Anda di halaman 1dari 1

1.

TARIAN SINGA (CHINNA)


Kostum tarian singa selatan.
Tarian Singa (bahasa Cina:è ç ;pinyin: wÇ shÄ«) adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalamadat warisan masyarakat
Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakans inga dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan
oleh dua penari iaitu seorang memainkan
di bahagian hadapan dengan menggerakan
kepala kostum, manakala pasangan penari
akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut. Kedua-dua penari
itu akan bergerak seakan-akan singa di atas
pentas yang disediakan. Tarian singa ini
akan diiringi olehgong,dram, dan
dentumanmercun yang dikatakan akan
membawa tuah.
Sejarah
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orangA s ia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat
di
negaraChina,Taiw an,J epun,Korea,Thailand, danV ietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal
sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahu
n
lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian
Singa
Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan
tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warnamerah,
jinggadan kuning(hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebi
h
banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu
dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara
meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
mempunyai mata yang lebih besar dari pada Singa Utara, dan mempunyai cermin
serta sebatangtanduk di hadapan kepalanya.

Anda mungkin juga menyukai