Anda di halaman 1dari 6

STRATEGI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU

ASPEK PENINGKATAN PENEGUHAN TINGKAH LAKU

Peneguhan
Peneguhan ialah rangsangan yang dapat meningkatkan atau mengubah tingkah laku
yang diingini.

Jenis-jenis peneguhan
Terdapat beberapa jenis peneguhan iaitu;

Peneguhan positif
Peneguhan positif adalah sebagai satu proses pemberian ganjaran kepada tingkah
laku yang sesuai dengan bertujuan untuk meningkatkan kebarangkalian tingkah laku
itu berlaku lagi pada masa akan datang. Ia jua bermaksud apa sahaja yang diberikan
setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan

a. Rangsangan yang memuaskan diberikan terhadap sesuatu tingkah laku supaya


diulangi. Biasanya pemberian yang menyenangkan atau menyeronokkan.
b. Semua guru yang peka sedia maklum segala galakan dan pujian yang tertentu
mahupun ganjaran jangka pendek lebih berkesan daripada dendaan.
c. Minat belajar dengan pantas dan lebih berkesan jika mendapat ganjaran di atas
perlakuan dan perubahan tingkah laku.
d. Minat usaha, harga diri berkait rapat dan lebih berkesan ke arah membentuk
peneguhan positif

Peneguhan simbolik
 Ia merupakan jenis setem, bintang dan lain-lain simbol. Guru juga boleh
menggunakan simbol;
i. secara lebih sistematik
ii. terancang dan dapat dikembangkan sebagai satu hasil
 Carta yang ditampalkan setem boleh digunakan untuk menunjukkan
perkembangan kejayaan pelajar dan ini juga satu peneguhan kepada pelajar
lebih-lebih lagi jika mereka sendiri yang meletakkan setem atau pelekat ke
atas carta setiap kali ia menerima pujian.

Peneguhan aktiviti bebas


Guru menawarkan aktiviti khas sebagai ganjaran dan peneguhan. Bentuk-bentuk
aktiviti adalah berbagai seperti bermain, membaca, memberi masa lapang, tidak perlu
membuat kerja rumah boleh digunakan. Ini boleh dilakukan berdasarkan kontrak.

Peneguhan Tangible
Token, pelekat dan mata atau berbentuk makanan ( gula-gula, coklat dan lain-lain
yang mempunyai nilai-nilai tertentu). Semua peneguhan hendaklah dilaksanakan
secara sistematik.

Peneguhan Negatif
Ia suatu rangsangan yang menyeronokkan diberhentikan dari persekitaran dan
keadaan akan jadi lebih menyenangkan.
 Sebagai contoh
Ahmad awak duduk di dalam kelas ini sehingga awak menyiapkan tugasan
sebelum awak bermain bersama kawan-kawan.
Peneguhan sosial
Merupakan peneguhan yang disukai dan diterima oleh ramai murid. Peneguhan sosial
telah terbukti berkesan bukan sahaja untuk guru menukar dan mengekalkan tingkah
laku, ( Kirby & Holborn, 1986) malah murid juga dapat menukar dan mengekal
tingkah laku guru ( Polivistok & Greer,1977)

Expresi tanpa lisan


Ganjaran yang diberikan secara spontan seperti kata-kata pujian ( baik, bagus),
senyuman, sentuhan ( usapan), tepuk tangan, kenyit mata, menggangguk, gelak dan
lain-lain.

Kedekatan
Guru duduk sebelah murid semasa makan di kantin atau bercerita.
Berada dalam sepasukan dengan guru semasa bermain

Konteks
Guru memegang, berjabat tangan, mengusap kepala atau menepuk belakang secara
mesra mengikut kesesuaian

Keistimewaan
Guru boleh memberi ganjaran berbentuk
 Menjadi ketua permainan atau ketua darjah
 Menaiki kereta bersama guru
 Iktiraf setiap murid
 Kata-kata perangsang disebut atau ditulis di dalam buku murid
 Kenyataan positif dihantar kepada ibu bapa
 Berikan insentif seperti masa lebih untuk komputer, makan percuma dan
sebagainya.

