Anda di halaman 1dari 10

22

KERTAS 1. LATIHAN 3

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan
D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan
jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1 Penunggang motosikal itu _______________di celah-celah deretan kenderaan.

A menyusur
B menyorot
C menyusup

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

2 Pokok kelapa di tepi sawah yang _________________itu hampir tumbang.

A sendeng
B condong
C senget
D miring

3 Peragawati yang ______________ itu sedang menggayakan kebaya nyonya.

A ilmuan
B karyawan
C rupawan
D budiman

K1.L3.HIKMAH2008
23

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

4 Pengembara itu tidur_________________lengan.

A dibantal
B berbantalkan
C membantalkan
D bantalkan

5 Nurul Ain _________________ hadiah untuk ibunya itu dengan reben berwarna jingga.

A ikatan
B terikat
C pengikat
D mengikat

Soalan 6 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
6 Ketibaan rombongan pengantin lelaki itu _____________________ dengan meriah.

A disambut
B sambutan
C menyambut
D penyambut

7 Duta-duta asing itu dihiburkan dengan _____________________ tarian tradisional.

A sembah
B penyembahan
C persembahan
D penyembah

K1.L3.HIKMAH2008
24

8 __________________budaya masyarakat majmuk merupakan antara daya tarikan kepada


pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia.

A Kepelbagaian
B Mempelbagaikan
C Pelbagai

9 Zainal tunduk membisu ________________disoal oleh guru besar.

A tatkala
B walaupun
C sementara
D sedangkan

10 Orang buta itu ____________lantai untuk mencari tongkatnya yang terlepas daripada tangannya.

A mencuit
B menguis
C meraba
D mencakar

Soalan 11 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
11 Para peniaga perlu meletakkan _______________ pada barangan yang dijual.

A harga mati
B harga belian
C tanda harga
D tanda niaga

12 Kuldeep _______________ di kafe siber bersama kakaknya.

A hendak
B mahu
C akan
D masih

K1.L3.HIKMAH2008
25

13 _____________ di pasar raya itu diadakan jualan murah, ______________harga barang-barang


masih mahal juga.

A Bagaimanapun…malahan
B Sungguhpun…namun
C Walaupun…kerana

14 Akmal __________________ semasa menjawab soalan ujian itu.

A terang hati
B akal kancil
C keras hati
D hati batu

Soalan 15 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

15 Terdapat sebatang anak sungai di ________________ bangsal kecil itu.

A belakang
B hadapan
C penjuru
D sebelah

Soalan 16 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

16 Puan Hayati berasa _____________ ketika menerima bungkusan daripada posmen itu.

A paling gembira amat


B amat gembira
C gembira paling
D paling gembira sekali

K1.L3.HIKMAH2008
26

17 _____________ itu sedang memberi ubat kepada beberapa orang pesakit.

A Pemandu
B Jururawat
C Jurujual

18 Bagi Encik Azizi, anak-anak lebih penting ___________________ segalanya.

A dari
B pada
C oleh
D daripada

19 Belakangan ini, prestasi pelajarannya _________________ baik.


A agak
B sedang
C pernah

20 Omar ________________ orang tua yang terjatuh dari basikal itu ke tepi jalan.
A mengusung
B menggalas
C memikul
D memapah

21 Usaha untuk membasmi masalah setinggan di Johor sedang giat dijalankan.


Kata seerti bagi kata membasmi ialah

A menamatkan
B mengelakkan
C menghilangkan
D menghapuskan

22 Penduduk di kawasan setinggan itu hidup melarat.


Kata berlawan bagi kata melarat ialah

A maju
B kuno
C mewah
D bergaya

23 I Ayah melarang adik memainkan bola jika hari hujan.


II Idham memainkan watak ayah dalam filem terbaharu itu.
III Kakak telah memainkan filem itu lima kali kerana suka akan jalan cerita filemnya.
IV Siti Zubaidah gemar memainkan lagu berentak perlahan.

A I dan III
B I dan IV
C III dan IV
D II, III, dan IV

24 Bilakah kamu akan datang ke sini lagi?


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Belum tentu lagi kerana saya ada hal penting pada hari ini.
B Jika tiada apa-apa aral, saya akan datang lagi pada minggu depan.
C Saya pun tidak pasti bila saya dapat bertemu dengan kamu lagi.
D Awak pula yang seharusnya datang ke rumah saya.

