Anda di halaman 1dari 29

HALAL: ANTARA TUNTUTAN AGAMA

DAN STRATEGI EKONOMI1

Oleh:
Zawanah Binti Muhammad
Haji Munir Bin Haji Md. Salleh
Abdul Muhaimin Bin Mahmood

1. PENDAHULUAN

1.1 Kertas ini akan membincangkan tentang tajuk “Halal: Antara Tuntutan Agama
dan Strategi Ekonomi‟‟. Di dalam kertas kerja ini, saya ingin mengajak para peserta
memahami konsep halal dari kacamata agama. Seterusnya memahami peranan JAKIM
dalam membangunkan pengurusan pensijilan halal di Malaysia serta usaha menjadikan
halal sebagai salah satu sistem ekonomi yang berdaya saing dan menyumbang kepada
perkembangan ekonomi negara.

2.0 DEFINISI HALAL

2.1 Perkataan halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan
yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak. Dalam Munjid, ia
didefinisikan sebagai sesuatu yang dibolehkan oleh Allah SWT2. Manakala menurut
Kamus Dewan, halal bermaksud hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan
(dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan 3. Ia
merupakan perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan haram. Perkataan halal

1
Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Dato‟ Haji Wan Muhammad Bin Dato‟ Syeikh Abdul
Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam seminar “Pentadbiran Hal-Ehwal
Islami Di Malaysia : Cabaran Semasa Dan Perancangan Masa Depan” Pada 6-7 Ogos 2008”, di Istitut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.
2
Al-Munjid fi al Lughah al-Arabiyah al-Mucasirah, Bayrut, hlm. 309.
3
Kamus Dewan, (Edisi ke-3) Kuala Lumpur: DBP, hlm 430

1
juga ditakrifkan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”)
1975.4 Begitu juga dalam Garis Panduan Makanan, Minuman Dan Barang Gunaan Orang
Islam.

2.2 Dari sudut Istilah syarak, halal didefinisikan sebagai sesuatu yang harus, yang
diizinkannya di sisi syarak5. Dr. Yusuf al-Qardawi pula mendefinisikan halal sebagai
sesuatu yang diharuskan, yang terungkai padanya ikatan larangan, dan diizinkan oleh
syarak untuk melakukannya6. Berpandukan definisi tersebut, dapatlah dirumuskan
bahawa halal adalah merujuk kepada sesuatu yang diharuskan oleh Allah SWT untuk
manusia memakan, mengguna, bermuamalah dan sebagainya. Sesuatu perkara dianggap
halal dalam Islam selama mana tiada nas atau dalil yang menunjukkan bahawa ia adalah
haram. Sehubungan itu, skop halal dalam Islam bukan sahaja tertumpu kepada makanan
dan barang gunaan, bahkan, meliputi sistem ekonomi, kewangan dan seluruh aspek
kehidupan manusia.

2.3 Perbahasan halal merupakan satu perbahasan yang amat luas. Sebagai contoh, jika
dilihat dari aspek pemakanan sahaja, sesuatu makanan yang diproses boleh dikelaskan
sebagai halal sekiranya ia dihasilkan dengan menggunakan bahan mentah, komponen dan
aditif yang halal serta pemprosesannya berasaskan panduan yang ditetapkan syarak.
Dengan kata lain, aspek halal dalam pemakanan adalah merangkumi penyediaan,

4
Akta Perihal Dagangan 1972 (Perintah Perihal Dagangan ) (Penggunaan Perbahasaan “Halal”
1975 ). Tafsiran menjelaskan tanda pada makanan seperti “Makanan Orang Islam” atau “Ditanggung Halal
“ atau “ Halal” atau sebagainya bolehlah diertikan seperti berikut:
i) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang
dilarang oleh syarak atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii) Tidak mengandungi benda-benda najis
iii) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan alatan yang tidak bebas dari najis
iv) Semasa penyediaan, memproses atau menyimpan tidak bersentuhan atau berdekatan dengan
perkara yang tidak memenuhi kehendak syarak.
5
Wizārah al-'awqāf wa al-shucūn al-Islamīyyah, al-Mausūcah al-fiqhiyyah, Thabacah Zat al-
Salasil, al-Kuwait, 1410H./ 1990, jld. 18, hlm. 74.
6
Al-Qardawi, Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Maktabah al-Islami, Bayrut, 1415H./1994,
hlm. 17.

2
pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan.
Keseluruhannya hendaklah tidak terkeluar daripada ketentuan syarak.

3. HALAL DALAM PERSPEKTIF ISLAM

3.1 Islam merupakan agama yang syumul. Syariatnya mencakupi seluruh aspek yang
diperlukan oleh manusia, meliputi akidah, ibadah, muamalat, munakahat, jenayah dan
akhlak. Ringkasnya, Islam menetaskan hukum, peraturan dan undang-undang terhadap
semua perkara yang menyentuh perbuatan manusia. Matlamat pensyariatan hukum-
hakam dalam Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan7 manusia bagi kehidupan di
dunia atau akhirat atau kedua-duanya8. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Allah
SWT telah menjelaskan sepenuhnya kepada manusia, apa yang baik dan buruk, halal
ataupun haram untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat.

3.2 Pada asasnya, sesuatu benda atau sesuatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima
perkara iaitu halal, haram, sunat, makruh dan harus. Bagi perkara yang halal secara
mutlak, kita disuruh oleh Allah SWT untuk memakan atau menggunakannya; manakala
yang haram kita disuruh untuk menjauhinya. Adapun bagi perkara yang syubhah, kita

7
Menurut istilah ulama Usul, Maslahah didefinisikan sebagai manfaat yang dimaksudkan oleh al-
c
Shāri yang Maha Bijaksana untuk hamba-hambanya daripada memelihara agama, jiwa, akal, keturunan
dan harta. Lihat, al-Būtī, Muhammad Sacid Ramadān, Dawābīt al-maslahah fī al-sharīcat al-Islāmiayah,
Mu'assasah al-Risālah, Bayrūt, Ed. Ke-4, 1402 H./ 1982, hlm. 23.
8
Menjelaskan perihal tersebut, Imam Ibn al-Qayyim menyatakan; "maka sesungguhnya syariat itu
terbina di atas asas hukum dan maslahat manusia di dunia dan akhirat. Syariat itu keseluruhannya adalah
adil, keseluruhannya adalah rahmat, keseluruhannya adalah maslahat dan keseluruhannya adalah hikmah.
Maka setiap maslahat yang menyimpang dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada sebaliknya,
dari maslahat kepada ke burukkan dan dari hikmah kepada sia-sia, maka maslahat itu bukan dari syariat…".
Ibn al-Qayyīm al-Jauwziyyah, Iclām al-muwaqqicīn, Dār al-Hadith, al-Qāherah, 1414H./1993, jld. 3, hlm. 5.