Peneguhan positif untuk kelas


 Satu hari dikecualikan buat kerja rumah
 Habiskan kerja rumah dalam kelas
 Kelas boleh mndengar muzik yang digemari
 Menonton video
 Bermain dam, catur, bingo atau lain-lain yang sesuai

Persetujuan/ perjanjian ( Kontrak)

Dapat dilaksanakan melalui ciri berikut ;


 Dilaksanakan supaya murid lebih bertanggungjawab melaksanakan aktiviti
pembelajaran berdasarkan kontrak yang dipersetujui.
 Dapat difahami secara lisan bahawa ia satu plan tindakan yang dirangka
khusus untuk pelajar tertentu sahaja.
 Kontrak dapat dilaksanakan secara lisan dan bertulis
 Kontrak bertulis secara rasmi ialah murid dan guru dapat berbincang tentang
keperluan, peraturan, tingkah laku dan tanggungjawab yang dirangka khusus
untuk murid.
 Adakan satu kontrak yang mudah dalam situasi khusus;
i. Tingkah laku yang perlu diubah dan dipersetujui oleh guru saya
ii. Bagaimana saya dapat melakukannya
iii. Bagaimana guru saya dapat menolong saya mematuhi kontrak
iv. Ini tingkah laku yang perlu ditinggalkan dan ini pula tingkah laku
yang dimulakan
v. Kontrak yang sebegitu rupa perlu dibuat pada satu aras dalam
kumpulan sokongan atau bersama ibu bapa dengan fokus utama
kepada tingkah laku semasa dan bukan kepada tingkah laku
lampau yang ada kaitan dengan sejarahnya.
vi. Sesuatu kontrak dibuat berdasarkan situasi semasa
vii. Guru mengenalpasti dan menggalakkan tingkah lakumelalui
pembentukan tingkah laku yang positif dan kontrak ini
memperjelaskan objektif tugasan serta tingkah laku pelajar.

Kontrak Bertulis
Kontrak boleh menjadi satu motivasi dan murid mampu berjaya mengikuti proses
belajar disebabkan melalui kontrak murid ;
i. Boleh menaruh harapan sebab peluang untuk memilih luas dan terbina
rasa tanggungjawab terhadap pembelajaran
ii. Dapat mengurangkan masalah disiplin dan penilaian sebab diberikan
pemilihan dalam kontrak
iii. Dapat mngurangkan kekecewaan dan kebimbangan bagi murid yang
lambat belajar dan suka bersaing
iv. Meningkatkan motovasi kerana kontrak dibuat berdasarkan usaha dan
kebolehan murid-murid

Biasanya mengandungi perkara-perkara berikut;


 Objektif pelaksanaan
 Penilaian bahan/media
 Jangka masa tertentu
 Tahap pencapaian yang diterima
 Perbincangan guru dan murid
 Penilaian
 Menyimpan rekod

Kebaikan kontrak
i. Dapat belajar dengan lebih berkesan
ii. Memperkembangkan penghargaan kendiri (self-esteem) yang tinggi

Pembentukan ”shaping”

Kerapkali ada jurang yang ketara perbezaan pencapaian tingkah laku murid
semasa dan yang hendak dicapai khususnya berkaitan dengan tingkah laku yang
kompleks. Walau apa jua ganjaran yang diberi, murid tidak mungkin dapat
melakukannya. Ini menyebabkan murid yang berkenaan rasa putus harap, kecewa dan
mungkin tidak mahu mencubanya lagi. Teknik pembentukan digunakan untuk
mengajar dan mengatasi masalah ini.

Melalui kaedah pembentukan tingkah laku yang kompleks akan distrukturkan


kepada bahagian yang kecil mengikut urutan. Setiap langkah akan diberikan ganjaran
sekiranya berjaya dan kemudian akan bergerak ke langkah yang berikutnya sehingga
tercapai objektif yang dikehendaki. Aktiviti yang susah sekiranya dilakukan kepada
berperingkat-peringkat akan menjadi senang dan sesuai dengan kebolehan mereka
walaupun lambat.
Semasa dalam proses pembentukan tingkah laku sasaran peneguhan hanya
diberi apabila tingkah laku yang ditunjukkan hampir menyerupai tingkah laku
sasaran.
Guru dan ibu bapa perlu tahu sehingga peneguhan patut diberi untuk sesuatu
tahap tingkah laku sebelum beralih kepada tahap seterusnya.

