Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1

Alat Vokal 1 Paru-paru 2

Alat Vokal 2 Pita Suara 3

Alat Vokal 3 Lidah 4

Alat Vokal 4 Bibir 5

Alat Vokal 5 Pangkal Tenggorok (Larynx) 6

Alat Vokal 6 Lelangit ( Palatal ) 7

Penutup 8

Bibliografi
PENGENALAN

Penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran muzikal adalah penting untuk membantu
pelajar memperkembangkan daya apresiasi dan ekspresi kreatif mereka. Pelajar juga perlu
mengetahui teknik menyanyi dan bermain muzik dan berketrampilan dalam perkara-perkara
tersebut. Dalam pendidikan muzik, ia menekankan kemahiran muzikal yang merangkumi
kemahiran menyanyi dan bermain muzik. Aktiviti muzik menggalakkan pelajar membina
kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan pelaajar perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi
untuk berketrampilan dalam persembahan muzik.

Antara aktiviti muzik yang diajar kepada murid ialah aktiviti nyanyian. Banyak aspek
penting yang perlu di beri perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
muzik di sekolah terutama nyanyian. Pengajaran dan pembelajaran nyanyian akan lebih
terancang dan berkesan sekiranya murid dapat diajar teknik-teknik nyanyian berdasarkan
kaedah-kaedah yang tertentu serta mengenalpasti konsep-konsep muzik yang boleh diaplikasikan
dalam bilik darjah.

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Kita perlu mengenali alat-
alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta lain-lain
latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti
semasa menyanyi. Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada
kerongkong manusia. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar daripada paru-paru
manusia. Biasanya semasa bernafas, udar daripada paru-paru akan melalui larynx dan terus
keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila hendak mengeluarkan bunyi, pita suara akan dikawal
supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu satu bunyi akan terhasil.

Bahagian-bahagian didalam rongga mulut termasuk gigi dan langit-langit keras yang
disebut juga dengan “alat-alat artikulasi” akan membentuk suara yang indah tadi menjadi bentuk
“Vocal & Konsonan”. Bentuk Vocal & Konsonan ini memang belunm sempurna kerana
beberapa faktor , diantaranya termasuk alat-alat artikulasi yang belum terbiasa dan terlatih untuk
mengucapkan vokal dan konsonan tadi. Beberapa alat artikulasi yang tadi perlu dilatih secara
baik, supaya menghasilkan suara yang indah.

ALAT-ALAT VOKAL

1. PARU-PARU

Paru-paru terletak di rongga dada di atas sekat diafragma. Diafragma adalah sekat rongga
badan, yang membatasi rongga dada dan rongga perut. Paru-paru terdiri dari dua bahagian, iaitu
paru-paru kiri dan kanan. Fungsi utama paru- paru adalah untuk pernafasan. Bernafas pada
dasarnya ialah mengalirkan udara ke dalam paru-paru. Udara akan mengalir dari paru-paru
keluar hanya apabila tekanan udara yang ada dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara
yang ada di luar. Udara yang masuk ke paru-paru di tahan keluar oleh paru-paru apabila dinding
paru-paru dikecutkan. Terdapat dua cara pernafasan iaitu pernafasan dada dan pernafasan
perut.Pernafasan dada terjadi kerana gerakan otot-otot antara tulang rusuk. Bila otot antara tulang
rusuk berkontraksi, tulang rusuk terangkat naik. Akibatnya volume rongga dada membesar,
sehingga tekanan rongga dada turun dan paru-paru mengembang. Pernapasan perut terjadi akibat
gerkan diafragma. Jika otot diafragma berkontraksi, diafragma yang semula cembung ke atas
bergerak turun menjadi agak rata. Akibatnya rongga dada membesar dan paru-paru mengembang
sehingga perut menggembung, tekanan udara di dalam paru-paru turun dan udara dari luar masuk
ke dalam paru-paru (inspirasi).Ketika otot diafragma relaksasi, diafragma kembali ke keadaan
semula (cembung). Akibatnya rongga dada menyempit. Sewaktu udara sedang keluar dari paru-
paru ini berlaku proses penghasilan bunyi , iaitu melalui pelbagai jenis sekatan ke atas arus udara
ini. Melalui kelainan titik artikulasi dan cara penyekatan udara, bunyi-bunyi bahasa yang
berlainan akan terhasil.
(www.geocities.com/ifilixu/peparu.gif)