3
diperingatkan agar meninggalkannya bagi mengelakkan kita terjebak ke dalam perkara
yang haram9.

3.3 Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan
seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas
setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan
membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang
haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT10. Terdapat
banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyeru dan memerintahkan umat Islam agar
mengambil berat dalam mencari yang halal dan meninggalkan yang haram. Antara ayat-
ayat al-Quran dan hadis yang meyentuh perihal tersebut ialah;

9
Sabda Rasulullah SAW;

Maksudnya;
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyir r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya
perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara
syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang
menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah
dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam
perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada
sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul darah, yang apabila ia baik maka baiklah
9
seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati. Abu
al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab akhzu al-halal wa tark al-
syubuhat, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no. hadis; 4178, Jld. 5, hlm. 50.
10
Sila rujuk, Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj,
Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin
Interprise, 1998, hlm. 1.

4
3.3.1 Firman Allah SWT;
             

                

11
           
Maksudnya;
Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang
halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika
betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi,
dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa
terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak
pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia
berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

3.3.2 Firman Allah SWT lagi;

12
            
Maksudnya;
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah
dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan
bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-
mata.

3.3.3 Firman Allah SWT lagi;

13
           
Maksudnya;
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan
kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan.

11
Al-Quran, surah al-Baqarah, 2: 172.
12
Al-Quran, surah al-Nahl, 16: 114.
13
Al-Quran, surah al-Mu‟minun 23: 51.

5
3.3.5 Firman Allah SWT lagi;

14
      
Maksudnya;
Dan Allah s.w.t telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan
riba.

3.3.6 Firman Allah SWT lagi;

                 

15
             

Maksudnya;
Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari
(sembelihan binatang-binatang halal) Yang disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu
apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa
memakannya? dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan
dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
melampaui batas.

3.3.7 Firman Allah SWT lagi;


                

                 

16


14
Al-Quran, surah al-Baqarah, 2: 275.
15
Al-Quran, surah al-„Ancam, 6: 119.
16
Al-Quran, surah al-Maidad, 5: 4.

6
Maksudnya;
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang
dihalalkan bagi mereka?”, bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi
kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh)
binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara
pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab
peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh
itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah
atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah
(dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); sesungguhnya
Allah Maha cepat hitungan hisabNya"

3.3.8 Rasulullah SAW bersabda;

17 ] [51 ]
[

Maksudnya:
Abu Hurairah r.a. berkata; bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia,
sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Dan
sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin dengan
apa yang telah diperintahkan ke atas para rasul yang diutuskan. Firman Allah;
(wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan
kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan). Firman Allah; (wahai orang-orang yang beriman!
makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan
kepada kamu). Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan perihal seorang lelaki
yang telah merantau jauh, kusut masai dan berdebu, sambil menadahkan kedua
tangannya ke langit (memohon doa): “Ya Tuhan ku, Ya Tuhan ku”, sedangkan
makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram ( dan sarapannya

17
Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab Qabul al-Sadakah min al-
kasb al-tayyib watarbiyatiha, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no. hadis; 2393, Jld. 3, hlm. 83. Al-Turmuzi,
Muhammad Bin Isa, Sunnan al-Turmuzi,Bab Surah al-Baqarah, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar
Ihya‟ al-Thurath al-Arabi, Bayrut, no. hadis; 2989, jld. 5, hlm. 220. Al-Zuhaily, Wahbah, Tafsir al-Munir,
Dar al-fikr al-mucasirah, Bayrut, Lubnan, 1411H./ 1991, jld. 18, hlm. 58.

7
haram). Bagaimana (dengan demikian itu) doanya boleh dimakbulkan ( oleh
Allah SWT).

3.3.9 Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya:
Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang
halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”.
Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).

3.4 Keseluruhan nas al-Quran dan hadis di atas menunjukkan penghujahan yang amat
kuat bahawa Islam sangat mengambil berat tentang halal dan haram, kerana semua yang
halal itu akan mendatangkan manfaat, sedangkan perkara haram akan mendatangkan
mafsadah ke atas manusia19, baik di dunia mahupun akhirat.

4. PRINSIP ISLAM DI DALAM URUSAN HALAL DAN HARAM

4.1 Bagi menjelaskan lagi halal dalam perspektif Islam, dijelaskan di sini beberapa
prinsip yang menjadi asas bagi permasalahan halal sebagaimana disebutkan oleh Dr.
Yusuf al-Qardawi20 :

18
Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din
c
Ali bin Abi Bakr, Majmac al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-
Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520
19
Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 1415H./ 1994, hlm. 31.
20
Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-Halal wa al-haram fi al-Islam telah menyebutkan
sebelas prinsip yang menjadi tunjang halal dan haram dalam Islam. Primsip-prinsip tersebut ialah;
1. Asal bagi sesuatu perkara adalah mubah
2. Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah
3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah sama seperti syirik
4. Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara keji dan memudaratkan.
5. Perkara yang halal tidak memerlukan lagi perkara yang haram
6. Perkara-perkara yang membawa kepada haram adalah haram
7. Berhelah dalam perkara yang haram adalah haram
8. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram

8
Pertama: Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah.

4.2 Jumhur ulama bersepakat bahawa asal bagi sesuatu perkara adalah harus,
melainkan ada dalil atau nas syarak yang menunjukkan ia adalah haram. Kaedah asal
setiap sesuatu itu adalah harus, tidak terhad kepada benda sahaja, bahkan ia meliputi
perbuatan dan tingkah laku yang tidak tergolong dalam urusan ibadah.

4.3 Semua perkara yang dikategorikan sebagai „adat dan muamalat‟ adalah tidak
diharamkan dan diberikan keluasan bagi manusia untuk menentukan bagaimana cara dan
bentuk yang bersesuai dengan situasi kehidupan mereka, melainkan yang telah
diharamkan atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Berlainan pula dalam urusan ibadah, di mana asalnya adalah haram melainkan apa yang
ditentukan bentuk dan caranya oleh Allah SWT. Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah
SAW:

21

Maksudnya;
Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa yang mengada-
adakan satu perkara baru dalam urusan kami yang bukan darinya, maka ia
tertolak.”

9. Menghindarkan diri daripada perkara syubhat kerana khuatir terjebak ke dalam perkara haram
10. Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang
11. Keadaan darurat membenarkan perkara yang dilarang (haram). Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf,
1415H./ 1994, hlm.22-39.
21
Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab naqdi al-ahkam al-batilah
war ad muhdathat al-umur, no. hadis; 4589, jld. 5, hlm. 132. Lihat juga, al-Bukhari, Muhammad Ismail, al-
Jamic al-sahih al-mukhtasar, Bab iza istalahu ala sulh jur fa al-sulh mardud, tahqiq, Dr. Mustafa Dib al-
Bhura, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1407H./ 1987, no. hadis; 2550, jld.4, hlm. 220.