Ekonomi Token

Token pada dasarnya adalah satu sistem pengurusan di mana guru dan murid
membuat persetujuan tentang tingkah laku sasaran yang akan diberi peneguhan. Jika
tingkah laku sasaran dipamerkan token (cip, bintang atau setem) akan diberikan.
Token ini dikumpulkan dan kemudiannya boleh ditukarkan kepada ganjaran yang
disukai oleh murid. Ganjaran yang tinggi nilainya memerlukan token yang banyak.
Murid bebas menukarkan token dengan ganjaran yang disukai seperti yang ditetapkan
di dalam menu ganjaran. Murid mengawal tingkah lakunya dan guru mengawal
ganjarannya.

Mula-mula bincang bersama murid untuk memilih ganjaran yang akan diberi.
Ganjaran boleh berbentuk hadiah, aktiviti atau keistmewaan.

Murid diberi token bila melakukan tingkah laku yang sesuai seperti dapat
menyudahkan kerja, berpakaian kemas, mengangkat tangan bila menjawab. Token ini
dikimpulkan dan boleh ditukarkan kepada ganjaran yang murid gemari.

Dalam sistem ini guru mestilah berhati-hati untuk memilih peneguhan supaya
boleh dijadikan motivasi kepada semua murid. Antara aspek yang perlu difikirkan
adalah;
 Simbol yang boleh ditukarkan dengan peneguhan lain yang disukai oleh murid
 Teknik hendaklah menghapuskan tingkah laku negatif dan membentuk tingkah
laku positif
 Diberi setiap kali tingkah laku yang diingini berlaku dalam berbagai bentuk
contohnya setem, butang, wang mainan, cip dan lain-lain
 Peneguhan diberikan selepas mata tertentu terkumpul. Contohnya 6 cip boleh
ditukar dengan sekotak coklat yang disukai oleh murid.
 Token dapat membentuk tingkah laku yang diingini. Oleh itu setiap kali ianya
berlaku haruslah diberikan.

Sistem token juga sesuai digunakan untuk aktiviti pembelajaran yang lain
contohnya mata diberikan kepada murid yang banyak membaca. Selain itu token
boleh digunakan untuk membayar denda sekiranya murid melanggar peraturan dalam
token. Ini dibuat mengikut persetujuan dengan murid terlebih dahulu.
Modeling

Modeling ialah satu proses pembelajaran melalui proses peniruan. Modeling dapat
mempercepatkan proses pembelajaran. Ini berdasarkan pendapat yang menyatakan
pembelajaran lebih berkesan jika murid mempelajari kemahiran yang kompleks
melalui pemerhatian atau peneguhan. Strategi ini digunakan apabila tingkah laku
yang diingini tidak berlaku atau wujud. Contohnya guru atau rakan memberikan
model cara menjalankan sesuatu aktiviti atau kemahiran seperti cara bercakap,
berinteraksi atau berpakaian.
Sekiranya murid dapat mengikut apa yang dilakukan oleh guru atau rakan
maka murid tersebut akan diberikan ganjaran.
Murid mudah meniru perlakuan model jika model itu mempunyai pengaruh
terhadap murid tersebut.

Contoh 1 : Model-model yang lebih berkesan seperti


 Rakan sebaya sebagai mentor
 Murid yang berstatus tinggi yang pernah disanjung sebab sesuatu
keistimewaan
 Guru yang popular
 Rakan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir dengan orang yang
terkenal
 Model yang baik dan mesra
 Model filem atau watak kartun

Contoh 2: Tingkah laku baik yang selalu dilakukan oleh murid yang selalu melakukan

tingkah laku yang tidak diingini dijadikan model.

Ali murid yang suka membuat bising di dalam kelas telah menghabiskan
latihan Bahasa Melayu dengan senyap.

Guru meminta semua murid tiru macam Ali. Murid lain yang juga
membuat seperti Ali akan diberi ganjaran seperti Ali.

Tingkah laku modeling dapat dipertingkatkan jika murid mempunyai pengalaman


menerima ganjaran, mengganggap perlakuan yang ditiru boleh dijadikan contoh,
mempunyai konsep kendiri negatif, terlalu bergantung kepada orang lain dan tidak
cekap.

Kesimpulan

Dalam aspek meningkatkan peneguhan tingkah laku murid , kebijaksanaan


guru memilih, menyusun atur strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku adalah
amat penting bagi memastikan ianya mendatangkan kesan yang positif.

Jamilah bt Hamzah
KSPK Pemulihan Khas
Ambilan Januari 2007

Anda mungkin juga menyukai