Anda di halaman 1dari 20

INTERNET

1. www.malaysiana.pnm.my
BUKU ILMIAH

1. Permainan Rakyat, Jasiman Ahmad, 2004, Kuala Lumpur, Goodmark Enterprise.

2. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit

Setiamas.
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

juga saya menyiapkan Folio Sejarah ini. Tanpa izin-Nya mustahil dapat saya

menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak

memberikan sokongan dan bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga banyak

memberikan maklumat-maklumat tambahan. Tugasan saya mungkin bertambah sukar

lagi tanpa bantuan dan galakan mereka.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah, terutama kepada

Pengetua, …………………………… dan………………………., guru Geografi saya

yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini sekaligus

membimbing saya melaksanakan kajian ini.

Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberikan

kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat Kajian

Sejarah Tempatan ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah

yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara

yang betul,jelas dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di

kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan

Penilaian Rendah (PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan

tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan

setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri


KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(B) Buku Ilmiah

3. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit

Setiamas.

4. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit

Setiamas.

(C)Pemerhatian

~Melawat tempat kejadian.

(E)Penyelidikan

~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web .


PERMAINAN TRADISIONAL WAU

PENDAHULUAN

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika

dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu

dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan

menggunakan bahan terbuang. Ini telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu

untuk mencipta permainan gasing yang diperbuat daripada saki baki kayu yang terbuang.

Pelbagai faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain dijadikan sebagai

hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat

mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan

pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan

lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina

di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang.

Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran

dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kemahiran dan kebolehan

ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang gasing. Kepantasan dan ketepatan amat

jelas dalam permainan gasing dan ia juga memupuk semangat kekitaan yang tinggi.

Permainan gasing harus terus dimainkan oleh generasi muda sekarang sebagai langkah

mengekalkan daya kreatif bangsa Melayu mencipta permainan berasaskan serpihan kayu.
ASAL-USUL PERMAINAN GASING

Terdapat pelbagai cerita yang timbul erkaitan asal-usul gasing dan inilah yang

menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan satu negeri yang

lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang.

Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan

licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya

dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah

memusingkan buah berembang. Lama- kelamaan timbul ilham meniru rupa bentuk buah

ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan

seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut “gah”, yang bermaksud tegak dan kuat

semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakn bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, gasing berasal daripada permainan “laga telur”

yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik

memusing dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan

dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan

dengan tangan kurang ligat dan pusingannya tidak tahan lama. Gasing seringkali

dimainkan oleh masyarakat melayu di negeri Kelantan.


MELILIT TALI

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di

jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali

yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.

Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan

pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul

hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.

Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan

kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan

pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking

pemain.Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain.

Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya

tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain

yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan

menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada

leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan

beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan

dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau

tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau

menegak uri.
MELILIT GASING

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada

lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang

diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada

pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.

Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya

dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan

dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan

cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu

gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan

pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher

gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah

ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan

pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk

mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak

bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua

orang.
MEMUSING GASING

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara

yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk

menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang

betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua

jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun

ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan.

Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa

menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di

hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah

rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan

tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45

darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini

menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan

kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan

tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan

kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan.

Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada

dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang

ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.


ATURAN PERMAINAN

Pasukan : Satu pasukan mempunyai tiga regu

Fasa 1

a) Tiap-tiap regu mengandungi empat puluh orang pemain.Pasukan-pasukan boleh

mengadakan pemain simpanan.

b) Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain sekali sahaja untuk pasukannya.

c) Penukaran pemain dalam seluruh permainan dibenarkan 3 orang sahaja.

Fasa 2

Masa bermain dihadkan dalam masa 40 minit bagi tiap-tiap satu regu.

Fasa 3

Cara bermain adalah dengan cara Retek Dara (retek dara ialah ratok atau tergesel gasing

pemusing dengan gasing pemusing disebabkan pangkahan gasing pemangkah.Jika

berlaku ratok itu pemangkah dikira batal.)

Gasing pemangkah terantuk dengan dua atau lebih gasing pemusing,maka dikira ratok

pihak pemangkah batal.

Fasa 4

Tiap-tiap seorang pemain dibenar menggunakan sebuah gasing sahaja untuk seluruh

permainan,kecuali gasingnya rosak dan disahkan oleh pihak pengadil.(Gasing rosak

adalah gasing yang tidak boleh digunakan lagi kerana pecah dan sebagainya)

Fasa 5

Regu pemusing : Regu pemusing hendaklah memusing gasing empat-empat biji ke dalam

bulatan dalam had masa yang ditentukan.


Fasa 6

Jika dua buah gasing yang dipusing tidak termasuk dalam bulatan,dikira faul – satu mata

untuk pihak pemangkah.

Fasa 7

Jika satu gasing terkeluar bulatan (Borot) pengadil berhak mengambil gasing tersebut

diberikan kepada salah seorang pemain regu pemangkah untuk diletakkan kedalam

bulatan dan dipangkah oleh pemangkah yang akhir.

Fasa 8

Regu pemusing hendaklah memusing keempat-empat gasing tidak lewat daripada 20

saat,setelah diperintah oleh pengadil untuk memulakan pusingan.Jika melengahkan masa

lebih 20 saat dikira faul dan satu masa bagi pemangkah.

Fasa 9

Regu pemangkah dikehendaki memangkah keepat-empat gasing pemusing dalam tempoh

30 saat setelah diperintah oleh pengadil.Jika melengahkan masa lebih daripada 30 saat

dikira batal kepada regu pemangkah (Peraturan ini dikecualikan kepada gasing borot

yang mana masanya tidak dihadkan)

Fasa 10

Pemangkah hendaklah melilit talu gasing sekurang-kurangnya tiga lilitan.Jika tidak regu

pemangkah dikira batal.

Fasa 11

Regu pemangkah dibebaskan memangkah mana-mana gasing dalam bulatan.

Fasa 12

Jika pemain regu pemangkah memijak garisan semasa mara memangkah atau masuk
kawasan yang dilarang dikira faul dan satu mata diberi kepada regu pemusing.(Selepas

memangkah dibenarkan memijak garisan)

Fasa 13

Masa memangkah tangan dikehendaki atas paras pinggang.Jika tangan bawah paras

pinggang dikira batal regu pemangkah.

Fasa 14

Memangkah debus dikira batal kepada egu pemangkah.

Fasa 15

Membela uri dibenarkan kepada pemusing dan pemangkah selepas keempat-empat

gasing dipangkah.Jika didapati pemangkah membela uri sebelum masanya,dikira batal

regu pemangkah.Jika pemusing membela uri sebelum masanya dikira faul dan satu mata

untuk regu pemangkah.

Fasa 16

Membela uri dibolehkan kepada pemangkah dan pemusing dengan tidak menggunakan

cokok atau penyodok tetap.

Fasa 17

Dua mata diberikan kepada pasukan pemangkah jika keempat-empat pemangkah dapat

memangkah gasing pemusing tanpa ratok dan menang dalam perlawanan uri.

Fasa 18

Menentukan kemenangan adalah dikira dari kemenangan regu.

Fasa 19

Jika didapati permainan seri,kemenangan diberikan kepada pasukan yang jumlah mata

yang lebih.Jika jumlah mata seri juga,maka keputusan muktamad adalah seri.
JENIS GASING

Gasing Toyol

Ciri-ciri

Bentuk : Tinggi

Berat : 0.6 kg

Lilitan : 36 cm

Tinggi : 12 cm

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan

berat sekitar 6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian

sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering

mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan

untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing

lain. Ketika dalampermainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan

mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri

Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.Itulah cerita sebuah gasing bom

pemusnah yang bakal memusnahkan sebuah negara kelak.


Gasing Pacitan

Ciri-ciri:

Bentuk: tinggi

Berat: 0.8 kg

Lilitan: 40 cm

Tinggi: 10 cm

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini

hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula,

gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai

gasing bunut. Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg.

Gasing pacitan mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm. Gasing jenis

ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan

melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak

melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati

di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.


RUMUSAN

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara

Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian permainan tradisional yang terdapat di

negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan

lebih mendalam tentang permainan gasing orang melayu. Bak kata pepatah, ‘tak kenal

maka tak cinta’. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati permainan

tradisional orang melayu. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

yang begitu unik dan indah. Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan

memahami permainan tradisional sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul

semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara kaum. Persefahaman yang timbul ini

bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku

antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat

antara kaum.

Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan maruah

bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di

negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika tanggungjawab

dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama. Selain itu, kita perlu peka

terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang berkaitan dengan bangsa dan

negara. Itu menunjukkan rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan

moncontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.
LAMPIRAN

Negeri Kelantan: Negeri yang mempopularkan permainan gasing.


RUJUKAN

INTERNET

1. Cara permainan gasing,www.scribd.com

2. Warisan Budaya Malaysia,www.malaysiana.pnm.my

3. Gambar Gasing dan peta Kelantan,www.google.com

MELAWAT TEMPAT KEJADIAN

1. Kampung Bandar, 16600 Pulai Chondong, Kelantan.

2. Kampung Kerilla, 18400 Temangan, Kelantan.

BUKU ILMIAH

1. Permainan Rakyat, Jasiman Ahmad, 2004, Kuala Lumpur, Goodmark Enterprise.


2. Gasing dan Congkak, Jasman Ahmad, Siti Zaiton, 1996, Selangor, Penerbit

Setiamas.

Unsur Patriotisme

1. berbangga sbg rakyat Malaysia


-hormati raja dan pemimpin Negara.
-hargai jasa dan perjuangan tokoh Negara
- horamti lambang2 negara
-jaga dan pertahankan maruah bangsa dan Negara
-hargai dan amalkan tradisi dan budya bangasa
Bangga dgn sej. Malaysia

2. semangat setia Negara


-cinta akan bangsa dan Negara
-bertanggungjawab kpd bangsa dan Negara
-sedia bkorban utk bangsa dan Negara
-taat setia pd raja dan pemimipin
Berani dan pertahankan kedaultan Negara

3. Semangat kekitaan
-bersatu padu dan harmoni
-tolak ansur
-kerjasama dan tlg-mnolong
-hormat-menghormati
-bmuafakat

4.berdisplin
-bakhlak dan berbudi bhs
-patuhi undg2 dan peraturan
-btindak wajar
-amanah,jujur
-adil dan bertimbang rs

4. berusaha dan produktif


-rajin, gigh
-bdikari
-tabah hadapi cbrn