9
Kedua: Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak
Allah SWT

4.4 Di dalam Islam, kuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu adalah hak Allah
SWT semata-mata. Islam membataskan kuasa ini demi untuk menjaga kesucian agama.
Sehubungan itu, apa yang dihalalkan oleh syariat adalah halal, dan apa yang diharamkan
oleh syariat adalah haram meskipun ia sangat baik menurut nafsu. Manakala bagi sesuatu
perkara tidak dinyatakan status halal dan haram oleh Allah SWT, maka ia adalah halal
sekiranya perkara itu dapat membawa manfaat dan tidak mendatangkan kemudaratan
kepada manusia. Dalam hal ini Salman Al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
ada bersabda;

Maksudnya;
Halal ialah apa yang telah dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, dan yang
haram itu ialah apa yang telah diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan
sesuatu yang didiamkan itu adalah dimaafkan untuk kamu.

4.5 Sehubungan itu, hanya Allah SWT sahajalah yang mempunyai hak mutlak untuk
menetapkan halal dan haram di dalam kitabNya, atau melalui perantaraan rasulNya.
Manakala para fuqaha hanya berperanan sebagai perantara untuk menjelaskan hukum-
hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sama ada yang telah dihalalkan atau yang
diharamkan.

22
Al-Turmuzi, Muhammad bin Isa, al-Jamic al-sohih sunan al-Turmuzi, Bab ma ja‟a fi labs al-
farra‟, no. hadis, 1726, jld.4, hlm.220. Syekh al-Albani berkata, hadis ini adalah Hasan.

10
Ketiga: Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama
seperti syirik.

4.6 Sebagaimana disebutkan, hak untuk menentukan halal dan haram dalam Islam
adalah hak Allah SWT sepenuhnya. Justeru, sebarang usaha untuk mencampuri urusan
Allah SWT dengan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram
(hukumnya) adalah sama seperti syirik, kerana perbuatan mereka itu seumpama
mencabar kekuasaan Allah SWT.

4.7 Lantaran itu, Allah SWT mencela secara nyata orang yang mengharam dan
menghalalkan sesuatu dengan sewenangnya, kerana perbuatan mereka itu sudah
melampaui batas. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl;

              

23
        

Maksudnya:
Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah
kamu; “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta
terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak
akan berjaya.

Keempat: Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara


keji dan memudaratkan.

4.8 Sebagaimana dijelaskan, matlamat dari pensyariatan hukum di dalam Islam pada
keseluruhannya adalah untuk mendapatkan perkara yang membawa kebaikan (maslahat)
dan menolak perkara yang membawa keburukan (mafsadah) terhadap manusia.
Keseluruhan perintah Allah SWT dari al-Quran ataupun sunnah sama ada berbentuk

23
Al-Quran, surah al-Nahl, 16: 116

11
suruhan atau tegahan kesemuanya adalah untuk kemaslahatan hambanya di dunia dan
akhirat 24. Justeru itu, Shekh cIzz al-Din bin Abd al-Salam (578-660H) di dalam kitabnya
qawacid al-ahkam fi masalih al-'anam telah mengembalikan permasalahan fiqh
keseluruhannya kepada asas mengambil iktibar terhadap maslahat dan menolak
mafsadah25. Imam al-Suyuti di dalam kitabnya Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furuc
fiqh al-syafci juga menegaskan bahawa, keseluruhan hukum-hakam yang disyariatkan
adalah merujuk kepada maslahat, kerana menolak mafsadah itu adalah merupakan
sebahagian daripada maslahat"26.

4.9 Semua yang dihalalkan dalam Islam adalah merupakan perkara yang dapat
mendatangkan manfaat terhadap manusia. Oleh itu, sekiranya ditimbulkan persoalan
apakah perkara yang halal dalam Islam, maka jawapannya adalah ia merujuk kepada
perkara yang baik-baik (al-tayyibat). Maksudnya, ia adalah perkara-perkara yang
dianggap baik oleh jiwa yang normal dan dapat digunapakai oleh semua manusia yang
tidak timbul hasil dari pengaruh adat dan tradisi. Firman Allah SWT;

27
.         
Maksudnya;
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang
dihalalkan bagi mereka? bagi menjawabnya, katakanlah: Dihalalkan bagi kamu
(memakan) yang lazat-lazat serta baik”.

24
Sila lihat; al-Shātibī, al-Muwāfaqāt, Dār Ibn cAffān, al-Mamlakah al-cArabiyyah Sacūdiyyah,
Tahqīq 1417 H./ 1997, jld. 2, hlm. 9. Lihat juga, al-Khudarī Bīk, Muhammad, 'Usūl al-Fiqh, al-Maktabah
al-Tijāriyyah al-Kubrā, al-Qāhirah, 1389 H./ 1969, Ed. Ke-6, hlm. 300. al-Suyūtī, cAbd al-Rahmān, al-
'ashbāh wa al-nāzāir fi qawācid wa furūc fiqh al-syāfcī, Tahqīq Muhammad bin Muhammad Tāmir & Hāfiz
c
Ashūr Hāfiz, Dār al-Salām, al-Qāherah, , 1424 H./ 2004 , jld. 1, hlm. 64, al-Būtī, Muhammad Sacid
Ramadān, Dawābīt al-maslahah fī al-syrīcat al-Islāmiayah, hlm. 73.
25
al-Dusi, Hassan Salim, Manhaj fiqh al-muwazanat fi al-sharc al-Islami, dlm Majalah al-syaricah
wa al-dirasat al-Islamiah, 46: 373-431, Majlis al-Nashr al-cIlmi1426H./2005, hlm. 377.
26
al-Suyūtī, cAbd al-Rahmān, Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furuc fiqh al-syafci, Tahqīq
Muhammad bin Muhammad Tāmir & Hāfiz cAshūr Hāfiz, Dār al-Salām, al-Qāherah, 1424 H./ 2004, jld. 1,
hlm. 64.
27
Al-Quran, surah al-Ma‟idah, 5: 4.

12
4.10 Justeru itu dalam surah al-Maidah, Allah SWT mengingatkan orang yang beriman
agar tidak sekali-kali mengharamkan ke atas diri mereka apa yang telah dihalalkan oleh
Allah SWT. Firman Allah SWT;

                

. 28             . 

Maksudnya;
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang
baik-baik yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu
melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan
makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang halal
lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman29.

