BIOTEKNOLOGI
&&KEJURUTERAA
KEJURUTERAA
GENETIK
GENETIK
BIOTEKNOLOGI
PENGENALAN
BIOTEKNOLOGI terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit
dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil
bioteknologi itu.
Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan
organisma hidup bagi tujuan
1.
Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi
2.
Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman
3.
Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus
Pada abad ke-21 ini, bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya
penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari
organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan
tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor
industri.
Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan
teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan
mikrobiologi.
DEFINISI BIOTEKNOLOGI
Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa
masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju.
Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan
Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda
dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.
Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri
pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan
saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan
dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan
penkulturan tisu
Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan
keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi
kehendak manusia.
KRONOLOGI SEJARAH BIOTEKNOLOGI
8000SM Pengumpulan benih untuk ditanam semula. Bukti bahwa bangsa Babilon, Mesir, dan Romawi
melakukan praktik pengembangbiakan selektif (seleksi artifisal) untuk meningkatkan kualiti ternak.
6000SM Pembuatan bir, fermentasi anggur, membuat roti dengan bantuan ragi
4000SM Bangsa Tionghoa membuat yoghurt dan keju dengan bakteria asam laktat
1500 Pengumpulan tumbuhan di seluruh dunia
1665 Penemuan sel oleh Robert Hooke(Inggris) melalui mikroskop.
1800 Nikolai I. Vavilov menciptakan penelitian komprehensif tentang pengembangbiakan haiwan
1880 Penemuan Mikroorganisme
1856 Gregor Mendel mengawali genetika tumbuhan rekombinan
1865 Gregor Mendel menemukan hukum hukum dalam penyampaian sifat induk keturunannya.
1919 Karl Ereky, Jurutera Hongaria, orang pertama menggunakan perkataan bioteknologi
1970 Peneliti di AS berhasil menemukan enzim pembatas yang digunakan untuk memotong gen gen
1975 Metode produksi antibodi monoklonal dikembangkan oleh Kohler dan Milstein
1978 Para peneliti di AS berhasil membuat insulin dengan menggunakan bakteri yang terdapat pada usus
besar
1980 Bioteknologi modern dicirikan oleh teknologi DNA rekombinan. Model prokariot-nya, E. coli,
digunakan untuk memproduksi insulin dan obat lain, dalam bentuk manusia. Sekitar 5% pengidap diabetes
alergi terhadap insulin hewan yang sebelumnya tersedia)
1992 FDA menyetujui makanan GM pertama dari Calgene: tomat "flavor saver"
2000 Perampungan human genome project
CABANG BIOTEKNOLOGI
Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan
analisis saintitik yang rapi.
Dalam
industri pertanian, petani-petani banyak mengalami
masalah yang mampu menggugat hasil pendapatan mereka.
Ini menyebabkan ramai generasi-generasi baru tidak
berminat mengusahakan industri disebabkan hasil
pendapatan mereka yang tidak menentu.
Maka
dengan menggunakan bioteknologi masalah
kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak
serta pengaruh alam sekitar dapat dikurangkan’
Dengan
penggunaan teknologi genetik, tumbuhan yang
dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai
contohnya :-
(i)-Buah yang besar
(ii)-Buah tanpa biji
(iii)- Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan
penyakit dan haiwan perosak
(iv)- Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan
perubahan alam sekitar
INDUSTRI PERTERNAKAN
Penggunaan teknologi ini sangat penting
dalam menampung keperluan protein
manusia seluruh dunia.
Contohnya :
- Kambing yang menghasilkan susu yang
lebih banyak
- Ayam yang menghasilkan telur yang
lebih besar dan bervitamin
- Ikan yang lebih besar dan tahan lasak
dengan keadaan persekitaran
Dalam perubatan
penghasilan seperti
hormon-hormon khusus,
vaksin, antibiotik, dan
pendermaan organ atau sel
khusus adalah intipati
penting dalam
menyelamatkan nyawa
manusia
BIOTEKNOLOGI TERBAHAGI KEPADA 3
BAHAGIAN
[1]- BIOTEKNOLOGI MERAH
Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan
mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya
yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti
insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan.
[2]-BIOTEKNOLOGI PUTIH
Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia
berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-
organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini
juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu.
[3]-BIOTEKNOLOGI HIJAU
PENGENALAN-
Bioteknologi secara amnya merujuk kepada penggunaan teknologi
proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia.
Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu melibatkan
pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi
memenuhi matlamat tertentu, kultur tisu dan pengklonan sel-sel.
Fokus asal teknologi biologi adalah untuk membaiki kesihatan manusia
dan haiwan
Aplikasi teknologi ini kini meliputi penggunaan organisma hidup untuk
mengubah suai produk dan memproses pengeluaran makanan,
membaiki spesis tumbuhan dan haiwan ternakan serta pembangunan
mikrob untuk kegunaan tertentu.
1. Bioteknologi memajukan industri pengeluaran
makanan
1-Untuk memindahkan organ dari tubuh badan seseorang manusia lain perlu
dipastikan pemindahan itu menghasilkan manfaat lebih besar berbanding mudarat
yang timbul. Syaratnya ialah bertujuan mewujudkan kembali anggota yang hilang
atau mengembalikan semula bentuknya atau fungsinya sebagaimana biasa untuk
menghilangkan kecacatan yang boleh menimbulkan kesan psikologi dan fizikal
pesakit.
2-Memindahkan organ dari tubuh badan seorang insan kepada insan lain sekiranya
organ dipindahkan itu boleh membina segera seperti darah dan kulit. Syaratnya
penderma itu mestilah seorang yang layak menderma dan memenuhi syarat dalam
syarak.
3-Mengambil manfaat daripada organ yang dipotong dari tubuh badan seseorang
dan diberikan kepada pesakit lain seperti kornea, kerana penyakit menimpa pesakit
itu.
4-Haram pindahkan organ yang menjadi penggantungan hidup
manusia lain seperti jantung
2-Tidak harus sama sekali menggunakan ilmu kejuruteraan genetik dan wasilah-
wasilahnya dalam tujuan jahat dan yang diharamkan syarak.
1-Jika bahan ini cair ketika diproses bersama dengan bahan kimia, di mana tiada lagi
zatnya, maka menggunakannya sebagai ubat adalah harus kerana zat yang terdapat
pada tulang khinzir telah mengalami proses istihalah(berubah rupa bentuk, rasa dan
bau) bersama bahan lain. Jika zatnya masih ada walaupun sedikit, tidak harus
menggunakannya untuk perubatan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Berubatlah kamu sekelian tetapi jangan berubat dengan benda yang haram.”
ii. Haram di dalam semua keadaan, penglibatan pihak ketiga di dalam hubungan
suami isteri, sama ada dalam bentuk sewa rahim, telur sperma atau sel badan untuk
tujuan pengklonan
iii. Harus dari segi syarak menggunakan teknik pengklonan dan kejuruteraan
genetik di dalam lapangan penyelidikan tentang mikrob, hidupan halus, tumbuh-
tumbuhan dan juga binatang, di dalam batasan yang dibenarkanoleh syarak, asalkan
ia boleh mendatangkan kemaslahatan kepada manusia dan menolak kemudaratan
daripada mereka.
KEPENTINGAN BIOTEKNOLOGI
1. Bidang Perubatan
Menghasilkanubat-ubatan yang baru dan berkesan untuk
menyembuhkan penyakit yang sukar diubati seperti AIDS, SARS,
Selsema Burung, kanser dan sebagainya.
Memajukan bidang kejuruteraan genetik untuk penyelidikan punca
penyakit dengan mengenapasti gen-gen yang mengkodkan punca
penyakit dan mengubahsuaikan gen tersebut untuk mengurangkan
risiko manusia menghidapi penyakit yang serius.
Membantu pasangan suami isteri yang menghadapi masalah
kesuburan atau kemandulan mendapat zuriat dengan kaedah "In-Vitro".
meningkatkan daya tahan manusia dengan menghasilkan supplimen-
supplimen yang berkesan.
2. Bidang Pertanian
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-
apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu
mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang
terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168
KEJURUTERAAN GENETIK
PENGENALAN
Merupakan satu kaedah baru dalam negara dan perkembangan pesat
dalam bidang ini telah membantu membangunkan negara dalam
pelbagai bidang
protein antiviral dan menghasilkan antigen yang spesifik haiwan dan tumbuhan boleh diubahsuai
dengan ciri-ciri yang lebih baik.
Contohnya
manipulasi
gen pada pokok dengan meningkatkan kadar penyerapan gas karbon dioksida
(CO2) bagi mengurangkan kesan rumah hijau.
Manusia dapat menghasilkan tanaman yang tahan terhadap haiwan perosak dan tahan terhadap
tumbuhan liar
Pengurangan nilai nutrisi makanan
Penghasilan racun
Menambah makhluk perosak yang berbeza
SUMBANGAN KEJURUTERAAN
GENETIK
Bidang Perubatan
Perkembangan pesat teknologi genetik sejak awal 1900-an telah melahirkan ilmu baru
iaitu Kejuteraan Genetik (teknik manipulasi gen)
.Antara aplikasi terpenting yang terbit daripada teknologi DNA rekombinan ialah
pembeku darah untuk pengidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksidase
untuk mendiagnos masalah metabolisme kolesterol.
