Anda di halaman 1dari 19

BIL PERKARA M/S

01 Tajuk Kajian
02 Senarai Kandungan
03 Penghargaan
04 Objektif Kajian
05 Kaedah Kajian
06 Hasil Kajian
07 Rumusan
08 Lampiran
09 Rujukan
Assalamualaikum w.b.t.Syukur Alhamdulilllah saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas

rahmat dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah tingkatan tiga yang telah

diamanahkan kepada saya.Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

sekolah dan pengetua atas kebenaran yang diberikan untuk menjalankan kajian ini.Tidak lupa

juga kepada guru mata pelajaran Sejarah,Cikgu Hamzah atas segala kerjasama dan tunjuk ajar

yang telah diberikan untuk memastikan segala kertas kerja ini dijalankan dengan lancar dan

teratur.

Selain itu,terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang turut banyak membantu dalam

penghasilan kerja kursus sejarah tingkatan tiga ini.Terima kasih bukan sahaja atas tunjuk ajar

yang telah diberikan malah sokongan yang tinggi dalam menghasilkan kerja kursus sejarah

tingkatan tiga ini.Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung yang memberikan kerjasama yang baik untuk

membantu saya dalam menjalankan kajian ini.

Akhir kata,jasa budi baik yang telah diberikan tidak dapat saya balas dan saya berharap

dan berdoa agar Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa yang telah diberikan.Insya-Allah.
Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut :

Menimbulkan rasa minat yang mendalam untuk mengkaji bahan-bahan sejarah yang ada

di Malaysia.

Mengkaji tentang fungsi bangunan bersejarah tersebut.

Mengenalpasti tentang koleksi-koleksi bangunan bersejarah yang terdapat dalam negara.

Menghargai warisan sejarah negara supaya tidak luput ditelan zaman.

Menunujukkan dan melahirkan rasa cinta akan negara.

Menanamkan semangat patriotisme dalam diri dan juga kalangan generasi muda akan

datang.
Saya menggunakan kaedah kajian yang berikut :

 TEMURAMAH

Saya menemu ramah penduduk di situ secara lisan untuk mendapatkan maklumat tentang

bangunan bersejarah yang saya kaji.

 LAWATAN DAN PEMERHATIAN

Saya dan keluarga pergi melawat ke bangunan bersejarah tersebut untuk mendapatkan

maklumat yang lebih jelas dan dapat mengumpul gambar-gambar kenangan di sana.

 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Saya mengadakan rujukan melalui teknologi maklumat seperti internet yang mana saya

boleh mendapatkan maklumat yang lebih meluas.

MENARA CONDONG
NAMA BANGUNAN

Menara yang dibina pada 1885 sebelum ini dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki

sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Namun, apabila bangunan ini condong

sedikit ke arah barat laut akibat banjir besar, ia dikenali dengan jolokan Menara Condong dan

menempa gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa.

LATAR BELAKANG
Menara Condong ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar

dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Kedudukannya di tengah bandar menjadikannya mercu tanda sejarah yang tidak terlepas dari

pandangan pengunjung.Menara ini dibina pada tahun :

Berikut merupakan senarai nama penderma dalam membina menara condong ini :

1. Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon

Cheong serta Kontraktor Ceylon turut membina dan

menjadi penderma utama.

2. Penduduk tempatan bagi membeli Jam Berkunci dari

London buatan Firma J. W. Benson – Ludgatehill

London.

Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama

Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.

Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air.  Air daripada

tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan

memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai

perkhidmatan bomba.

