Anda di halaman 1dari 13

NAMA : MOHAMAD SYAZWAN BIN ABDUL RAHMAN

TINGKATAN : 3 CEMERLANG

NO. K/P : 930907-04-5559

SEKOLAH :

NAMA GURU :

TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

_______________________ _____________________

Penghargaan

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

saya telah dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya . Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat sehingga

terhasilnya folio ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada kerana telah

memberikan saya kebenaran untuk melakukan kajian ini. Saya juga

ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih kepada guru Sejarah saya, Cik Aishah bin Baharin kerana telah

membimbing dan memberi keyakinan kepada saya untuk menyiapkan

kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa

dan emak saya, dan kerana telah membantu saya dengan

membekalkan beberapa maklumat yang relevan kepada saya untuk

menyiapkan kajian ini. Tidak ketinggalan, saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang

telah banyak membantu saya mengumpul fakta bersama-sama tanpa

mengira penat lelah iaitu.

“Terima kasih sekalung budi”

Objektif Kajian

Objektif utama saya menjalankan kajian ini adalah bagi

memenuhi keperluan kerja kursus PMR bagi tahun 2008 yang bertajuk
“Permainan Tradisional”. Saya telah memilih permainan congkak

sebagai kajian untuk folio ini.

Melalui kajian ini,saya berharap agar pengetahuan saya tentang

permainan tradisional ini iaitu congkak dapat berkembang luas.

Selain itu juga,saya berharap agar permainan tradisional orang

Melayu seperti congkak ini dapat diperluaskan dan diketahui umum

supaya permainan ini “tak lapuk ditelan zaman”. Generasi-generasi

baru yang bakal menjadi pemimpin negara juga tidak akan melupakan

permainan tradisional ini dan akan memeliharanya daripada pupus.

Di samping itu, saya berharap agar melalui pendedahan dan

kajian saya mengenai permainan ini, semua pihak khususnya para

pelajar akan mendapat pendedahan dan mengetahui serba sedikit

tentang permainan congkak kerana ia merupakan salah satu

permainan yang popular dalam kalangan masyarakat kita dan

merupakan warisan bangsa yang harus dipertahankan.

Akhir sekali, diharapkan agar kajian ini akan mencapai objektif-

objektifnya dan supaya khazanah bangsa yang tak ternilai ini akan

sentiasa dipelihara, bak kata pepatah, “takkan hilang melayu di

dunia”.

Kaedah Kajian

Bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang diperlukan

bagi menyiapkan folio ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah


yang saya rasakan senang untuk saya lakukan dan akan mendapat

maklumat dengan banyak.

Kaedah yang pertama adalah dengan menggunakan kaedah

penyelidikan. Saya telah pergi ke perpustakaan di kawasan kediaman

saya dan menggunakan beberapa jenis rujukan untuk mencari fakta

dan maklumat yang berkenaan.Saya telah merujuk

buku,ensiklopedia,surat khabar,jurnal dan surat khabar yang terdapat

di perpustakaan itu bagi memenuhi hasil kajian ini.

Selain itu,saya telah menggunakan kaedah lawatan dan

pemerhatian. Saya telah melawat sebuah pertandingan congkak

berdekatan rumah saya dan memerhatikan cara-cara para peserta

bermain permainan ini. Saya telah mengambil gambar untuk dijadikan

bahan bukti.

Akhir sekali,saya telah menggunakan kaedah melayari internet.

Saya telah membuat rujukan mengenai permainan congkak dengan

membuka bebrapa laman web di internet. Banyak maklumat yang saya

peroleh yang disertakan dengan visual yang menarik.Semua alamat

laman web itu telah saya catat di halaman rujukan.

Hasil Kajian
• Pengenalan

Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu

yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di

negara kita.Di utara Semenanjung, congkak dipanggil Jongkok.

Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan

istana.Lama-kelamaan,permainan ini berkembang kepada rakyat

jelata.Pada hari ini,congkak dimainkan oleh semua penduduk di

seluruh dunia.

• Asal-Usul

Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu

yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di

negara kita.Congkak merupakan sejenis permainan yang berasal

daripada negara Arab.Hal ini demikian kerana satu bukti tertua

dijumpai oleh ahli sejarawan dan cari gali “National Geography” yang

menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari

yang bentuknya seperti papan congkak bertarikh 5000 hingga 7000

sebelum Masihi di Jordan,sebuah negara Arab.

Dari negeri Arab,permainan ini tersebar ke Asia Tenggara disebabkan

oleh pedagang-pedagang arab yang berdagang ke negeri Melaka yang

merupakan pusat perdagangan yang terkenal pada zaman Kesultanan

Melaka dulu.
Nama congkak diberi oleh kerana permainan ini mula dimainkan

dengan menggunakan kulit kerang atau digelar “congkak”.Dari situlah

bermulanya nama congkak ini.

• Alat Permainan

Dalam permainan congkak,peralatan utama yang diperlukan

untuk vermain prmainan ini ialah papan congkak dan buah

congkak.Papan congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok

kayu tebal yang mempunyai antara 80 cm hingga 20 cm lebar.

Papan ini berbentuk seperti perahu dan bahagian atasnya

terdapat dua baris lubang.Setiap baris mempunyai lima atau tujuh

lubang yang mana setiapnya berukuran 6 cm garis pusat.Lubang-

lubang ini diknali sebagai “kampung”.Pada setiap hujung barisan

lubang ini terdapat lubang yang lebih besar yang berukuran 14 cm

garis pusat yang dinamakan “rumah”.

Buah congkak pula terdiri daripada beberapa jenis buah yang

sesuai untuk dimainkan.Antara buah yang sering digunakan ialah kulit

kerang,biji saga,biji getah,guli dan ketul-ketul batu kelikir.Buah-buah

congkak bersaiz sederhana supaya mudah memegangnya semasa

bermain.Tambahan pula,lubang kampung yang brsaiz kecil

memerlukan buah yang kecil juga untuk memenuhi lubang tersebut.


Jumlah buah adalah bergantung kepada jumlah lubang

kampung.Semakin banyak lubang kampung,semakin banyak buah

yang diperlukan.Namun begitu,buah dalam setiap lubang kampung

haruslah dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11,13 atau sebagainya.

• Cara Bermain

Congkak dimainkan secara pusingan dan jumlah pusingan

bergantung kepada ketepatan yang dibuat antara kedua-dua

pemain.Matlamat permainan congkak ialah menamatkan permainan

lebih awal daripada lawan,menghalang atau memastikan terus lawan

daripada meneruskan permainan.

Permainan congkak dimainkan pada masa lapang.Pada

permulaan permainan,setiap kampung hendaklah dipenuhi dengan

tujuh biji buah congkak,permainan bermula dengan kedua-dua pemain

memulakan permainan secara serentak.

Pemain akanmengambil semua buah daripada salah satu

kampungnya dan memasukkan sebiji demi sebiji buah tersebut ke

dalam setiap kampung yang dilaluinya,termasuklah sebiji ke dalam

rumah congkak sendiri.

Jika buah terakhir berhenti di dalam kampung yang mempunyai

buah di dalamnya,pemain boleh meneruskan permainan tersebut.Jika

buah itu berhenti di rumah,pemain boleh memilih mana-mana


kampung untuk meneruskan permainan.Tetapi,jika buah terakhir

singgah di kampung yang tiada buah,pemain dikira”mati” dan tidak

boleh meneruskan permainan.Jika pemain mati di kampung sendiri dan

bertentangan dengan kamung pihak lawan,pemain berhak mengambil

buah di kampung pihak lawan tersebut(bertentangan sahaja)dan

memasukkan ke dalam rumah sendiri.Taktik ini digelar

“tikam”.Sekiranya mati di tempat lawan,pemain tidak dibenarkan

berbuat demikian.