K1.L3.HIKMAH2008
27

25 Ya, Abang Aidil akan pulang pada hari raya nanti jika cutinya diluluskan.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

A Bagaimanakah keadaan Abang Aidil sekarang?


B Adakah permohonan cuti Abang Aidil sudah diluluskan?
C Benarkah Abang Aidil akan pulang pada hari raya ini?
D Apakah rancangan Abang Aidil jika cutinya diluluskan?

Soalan 26 hingga Soalan 27


Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
26 Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa
pun.

A Oleh sebab tidak dapat menyelamatkan apa-apa, mangsa kebakaran itu tinggal sehelai
sepinggang.
B Mangsa kebakaran itu sempat menyelamatkan pakaian di pinggang mereka saja.
C Kebakaran itu menyebabkan mangsa hanya tinggal sehelai sepinggang pakaian.
D Mangsa tidak dapat menyelamatkan apa-apa pun sepanjang kebakaran itu berlaku.

27 Tuk Penghulu menasihati anak-anak buahnya supaya tidak membiarkan kambing-kambing mereka
berkeliaran.

A Kambing-kambing yang berkeliaran menyebabkan Tuk Penghulu terpaksa menasihati anak-


anak buahnya.
B Penduduk kampung itu dinasihati oleh Tuk Penghulu supaya tidak membiarkan kambing-
kambing mereka berkeliaran.
C Untuk mengelakkan kambing itu berkeliaran, anak-anak buah Tuk Penghulu menasihati beliau.
D Tuk Penghulu tidak membenarkan kambing-kambing itu berkeliaran di kawasan anak-anak
buahnya.

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul.
28 I Dia menangis teresak-esak apabila menonton babak sedih cerita itu.
II Rahila membuka kesimpulan tali kasut selepas balik dari sekolah.
III Seluruh rakyat Indonesia menderita sewaktu penjajahan Belanda.
IV Kapal terbang itu terbang amat tinggi hingga menjejak awan.

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

28 I Kumaran sudah masak benar dengan kerenah rakan-rakannya itu.


II Botol kaca itu penuh sesak dengan air yang berwarna biru.
III Dia tidak tahan berjemur lama-lama di tengah panas terik.
IV Ayah menyembelih ayam untuk hidangan makan malam.

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D I, III, dan IV

K1.L3.HIKMAH2008
28

30 I Aliman berlari dengan dengkuran yang amat kuat.


II Ayah mengizinkan saya pulang ke kampung nenek pada petang ini.
III Mereka bukan berkelahi tetapi bergurau senda saja.
IV Orang Jepun memang suka akan makanan laut.

A I dan IV
B II dan III
C II dan IV
D I, II, III, dan IV

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pokok kerukup di tepi pongsu,


Sayang buahnya lebat di dahan;
Sudah cukup menghadap guru,
Barulah boleh masuk ke medan.

Berjalan di titi ketika redup,


Hendak menyeberang arus melanda;
Taburlah bakti semasa hidup,
Dikenang orang setelah tiada.

Kelapa tersangkut di tepi tambak,


Isinya dimakan beramai-ramai;
Mengapa takut bermain ombak,
Sedangkan rumah di tepi pantai.

Pohon kasturi lebat berbuah,


Luka jari terkena duri;
Tabah menghadapi segala masalah,
Masalah menguji ketabahan diri.

31 Jenis puisi di atas ialah

A pantun.
B sajak.
C syair.
D gurindam.

32 Orang yang sudah meninggal dunia akan dikenang jasanya.


Maksud ini merujuk kepada

A rangkap pertama puisi


B rangkap kedua puisi
C rangkap ketiga puisi
D rangkap keempat puisi

33 Antara yang berikut merupakan sikap yang perlu dipupuk di dalam diri, kecuali

A tabah
B berani
C berbakti
D bersimpati

K1.L3.HIKMAH2008
29

34 Antara yang berikut yang manakah yang tidak benar tentang maksud puisi di atas?

A Kita hendaklah sabar menghadapi dugaan.


