Anda di halaman 1dari 40

SKPM1

STANDARD KUALITI
PENDIDIKAN MALAYSIA
(SEKOLAH)

PERNYATAAN STANDARD

JEMAAH NAZIR SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TINGKAT 21-23, BANGUNAN BANK PERTANIAN
LEBOH PASAR BESAR
50604 KUALA LUMPUR
Tel : 03-20987410
Fax : 03-26937388, 03-26932192
E-mail : jns_stkp@jns.moe.gov.my
Daftar Kandungan i
Misi Pendidikan Negara ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Kurikulum Kebangsaan iv
Visi Dan Misi Jemaah Nazir Sekolah v
Hasrat Jemaah Nazir Sekolah vi
Kata Alu-aluan Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia vii
Kata Alu-aluan Y.Bhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia viii
Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah ix
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
Bab I : Pengenalan 1
Latar Belakang 1
Pengolahan SKPM 2
Pemakai SKPM 5
Pengukuran Standard 7
Bab II : Pernyataan Standard 8
Elemen 1 : Visi dan Misi 8
Elemen 2 : Kepimpinan 9
Elemen 3 : Struktur Organisasi 12
Elemen 4 : Perancangan 13
Elemen 5 : Iklim 13
Elemen 6 : Pengurusan Dan Pembangunan Sumber 14
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat 16
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum 16
dan Hal Ehwal Murid
Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran 17
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid 19
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid 20
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, 20
Kokurikulum dan Sahsiah
12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah 20
12.2 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah 22
Rendah
12.3 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah 23
Menengah
Rujukan 26
Proses Aliran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah 29
Ahli Jawatankuasa Teknikal Penggubalan SKPM 30

i
ii

MISI PENDIDIKAN NEGARA1

Membangunkan sistem pendidikan yang

berkualiti bertaraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu

sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara

Malaysia

1
BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

ii
iii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN2

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

2
Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.

iii
iv

KURIKULUM KEBANGSAAN3

“Kurikulum Kebangsaan adalah suatu


program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan
nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan”

3
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 3(1).

iv
v

VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Mengupayakan sekolah dan institusi

pendidikan mencapai kecemerlangan serta

standard kualiti pendidikan yang tinggi

MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Melakukan penaziran sekolah serta institusi

pendidikan dengan cara yang cermat, teliti dan

profesional bagi memastikan pendidikan yang

diberikan mencapai standard kualiti yang tinggi

v
vi

HASRAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH

™ Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK)

™ Menjayakan Rancangan Pembangunan

Pendidikan Sepuluh Tahun (2001 – 2010)

™ Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan

program Kementerian Pendidikan

vi
vii

Kata Alu-aluan
Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia

………………………………….
Menteri Pendidikan Malaysia

vii
viii

Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

………………………………….
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

viii
ix

Kata Alu-aluan
Ketua Nazir Sekolah

………………………………….
Ketua Nazir Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

ix
SKPM 1

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB I : PENGENALAN

1. Latar Belakang

1.1 Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah
memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti
pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara
berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut
dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP.
SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a)
Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua
Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran
yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi
pendidikan (an adequate standard of teaching is developed
and maintained in educational institutions).

1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan


melaksanakan SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah
diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan seperti yang berikut:

a) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;


b) Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP);
c) Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP);
d) Lembaran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah
Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;
e) Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi
Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);

PERNYATAAN STANDARD 1
SKPM 2

f) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan


Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dan

g) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan


Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman (Versi Yang
Dipermudahkan).

1.3 Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga pendidik


menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS
dengan kerjasama pelbagai pihak khasnya Jabatan
Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan
kendiri berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung
dalam dokumen PKSBSTKP.

1.4 Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolah-


sekolah menghadapi masalah melaksanakan SPPSTKP
sepenuhnya.

2. Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


[SKPM-Sekolah]

2.1 Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak khasnya


pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah sebagai
pengguna dan pelaksana SPPSTKP jelas memperlihatkan
keperluan sistem ini dikaji semula supaya mudah difahami dan
lebih mesra pengguna. Menyedari hakikat tersebut dan
selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan dalam
sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP.
Hasil pengolahan semula ini ialah Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPM-
Sekolah.

PERNYATAAN STANDARD 2
SKPM 3

2.2 SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara,


Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya, Surat
Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am
Jabatan Perkhidmatan Awam, Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan
Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), Perintah
Am, Surat-Surat Pekeliling (seperti Surat Pekeliling
Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan surat-
surat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa
oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain
itu, dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010:
Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan
yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga
telah dirujuk.

2.3 Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan dalam tiga


dokumen iaitu:

2.3.1 SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


- Pernyataan Standard

2.3.2 SKPM2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


- Instrumen Pemastian Standard (IPS)

2.3.3 SKPM3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah)


- Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

2.4 SKPM-Sekolah digubal dan diolah berlandaskan prinsip-


prinsip berikut:

a) Keupayaan sekolah hendaklah dibangunkan ke tahap


yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya;

PERNYATAAN STANDARD 3
SKPM 4

b) Sekolah bertanggungjawab merealisasikan misi


Kementerian Pendidikan iaitu untuk menghasilkan
sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
mencapai aspirasi negara Malaysia. Perkembangan
potensi individu sepenuhnya yang termaktub dalam
misi tersebut hendaklah dilakukan secara menyeluruh
dan bersepadu seperti yang dizahirkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;

c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat


penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti
pendidikan;

d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik,


kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah
petunjuk utama kepada kejayaan sekolah
menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi;

e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan


hendaklah ditadbir urus berpandukan teori-teori
pengurusan moden;

f) Proses mikro dalam pendidikan hendaklah berteraskan


teori pembelajaran, kaedah pengajaran terkini, dan
berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam
bidang pendidikan;

g) Pendekatan membuat keputusan dan merancang


program-program pendidikan hendaklah berasaskan
maklumat dan fakta yang tepat;

PERNYATAAN STANDARD 4
SKPM 5

h) Skop dalam standard seboleh-bolehnya bersifat tuntas


(exhaustive) berpandukan dokumen autentik serta
praktikal untuk dilaksanakan;

i) Elemen-elemen standard hendaklah diperihalkan


secara mesra pengguna, jelas, eksplisit dan mudah
difahami; dan

j) Program-program kecemerlangan lain yang dianjurkan


oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) sesungguhnya merupakan
usaha-usaha yang selari dengan hasrat SKPM.

3. Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

3.1 SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di sekolah-


sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan
dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat
prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6 sekolah menengah.

3.2 JNS akan menggunakan SKPM apabila melakukan


pemeriksaan di sekolah-sekolah. Agensi-agensi lain di bawah
KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD
boleh menggunakan SKPM ini sebagai panduan ketika
melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

3.3 SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan


diamalkan di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan
sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan
memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu
murid.

PERNYATAAN STANDARD 5
SKPM 6

3.4 Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat


dimensi seperti yang berikut :

DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN


Elemen 1 : Visi dan Misi
Elemen 2 : Kepimpinan
DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI
Elemen 3 : Struktur Organisasi
Elemen 4 : Perancangan
Elemen 5 : Iklim
Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Elemen 7 : Pengurusan Maklumat
DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN
Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum,
Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid
Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid
DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID
Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,
Kokurikulum dan Sahsiah

4. Pengukuran Standard

4.1 Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan


menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS).

4.2 Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan tujuh


taraf seperti yang berikut:

PERNYATAAN STANDARD 6
SKPM 7

Tahap Taraf Pencapaian Sekolah (%)


7 Gemilang 90 – 100
6 Cemerlang 80 – 89
5 Harapan 70 – 79
4 Sederhana 50 – 69
3 Lemah 35 – 49
2 Sangat Lemah 25 – 34
1 Lampau Lemah 0 – 24

4.3 Tatacara penggunaan instrumen tersebut diperjelaskan


secara berasingan dalam dokumen Instrumen Pemastian
Standard.

