Anda di halaman 1dari 4

Panduan asas menghafaz ayat ruqyah

Salah seorang hamba Allah mengirimkan email kepada ana bahawa beliau minat menjadi
perawat islam namun beliau mempunyai masalah iaitu tidak mampu hafal ayat ruqyah yang
panjang lebar. Di sini, ana mendapat ilham untuk menyelesaikan masalah di antara mereka
ini yang berkemampuan merawat tetapi tidak berkemampuan menghafaz ayat ruqyah.
Kebanyakan mereka memahami tajwid dan menghafaz separuh juzuk 30. Di sini ana ingin
nyatakan, tiada halangan untuk belajar al-quran. Ana kecewa kerana ada sesetengah pihak
mendakwa (berdasarkan email), kaedah membaca ruqyah mestilah diijazahkan dari pengamal
ilmu perubatan sahaja.

Sebagai dorongan, ana cuba naikkan semangat mereka semula, insya Allah.. Ar-Rahman
tidak akan membiarkan mereka yang ketinggalan ini terus jauh di belakang.

Tips dan kaedahnya ialah dengan cara mengulang-ulang bacaan pada ayat sehingga lancar.
Bermula dari ayat pertama sehingga ayat seterusnya. Sebagai contoh, sila lihat Surah Al-
Baqarah ( ayat 254-257 ) atau lihat sahaja gambar dibawah

Untuk permulaannya, baca ayat ini dengan betul dan lancar. Kemudian baca lagi sekali ayat
ini dengan menyemak betul-betul baris, huruf dan hukum tajwid yang terkandung di
dalamnya. Seterusnya potong satu ayat menjadi beberapa bahagian. Dalam gambar diatas,
dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dikelilingi kotak berwarna merah.
Bahagian kedua pula dikelilingi kotak berwarna biru dan bahagian ketiga dikelilingi kotak
berwarna hijau.

Panduan asas menghafaz ayat ruqyah :

a) Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).

b) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, ulang (a) sehingga
hafaz.

c) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.


d) Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.

e) Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).

f) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, ulang (e) sehingga
hafaz.

g) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz (a dan e) tersebut sehingga 10 kali.

h) Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali
bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.

i) Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).

j) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi (i)
sehingga hafaz.

k) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.

l) Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari
ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.

Di dalam kaedah asas ini, dicadangkan agar mengulang setiap ayat sebanyak 10 kali sahaja
(minimum) dan tidak salah kalau mahu ulang 60 kali sekalipun. Sekiranya mahu
mengulangnya dengan bilangan yang lebih banyak adalah dialu-alukan. Semakin banyak
diulang, semakin mantaplah hafazan.

Pantang Larang Dalam Menghafaz Al-Quran

Secara amnya tiada pantang larang tertentu dan khusus apabila menghafaz al-Quran.
Berpeganglah kepada 2 prinsip :

“Pantanglah sebanyak mana sekalipun tetapi jika malas untuk murajaah al-Quran, Confirm
lupa..!!”

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar


memeliharanya” Surah al-Hijr, ayat 9

Namun demikian, secara peribadi ana hanya mengikut beberapa pesanan dari tuan guru :

Pantang Pemakanan
a) Jangan makan atau minum makanan yang mengandungi semut.
b) Jangan makan benda-benda masam.

Pantang Amalan
a) Jauhi dari melakukan maksiat.
b) Jangan membaca tulisan di batu nisan dan melihat salib/bintang yahudi.
c) Jangan membaca dan menghafaz al-Quran ketika mengantuk. Tidur seketika walaupun 5
minit kemudian sambung semula.

Bantuan Menghafaz
a) Apa-apa pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan pasti mempunyai trick dan tips yang
dapat membantunya. Begitu juga dengan aktiviti menghafaz al-Quran. Antaranya bantuan
dari guru agama berhampiran atau imam masjid.

Bantuan Aktiviti
a) Menghafaz dan murajaah menggunakan audio al-Quran (CD, mp3 player dan sebagainya).
Cuba ikut dan baca ayat yang diperdengarkan oleh Qari tersebut. (Kaedah Kuasai Pelbagai
Taranum)
b) Murajaah al-Quran bersama rakan. Rakan akan menyemak bacaan anda.
c) Murajaah mengikut halaqah (study group). Membaca secara bersambung-sambung seperti
tadarus al-Quran tetapi tanpa melihat mushaf.
d) Menulis kembali ayat yang telah berdasarkan hafazan iaitu tanpa melihat mushaf apabila
sudah kuasa sepenuhnya.

Bantuan Amalan
a) Banyak melakukan amalan solat sunat terutama solat sunat Taqwiyatul Hifzi.
b) Sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
c) Meminta sokongan doa dari kedua ibu bapa.
d) Membaca doa sebelum dan selepas menghafaz :

Bantuan Pemakanan
a) Kismis.
b) Madu lebah.
c) Makanan sunnah

-Akhir sekali, jangan lupa hafal maksudnya sekali agar keyakinan diri dapat dipertingkatkan,
insya allah.
-Lebih manis jika gunakan teknik ini untuk jadi seorang yang hafiz al-quran