Melalui kajian yang dibuat,tujuan dan motif pembinaan Menara Condong yang lain

adalah seperti berikut :

1. Bagi memperingati jasa pentadbir (British).


2. Sebagai penentu waktu “Time Keeper”.

3. Menjadi mercu tanda Bandar.

Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha membina menara jam ini, namun tidak

dapat dinafikan bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika itu. Selepas mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957,menara jam ini secara automatik menjadi milik negara.Semasa

pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara

kawalan bagi memerhatikan musuh.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara

Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang

dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas

terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik,

beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling,Sumatera.Beliau adalah peneroka

yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19.  Pada waktu itu, kawasan yang diterokai

oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling,

Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru

diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah

ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para

pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan
menjadi sebuah pulau.  Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran

pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan

langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan.  Beberapa tahun kemudian,

diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras

muka bumi.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun

sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan

sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Jolokan nama Menara Condong Teluk Intan telah diistiharkan dengan rasminya

oleh Encik Mustapha Saat (kini: Dato’) , Pegawai Daerah merangkap Yang diPertua Majlis

Daerah Hilir Perak (MDHP) dalam majlis Malam Puisi Menara Condong (MPMC) anjuran

Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) pada 10 Disember 1994 . MPMC yang mendapat

kerjasama dan sokongan bulat daripada pentadbiran daerah Hilir Perak merupakan agenda

simbolik yang bertujuan untuk mempamerkan hasrat penulis-penulis tempatan dalam usaha

mereka bagi menarik perhatian awam dan pihak berkewajipan supaya menara tersebut terus

dipulihara.

Hasrat ini terkandung dalam antologi puisi Menara Condong yang diedarkan kepada

hadirin pada malam tersebut yang berbunyi begini:


Usaha mengamit perhatian masyarakat

terhadap warisan sejarah tempatan

yang mula terpinggir di tubir kekecundangan.

Justeru sebagai simbol gesaan kepada Muzium Negara

supaya mewartakan Menara Condong Teluk Intan

sebagai mercu tanda sejarah yang wajar dipulihara.

Usaha memperkenalkan warisan

sejarah tempatan kepada masyarakat penulis luar Perak

khasnya dan pelawat amnya sebagai destinasi pelancong yang menarik.

Tujuan MPMC ini bertepatan kerana pada waktu itu (1994) bangunan purba tersebut

berdiri dicelah-celah gerai-gerai usang di sepanjang Jalan Selat tanpa disedari oleh pelawat luar

kecuali bila mana ketika jamnya berbunyi. Menara itu seolah-olah tinggal sepi walaupun ia

menyimpan khazanah sejarah yang tinggi nilainya serta boleh dieksploitasikan sebagai produk

pelancongan.

KEUNIKAN & STRUKTUR BANGUNAN


Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras

yang tingginya 5 meter.  Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh

tingkat tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja.

Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5 meter

dengan muatan 18.36 meter padu.  Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter

dan menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong

jalan 1.8 meter lebar berdindingkan tembok rendah 0.6 meter yang dihiasi dengan batu berwarna

hijau.Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.

Bentuknya seperti sebuah pagoda.

Menjelang Perang Dunia Kedua, pihak pentadbiran bertujuan merobohkan menara

ini kerana bimbang ia akan menjadi petanda kepada serangan kapal terbang Jepun. Tetapi ia

mendapat tentangan dari penduduk tempatan, cadangan itu terpaksa dibatalkan dan kekal hingga

ke hari ini dibawah pemeliharaan pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Keunikan rekabentuk dan pembinaannya menjadi daya tarikan kepada para pelancong

untuk melihat sendiri secara lebih dekat.

Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun

1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran

disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi

menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Walaupun bangunan purba ini sudah condong sekitar tahun 1890-an tetapi penduduk-

penduduk tempatan masih mengenalinya sebagai menara Jam Tinggi. Jolokan Menara Condong

Teluk Intan hanya popular sekitar pertengahan tahun 1990-an melalui karya sastera dan laporan

akhbar oleh penulis-penulis tempatan bagi mengangkat statusnya di peta pelancongan

antarabangsa kerana ia mirip Menara Pisa atau nama rasminya Torre Pendente Di Pisa di Itali

sekali gus menempa nama sebagai menara condong kedua di dunia selepas Pisa.

FAKTOR KECONDONGAN

Selain disebabkan bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut, faktor

lain yang turut menyumbang kepada kecondongan menara jam ini ke arah barat laut, adalah

kerana terdapat bebanan tangki yang berisi air pada masa tersebut.