PERNYATAAN STANDARD 7
SKPM 8

BAB II: PERNYATAAN STANDARD

Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang


dikelompokkan kepada empat dimensi.

Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke


atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut
diamalkan di sekolah:

DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN

Elemen 1 : Visi Dan Misi

Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang


menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid
yang sempurna.

Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau


kaedah merealisasikan visi tersebut.

1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah:

a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan


2020 dan perkembangan semasa;

b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,


potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti
setempat; dan

c. dibuat secara kolektif.

PERNYATAAN STANDARD 8
SKPM 9

1.2 Visi dan misi yang digubal hendaklah:

a. dihayati oleh warga sekolah;

b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan


kerja harian warga sekolah;

c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang


munasabah;

d. memberi impak kepada warga sekolah; dan

e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan


dan keperluan.

Elemen 2 : Kepimpinan

2.1 Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan


seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan
cara:

a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan


visi dan misi;

b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut


situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang
warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);

c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja


secara sepasukan dengan semangat kekitaan;

PERNYATAAN STANDARD 9
SKPM 10

d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan


konflik; dan

e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di


kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran
pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian
tindakan, pembentangan hasil kajian, perbincangan
intelektual dan sebagainya.

2.2 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengamalkan sistem


komunikasi yang berkesan dengan:

a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;

b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk


mengemukakan pendapat;

c. merangsang percambahan fikiran di kalangan warga


sekolah; dan

d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

2.3 Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan dorongan


yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya
maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:

a. memberi sokongan moral dan material;

b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;

c. membuat penilaian secara adil;

PERNYATAAN STANDARD 10
SKPM 11

d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan


warga sekolah; dan

e. memberi teguran dan nasihat membina.

2.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang


berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan:

a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang


sedang berkuat kuasa;

b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3;

c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti


pengajaran dan pembelajaran;

d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa


Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasa-
jawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan

e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.

2.5 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guru


Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang),
Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi
pemimpin yang berkesan dengan:

a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

1
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AG
Grafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur.
2
Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82),
3
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.

PERNYATAAN STANDARD 11
SKPM 12

b. melatih dan memberi kepimpinan;

c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan


mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-
masing;

d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas yang


dilaksanakan; dan

e. memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan


keupayaan kepimpinan.

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3 : Struktur Organisasi

Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf


sokongan dengan:

a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;

b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang


ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program
pembangunan sekolah dan program pendidikan;

c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi


setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan

d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

PERNYATAAN STANDARD 12
SKPM 13

Elemen 4 : Perancangan

Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan


operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal
murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum,
kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan
berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:

a. visi dan misi sekolah;

b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)];

c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment


(OTI)];

d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)];

e. strategi yang bersesuaian;

f. implikasi sumber; dan

g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang


dilaksanakan.

Elemen 5 : Iklim

Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan:

a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

b. memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat,


kondusif, dan harmoni;

PERNYATAAN STANDARD 13
SKPM 14

c. mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan warga


sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

d. mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu bapa


dan komuniti setempat;

e. memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan etika


perkhidmatan;

f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;

g. memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga


sekolah;

h. memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran


kepada warga sekolah; dan

i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah


atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada
kemajuan sekolah.

Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan


keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum5
dengan:

a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan


keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

4
Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18 September 1995 : (UPE: Unit
Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri)
5
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997

PERNYATAAN STANDARD 14
SKPM 15

b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi memastikan


keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;

c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah

d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;

e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan


mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan
yang sedang berkuat kuasa;

f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;

g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan bagi


memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;

h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara optimum


sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran,
pengalaman, bakat dan minat;

i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program


peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan
kemajuan pendidikan;

j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan


kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan


secara optimum.

