Anda di halaman 1dari 4

Kesan Interaksi antara Tamadun Islam,Cina dan India terhadap tamadun

Malaysia

Interaksi antara tamadun berlaku kerana wujudnya sifat toleransi yang


tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan
tamadun yang lain.Sifat terbuka sesebuah tamadun memberi peluang
berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi
tamadun tersebut kepada pelbagai aspek. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun
ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan
antara satu sama lain. Interaksi antara tamadun merupakan asas kepada
persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk
mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali
kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun
India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi
antara satu sama lain.

Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan


positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan
peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan
campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil
daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang
akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan


kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha
berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga
pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang
dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan
menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang
China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan
bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.
Kesan interaksi tamadun India dan tamadun Melayu ialah melalui
penyebaran agama. Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi
pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada
kepercayaan animisme. Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang
pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika
menguasai Kedah. Seterusnya ialah melalui sistem pemerintahan. Konsep
“Dewaraja” (dalam bahasa Sanskrit bermakna God King) iaitu konsep
ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungandewa-dewi dan dikaitkan
dgn kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan. Upacara pertabalan
dijalankan bagi mengekalkan status tinggi Raja. Aspek bahasa dan
kesusasteraan pulak adalah melalui pengaruh bahasa Sanskrit. Contoh-contoh
perkataannya ialah bhakti- bakti , bhumi – bumi dan juga prakara-perkara.
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata.
Epik Mahabharata diberi wajah tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat
Pandawa,Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu
tradisional mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja
dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Selain itu, ia turut diadaptasikan dlm
wayang kulit. Melalui adat resam dan budaya, Kedatangan agama Hindu juga
mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu seperti
amalan jampi dan mentera. Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti
melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak
yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat
dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama
Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan
di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak,
Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan
hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan
penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun
Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan,
kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah
Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi


kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China
membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan
Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan
perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun
China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam.
Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua
cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman
berlaku melalui aktiviti perdagangan,,emigrasi dan hubungan diplomatik.
Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan
Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Interaksi- interaksi antara tamadun ini telah banyak membawa kepada


perkembangan dan kemajuan tamadun Malaysia. Setiap kesan interaksi ini juga
mempunyai pro dan kontranya ataupun impak positif dan negatif terhadap
sesuatu tamadun. Malaysia dikenali di serata dunia kerana penduduknya yang
berbilang kaum dan agamatetapi hidup dengan suasana harmoni. Ikatan yang
terjalin antara penduduk- penduduk di Malaysia sangat erat dan dari sinilah
wujudnya perpaduan. Justeru, dengan semangat 1 Malaysia, di bawah pimpinan
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, di
harap agar perpaduan dan interaksi antara kaum di Malaysia akan lebih harmoni.

Hal ini adalah kerana bertitik tolak dari peristiwa 13 Mei ataupun peristiwa
berdarah rusuhan kaum yang berlaku di dalam sejarah Malaysia suatu ketika
dahulu perlulah dijadikan pengajaran dan teladan. Selain itu, jurang yang boleh
dilihat antara kaum Cina, India, dan Melayu di Malaysia pada masa dahulu ialah
dari segi ekonomi. Kaum Cina berkerja sebagai pelombong dan peniaga, kaum
Melayu sebagai petani dan juga kaum India sebagai peladang yang bekerja di
lading dan estet. Namun, setelah kemajuan dicapai, kini jurang perbezaan di
antara kaum-kaum di Malaysia sudah terhapus dan kini rakayat di negara ini
bebas bekerja dan tiada lagi isu-isu sensitive yang melibatkan perbezaan di
antara kaum. Kesan yang paling banyak dapat dilihat lagi ialah melalui
kebudayaan, kesenian dan juga makanan. Aspek kebudayaan dan kesenian
merupakan aspek yg paling banyak menyatukan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Tarian, nyanyian, perfileman, pakaian dan juga cara hidup, tatasusila
dan juga adat mungkin mempunyai persamaan di antara kaum Cina, India dan
Melayu di Malaysia. Oleh sebab itu, kesan interaksi antara tamadun Cina, India
dan Islam telah dibawa dan dikembangkan lagi oleh kaum masing- masing di
negara Malaysia. Tidak hairan juga boleh dikatakan bahawa makanan juga
memainkan peranan dalam tamadun Malaysia. Hal ini boleh dibuktikan dengan
makanan- makanan yang menjadi identiti kaum lain turut dapat dikongsi
bersama-sama namun begitu statusnya adalah halal dari sudut pandangan umat
Islam. Contohnya, roti canai dan kuah kari yang terkenal dgn identiti oleh kaum
India turut disukai oleh kaum Melayu dan kaum Cina. Yong Tau Foo, charkuey
dan juga nasi goreng cina menjadi kegemaran kaum India dan Melayu di
Malaysia manakala makanan-makanan yang menjadi lambing identiti orang
Melayu seperti nasi lemak menjadi makanan yang paling digemari oleh semua
penduduk berbilang kaum di Malaysia. Selain itu, perpaduan dan semangat jati
diri di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini jugak dikuatkan lagi
dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara walaupun
kaum Cina mempunyai bahasa dan dialeknya yang tersendiri dan begitu juga
kaum India.

Justeru, kesan interaksi antara tamadun Cina,India dan Islam telah


mewujudkan satu perkembangan dan perpaduan yang baik terhadap masyarakat
di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai