Anda di halaman 1dari 1

AZIZ BIN ADAM

LOT 1871, JALAN KENANGA,


KG. SURA JETI
23000 DUNGUN
TEL: 09-8444548 (H/P: 013-9333336 & 012-6075996 )

3 April 2010

Pengetua
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Jalan Kolam Ayer
51200 KUALA LUMPUR
(U.P: Puan Norsham binti Noordin)

Puan,

PERMOHONAN MEMBAWA PULANG ANAK UNTUK MENGHADIRI


HARI ANUGERAH INTAN GEMILANG TAHUN 2009, SMK TENGKU INTAN ZAHRAH,
DUNGUN, TERENGGANU: NUR AZIAN BINTI AZIZ – TINGKATAN 4F

Saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa, SMK Tengku Intan Zahrah, Dungun, Terengganu
akan mengadakan Hari Anugerah Intan Gemilang Tahun 2009 pada hari khamis, 8 April 2010 di
Dewan Ismail Manap, sekolah berkenaan.

2. Anak saya, Nur Azian binti Aziz adalah salah seorang penerima anugerah pada hari
berkenaan. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya semoga pihak puan dapat membenarkan
anak saya dibawa pulang ke kampong pada petang rabu, 7 April 2010.

3. Saya juga memohon kebenaran puan untuk anak saya bercuti daripada menghadiri kelas
pada 8 dan 9 April 2010. Saya berjanji akan menghantar semula anak saya pulang ke asrama pada
pada hari Ahad 11 April 2010. Ini adalah kerana saya turut bercuti dan akan balik bekerja di Kuala
Lumpur bersamanya . Bersama-sama ini dikemukakan salinan Surat dan Kad Jemputan daripada
Pengetua, SMKTIZ, Dungun untuk makluman dan perhatian puan jua.

4. Pertimbangan dan kerjasama yang puan berikan didahulukan dengan ucapan ribuan terima
kasih jua.

Sekian,

( AZIZ BIN ADAM )

Anda mungkin juga menyukai