28
Al-Quran, surah al-Ma‟idah, 5: 87-88.
29
Dr. Yusuf al-Qardawi menyebutkan, ayat ini telah diturunkan kerana terdapat di kalangan kaum
muslimin di Madinah, beberapa orang yang bersikap keras dan berlebihan. Mereka mengharamkan diri
mereka perkara-perkara yang baik. Sehubungan itu, Allah Taala menurunkan ayat-ayat muhkamah agar
mereka dapat berdiri di atas batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah, dan mengembalikan mereka
ke jalan Islam yang lurus Al-Qardawi, Yusuf, hlm. 30. Syekh Muhammad cAli al-Sayis dalam dalam
kitabnya Tafsir ayat al-ahkam juga telah menyebutkan sebab diturunkan ayat ini sebagaimana berikut;

Maksudnya;
Pada suatu hari Rasulullah SAW telah duduk bersama para sahabatnya di rumah cUsman bin
Mazcun bagi memberi peringatan kepada mereka. (Dalam peringatan tersebut Rasulullah SAW)
telah menyifatkan mereka perihal keadaan hari kiamat, dan memerincikan (perihal keadaan
tersebut) dan juga memanjang bicara mengenai peringatan dan ancaman (tentang keadaan di
hari kiamat). Justeru, mereka berazam untuk menolak dunia dan mengharamkan ke atas diri
mereka makanan yang baik (enak), minuman yang lazat, dan mereka juga berazam untuk
berpuasa pada siang hari, berkiamullai pada malam hari, dan tidak akan tidur bersama isteri
mereka. Bukan sekadar itu, bahkan wujud juga dikalangan mereka yang berazam untuk
memotong alat kelaminnya, memakai pakaian yang kasar, dan mengembara di bumi. Apabila
berita mereka tersebut sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, maka Rasulullah SAW bertayakan
kepada mereka berkenaan perkara tersebut, lalu mereka menjawab; Tidaklah kami kehendaki

13
Kelima: Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram

4.11 Syariat Islam sangat menghargai niat yang baik, kerana niat yang baik akan dapat
membangkitkan perbuatan mulia. Sabda Rasulullah s.a.w;
30

Maksudnya;
Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu
dinilai berdasarkan apa yang diniatkannya.”

4.12 Sehubungan itu, maka setiap amalan yang harus, apabila dikerjakan oleh seorang
mukmin dengan niat yang baik, kesemuanya akan menjadi ibadah kepada Allah SWT
Manakala perkara yang diharamkan, ia akan tetap dihukum sebagai haram, sekalipun
orang yang melakukannya berniat baik atau bertujuan mulia. Islam tidak akan sesekali
memperakui perbuatan yang haram sebagai wasilah untuk mencapai matlamat yang
terpuji. Oleh itu syariat Islam menolak semua sekali prinsip: [Matlamat menghalalkan
cara] atau prinsip: [Untuk menuju kebenaran, tidak mengapa jika bergelumang dengan
banyak kebatilan]. Malah Islam mengatakan, untuk menuju matlamat yang benar
mestilah melalui cara yang benar juga.

Keenam: Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang.

4.13 Perkara yang diharamkan di dalam Islam adalah bersifat menyeluruh dan
mengikat semua orang. Oleh itu, apa yang dihalalkan oleh Allah SWT, maka ia adalah

dari demikian itu melainkan kebaikan. Justeru, Rasulullah SAW bersabda kepada mereka;
((Sesungguhnya aku tidak memerintahkan dengan demikian itu, sesungguhnya untuk diri kamu
ada hak yang perlu ditunaikan, maka hendaklah kamu berpusaa dan berbuka, bagun pada malam
hari dan juga tidur. Sesungguhnya aku bangun dan juga tidur pada malam hari, aku berpuasa
dan juga berbuka, aku memakan daging dan juga lemak, dan aku juga mendatangi isteri. Oleh itu,
barang siapa yang tidak inginkankan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku)). Al-Sayis,
Muhammad cAli, Tafsir ayat al-ahkam, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1422H./ 2002, jld. 2, hlm. 607.
30
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, al-Jamic al-sohih al-mukhtasar, Bab kaifa kana bad‟ al-
wahyu ila Rasulullah SAW, no. hadis; 1, jld. 1, hlm. 3.

14
halal untuk semua, dan apa yang diharamkan, maka ia haram untuk semua. Sebagai
contoh, hukuman bagi kesalahan mencuri adalah haram dan perlu dijatuhkan hukuman
potong tangan terhadap pelakunya. Maka hukum ini akan tetap dijalankan tidak kira apa
keturunan dan darjat kedudukannya. Inilah apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya;
"...Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti
akan kupotong tangannya".

4.15 Kesimpulannya, prinsip-prinsip yang telah diketengahkan tersebut, cukup


memadai untuk memberikan gambaran yang amat jelas berkenaan ruang lingkup aktiviti
dan amalan yang berkaitan dengan halal haram dalam Islam. Penekanan syarak terhadap
prinsip halal haram menggambarkan betapa pentingnya pematuhan terhadap hukum dan
ketentuan Allah. Demikian kerana Allah SWT Maha Mengetahui akan segala rahsia dan
hikmah yang terselindung di sebalik halal dan haram bagi sesuatu perkara, sama ada
melibatkan perhubungan sesama manusia atau manusia sesama makhluk Allah yang lain.

5. PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISU HALAL

5.1 Pengertian halal yang luas ini memberi gambaran tentang betapa pentingnya
konsep halal ini diterapkan dalam kehidupan. Ini adalah kerana pematuhan kepada
standard halal yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, memberi kesan yang besar kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang patuh kepada suruhan dan larangan
Allah sudah pasti akan menjadi individu yang amanah kepada tugasnya. Mereka yang
amanah sudah pasti menghasilkan kerja yang bermutu dan berkualiti. Masyarakat yang

31
Muslim, Sahih Muslim, Bab qat‟ al-shariq al-sharif wag hair wa al-nahyi an alshafa‟ah fi al-
hudud, no. hadis. 4505, jld.5, hlm. 114. al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Bab zikr Usamah bin Zaid r.a. no.
hadis. Jld. 3, hlm. 1336. ,

15
berkualiti sudah pasti menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti. Naluri manusia
sememangnya berhajat kepada sesuatu yang berkualiti.

5.2 Persepsi masyarakat terhadap konsep halal juga telah berubah daripada hanya
merangkumi soal halal haram untuk keperluan diri (kegunaan diri) kepada soal halal
haram melibatkan keperluan masyarakat yang merancakupi seluruh aspek kehidupan.
Dewasa ini, isu halal telah menjadi keutamaan syarikat dan industri dalam mengeluarkan
sesuatu produk, demi untuk memastikan pruduk yang dikeluarkan dapat diterima oleh
masyarakat. Lantaran itu, halal telah menjadi satu fenomena perniagaan di mana ia dapat
mempengaruhi sesuatu produk perniagaan mendapat pasaran yang meluas khususnya di
kalangan pengguna Islam.