PERNYATAAN STANDARD 15
SKPM 16

Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan


dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan
pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan. Data dan
maklumat hendaklah:

a. diperoleh;

b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang


diberikan;

c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;

d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan


tahap keselamatan;

e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;

f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan

g. dikemas kini.

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan


Hal Ehwal Murid

Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program


kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan:

a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat


(kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;

PERNYATAAN STANDARD 16
SKPM 17

b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid


dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan
kumpulan sasaran;

c. mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan


menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan
sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;

d. melaksana program mengikut perancangan;

e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan;

f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,
pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan

g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran

Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:

a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian


sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang
berkuatkuasa;

6
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

PERNYATAAN STANDARD 17
SKPM 18

b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur


kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara
bersepadu;

c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan


murid secara aktif;

d. penghayatan ilmu;

e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap


pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek;

g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim


pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;

h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan


mereka;

i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan


patriotisme; dan

j. penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran


secara berterusan.

PERNYATAAN STANDARD 18
SKPM 19

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid

Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut


tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkara-
perkara berikut:

a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan


potensinya;

b. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan;

c. murid diberi motivasi dan galakan;

d. murid ditunjukkan teladan;

e. murid disediakan persekitaran dan kemudahan;

f. pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa;

g. hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan;

h. murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang


perlakuan yang negatif; dan

i. murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan


yang positif.

PERNYATAAN STANDARD 19
SKPM 20

Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid.


Pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah
hendaklah:

a. dinilai secara formatif dan sumatif;

b. dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan


kelemahan secara spesifik;

c. direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif;

d. digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan

e. dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa


yang berkaitan.

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID

Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan


Sahsiah

12.1 Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7, bersesuaian


dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:

a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri


yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;

7
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,

PERNYATAAN STANDARD 20
SKPM 21

b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian


(untuk murid beragama Islam);

c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;

d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan


memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi;

e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan


betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan
bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras
dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar;

f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian


selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan


kemahiran menyelesaikan masalah;

h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;

i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta


mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
dan

j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk


menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

PERNYATAAN STANDARD 21
SKPM 22

12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan


tahap dan potensi, murid hendaklah:

a. menguasai bahasa Melayu;

b. menguasai kemahiran asas berbahasa;

c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul


untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa
pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;

d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang


merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis;

e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam


kehidupan seharian;

f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;

g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;

h. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan


keyakinan diri;

i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;

j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;

k. memahami dan menghargai budaya;

8
EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd,
Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD 22
SKPM 23

l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;

m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;

n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan


produktiviti;

o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan


memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk
murid beragama Islam);

p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan)


dan mengamalkan nilai-nilai murni;

q. memupuk semangat patriotisme;

r. membangunkan bakat dan kreativiti; dan

s. membangunkan sikap positif.

12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian


dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:

a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam


bahasa Melayu dan bahasa Inggeris;

b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;

9
EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik
Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD 23
SKPM 24

c. memperoleh ilmu pengetahuan dan membangunkan


penguasaan kemahiran;

d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang


ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;

e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan


masyarakat;

f. membangunkan keyakinan diri;

g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan


sosiobudaya setempat dalam negara;

h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;

i. membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;

j. memperlihatkan pemantapan nilai;

k. membangunkan dan memajukan semangat patriotisme;

l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;

n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan


terhadap diri sendiri dan orang lain;

o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap


qadak dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar
yang berterusan;

PERNYATAAN STANDARD 24
SKPM 25

p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat


dan agama; dan

q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya


dengan:

i. keluarga;
ii. persekitaran;
iii. alam fizikal;
iv. kejadian alam; dan
v. Pencipta.

_________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________

PERNYATAAN STANDARD 25
SKPM 26

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan Pendidikan 2001


– 2010, 2001, KPM Kuala Lumpur.

Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP)


(1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),


1996, PNB Kuala Lumpur.

Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum


Kebangsaan), 1997, Percetakan Nasional Berhad.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan


2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Biro Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan Nasional


Berhad, Kuala Lumpur.

Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82).

EPRD MOE (2001), Education In Malaysia : A Journey To Excellence,


2001, AG Grafic Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003),


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang.

International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah Am dan


Arahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United Print
Process Sdn Bhd, Shah Alam.

International Law Book Services (2003), Arahan Perkhidmatan Bab “1” –


Bab “8” (hingga 20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, Kuala
Lumpur.

Bahagian Sekolah, (1978), Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983, 1984,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1987), Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990, 1991,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD 26
SKPM 27

Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993, 1994,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997, 1998,


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (2000), Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 – 2000, 2001


Kementerian Pendidkan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000,
Percetakan DBP Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kepemimpinan Dan Pengurusan


Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah,


2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan


Pelbagai Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri,


2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian


Masa Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001,


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara


Konstruktivisme, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001,


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara


Kontekstual, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD 27
SKPM 28

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran,
2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah Panduan


Aktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD 28
PROSES ALIRAN KERJA PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (PKS)
PROSES TEMPOH TINDAKAN

1. Sekolah menerima dokumen SKPM-Sekolah JNS


1
a. SKPM 1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Okt-Dis
(Sekolah) – Pernyataan Dasar 03
b. SKPM 2 : Standard Kualiti Malaysia (Sekolah) –
Instrumen Pemastian Standard (IPS)
c. SKPM 3 : Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (Sekolah) – Panduan
Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

2 2. Sekolah mengkaji dan memahami ketiga-tiga Guru Besar/


dokumen SKPM1, SKPM2 dan SKPM3. Jan 04 Pengetua,
GPK & Guru
3 3. Sekolah membentuk Jawatankuasa SKPM Guru Besar
i. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Jan 04 Pengetua
ii. Setiausaha : I GPK (Akademik) Semua GPK
II GPK (Kokurikulum) Semua Ketua
III GPK (HEM) Bidang/
iii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Ketua Unit/
Panitia Ketua Panitia
iv. Ketua-ketua Unit ( Kokurikulum)
v. Ketua-ketua Unit (HEM)
4 AJK PKS
4. Sekolah melaksanakan Penarafan Kendiri Jan-Feb
04
5 Feb 04 AJK PKS
5. Sekolah merumuskan keputusan PKS

6 6. Sekolah memutuskan keputusan PKS Feb 04 AJK PKS

7. Sekolah memaklumkan keputusan PKS kepada : Feb 04 Guru Besar /


7 a. JNS Negeri Pengetua
b. JPN
c. PPD
8 8. Sekolah mendokumentasikan keputusan PKS Mac 04 AJK PKS

9 9. Penyimpanan Dokumen PKS Mac 04 AJK PKS

10. Sekolah menyediakan RPS dan menubuhkan Mac 04 AJK RPS


10
Pasukan AKD

11 11. Sekolah melaksanakan RPS Mac-Nov AJK RPS


04
12 12. Sekolah memantau pelaksanaan RPS Apr–Nov AJK RPS /
04 PAKD
13. Sekolah menilai pencapaian RPS Nov 04 Pasukan AKD
13 13a. Menilai keseluruhan pencapaian terkini sekolah Nov o4 AJK SKPM
13a dengan menentukan tahap prestasi terkini
14 14. Sekolah melaksanakan penambahbaikan Apr-Nov Guru Besar/
berterusan 04 Pengetua

15
15. Tamat

29
SKPM 30
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGUBALAN SKPM-Sekolah
Penasihat :
Encik Rusli bin Rashikin, Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurus Projek :
Tuan Hj Md. Shah bin Bachik, Ketua Nazir Negeri Sembilan