2. PITA SUARA

Rajah 1: Pita Suara Terbuka Rajah 2 : Pita Suara Tertutup

Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi.
Pita suara ialah dua membran elastik yang terlerak di dalam peti suara. Membran menyerupai
‘pita’ yang melekat pada dinding peti suara dan terentang daripada depan ke belakang. Pita
suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Apabila pita suara
kendur dan renggang udara lalu tanpa halangan. Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara
akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu .
Pita suara milik lelaki lebih panjang dan tebal (20-35mm) dibanding dengan pita suara wanita
yang pendek dan tipis (15-20mm). Pita suara ini sangat lentur dan sensitif. Oleh sebab itu harus
dijaga penggunaannya.   Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
menyempitkan lubang yang terdapat di antara dua keping selaput berkenaan. Apabila pita suara
kendur dan renggang, glotis terbuka (rajah 1). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas dan
menghasilkan sesetengah bunyi seperti ‘sssssss’ iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara
tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 2). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan
bunyi letupan glotis “kan”. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa
tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang
terhasil itu dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan bunyi
bersuara atau tidak bersuara. Contoh dalam nyanyian, untuk melatihnya agar tidak kaku,
sehingga gertaran yang dihasilkannya tidak tersendat sendat.Dengan nada : 1 2 3 4 I 5 4 3 2 I 1 2
34I5432I
Bunyikan dengan na na na na na na dan mama dari kunci C / Cis / D /Dis
(vocalexercises.blogspot.com/2008/06/b-membentuk suara)

3. LIDAH

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif di dalam pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa. Lidah boleh dibahagikan kepada lima bahagian berikut:

1. Hujung lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gigi.


2. Daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi.
3. Depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian
lidah selepas daun lidah.
4. Belakang lidah, iaitu bahagian lidah yang paling belakang.
5. Akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengawal
keelasan rongga tekak.

Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat , dinaikkan atau
diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.
Bahagian hadapan lidah berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan iaitu vokal i. e, dan a.
Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian
belakang lidah berfungsi menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang iaitu u dan o. Perbezaan
bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terlatak pada tinggi rendahnya
bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat tinggi sekali
untuk menghasilkan vokal tinggi I dan u, kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula
bunyi vokal separuh tinggi iaitu vokal e dan o. vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian
tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi.

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA

4. BIBIR

Alat artikulasi bibir juga penting untuk penghasilan bunyi vokal dalam nyanyian.
Ia terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang
boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-
bagai. Bibir menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir berfungsi
membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Keadaan bibir, sama
ada bibir itiu hampar, separuh hampar atau bundar, separuh bundar akan menghasilkan
vokal hampar, separuh hampar, atau bundar dan separuh bundar. Berikut ialah
gambarajah bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal tersebut.

Bibir terdiri daripada otot yang kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan.
Apabila kita membunyikan ( i ) misalnya, kedaannya menjadi hampar, sebaliknya apabila kita
membunyikan ( u ) bibir menjadi bundar. Untuk membunyikan bunyi ( m ), ( p ) dan ( b )
misalnya, udara disekat dibibir dan apabila bibir dibuka maka terlaksanalah bunyi yang
dikehendaki. Bibir atas dan bawah harus lentur pada saat membentuk suara, tidak kaku atau
kejang. Dalam nyanyian bibir ini dapat dilatih dengan mengucapkan huruf huruf
ui ui ui ui ui ui dan oe oe oe oe oe oe dengan satu nada yang ditahan beberapa saat
atau :
membunyikan : mmmmmooooo - mmmmmoooo - mmmmooooo
dengan ringan dan rasakan bahagian- bahagian luar dari bibir itu berbentuk corong atau
terompet.

(http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002 asp?e=STPM&s=BM)

5. PANGKAL TENGGOROK ( LARYNX)

Pangkal tenggorok atau laring (larynx) adalah rongga pada hujung pipa pernafasan.
Rongga ini terdiri daripada empat komponen iaitu (i) tulang rawan kirkoid, (ii) dua tulang rawan
aritenoid, (iii) sepasang pita suara dan (iv) tulang rawan tiroid (Malmberg, 1963:22, Lapoliwa,
1981:8). Laring, atau kotak suara (voicebox), adalah organ pada leher yang melindungi trakea
dan terlibat dalam produksi suara. Laring mengandung pita suara (vocal cord) dan berada pada
daerah di mana rongga atas terpisah menjadi trakea dan esofagus. Struktur laring umumnya
terdiri dari tulang rawan yang diikat oleh ligamen dan otot.

