Anda di halaman 1dari 2

 

 Go to : BERITA PPIM


KEPINCANGAN DALAM MASYARAKAT. MAT REMPIT MENJADI

GEJALA  << Back

KEGILAAN ‘mat rempit’ semakin menjadi-jadi nampaknya. Kita pernah terbaca artikel ini.
Di Kuala Lumpur kelmarin, seorang daripada mereka mati ditikam dalam satu pergaduhan
sesama sendiri. Di Baling, dua pelajar maut dalam satu lumba haram, kegiatan kegilaan mat
rempit.Sebelum itu terbongkar kisah mat rempit minum ‘air berani’ yang diperbuat daripada
tuak yang dicampur dengan darah labi-labi.

Ini memang betul-betul kerja gila. Keberanian mat rempit di jalan raya memang luar biasa.
Mungkin kesan air berani itu. Tapi berani macam mana pun akhirnya ada yang mati akibat
berlanggar dan bertikam.Putera UMNO telah memulakan langkah untuk mendekati
kumpulan ini dengan tujuan membawa mereka keluar daripada gejala itu. Mat rempit mahu
ditukar menjadi mat cemerlang. Dalam bahasa moden, bolehlah dikira satu proses
penjenamaan semula. Kita harap mereka berjaya.

Saya merasakan pada hakikatnya kita telah gagal. Ahli politik terus bergaduh dan hanya
mementingkan kekayaan keluarga. Berebut kontrak, berebut kuasa berebut nak jadi CEO
GLC. Sementara ahli akademik tiada kuasa sosial selain mendidik yang mahu dididik atau
paling kuatpun membuang yang kurang ajar. Merotan dah tak boleh. Ibu bapa pula tidak lagi
dihormati seperti dulu lantaran ibu bapa juga tidak hormati guru. Guru dilempang oleh ibu
bapa, malah ada yang menyaman. Akhirnya guru-guru kecewa dan ambil sikap biarkan yang
lemah dan berpenyakit. "Cut loss" Tumpukan hanya pada yang nak. Lebih baik ajar tuisyen.
Salah sapa? Siapa yang rugi akhirnya.

Para usahawan pula bergelut dengan kerenah pekerja yang tidak boleh diharap. Buat surat
tak tau, photostat senget, lap meja pun tak bersih, drebar bawak kereta bos 180KM sejam,
saman ada 30 Bos kena bayar. Bawak lori barang, laju macam pelesit. Suruh jadi depatch,
seminggu 4 kali accident. Claim nombor satu. Susu anak pun claim jugak. Dah tu... bergayut
dalam telefon berjam-jam... bil sampai RM3000. Suruh jadi salesman, barang habis duit
tarak. Itu belum lagi masalah usahawan yang kerja siap duit tak bayar. Akhirnya semua
bungkus. Peniaga pun bungkus, pekerja pun bungkus.

Agaknya perkara sedemikian inilah yang mencetuskan gejala mat rempit, lantaran banyak
sangat masalah ibu bapa yang tidak selesai dan tak tau macamana nak selesai. Anak-anak
terbiar. Anak-anak pula melawan cakap ibu bapa, tidak hormat orang tua. Masa sambutan
hari raya lebih dibazirkan dengan kengkawan. Tidak lagi ikut mak ayah ke rumah saudara
handai taulan. Alasannya malas, ada kerja. Sama-samalah kita beri komen dalam perkara ini
agar PPIM dapat membuat satu rumusan terbaik. Kita wajib cari jalan penyelesaian
membantu anak-anak ini.

-IzhamPPIM-

Read/Post Comment: 26
Comments
sanisalim | Friday, 03
November 2006 Hantar Komen
Salam
saya amat bersetuju dengan pendapat en. mnrashid. anak-anak
Comments: 1 melayu terlalu dimanjakan dan didikan agama yang amat
kurang adalah punca grjala ini

kembali ke atas

taffa | Wednesday, 01
November 2006 Hantar Komen

SANA KONSERT.... SINI KONSERT .......


GELEK SANA GELEK SINI
HEBOH SANA ---- HEBOH SINI (KONSERT LAH
Comments: 532
KONON NYA)
SELAK SANA SELAK SINI. BUKAK SANA BUKAK
SINI.

MELALAK TAK KIRA WAKTU. MAGHRIB ENTAH


KEMANA.
BILA MUFTI TEGUR, DIKATA SIMUFTI
KETINGGAL ZAMAN, TAK SPORTING, KOLOT,
MENYIBUK DAN BERMACAM MACAM LAGI.

HIBURAN LAH KATAKAN.... YG MENGANJUR PON


SERONOK
KUTIP DUIT.

YG ROSAK NYA ANAK BANGSA.

TERLALU DISOGOKAN OLEH PELBAGAI JENIS


HIBURAN
TAK CUKUP DGN PUB PUB, DI TAMBAH LESEN
UNTUK
JUALAN ARAK KE KEDAI 24JAM.
DISKO DISKO DIPANJANGKAN WAKTU OPERASI.
YANG MENCADANGKAN PULAK TU
MENTERINYA YG MELAYU BERUGAMA ISLAM.
EEK ELEH.... KESIAN SIAPA LAH PAK MENTERI TU.
BAWAH TANAH ESOK JAWABLAH.

CUKUPLAH ....
KALAU ANAK BANGSA YG ROSAK
JANGAN SALAHKAN SESIAPA.

kembali ke atas

Anda mungkin juga menyukai