif Pembelajaran Kursus KL3193: Mikroprosesor dan
Mikrokomputer

Outcome Kursus Hirarki Kognitif


1. Berkebolehan untuk mengenalpasti arkitektur sistem Pengetahuan
asas mikrokomputer dan hubungkait antara perkakasan
dan perisian
2. Berkebolehan untuk menerangkan fungsi dan konsep Pemahaman
asas mikroprosesor 8-bit dan 16-bit serta memahami
aspek rekabentuk perkakasan dan perisian
3. Berkebolehan untuk mengaplikasi set arahan untuk Aplikasi
membangunkan aturcara bahasa penghimpun dan
pengkodan ingatan dan masukan/keluaran untuk binaan
litar perantaramuka ingatan dan peranti
masukan/keluaran
4. Berkebolehan untuk menginterpretasi, menganalisis, Analisis
dan troubleshoot aturcara dalam bahasa penghimpun
5. Berkebolehan untuk merekabentuk dan membina Sintesis
aturcara bahasa penghimpun untuk aplikasi spesifik
6. Berkebolehan untuk merekabentuk dan membina Sintesis
sistem mikrokomputer berasaskan mikroprosesor yang
lengkap

METODOLOGI

Matrik spesifikasi Taksonomi Bloom menggunakan templat Excel telah


diedarkan kepada setiap ahli akademik bagi setiap kursus yang ditawarkan di
JKEES semasa proses penggubalan soalan peperiksaan akhir, seperti yang
ditunjukkan oleh Rajah 3. Ini bagi memastikan soalan peperiksaan bagi setiap
kursus digubal mengikut dan memenuhi spesifikasi tahap yang ditetapkan bagi
setiap tahun pembelajaran.

Templat ini mengandungi enam jalur tetap mewakili enam aras hirarki
kognitif yang diuji dan beberapa baris untuk pecahan soalan yang digubal.
Dengan menggunakan templat ini, ahli akademik dapat memasukkan pecahan
markah bagi setiap pecahan soalan yang digubal dan hamparan ini telah
diprogram untuk menentukan samada penggubalan soalan adalah mengikut
spesifikasi Taksonomi Bloom yang telah ditetapkan. Penggunaan templat Excel
ini sekaligus memudahkan ahli akademik JKEES untuk menggubal soalan
peperiksaan mengikut pecahan peratusan setiap aras kognitif.

5
RAJAH 3 Contoh Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom Menggunakan
Templat Excel Bagi Kursus KL3193

Antara contoh-contoh soalan yang digubal bagi kursus KL3193 yang memenuhi
setiap pecahan hirarki kognitif ditunjukkan dalam Jadual 4.

Soalan Aras Hirarki


Kognitif
What are the names of these pins? Pengetahuan
Explain why stack is necessary when writing a Pemahaman
microprocessor program and describe the concept of LIFO
that is associated with stack.
The number of pins for 8086 is still maintained at 40, as Aplikasi
6
shown in Figure 3. Calculate the maximum number of
memory locations accessible to 8086 and the word length for
each location.
Analyze the instruction as shown in Figure 2 and explain the Analisis
function of each instruction. List the interrupt inputs that are
enabled in this program.
Design the interfacing circuit that connects the input port Sintesis
with eight switches to 8085 microprocessor to control the
eight output devices.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Topik utama yang dibincangkan dalam kertas kerja ini dapat dibahagikankan
kepada dua kategori, iaitu
1. Penggunaan dan perlaksanaan Taksonomi Bloom dalam penggubalan
soalan peperiksaan.
2. Pemantauan pencapaian program-program yang ditawarkan di JKEES
dalam melaksanakan penggubalan soalan peperiksaan menggunakan
Taksonomi Bloom.

KL3193 Mikro Prosesor adalah antara kursus yang ditawarkan untuk pelajar
Tahun 3 yang mana penggubalan soalan peperiksaan adalah menepati spesifikasi
Tahap Taksonomi Bloom yang telah ditetapkan oleh jabatan. Merujuk kepada
Rajah 5, peratusan pecahan hirarki kognitif soalan-soalan peperiksaan kursus
KL3193 telah digubalkan berdasarkan Panduan Matrik Spesififkasi Berdasarkan
Pecahan Hirarki Kognitif Mengikut Tahun Pembelajaran seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2. Peratusan untuk setiap pecahan ini dapat diperolehi
menggunakan Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom.