Fungsi utama larinks adalah dalam penghasilan suara dan juga sebagai tempat laluan
udara. Lipatan-lipatan epiglotis dan vokal menjadi pintu perangkap menghalang kemasukan
bahan asing ke trek pernafasan bawah. Sistem otot aritenoid dapat bergerak mengatur gerakan
pada sepasang pita suara. Sepasang pita suara dapat membuka lebar, membuka, menutup dan
menutup rapat. Fungsi utama pita suara ini adalah sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan
arus udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung.

Proses membuka dan menutup pita suara, terbentuklah satu ruang di antara sepasang pita
suara. Ruang tersebut dinamakan glotis. Dengan terjadinya bunyi dan pernafasan maka glotis
dibezakan kepada empat posisi iaitu dalam keadaan terbuka lebar, terbuka, tertutup, dan tertutup
rapat. Glotis dalam keadaan terbuka menghasilkan bunyi tak bersuara, sedang dalam keadaan
tertutup, sehingga memungkinkan arus udara yang mengalir menggetarkan pita suara, pada
waktu menghasilkan bunyi bersuara. Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi.

(Mahmood, 2000)
6
6. LELANGIT (PALATAL)
Lelangit dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut dan berfungsi sebagai daerah artikulasi
di dalam pengeluaran bunyi. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit
keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut merupakan bahagian yang paling belakang dalam
rongga mulut. Lelangit lembut boleh diturun dan dinaikkan untuk menutup atau membuka
saluran-saluran rongga tekak dan rongga hidung. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dalam
paru-paru dapat keluar melalui rongga tekak. Jika lelangit lembut diturunkan, udara akan keluar
melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau. Organ ini amat penting untuk
menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit
lembut diturunkan, bunyi yang keluar ialah bunyi sengau dan kalau dinaikkan, bunyi yang keluar
bukan bunyi sengau.

Rajah : Lelangit lembut yang menghasilkan bunyi sengau.

Bunyi sengau lelangit lembut dihasilkan melalui proses yang berikut :


1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara
yang keluar daru paru-paru ke rongga mulut.
2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat
keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan.
3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut,
kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ialah
bunyi sengau lelangit lembut bersuara.
(www.scribd.com/doc/11838924/ Alat Artikulasi)
7

PENUTUP

Pada keseluruhannya, tugasan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pendidik
agar tahu cara-cara atau teknik-teknik yang sesuai untuk mengajar nyanyain kepada murid-
murid. Pengetahuan tentang alat-alat vokal , seperti artikulasi, sebutan, perletakan suara dan
pelontaran suara amat perlu agar teknik nyanyian dapat dipraktikkan dengan betul. Kaedah-
kaedah pengajaran dapat melatih guru membuat perancangan dan rancangan pelajaran muzik
(nyanyian) berperingkat-peringkat mengikut perkembangan pelajar serta mengambil kira
kebolehan dan bakat mereka. Kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan dan teknik pengajaran
dan pembelajaran menepati cara pembelajaran murid yang berbeza-beza dan unik untuk
pembelajaran yang menarik, efektif dan bermakna. Pengetahuan tentang teknik pernafasan dan
pengeluaran vokal dapat membantu seseorang individu menyanyi dengan baik. Pelajar akan
merasakan nyanyian adalah satu pembelajaran yang menarik sekiranya merekaa tahu teknik
nyanyian dan pengeluaran vokal yang betul.
8

BIBLIOGRAFI

Mahmood, P. (2000). BBM 3202 Unit 1-8/8 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.

Dr.Mahmood, M. B. (2009). HBML1203 Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Seri
Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

vocalexcercise.blogspot.com/2008/06-membentuk suara.

vocalexercises.blogspot.com/2008/06/b-membentuk suara. (n.d.).

www.geocities.com/ifilixu/peparu.gif. (n.d.).

www.scribd.com/doc/11838924/ Alat Artikulasi. (n.d.).

www.scribd.com/doc/1183924/Alat-Artikulasi. (n.d.).

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002 asp?e=STPM&s=BM. (n.d.).