5.3 Sehubungan itu, banyak syarikat dan industri perniagaan berusaha untuk
medapatkan persijilan halal bagi pruduk pengeluaran mereka. Sebagai contoh Syarikat
Nestle Malaysia32, telah mewujudkan Jawatankuasa Halal sejak tahun 1980an yang
terdiri daripada para eksekutif kanan Muslim daripada pelbagai bidang dan
bertanggungjawab bagi semua hal berhubung Pematuhan Halal. Syarikat ini telah
membuat pengesahan bahawa mereka hanya mengeluar, mengimport dan mengedar
barangan yang telah disahkan “Halal” oleh badan-badan pensijilan yang diiktiraf.
Syarikat ini mengimport barangan halal dari 66 kilang Nestle di seluruh dunia yang
disahkan halal dan mengeksport produknya ke lebih 40 buah negara seluruh dunia dengan
jualan eksport melebihi RM470 juta. Nestle (Malaysia) Berhad juga disenaraikan sebagai
sekuriti mematuhi Syariah di papan utama Bursa Malaysia.

5.4 Skop industri halal di Malaysia bukan sahaja tertumpu pada produk makanan dan
barang gunaan, bahkan telah meliputi sistem ekonomi iaitu kewangan dan perbankan
Islam. Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam memartabatkan sistem
kewangan Islam ke peringkat antarabangsa serta menjadikan Malaysia sebagai hub

32
http://www.nestle.com.my/Nestle+Insights/Corporate+Information/NestleinMalaysia.htm,
7/22/2008

16
keuwangan Islam Antarabangsa (MIFC). Sebagai ahli jawatankuasa dalam jawatankuasa
eksekutif MIFC, JAKIM pempunyai peranan yang tersendiri dalam industri kewangan
dan perekonomian Islam, khususnya dalam menjalankan penyelidikan dan penetapan
hukum (fatwa) melalui Mensyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK). Semenjak
tahun 1974-2007, MJFK telah memutuskan hukum bagi isu-isu muamalat (kewangan,
perekonomian) sebanyak 90 fatwa di antaranya hukum berkenaan insuran, takaful, al-
rahn, hukum sistem jualan langsung (MLM), Amanah Saham Nasional (ASN) dan
pelaburan dalam Swiss Cass.

6. POTENSI PASARAN GLOBAL PRODUK HALAL

6.1 Pada tahun 2007, bilangan penduduk dunia dianggarkan mencecah 6.7 billion
orang. Daripada jumlah itu, hampir 25 peratus daripadanya adalah beragama Islam.
Populasi mereka bertaburan di seluruh dunia dengan majoritinya berada di Asia melebihi
satu bilion orang.33 Menurut satu kajian, dianggarkan sehingga tahun 2010 jumlah
penduduk Islam meningkat kepada tiga billion orang, manakala menjelang tahun 2025,
bilangannya meningkat kepada 30 peratus keseluruhan jumlah penduduk dunia.

6.2 Pasaran produk halal tidak terhad kepada orang-orang Islan dan negara Islam
sahaja. Negara-negara seperti Australia, New Zealand dan Afrika Selatan walaupun
mempunyai penduduk Islam yang rendah tetapi tetap mempunyai potensi dalam memberi
sumbangan kepada perdagangan halal dunia. Permintaan terhadap pasaran halal ini
dijangka meningkat dengan ketara, kesan dari peningkatan jumlah penduduk Islam
seluruh dunia dan trend umat Islam kini yang semakin sedar tentang pengambilan
makanan dan produk halal hasil daripada peningkatan tahap pendidikan umat Islam. Di
samping itu, masyarakat bukan Islam juga mula menyedari bahawa halal merupakan
simbol atau penanda aras bagi kualiti dan mutu sesuatu produk yang dikeluarkan oleh
sesebuah syarikat.

33
Sabri Hussin, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa Dan Pustaka , Julai 2008 hlm: 13

17
6.3 Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang
memetik sumber Biro Pasaran Antarabangsa Kanada, menyatakan jumlah penduduk
Islam pada masa ini ialah 1.8 bilion. Sekiranya setiap seorang membelanjakan US$0.85
(RM 3.23) sehari, pasaran produk halal dianggarkan akan mencecah US$ 560 bilion atau
RM 2.12 trilion setahun. Di Malaysia sahaja dengan anggaran jumlah penduduk Islam
sebanyak 60 peratus dan sekiranya perbelanjaan setiap individu dianggarkan sebanyak
RM 1.00 sehari, maka pasaran produk halal tempatan dianggarkan bernilai sebanyak RM
5 bilion setahun34.
7. PERKEMBANGAN TERKINI

7.1 Dewasa ini, industri halal sedang berkembang pesat. Justeru, ramai pihak sedang
berlumba-lumba untuk menceburi bidang ini. Ia berikutan kecederungan masyarakat
mengguna atau membeli pruduk halal semakin meningkat. Situasi ini memberi dorongan
dan desakan kepada syarikat untuk mengeluar makanan atau produk halal. Berdasarkan
statistik e-halal, sejumlah 2582 syarikat telah mendapat pengesahan halal JAKIM
sepanjang tahun 2003 – Jun 2008. Daripada jumlah tersebut, 555 adalah mewakili
syarikat bumiputera, manakala 2027 lagi adalah mewakili syarikat bukan bumiputera.

7.2 Semenjak sijil halal diperkenalkan, jumlah syarikat yang memohon persijilan
halal meningkat dari tahun ke setahun dengan ketara, sebagai contoh, pada tahun 2003
hanya 189 permohonan diterima, tetapi pada tahun 2004 telah meningkat kepada 681
permohonan. Pada tahun 2005 pula bilangan permohon baru meningkat kepada 708
permohonan dan kemudian melonjak kepada 2083 permohonan pada tahun 2006.
Manakala untuk tahun 2007 dan sehingga Jun 2008, bahagian JAKIM telah menerima
2853 permohonan baru. Jumlah keseluruhan permohonan dari 2003 – Jun 2008 tersebut
adalah sebanyak 6514 permohonan. Daripada 6514 permohonan tersebut, 1682 adalah

34
Jafri Abdullah, Malaysia hub pengeluar produk halal: Potensi dan cabaran, Jurnal Halal,
Kementerian Kemajuan Islam Malaysia, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur, bil. 1,
1427H./ 2006, hlm.33.

18
mewakili syarikat bumiputera dan 4832 pula adalah permohonan dari syarikat bukan
bumiputera. Keseluruhan permohonan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan
pengesahan status halal kepada 5845 produk, 596 premis makanan dan 78 rumah
sembelihan35.

