Kerja Khusus Sejarah 2010 Tahun Baru Cina
Kerja Khusus Sejarah 2010 Tahun Baru Cina
PENGHARGAAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
TUGASAN 2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya,
dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah yang bertajuk Perayaan Tahun Baru Cina. Saya,
Amirah Najwa binti Kaharudin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan
Setinggi penghargaan kepada puan Pengetua, Puan asmawati binti Ahmad Ishak dan guru
pembimbing saya iaitu Puan Juriah binti Abdullah juga guru-guru Sejarah yang lain kerana tidak
jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar saya memperoleh hasil kajian yang cemerlang.
Sekalung penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa saya yang turut membantu
menyiapkan kerja-kerja ini dan sentiasa memberi dorongan serta sumbangan sepanjang proses
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa dorongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan
tugasan ini. Ini kerana tugasan ini memerlukan motivasi, usaha dan buah fikiran yang tinggi juga
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya,
Ezzah Aliyah binti Aznam dan Nur Aliya Filza binti Mohd Ayub yang sangat setia dengan kerja-
kerja yang diberikan juga semangat setiakawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Sejarah
Tingkatan 3 2010. Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai sejarah perayaan yang saya pilih iaitu Tahun Baru Cina.
Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi
pengetahuan saya mengenai sejarah yang terdapat di dalam Tahun Baru Cina. Sememangnya
masyarakat Malaysia kaya dengan sejarahnya tersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan
bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa
pentingnya perayaan di negara kita kerana ia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan
rakyat Malaysia.
Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya sifat kerjasama,
Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma di dalam diri saya juga di kalangan
Sekian.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialah
seperti berikut:-
1) BUKU ILMIAH- Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku ilmiah
2) INTERNET- Saya telah menganalisa media cetak iaitu Wikipedia bagi mendapatkan
maklumat lebih lanjut mengenai perayaan yang telah saya pilih untuk mendapatkan
3) ORANG SUMBER- Saya telah menemubual seorang wanita bangsa Cina iaitu Chua Loo
KEHIDUPAN keluaran 14 Februari 2010 dan MASAKAN CINA edisi 15 Februari 2010.
HASIL KAJIAN
1) PERAYAAN TRADISI
Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu perayaan utama masyarakat
Cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Malah, perayaan ini juga disambut oleh penduduk
di Vietnam dan Korea. Perayaan Tahun Baru diraikan dengan penuh meriah. Setiap
rumah dihias dan dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan keamanan,
Kantonis yang memberi maksud 'emas') adalah satu kemestian pada musim perayaan ini
'pomelo' (dikenali sebagai bolok dalam Bahasa Kantonis. Lok membawa maksud
('kemakmuran'), kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin) atau nenkul
Di antara perhiasan yang terkenal adalah 'kuplet musim bunga' atau Chunlian. Kuplet ini
sangat unik bentuknya dan berupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu
cara tradisi untuk melepaskan tahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalu-
alukan tahun yang baru menjelma. Perhiasan lain adalah perkataanperkataan Cina yang
melambangkan tuah, musim bunga atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi
pada kertas merah. Selain itu, bunga-bungaan dan tanglung berwarna merah juga adalah
sangat penting dalam mewujudkan suasana perayaan Tahun Baru. Dalam perayaan Tahun
Baru, 'makan besar' menjadi satu acara yang penting termasuklah jenis makanan yang
dihidangkan seperti ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt choy' (kekayaan) dan
sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup' yang melambangkan
tahun yang penuh bertenaga dan member keuntungan) telah diperkenalkan sebagai satu
acara tradisi. Di antara yang dihidangkan termasuklah mi, ikan mentah dan beberapa jenis
pembuka selera yang lain. Ramuan ini dicampur dan digaulkan oleh tetamu yang
mengelilingi meja. Acara menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis)
menjadi simbol tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan
2) LATAR BELAKANG
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk
ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan
menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang
dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah
permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari
Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi
harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa
mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang
tersebut.
Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah
cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak
kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan ini.
Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli
belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih
bulan dan limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah
akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan
Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah
ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang
menjadi tunjang mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya
adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran
yang dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam
tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk
merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama
mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi
memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia
bersamaan dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya
Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang
15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia
akan ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan
menghalau keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda
Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia,
masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia
kaya dengan herba dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur.
Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian
Gong’, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan
rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu
tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan
sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu
untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol
emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu
jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila
keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年,
Cina Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah
amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli
terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai
tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari
menziarahi kubur.
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì,
Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura,
tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa
syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi
lalu.
Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-
besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama
keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan
yang secocok. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai
dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar
mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina,
dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin:
hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事,
bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh
pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah
wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn).
Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8
dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini
biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai
hiasan rumah.
Membeli belah di pasar
Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah
ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali
panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana
warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun
melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam
bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
Larangan mercun
Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,
namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan
mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat
kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan
keselamatan.
Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing
menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya
tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai
Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,
kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan
pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina.
Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah
berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini
dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang
mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba
Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim
perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari
pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga
oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak
Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun
kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa
kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara
Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan
mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
Shou Sui
Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang
telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-
Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan
budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak
menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang
berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab
yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara
福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan
tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama
dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan
kemakmuran.
Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang
laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada
malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春
运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu
menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka
timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini
Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,
beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini
Tuah baik
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil
kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah
kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau
"sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya
sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya
dengan "kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan
hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi
4) Kesan Perayaan
4.1) Kesan Kekeluargaan
Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan keluarga
dengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan
berasa sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan
dengan keluarga. Di samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembali
berkumpul.
Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam
sesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Selain itu, segala hutang-piutang
akan dibayar dan dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka
terhadap sesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat di
sahabatnya yang berbangsa Cina serta membawa buah tangan untuk diberikan kepada
keluarga sahabatnya itu. Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum.
pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini,
banyak pengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat
Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan
supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Antara yang masih dipertahankan ialah
pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu tidak boleh menyapu rumah pada
hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan yang
ada.
Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru dengan
meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada
mereka. Mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan
Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjadi
tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Kerajaan
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan Kerja
Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya peroleh dan dapat dijadikan iktibar.
Perayaan Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan tarian singa
yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan
luar negara untuk menyaksikannya. Walaupun perayaan ini juga terdapat di China dan Singapura tetapi
keunikan dan keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malysia. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat
menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekali
gus dapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini.
Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup
dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musim perayaan, rakyat
pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan itu wujud
dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza
amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang tinggi di
kalangan rakyat.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-
rakan sepanjang menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama
telah membuatkan saya serta rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat mengenai
perayaan ini.
RUJUKAN
www.google.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
www.scribd.com/kerjakursussejarah
http://kebudayaan.kpkk.gov.my/upload/Content/pdf/infoCNY
http://www.hmetro.com.my/articles/Pantang-larangTahunBaruCina/Article/
http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=2190
ELEMEN 1
ELEMEN 2
ELEMEN 3