Anda di halaman 1dari 1

Pelancaran Hari Tanpa Beg Plastik, DUN Bangi

By YB Elizabeth Wong
27th March, 2010
Kompleks PKNS, Bangi

Yang Berhormat Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi

Pasukan DUN Bangi yang telah menganjurkan program hari ini,

pihak media,

dan

para hadirin sekalian.

Mula-mula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana menjemput
saya untuk mengambil bahagian dalam program petang ini. Saya amat gembira untuk
bersama anda semua untuk melancarkan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik DUN Bangi.

Penggunaan beg-beg seperti ini adalah selari dengan dasar kerajaan negeri Selangor
yang baru-baru memulakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik. Sejak bermulanya
kempen in pada bulan Januari yang lepas, dianggarkan lebih daripada 1 juta beg
plastik telah dijimatkan.

1 juta beg plastik, tuan-tuan dan puan-puan. Dan kempen ini hanya pada peringkat
awal sahaja.

Masyarakat di Selangor pada hari ini terlalu biasa dengan penggunaan beg plastik yang
berharga rendah dari segi duit, tetapi membawa kos yang besar kepada alam sekitar.
Oleh itu saya amat berbangga dengan usaha Yang Berhormat Dr Shafie Abu Bakar,
ADUN Bangi dan pasukan DUN Bangi untuk mengambil langkah yang positif untuk
menjaga alam sekitar kita ini.

Tapi kita juga mesti ingat, penggunaan beg-beg ini mestilah menjadi amalan. Beg ini
tidak akan berguna jika ia hanya disimpan di rumah sebagai bahan hiasan. Oleh itu,
setiap kali kita keluar membeli-belah, jangan lupa untuk membawa beg sendiri dan
bukanlah bergantung pada beg-beg plastik yang diberi. Lagipun, apabila kita
menggunakan beg guna-semula ini, orang ramai pun akan menyedari betapa prihatin
kita terhadap alam sekitar.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat
Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi, pihak penganjur dan semua yang hadir.