7.2 Industri halal di Malaysia kini melibatkan penggemblengan usaha dan kerjasama
pelbagai pihak seperti kerajaan, badan-badan berkanun dan Badan Bukan Kerajaan.
Menurut Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2010, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Malaysia, industri halal merangkumi makanan, produk bukan
makanan termasuk farmaseutikal, produk kesihatan, peralatan perubatan, kosmetik dan
produk dandanan diri, dan perkhidmatan termasuk aktiviti seperti logistik,
pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran, media cetak dan eletronik, serta perjalanan
dan pelancongan.

7.3 Berikutan pesatnya industri halal, peranan JAKIM sebagai pusat rujukan
perkembangan hukum semakin bertambah. JAKIM telah menyediakan ruangan soal
jawab agama melalui portal JAKIM dan ia telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada pelayar portal JAKIM untuk mendapatkan penjelasan hukum
dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Pada tahun 2007 JAKIM telah menerima 6298
soalan dan pada tahun 2008 sehingga bulan Jun JAKIM telah menerima 4871 soalan.
Selain daripada saluran portal JAKIM, pengguna dan masyarakat Islam boleh
mengemukakan persoalan melalui aduan-aduan awam.

7.4 Sehubungan itu, JAKIM akan memperhebatkan lagi usaha mendidik masyarakat
bukan sahaja menjadi pengguna yang peka terhadap produk halal malah mengajak
mereka terlibat sebagai pengusaha atau pengeluar produk halal dan seterusnya menjadi
usahawan yang berjaya. Penyebaran maklumat dan penerangan melalui saluran-saluran

35
www.halaljakim.gov.my, 30/7/2008.

19
informasi yang ada seperti media internet, media eletronik, media cetak dan forum-forum
tertentu seperti talk show akan diteruskan.

8. BIDANG MUAMALAT

8.1 JAKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal Islam
di Malaysia, turut bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi pusat
dalam urusan berkaitan muamalat dan kewangan Islam. Ini adalah selaras dengan
peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadual Kesembilan
Senarai Negeri memperuntukkan bahawa urusan hal ehwal Islam berkaitan dengan orang
Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri manakala Senarai Persekutuan
memperuntukkan urusan-urusan yang termasuk di bawah bidang kuasa persekutuan
seperti perbankan dan sebagainya.

8.2 Bermula dari Dasar Penerapan Nilai Islam dalam sektor perkhidmatan awam
yang diperkenalkan pada tahun 1985, JAKIM telah menyediakan garispanduan
pelaksanaan dasar ini kepada seluruh agensi kerajaan. Sistem pengurusan kewangan dan
perbankan turut sama menerima kesan dari dasar ini. Hasilnya beberapa produk Islam
dalam sektor ekonomi telah berjaya diperkenalkan seperti sistem perbankan Islam, sistem
gadaian Islam, takaful, sistem pinjaman perumahan dan kenderaan berkonsepkan al-Bai‟
bi Thaman „Ajil dan sebagainya.

8.3 Semenjak penubuhan Bank Islam Malaysia Bhd pada tahun 1983, sistem
perkembangan Islam terus berkembang di negara ini. Menurut laporan yang dikeluarkan
oleh Malaysian International Islamic Financial Centre, kini terdapat 33 buah bank
menawarkan produk kewangan Islam di Malaysia, di mana 13 daripadanya adalah Full-
fledged Islamic Banks. Bank-bank tersebut ialah Affin Islamic Bank Berhad, AmIslamic
Bank Berhad, Asian Finance Bank Berhad, Bank Islam Malaysian Berhad, CIMB Islamic
Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, RHB
ISLAMIC Bank Berhad, Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia), Kuwait

20
Finance House (Malaysia) Berhad, EONCAP Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic
Berhad dan Alliance Islamic Malaysia Bank Berhad.

8.4 Selain itu, bank-bank perdagangan dan pelaburan juga turut menyediakan skim
perbankan Islam di negara ini. Kini terdapat 6 Bank perdagangan (Commercial banks)
yang telah menawarkan skim kewangan Islam di Malaysia iaitu; Citibank Berhad, HSBC
Bank Malaysia Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Public Bank Berhad, Standard
Chartered Bank Malaysia Berhad dan Royal Bank of Scotland Berhad. Manakala bank
pelaburan (invesment Banks) pula, sehingga kini terdapat 7 buah bank yang menawarkan
skim perbankan Islam iaitu; Amlnvesment Bank Berhad, Alliance Investment Bank
Berhad, Aseambankers Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Kaf
Investment Bank Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad dan OSK Inverstment
Bank Berhad36.

8.5 Perkembangan pesat skim perbankan Islam di negara ini, telah membolehkan aset
perbankan Islam mencecah RM135 bilion dan takaful kepada RM7.2 bilion dan ia
merupakan antara jumlah aset yang terbesar di dunia. Jumlah aset ini adalah merupakan
hasil pertambahan dua kali ganda dengan kadar 18% dan 32% dalam tempoh lima tahun.
Bagi pasaran SUKUK37 Islam pula, nilai asetnya juga telah meningkat sehingga
mencecah RM170 bilion dan menjadikannya antara pasaran bon yang terbesar di dunia38.

8.6 Pada tahun 2004, YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Meteri
Malaysia telah memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari dan JAKIM diberi mandat
untuk melaksanakan Islam Hadhari di peringkat sektor awam. Pelaksanaan Islam Hadhari
juga memberi impak dalam sektor perekonomian, di mana pada 5 julai 2006 jemaah

36
Http:www.mifc.com/060103_list_ib.htm. 7/29/2008.
37
SUKUK: A document or certificate, documenting the undivided pro-rated ownership of
underlying assets. The sak (singular of sukuk) is freely traded at par, premium or discount.

38
Http:/www.mifc.com/01_discover.htm. 4/14/2008

21
meteri telah meluluskan usul untuk mejadikan Malaysia sebagai Pusat Keuwangan Islam
Antarabangsa (MIFC). Selaras dengan itu pihak kerajaan telah menubuhkan
Jawatankuasa Eksekutif MIFC dan JAKIM telah dilantik mengaggotai jawatankuasa
tersebut.

8.7 Perkhidmatan keuwangan Islam menekankan isu-isu syariah dilaksanakan dalam


sistem perbankan dan keuwangan. Dari segi praktikel, pihak industri khususnya bank
negara mempunyai majlis penasiat syariah tersendiri bagi merbincang dan memutuskan
hukum berkaitan produk-produk. Majlis Penasihat Syariah (Shariah Advisory Council)
Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Mei 1997 adalah pihak yang berautoriti
dalam penentuan hukum syarak bagi tujuan perniagaan perbankan Islam, perniagaan
takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan pembangunan kewangan Islam atau apa-
apa perniagaan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ahli-ahli Majlis dilantik oleh
Menteri Kewangan berdasarkan peruntukan Seksyen 16B Akta Bank Negara Malaysia
1958 [Akta 519]. Bank Negara Malaysia mempertanggungjawabkan MPS bagi mengawal
segala aktiviti yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Manakala Suruhanjaya Sekuriti
adalah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti terbitan modal, bursa
saham, dan bursa komoditi. Bagi tujuan pengawalan aktiviti-aktiviti tersebut secara
Islam, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti telah diberi mandat untuk memikul
tanggungjawab tersebut.39

8.8 Walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu merujuk kepada JAKIM bagi isu-
isu yang memerlukan fatwa. Dalam konteks ini, JAKIM perlu membuat penyelidikan dan
menyediakan kertas-kertas penyelidikan untuk dibincangkan dan diputuskan dalam
Mensyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK). JAKIM juga menyediakan
„forum‟ bagi membincang dan menyelaras pandangan-pandangan oleh Panel Penasihat
Syariah (MPS) semua institusi keuwangan melalui muzakarah MPS.