Kertas soalan peperiksaan bagi semua kursus yang ditawarkan oleh JKEES
untuk semester 2 sesi 07/08 telah dianalisa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
6. Hasil analisis ini menunjukkan ketiga-tiga program, Kejuruteraan
Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dan Kejuruteraan
Komunikasi & Komputer, melaksanakan penggunaan Taksonomi Bloom semasa
penggubalan kertas soalan peperiksaan untuk pelajar Tahun 2 dan Tahun 3.
Manakala, bagi pembelajaran di Tahun 4, hanya Kejuruteraan Elektrikal &
Elektronik memenuhi keperluan Taksonomi Bloom. Rajah 6 menunjukkan
kemahiran pelajar tahun akhir JKEES bagi kursus Kejuruteraan Elektrikal &
Elektronik dinilai pada aras hirarki yang tertinggi. Ini membuktikan penilaian
yang dilakukan di JKEES memenuhi keperluan untuk melahirkan graduan
jurutera yang berkualiti. Walaubagaimanapun, analisa ini adalah hanya
berpandukan soalan peperiksaan akhir semasa. Oleh itu, walaupun soalan
peperiksaan bagi Tahun 4 kursus Mikroelektronik, Kejuruteraan dan
Kejuruteraan Komunikasi & Komputer tidak menepati Taksonomi Bloom, ini
tidak sepenuhnya menunjukkan pencapaian COs kursus tidak tercapai. Ini adalah

7
kerana bagi menilai keberkesanan COs, semua penilaian termasuk ujian
pertengahan semester, projek, kuiz dan juga perbincangan di dalam kumpulan
yang dijalankan sepanjang proses P&P perlu diambil kira dalam analisis.

RAJAH 5 Pembahagian Markah Peperiksaan Mengikut Tahap Kognitif Bagi


Kursus KL3193

Bloom Taxonomy for Subjects offered in 2nd Semester Session


07/08
100%
Evaluation
90%
80% Synthesis
70% Analysis
60% Application
50%
Comprehension
40%
30% Knowledge
20%
10%
0%
EE uE CC EE uE CC

2nd 3rd Year 4th Year


Year

RAJAH 6 Keputusan Analisis Kertas Soalan Peperiksaan Mengikut


Pengkategorian Taksonomi Bloom bagi Program-Program di JKEES

KESIMPULAN

Beberapa maklumat penting telah dibentangkan dalam kertas kerja ini mengenai
penggunaan Taksonomi Bloom di dalam penggubalan soalan peperiksaan akhir
yang merupakan kaedah pengukuran utama digunakan untuk menilai pencapaian
COs kursus. Selain itu, kertas kerja ini juga membuktikan penggunaan Bloom
Taksonomi yang menyeluruh di setiap program yang ditawarkan oleh JKEES
dalam membantu pencapaian COs kursus yang berkesan dan secara tidak
langsung dapat melahirkan pelajar yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan
mampu mengimplementasikan ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian di
UKM. Ini disokong oleh keputusan yang menunjukkan soalan peperiksaan yang
digubal untuk ketiga-tiga program yang ditawarkan oleh JKEES hampir
keseluruhannya memenuhi keperluan Taksonomi Bloom. Tren ini dijangkakan
akan berulang dan bertambah baik bagi keputusan peperiksaan ini berdasarkan

8
tindakan JKEES dalam mewajibkan penggunaan kaedah taksonomi Bloom bukan
sahaja dalam penggubalan soalan peperiksaan, tetapi juga dalam kerja-kerja
kursus lain bagi mencapai COs kursus.

RUJUKAN

Fakulti Kejuruteraan UKM. 2007. Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-


2008, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan


Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan GERAK Maktab
Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14, 39-44

Russell Baker, Gina M.Almerico, Barry Thorton, 2008, Evaluating Course-


Objective Writing Effectiveness: Applying The Comprehensive Bloom Verb
List, College Teaching Methods & Styles Journal, Vol.4, No. 4: pp 21-24.

Qaisar Sultana, 1999, Evaluation of First-Year Teachers’ Lesson Objectives by


Bloom’s Taxonomy, Reports – Research (143), Annual Meeting of the Mid-
South Educational Research Association, November 17-19, 1999

Taxonomy of Educational Objectives, http://www.answers.com/topip/taxonomy-


of-educational-objectives , dipaut pada 05/11/08

Taxonomy of Educational Objectives,


http://en.wikipedia.org/wiki/Taxonomy_of_Educational_Objectives, dipaut
pada 05/11/08

Anda mungkin juga menyukai