Anda di halaman 1dari 2

Precin a/l Kalisalvan

960210-07-5915

Tenang- tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Bunga melati bunga di darat,


Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu,


Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,


Pandai melompat pandai berlari,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

10 Februari 1996
1
Precin a/l Kalisalvan
960210-07-5915

Kita sewajarnya mengenang jasa dan


budi seseorang. Biarpun kecil, budi itu tetap
dihargai. Kehinaan seseorang manusia
berpunca daripada sikap tidak berbudi
bahasa. Masyarakat pada hari ini lebih
memandang kebendaan daripada budi.
Justeru, manusia sanggup melupakan budi
seseorang semata-mata kerana mengejar
kekayaan. Biarlah kita hidup dalam
kemiskinan dan serba kekurangan, asalkan
kita tahu berbudi.