39
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=174&pg=467&ac=371&lang=bm, 7/25/2008

22
8.7 Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan
senarai terkini sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh syariah. Senarai
sekuriti patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia berkuat kuasa mulai 30 Mei
2008 telah mencecah sebanyak 843. Senarai sekuriti patuh syariah oleh Majlis Penasihat
Syariah Suruhanjaya Sekuriti akan dikemas kini dan diumumkan kepada orang ramai
oleh Suruhanjaya Sekuriti. Maklumat ini boleh diperolehi secara percuma dengan
melayari laman web Industri kewangan Islam mengalami situasi yang sungguh
memberangsangkan di samping krisis yang membimbangkan dalam industri perbankan
konvensional. Semakin hari semakin berkembang, malah semakin ghairah melancarkan
produk-produk kewangan Islam seperti bon Islam (SUKUK) dan pelbagai lagi instrumen
kewangan. Ini adalah kerana sistem kewangan Islam lebih selamat dan dipercayai di
kalangan pelabur, khususnya ketika berhadapan dengan ketidakpastian dalam suasana
ekonomi tidak menentu.

8.8 Pembangunan sistem keuwangan Islam di Mayasia dilengkapi dengan rangka


kerja perundangan yang lengkap, pengawalan dan penyediaan yang menyeluruh, produk
yang inovatif dan sumber manusia yang berterusan telah mendorong institusi-institusi
terkemuka menubuhkan operasi pengurusan dana Islam di Malaysia. Suruhanjaya
Sekuriti (SC) dalam siaran akhbarnya baru-baru ini telah memaklumkan bahawa mereka
telah meluluskan tiga institusi kewangan terkemuka untuk menubuhkan syarikat
pengurusan dana Islam (IFMC) di Malaysia. Tiga institusi itu ialah Kuwait Finance
House, DBS Asset Management dan CIMB-Principal Islamic Asset Management.
Penubuhan tiga IFMC baru itu adalah ekoran daripada langkah untuk mengukuhkan
kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa seperti yang
diumumkan dalam Bajet 2008.40

40
http://www.sc.com.my/bm/html/tpkpengetahuan/pressbm/pr_20080714bm.html, 7/23/2008

23
9. PERANAN JAKIM

9.1 JAKIM telah memainkan peranannya dalam pembangunan halal bermula pada
tahun 1974. JAKIM telah memberikan pengesahan halal kepada beberapa produk
makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar makanan tempatan.
Usaha tersebut dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam.
Sehingga Jun 2008 JAKIM merupakan badang induk pengurusan pensijilan halal di
negara ini. Perkembangan pesat industri makanan halal dunia menuntut agar JAKIM
meningkatkan kualiti pengurusan persijilan halal supaya ia dapat memenihi kehendak
pelanggang. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dari masa ke semasa bagi
memastikan sijil halal JAKIM berkualiti dan mampu bersaing serta diiktiraf di peringkat
dunia.

9.2 Antara usaha yang telah dijalankan ialah penyelarasan prosedur pengesahan halal
di seluruh negara. Aktiviti ini melibatkan semua prosedur berkaitan dengan pengesahan
halal meliputi aspek pemeriksaan, bentuk logo halal, borang permohonan sijil halal dan
kadar caj.

9.3 Sehubungan itu, bagi meningkatkan kualiti sijil halal di peringkat nasional,
JAKIM telah bekerjasama dengan SIRIM melalui Jabatan Standard Malaysia untuk
merangka dan menggubal standard yang diguna pakai di Malaysia iaitu MS1500:2004. Ia
merupakan standard kualiti dan menjadi garis panduan serta rujukan oleh industri-industri
di Malaysia. Keperluan yang terdapat di dalam standard ini wajib dipatuhi sebelum
JAKIM membuat pengesahan halal terhadap sesuatu permohonan pensijilan halal di
samping memenuhi keperluan yang digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia. Kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen rujukan rasmi yang digunakan
sebagai penanda aras proses pensijilan halal JAKIM. Standard ini telah berjaya
meletakkan Malaysia sebagai hub pengeluar produk halal dunia dan menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara Islam yang unggul dalam menerajui isu halal dunia.

24
9.4 Sesi penerangan melalui seminar, kursus bagi memberi kefahaman kepada indusri
berkaitan mengenai halal mencakupi prosedur dan standard giat dijalankan bagi
meningkatkan pengetahuan berkaitan pensijilan halal Malaysia. Selain itu, JAKIM juga
mengambil inisiatif memberi kefahaman kepada pengguna seiring dengan usaha
meningkatkan kualiti sijil halal melalui siaran televisyen dan radio di mana beberapa slot
telah diisi. Penerbitan Buletin Halal JAKIM, pameran-pameran dan minggu kesedaran
Halal yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Malaysia turut membantu
dalam proses penyebaran maklumat kepada masyarakat pengguna.

9.5 Bagi memastikan halal terus menjana ekonomi Negara, JAKIM akan terus
memainkan peranan dalam pendidikan halal kepada masyarakat, memperbanyakkan
kajian dan penyelidikan terutama dalam bidang ekonomi dan sistem kewangan Islam
sesuai dengan agenda kerajaan yang menjadikan Malaysia sebagai hub kewangan Islam
dunia.

9.6 JAKIM memberi keutamaan dalam penyelidikan dan kajian isu-isu semasa
berkaitan dengan bidang syariah seperti kekeluargaan, sosial, siasah syariyyah,
muamalat, ekonomi, perubatan, falak dan lain-lain. Kertas-kertas kajian yang dihasilkan
oleh bahagian penyelidikan akan dibawa ke dalam musyuarat Panel kajian Syariah
(PKS)41 untuk dibentangkan sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan.

