Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum

dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam

kalangan rakyat Malaysia ?


Melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum, rakyat Malaysia dapat

memperkukuh dan mengekalkan perpaduan antara mereka.

Selain itu, perpaduan antara kaum juga dapat diperkukuhkan lagi melalui ziarah-

menziarahi atau berkunjung ke rumah jiran atau rakan yang menyambut perayaan tradisi

mereka seperti Hari Raya Puasa, Deepavali atau Tahun Cina. Oleh itu, kita haruslah

berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menghargai perayaan tradisi dan budaya yang

terdapat di negara ini.

Selain dari ziarah, rumah terbuka juga boleh mengekalkan perpaduan antara

rakyat. Hal ini kerana, majlis ini dapat menyatukan pelbagai kaum yang terdapat di

negara yang tercinta ini. Oleh itu, kita haruslah menjadi warganegara bersemangat setia

akan negara dan bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia.

Dengan lebih jauh lagi, individu juga boleh membantu kaum lain dengan

menolong membuat persiapan. Sebagai contoh, menolong mengemas rumah, tolong

mengecat rumah dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian, kita dapat melahirkan rakyat

Malaysia yang bersemangat kekitaan iaitu rakyat yang bersatu dan harmoni, bertolak

ansur dan bertolenrasi, dan sebagainya.

Seterusnya, perpaduan dapat diperkukuhkan lagi apabila rakyat menanamkan

amalan rasa hormat terhadap perayaan tradisi bagi setiap kaum. Oleh itu, dengan secara

automatiknya negara akan menjadi aman dan harmoni tanpa pergaduhan antara kaum.

Jadi, kita haruslah mempunyai semangat bermasyarakat yang tinggi untuk menjadikan

negara sebuah persada yang terkemuka di mata dunia.


Akhir sekali untuk memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan

rakyat Malaysia adalah dengan mengadakan kempen atau pameran mengenai seni budaya

perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia. Melalui kempen ini juga, kita dapat

melahirkan masyarakat yang bersefahaman dan bermuafakat yang cinta akan negara.

Anda mungkin juga menyukai