Anda di halaman 1dari 3

Bola keranjang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sara Giauro melakukan lontaran tiga mata, Piala Eropah FIBA peringkat Akhir Wanita
2005.

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5
pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah
keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas; dan pasukan yang
markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang. Lontaran lompat
yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan
setiap lontaran percuma bernilai 1 mata. Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan
melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan
sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal
(pencabulan).

[sunting] Permulaan
Gelanggan bola keranjang pertama di Kolej Springfield

Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh Dr. James
Naismith yang merupakan seorang jurulatih di sekolah latihan YMCA dan guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Kolej Springfield (dahulu dikenali sebagai sekolah
untuk pekerja Kristian). Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan sekolah tersebut telah
memberi Naismith tugas untuk mencipta satu permaianan berpasukan yang boleh
dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, permainan ini harus dimainkan dalam
gelanggang sesebuah bangunan.

Untuk permainan baru ini, James Naismith menggunakan bola yang digunakan untuk
permainan bola sepak. Ini disebabkan oleh saiz bola tersebut yang cukup besar dan mudah
untuk ditangkap. Naismith meminta pegawai penyelenggara bangunan sekolah tersebut
untuk menyediakan dua kotak besar sebagai goal. Namun begitu, pegawai tersebut tidak
mempunyai dua buah kotak seperti yang diminta oleh Naismith. Justeru, Naismith telah
menggunakan dua buah bakul untuk permaianan ini. Kedua-dua bakul tersebut dipasang
pada balkoni gimnasium kira-kira 10 kaki dari aras tanah. Permainan bola keranjang
pertama yang tercatat berlangsung antara pelajar-pelajar Naismith dalam kelas beliau
pada Disember 1891. Naismith telah menamakan permaianan ciptaannya basket ball.

Markah diberikan kepada pemain pasukan yang menjaringkan bola di petak lawan.
Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan menjuarai permainan tersebut.

Selepas permainan experiment pertama, Naismith telah menyediakan draft peraturan


pertama untuk permainan bola keranjang yang mengandungi 13 fasal. Peraturan-
peraturan ini diterbitkan dalam surat khabar sekolah, the Triangle pada 15 Janauri 1892.
Permainan ini mendapat sambutan ramai melalui penerbitan ini. Tidak lama kemudian,
bola keranajang mula dimainkan oleh pasukan YMCA, sekolah menegah, kolej, universiti,
dan pasukan professional dari Amerika Syarikat dan Kanada.

Permainan rasmi yang pertama pula berlangsung di gimnasium YMCA pada 20 Januari
1982. Hanya 9 orang pemain yang terlibat dalam permainan ini dalam gelanggang bola
keranjang yang cuma separuh saiz gelanggang NBA pada hari ini.
[sunting] Perubahan dalam permaianan

Selepas James Naismith mencipta bola keranjang, terdapat beberapa perubahan yang telah
dilakukan dalam permainan tersebut. Pada tahun 1893, gegelang besi yang dipasangkan
beg jaring digunakan untuk mengantikan bakul. Korda diletakkan bersama jaring supaya
bola dapat jatuh ke tanah.

Anda mungkin juga menyukai