9.7 Setakat bulan Julai 2008, Panel Kajian Syariah (PKS) telah membincangkan isu-
isu semasa syariah seperti; hukum penggunaan barangan gunaan yang mempunyai
lambang menyerupai logo salib, kajian hukum insurans am, kajian semula hukum
melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Berhad (ASB) dan

41
Panel Kajian Syariah ini dianggotai oleh kalangan ulama, ahli akademik dan pakar dalam
bidang berkaitan. Pada masa ini, panel ini dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato‟ Haji Hassan bin
Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri ulau Pinang. Bidang Kuasa panel ini adalah;-
a. Mengkaji isu-isu baru berkaitan hukum yang memerlukan jawapan segera kepada pihak yang
berkaitan.
b. Melakukan kajian awal bagi sesuatu isu untuk dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan.
c. Menyelesaikan masalah semasa umat Islam berkaitan hukum syarak.

25
seumpamanya, penggunaan kaedah perubatan stem cell xenotransplantation, penggunaan
vaksin biothrax dan rotateq yang menggunakan unsur babi dalam proses penghasilannya,
hukum mencerap hilal dari satelit, hukum menternak dan menjual lintah dan cacing untuk
tujuan perubatan dan kosmetik, hukum peraduan SMS Celcom “100 hari 100 kereta” dan
kajian pelaksanaan pembiayaan pinjaman pendidikan (PTPTN).

10. CABARAN SEMASA

10.1 Selaras dengan Visi JAKIM yang berperanan sebagai sebuah agensi pusat yang
unggul dalam mengurus pembangunan hal ehwal Islam ke arah melahirkan ummah yang
progresif dan berakhlak mulia, JAKIM akan terus berusaha dari semasa ke semasa
melakukan penambahbaikan yang perlu bagi mencapai visi yang ditetapkan, serta
menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan teknologi malumat. Bagi menangani isu-isu
penyelewengan dan penyebaran maklumat Islam yang bercanggah dengan ajaran Islam
yang sebenar JAKIM mempergatkan aktiviti dan kawalan medea di samping kajia-kajian
berkaitan akidan dan syariah.

10.2 JAKIM akan terus melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancangkan di
samping menilai kelemahan yang ada. Kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang
ekonomi akan diteruskan. Penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan agama yang
membincangkan soal sistem ekonomi Islam untuk saluran radio dan televisyen akan
diperhebatkan. Strategi pembangunan minda umat Islam serta pembangunan modal Insan
akan dirangka dan dimasukkan dalam perancangan Pusat Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Begitu juga dengan program-program dakwah ke arah pembangunan ekonomi ummah
dan penghayatan usahawan Islam dalam masyarakat.

10.3 Selaras dengan sepuluh prinsip Islam Hadhari yang menuju kepada pembangunan
menyeluruh dan mempertingkatkan kualiti hidup. Masyarakat perlu menguasai ilmu
pengetahuan dan mempertingkatkan daya saing. Pembangunan yang menyeluruh
merangkumi pembangunan ekonomi dan pembangunan moral dan kerohanian. Rakyat

26
Malaysia akan menjadi golongan berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, bermoral
dan berdaya saing untuk membawa negara mencapai status negara maju menjelang tahun
2020.

11. RUMUSAN

Dari perbincangan di atas dapat dirumuskan beberapa perkara berkaitan dengan halal:
antara tuntutan agama dan strategi ekonomi;

11.1 Syariat Islam merupakan syariat yang lengkap dan mencakupi seluruh aspek
kehidupan manusia di dunia. Dari perspektif Islam, pensharicatan sesuatu hukum, sama
ada halal atau haram adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan manusia di
dunia dan juga akhirat melalui melaksanakan perkara yang membawa manfaat dan
menolak perkara yang membawa kepada kemudaratan.

11.2 Halal adalah merujuk kepada sesuatu yang diharuskan oleh Allah SWT untuk
manusia memakan, mengguna, bermuamalah dan sebagainya. Skop halal dalam Islam
bukan sahaja tertumpu kepada makanan dan barang gunaan, bahkan, meliputi sistem
ekonomi, kewangan dan seluruh aspek kehidupan manusia.

11.3 Tuntutan mengguna dan meninggalkan yang haram dalam semua aktiviti
kehidupan adalah disabitkan melalui al-quran dan sunnah.

11.4 Islam mempunyai prinsip-prinsip tertentu yang menjadi penanda aras dalam
menentukan status halal atau sebaliknya, antaranya; Asal bagi sesuatu perkara adalah
mubah. Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah.
Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah sama seperti syirik dan
boleh mengakibatkan timbulnya perkara keji dan memudaratkan. Perkara-perkara yang
membawa kepada haram adalah haram. Menghalalkan yang haram adalah haram. Niat

27
yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram. Sesuatu yang haram, adalah haram
untuk semua orang dan keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang (haram).

11.5 Dewasa ini, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mencari yang halal
samada produk makanan, barang gunaan atau produk-produk kewangan semakin tinggi,
terutama di kalangan orang Islam. Manakala di kalangan masyarakat Non Muslim,
mereka telah mula melihat produk halal sebagai suatu yang mempunyai kualiti dan
prospek ekonomi.. Justeru itu, syarikat dan industri yang mengeluarkan produk halal
semakin meningkat dari masa ke semasa.

11.6 JAKIM sebagai agensi kerajaan yang bertanggung jawab dalam pengurusan hal
ehwal Islam di Malaysia terlibat secara langsung dalam menetapkan status halal dan
pematuhan syariah. JAKIM juga telah membuat penyelarasan dalam persijilan halal. Bagi
memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan, JAKIM menjalin
hubungan yang baik dengan Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri
juga pihak industri yang mengeluar dan memasarkan produk halal.

11.7 Malaysia diiktiraf antara Negara termaju dalam pembangunan perkhidmatan


keuwangan Islam. Pengiktirafan ini berasaskan kepada usaha-usaha di peringkat domestic
dan antara bangsa membangunka system pembangunan Islam yang komprehensef
merangkumi sektor perbangkan Islam, industri takaful, pasaran modal Islam dan pasaran
wang secara Islam.

11.8 Di zaman kepsatan industri keuwangan Islam, JAKIM perlu mempergiatkan lagi
penyelidikan berkaitan aspek tersebut supaya pembangunan hokum seiring pembangunan
industri. Mensyuarat Jawatan Kuasa Fatwa perlu di laksanakan sekerap mungkin bagi
memutuskan hukum-hukum yang dibincangkan.

11.9 Bagi memastikan halal terus menjana ekonomi Negara, JAKIM akan terus
memainkan peranan dalam pendidikan halal kepada masyarakat, memperbanyakkan

28
kajian dan penyelidikan terutama dalam bidang ekonomi dan sistem kewangan Islam
sesuai dengan agenda kerajaan yang menjadikan Malaysia sebagai hub kewangan Islam
dunia dan membuat penyelarasan dan harmonisasi antara panel MPS melalui Muzakarah
MPS.

29

Anda mungkin juga menyukai