Anda di halaman 1dari 16
 
MODUL 3
KONSEP KONSEP ASAS HUBUNGAN ANTARABANGSA
Isi Kandungan
3.0 ObjektifModul3.1Pengenalan3.2 Konsep Konsep Asas Hubungan Antarabangsa 3.2.1 Negara Bangsa 3.2.2 Kuasa 3.2.3 Kedaulatan Nasional 3.2.4 Kepentingan Nasional 3.2.5 Keselamatan Negara 3.3 Kesimpulan 3.4SoalanKendiri 3.5Bibliografi
 
2 'Konsep-konssp Asas Hub. Antarabangsa
MODUL 3
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ANTARABANGSA
3 0 OBJEKTIF MODUL
 > Mengenalpasti ciri-ciri konsep negara bangsa, kuasa, kedaulatan nasional, kepentingan nasional dan keselamatan nasional. > Memahami pengertian setiap konsep yang dihuraikan. > Mengaplikasi konsep-konsep yang dihuraikan dengan realiti semasa hubungan antarabangsa.3.1 PENGENALAN Di dalam arena politik, pada kebiasaannya individu-individu tidak mampu untukbertindak bersendirian. Mereka akan saling berinteraksi dengan perkumpulan-perkumpulan sosial yang lain bagi mencapai matlamat dan keperluan masing-masing.Begitu juga dalam hubungan antarabangsa, negara-negara perlu berhubung di antara satusama lain untuk memenuhi kepentingan serta matlamat negara. Senario ini dikenalisebagai suatu keadaan yang diistilahkan sebagai saling pergantungan.1 Semakinmeningkat kadar saling pergantungan maka akan meningkat juga kadar interaksi. Dalamproses ini, kemungkinan besar akan tercetus konflik atau kerjasama serta wujudpenggunaan kekerasan atau kerjasama di antara negara-negara dalam mengejar matlamat
 Istilah ini digunakan bagi mencirikan hubungan-hubungan di dalam sistem antarabangsa globJ.David Singer mengatakan ianya bermaksud sekumpulan n3anusia yang saling bergantungan akanbeikongsi satu nasib yang sama atau melihat tindakan-tindakan sesetengah daripada mereka selalunya akamembsri kesan kepada indi\'idu-mdividu yang lain (Dougherty Pfaltzgraff, 1981: 136). Dalam lainperkataan, saling pergantungan merujuk kepada suatu keadaan di mana tindakan dan peristiwa pada satubahagian dunia memberi kesan kepada orang ramai di bahagian lain dunia. Bagi ^ling pergantungan iniwTijud, periu ada satu tahap pergantungan bersama atau kesan-kssan yang bertimbal-balik. Salingpergantangan boleh bersifat political, sosial- ekonomi, ketenteraan.atau ideologikal.
 
3Konsep-konsep Asas Hub. Antarabangsadan keperluan negara. Maka modul ini bertujuan untuk memperkenalkan beberapakonsep asas hubungan antarabangsa yang biasa digunakan dalam penelitian senario yangdisebutkan tadi. Konsep-konsep tersebut adalah negara-bangsa, kuasa, kepentingannasional, kedaulatan nasional dan keselamatan negara yang merupakan asas bagimemahami tingkah-laku sesebuah negara dalam hubungan dengan negara-negara lain diarena antarabangsa. Ciri-cu-rsetiap konsep termasuk hubungkait konsep negara-bangsadengan setiap konsep yang dihuraikan turut ditinjau dalam modul mi. 3.2 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ANTARABANGSA
 3.2.1 Negara bangsa
 Istilah-istilah nation (bangsa) dan state (negara) kerapkali digunakan secara ditukarganti dalam karya-karya pengantar hubungan antarabangsa berbahasa Inggens. Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai makna konsepsual yang berlainan. Istilah nation membawa erti satu identiti etnik dan budaya umum yang dikongsi bersama oleh sekumpulan manusia, manakala state atau negara merujuk kepada sebuah unit politik yang didefmisi dari segi wilayah, populasi dan sebuah kerajaan otonomos yang mempraktikkan kawalan efektif ke atas wilayah serta penduduk-penduduknya tanpa mengira kehomogenan atau keheterogenan etnik mereka. Dalam lain perkataan, negara merujuk kepada sebuah organisasi politik yang mempamerkan kedaulatan kedua-dua dalam sebuah sempadan geografi dan dalam hubungan dengan negara-negara lain (McLean, 1996:331). Sempadan-sempadan sebuah bangsa dan sebuah negara tidak semestinya mempunyai tempat perhentian yang sama. Kerapkali ianya tidak bersifat sedemikian. Negara-negara boleh meliputi banyak bangsa (nations), contohnya China dan India- Negara-negara boleh memintas bangsa-bangsa seperti sempadan Iran dan Iraq yang membahagikan bangsa Kurdish kepada dua. Negara-negara mungkin merupakan satu koleksi beberapa bangsa di mana tiada satupun daripadanya terletak secara eksklusif di

Puaskan Keingintahuan Anda

Segala yang ingin Anda baca.
Kapan pun. Di mana pun. Perangkat apa pun.
Tanpa Komitmen. Batalkan kapan saja.
576648e32a3d8b82ca71961b7a986505