B Orang yang berbuat jasa akan dikenang selamanya.
C Kita hendaklah membuat persediaan sebelum menghadapi sesuatu ujian.
D Jangan dirikan rumah di tepi pantai kerana membahayakan keselamatan.

35 Maksud frasa Barulah boleh masuk ke medan ialah

A kita janganlah lalai akan ajaran guru.


B kita hendaklah belajar sungguh-sungguh.
C kita hendaklah bersedia sebelum menghadapi peperiksaan.
D kita perlu kuat semangat sebelum keluar menghadapi berperang.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab solan-soalan yang berikutnya.

Yang Berusaha Tuan Haji Nasir bin Sh. Mohamed, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Taman Soga, yang saya hormati guru-guru dan murid-murid sekalian. Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.

Sebelum kita memulakan pertandingan bahas peringkat akhir antara kelas pada pagi
ini, terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan barisan peserta yang akan merebut piala
pusingan dan hamper yang disumbangkan oleh Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah ini.

Di sebelah kanan saya ialah wakil kelas Tahun Enam Harapan selaku pasukan
pencadang. Mereka ialah Saudari Nurul Afiqah Abu Salim, Saudari Chia Eng Lian, dan
Saudari Shafalina Sharifuddin. Di sebelah kiri saya pula ialah pasukan pembangkang
daripada kelas Tahun Enam Bestari yang diwakili oleh Saudari Ahmad Akmal, Saudara G.
Thorairaju a/l Soalaimuthu, dan Saudara Azam Ubaidiat Ubaidullah. Puan Narinas Mohamad
yang duduk di sebelah saya ini pula akan membantu saya sebagai penjaga masa.

Hakim pertandingan bahas terdiri daripada Hajah Mariyati Sapuan dan Puan Masnah
Abdul Hamid. Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Puan Habsah Sohod akan mencatat
markah para peserta.

Tajuk yang dipilih untuk pertandingan akhir ini ialah “Murid Perempuan Lebih
Cemerlang Akademiknya Berbanding dengan Muridr Lelaki.” Untuk tidak melengah-
lengahkan masa, kita mempersilakan peserta pertama dari pihak pencadang untuk
mengemukakan hujahnya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

36 Siapakah yang menyampaikan ucapan di atas?

A Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Soga


B Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Soga
C Pengerusi pertandingan akhir pertandingan bahas antara kelas
D Hakim pertandingan akhir pertandingan bahas antara kelas

37 Apakah tugas Puan Narinas Mohamad?

A memastikan perjalanan majlis berjalan lancar


B membantu guru besar menyampaikan hadiah
C mencatat markah keseluruhan para peserta
D menetapkan tempoh masa berlangsungnya setiap hujah peserta

K1.L3.HIKMAH2008
30

38 Antara yang berikut yang manakah tugas Pengerusi Majlis pertandingan ini?

A menyediakan teks perbahasan


B menjemput setiap peserta berhujah
C memastikan para peserta berbahas dengan bernas
D memastikan markah dikira dengan betul oleh jurukira

39 Penyataan yang berikut berkaitan dengan petikan, kecuali

A Pencadang dan pembangkang dikelaskan mengikut jantina.


B Hadiah-hadiah disediakan oleh Guru Besar dan guru-guru.
C Hamper dan piala pusingan merupakan hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta bahas.
D Pertandingan bahas akhir itu diadakan pada waktu pagi antara kelas.

40 Kata melengah-lengahkan bermaksud

A menyukarkan.
B menambahkan.
C melemahkan.
D melambatkan

KERTAS SOALAN TAMAT

K1.L3.HIKMAH2008
31

Kertas K1.3
1. C 2. B 3. C 4. A 5. D 6. A 7. C 8. A 9. A 10. C

11. D 12. D 13. B 14. A 15. A 16.B 17. B 18. D 19. A 20. D

21. D 22. C 23. D 24. B 25. C 26.A 27. B 28. B 29. D 30. C

31. A 32. B 33. D 34. D 35. C 36.C 37. D 38. B 39. B 40. D

K1.L3.HIKMAH2008

Anda mungkin juga menyukai