SEJARAH PENGGUNAAN/PENYEWAAN

1940 – Sebagai pejabat pengakap di tingkat 2

1977 sehingga 1992 – Sebagai Pejabat Cawangan Perancang Keluarga (National Family

Planning Board)
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Sejarah

ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini, saya memperoleh

banyak pengajaran, pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri saya.

Menara Condong merupakan satu mercu tanda bagi negeri Teluk Intan di Malaysia.

Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat

pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara.Melalui

kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut, jelas dan terperinci tentang Menara

Condong.

Saya juga berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.Salah satu sebabnya ialah kerana

Malaysia kaya dengan sejarahnya yang tersendiri, termasuklah dari segi kekayaan bangunan

yang bersejarah, contohnya Menara Condong dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini

masih tersergam indah.Saya juga menghargai segala jasa dan perjuangan tokoh- tokoh tanah air

yang telah berkorban demi mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Melalui kajian ini juga,saya dapat menjadikan diri saya lebih berdisiplin dan berakhlak

mulia iaitu saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan.Saya

juga boleh bertindak wajar dan berkelakuan sopan,bertatasusila dan berhemah tinggi.Saya

berbincang bersama rakan-rakan untuk menyiapkan folio ini dan bukan meyalin hasil kerja rakan

saya kerana itu adalah satu perbuatan yang tidak jujur dan amanah.

Saya dan rakan-rakan sering saling bantu membantu antara satu sama lain.Di sini dapat

ditunjukkan lahirnya sikap kerjasama antara kami dan lain-lain pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung.Semangat ini jugalah yang sangat diperlukan bagi
mengekalkan keunggulan dan keutuhan bangunan warisan bangsa yang masih wujud di negara

kita ini.

Akhir sekali, kerja kursus ini juga menaikkan semangat patriotisme terhadap diri saya

kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah saya dapat lebih menyintai negara

Malaysia yang makmur ini.Kini dengan segala info dan pengetahuan yang saya ada mengenai

sejarah negara, saya akan lebih bersemangat untuk berusaha menjaga dan memartabatkan

maruah bangsa dan negara.Saya juga banyak mempelajari tentang apa sebenarnya erti kecintaan

kepada Negara dan kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu padu tidak kira bangsa mahupun

agama dalam usaha memajukan negara dalam pelbagai aspek.


Akhbar

Orang sumber

Internet

http://blog.benghan.com/2008/02/menara-condong-teluk-intan/

http://zabidin13.wordpress.com/2009/03/19/latar-belakang-menara-condong-teluk-intan/

ELEMEN 3 – UNSUR PATRIOTISME

Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat

cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?


Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya dengan khazanah alam dan sejarahnya

tersendiri.Bagi melahirkan generasi yang cintakan warisan bangsa,pelbagai usaha giat dilakukan

termasuklah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Istilah pemeliharaan

membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah

bersejarah.Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada

maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk

melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kerana melalui kajian ini kita dapat

menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan Negara untuk diperlihatkan kepada generasi

akan datang supaya tidak luput ditelan zaman.Dengan cara ini kita juga menunjukkan bahawa

kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.Dengan memelihara bangunan

bersejarah ini kita juga dapat berbangga dengan sejarah Negara.

Selain itu,kita juga dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat

Malaysia supaya kita hidup dalam suasana yang harmoni dan masyarakat yang bersatu

padu.Dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah ini juga,kita dapat

melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama dalam apa jua keadaan dan saling hormat

menghormati antara satu sama lain sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang muhibah dan

semangat bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah

juga,kita dapat mempamerkan semangat disiplin yang tinggi dengan berkelakuan

sopan,bertatasusila dan berhemah tinggi.Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan

masyarakat yang bersifat amanah dan jujur serta berlaku adil dan bertimbang rasa.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap

rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah.Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan

bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan

proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai

sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Soalan-soalan yang diajukan kepada orang sumber :

Pada tahun bilakah menara condong ini dibina?

Siapakah yang terlibat dalam membina menara condong ini?

Apakah tujuan menara condong ini dibina?


Apakah nama asal menara ini?

Apakah keistimewaan dan keunikan yang dapat dilihat di menara condong ini sehingga

dapat menarik perhatian para pelancong?

Anda mungkin juga menyukai