Penghasilan vaksin melalui proses DNA rekombinan bermakna ia lebih murah, tulen,
spesifik, dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang banyak dan memudaratkan
. Banyak penyelidikan dilakukan untuk merawat penyakit genetik dengan memasukkan
gen yang berfungsi bagi menggantikan yang rosak. Ini adalah satu contoh terapi gen.
Malah, kemasukan gen dalam sel gamet yang kurang sempurna boleh mengelakkan
Syarikat
Monsanto berjaya mengubahsuai strain bakteria
Pseudomonas fluorescens yang membolehkannya membunuh
serangga perosak melalui penghasilan toksin yang berasal
daripada Bacillus thuringiensis.
Toksin
B. thuringiensis telah lama digunakan sebagai bahan
pembunuh haiwan perosak
Kejuruteraan
genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti
berikut: mendapatkan gen yang diperlukan, proses kultur tisu
dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan.
Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik.Transgenik berasal daripada dua
perkataan dasar iaitu ‘trans’ dan ‘gen’. Trans adalah singkatan kepada perkataan ‘transfer’
atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan dengan gen
baru (asing).Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa suatu ciri
baru.
Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang bioteknologi tumbuhan ialah penghasilan buah
tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini menghasilkan buah yang
lambat lembik dan segar.
Penemuan ini amat penting untuk mengeksport buah ke luar negara.
Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat bekalan buah yang masih
segar di pasaran.
Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak yang tinggi
asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan penjagaan
badan.Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan asid stearik
daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak
koko.
Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik mesra
alam. Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam sekitar.
Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang menimbulkan kesan
alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa beberapa minggu atau
bulan saja.
Antara kegunaan plastik mesra alam ialah sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan
sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap pembuluh darah.
KESAN NEGATIF KEJURUTERAAN
GENETIK
Etika dan keagamaan
Merujuk kepada ajaran Islam, manipulasi yang dilakukan terhadap genetik yang dilakukan
oleh pakar-pakar kejuruteraan genetik, khususnya yang melibatkan makhluk yang bernyawa
mempunyai pelbagai implikasi.
Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi; yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-
angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang
ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya,
dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Menurut Abu Bakar Bin Yang (2008) bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah
merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada
manusia.
Contohnya,seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana
benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan
dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat
digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian.
Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan
sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang
diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam
tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk menerokai
bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan
prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat
ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam
menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada
pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih
daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan
kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri.
.
Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada
orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak
orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-
peranda di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun
tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang
lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia,
ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah
hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang
bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon
tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah
menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu.“
Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang
membawa faedah kepada manusia dan tidak
memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan
Ketiadaan kawalan
Sekiranya
kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka
bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya.
Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa,
wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak
untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan
tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
Menyentuh soal ini Daniel Koshland (2000) mencadangkan reka bentuk keselamatan
yang standard bagi mengawal perkembangan kejuruteraan genetik. Standard ini
seharusnya menjadi panduan dan harus dipatuhi oleh setiap saintis serta pakar-pakar
yang terlibat dalam kejuruteraan genetik.
Standard keselamatan
Terdapat juga persoalan mengenai keselamatan produk yang
dihasilkan melalui kejuruteraan genetik. Hal ini kerana
pengubahsuaian yang dilakukan terhadap gen tumbuhan
misalnya melibatkan peningkatan dari segi mutu, serta daya
tahan terhadap jangkitan penyakit
Ini
berkaitan dengan kemampuan manusia untuk
menghasilkan mutasi atau kekebalan terhadap jangkita virus
mata orang yang sedang memanah itu, dan begitulah realiti mengenai seorang
jurutera genetik yang sedang melakukan pemindahan gen.”
KESAN SAMPINGAN
Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang.
Gen menghasilkan protein, yang biasanya mempunyai fungsi-
fungsi tersendiri.
Di dalam organisma yang berlainan, protein baru ini boleh jadi
mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan
tambahan yang tidak disengajakan atau diramal.
Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan mengenai sistem
kehidupan untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan
mutasi dan perubahan dalam organisma tersebut, yang mana ia
boleh mendatangkan kesan buruk.
MUCH!!!!GUD
R
E
A
P
A
R
E
D
B
Y
LUCK)
E
E
N
D
H
A