Apabila buah di kampung masing-masing tinggal beberapa biji

sahaja lagi,maka mereka hendaklah berjalan setapak atau sekampung

demi sekampung hingga ke rumah masing-masing.Sekiranya salah

seorang pemain kehabisan buah di kampungnya sendiri,dia dikira

kalah pada pusingan tersebut.

Pada pusingan kedua,pemain akan mengisi buah ke dalam

kampung sendiri daripada buah yang terdapat pada rumah masing-

masnig.Setiap kampung perlu diisikan dengan tujuh buah.Jika seorang

pemain kekurangan buah dan tidak cukup untuk diisi ke dalam

kampung,dikira terbakar dan tidak boleh digunakan dalam pusingan

tersebut.Buah berlebihan hendaklah disimpan ke dalam rumah sendiri.

Pemain yang memenangi pusingan pertama akan memulakan

permainan dalam pusingan kedua.Cara bermain adalah sama seperti

pusingan pertama.Jika pemain yang mempunyai kampung yang


terbakar,dapat mengisi semula kampung tersebut dalam pusingan

seterusnya dan boleh digunakan semula kampung tersebut.

Dalam permainan ini,mereka dikehendaki berusaha menambah

bilangan buah seberapa banyak yang boleh ke dalam rumah masing-

masing supayapihak lawan hilang kesemua buah di dalam

rumahnya.Sesiapa yang memperolehi kesemua buah termasuk

daripada kampung lawan dikira menang dalam permainan itu.

• Pemenang

Terdapat beberapa cara untuk menentukan kemenangan dalam

permainan congkak.Antaranya adalah dengan mengira jumlah buah

congkak yang diperoleh.

Sekiranya terdapat banyak buah di dalam lubang

rumah,sehingga berlebihan walaupun telah dimasukkan lubang

kampung,bermakna pemain telah memenangi permainan tersebut.Ini

disebabkan pemain telah berjaya mendapatkan buah lawan sehingga

mampu meletakkan buah ke dalam rumahnya.

Cara lain untuk mendapatkan kemenangan ialah dengan

menapak. Sekiranya seorang pemain lambat memasukkan buah ke

dalam lubang rumah,dia akan dianggap pemenang.Ini bermaksud

kelambatan memasukkan buah congkak ke dalam lubang rumah

disebabkan buah di lubang kampung banyak.Oleh itu,pemain


mngambil masa yang lebih lama untuk memasukkan buah ke dalam

lubang kampung.

Rujukan

 Buku ilmiah

0- Jasiman Ahmad , 2004 . Permainan Tradisional . Kuala

Lumpur : GoodMark Enterprise.

 Akhbar

0- Harian Metro,Isnin,10 Mac 2003,halaman 28.

 Majalah

0- Dewan Siswa,Mei 2007,halaman 19.


 Ensiklopedia

0- Ensiklopedia Malaysiana , Jilid 3 ( Bintik – Czech ) , Edisi

1996 .

Kuala Lumpur : Anzagain Sdn. Bhd.

 Internet

0- Library Thinkquest,

http://library.thinkquest.org/C001252F/aesthethics/games/congkak.

htm

0- WikiHow,

http://www.wikihow.com/Play-Congkak

0- Fascinating Malaysia,

http://www.fascinatingmalaysia.com/unik/congkak.html

0- Wikipedia,

http://en.wikipedia.org/wiki/congkak

0- Permainan Tradisional,

http://tradisional-

bib.blogspot.com/2007/03/congkak_22.html

0- Sukan Sri Aman: Congkak,

http://sukan-sriaman.blogspot.com/search/label/congkak
 Orang Sumber

0-

LAMPIRAN

LAWATAN KE SEBUAH PERTANDINGAN CONGKAK


PAPAN CONGKAK YANG DIBUAT DARIPADA KAYU