Setiausaha :
I. En. Shamsuri bin Sujak, JNS KPM I I. Pn. Ee Hong, JNS KPM

Ahli :
En. Kamaruddin bin Harun, KS PKIP JNS KPM Pn. Dr. Hjh Asmah bt Ahmad, KS PPPSM JNS KPM
Pn. Ashah bt Samah, KS PPemPP JNS KPM Pn. Azizah bt Hamzah, KS PPSS, JNS KPM
Pn. Fatimah bt Hj Uni, KS PPBK JNS KPM Tn. Hj Kasim b. Dol, KS PPTV JNS KPM
Tn Hj Mortadza bin Hj Alop, KNN Sarawak En. Mohamed Nor bin Abdul Samat, KNN Kelantan
Tn Hj Ahmad Foa’ad bin Hashim, KNN Johor En Bahari bin Md Shah, KNN Sabah
En. Yusoff bin Hasan, JNS Pahang Tn. Hj, Mohd Zakaria bin Yusof, JNS Johor
Pn. Noor Filzah bt Kamaruddin, JNS WP KL Pn. Ramani a/p Subramaniam, JNS Selangor
En. Haron b. Amir, JNS Selangor Cik Shadhana a/p Popatlal, JNS KPM
Cik Wee Mek Giat, JNS KPM Pn. Noora bt Sidek, JNS KPM
Pn. Hjh. Siti Zainon bt. Zainudin, JNS KPM En. Abdullah b. Hassan, JNS KPM
Tn. Hj. Md. Tah b. Talib, JNS KPM Tn. Hj. Mohd Adnan bin Hassan, JNS KPM
En. Zakaria b. Mahzan, JNS KPM Pn. Rusiah bt. Ibrahim, JNS KPM
En. Wan Shuib b. Wan Mohamad, JNS KPM Pn. Hjh. Umi Kalthom bt Dato’ Hj. Lope Salleh, JNS KPM

En. Abdul Wahab bin Sungip, KS Pengurusan Akademik JPN Johor


Tn. Hj Sobirin bin Hj Duli, KS Pengurusan Akademik JPN Pahang
Pn. Hjh Fauziah bt. Hj Othman, KS Pembangunan Kemanusiaan JPN P.Pinang
Tn. Hj Bajuri bin Hj Abdullah, PPD Kuala Selangor
En. Rahim bin Awang, PPB Sandakan, Sabah
En. Roseli bin Hasbullah, PPPD Kuala Krai/Gua Musang, Kelantan
En. Abdul Rashid bin Abdul Rahman, PPPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah
En. Ahmad Fuad bin Othman, Pegawai Sains dan Matematik, PPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah
Pn. Normah bt Mohamed, Pengetua Kanan SMKSAAS Shah Alam (NYDP PKPSM)
Pn. Hjh Latifah bt Mohd Rashid, Pengetua Kanan SMK Tunku Najihah Seremban, N. Sembilan
En. Awi bin Abd. Jalil, Pengetua SMK Cheras, Kuala Lumpur
Pn. Hjh Hamizah bt Mohd Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar, Johor
Tn. Hj Ramli bin Harun, GPK SMT Pengkalan Chepa, Kelantan
En. Saadun bin Kasim, Guru Besar SK Taman Seri Murni, Kuala Lumpur (TYDP MGB)
Tn. Hj Azmi bin Hj Abd Ghani, Guru Besar SK Seri Biram, Pekan, Pahang
En. Mokhtar bin Mat, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu
En. Lim Sin Tian, Guru Besar SJKC Kg. Baharu Mahsan, Bahau, N.Sembilan
En. Perumal a/l Solai, Guru Besar SJKT YMHA, Jalan Stesen Hulu, Taiping, Perak
Pn. Chew Guat Bee, Guru Besar, SJKC Shih Chung (cawangan), Sg. Nibong, P.Pinang
Pn. Shanpakavalli a/p Raman, Guru Besar, SJKT Pulau Sebang, Tampin, N.Sembilan
En. Md. Sidek b. Jais, SMK Dato’ Hj. Talib Karim, Alor Gajah, Melaka
Pn. Zaharah bt Mohd Salleh, GPK SK Seri Biram, Pekan, Pahang

AJK PENGGUBAL SKPM 30

Anda mungkin juga menyukai