Anda di halaman 1dari 12

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT) 2009

MENGKAJI PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN BANDAR BARU MERGONG


ALOR SETAR KEDAH BERBANDING
BANDAR BANGKOK THAILAND

NAMA PELAJAR :……………………………………………………


TINGKATAN :……………………………………………………
A.GILIRAN :……………………………………………………
NO K.PENGENALAN:……………………………………………..

………………………………………. ……………………………
TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU
SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 OBJEKTIF KAJIAN
4 KAWASAN KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 DAPATAN KAJIAN
6.1 Jenis dan pola petempatan di Bandar Baru
Mergong
6.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan di
Bandar Baru Mergong
6.3 Fungsi petempatan Bandar Baru Mergong
6.4 Masalah petempatan Bandar Baru Mergong
6.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan
Bandar Baru Mergong

7 RUMUSAN
8 LAMPIRAN
9 RUJUKAN
PENGHARGAAN

Di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru geografi saya , Cikgu
Mohd Nasri Nasrul kerana banyak membimbing , memberi dorongan ,panduan , nasihat
serta tunjuk ajar bagi menyiap kerja kursus ini. Beliau juga banyak memberi maklumat
serta keyakinan bagi membolehkan kerja kursus ini disiapkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya serta rakan rakan
seperjuangan kerana banyak memberi kerjasama serta idea idea bernas kepada saya bagi
kerja kursus ini.

Ucapan terima kasih juga untuk semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi
membantu saya mencari dan mendapatkan maklumat bagi melancarkan perlaksanaan kerja
kursus ini.

Sekian terima kasih.


PENDAHULUAN

Dalam menjalankan tugasan ini , saya telah memilih Bandar Baru Mergong sebagai
kawasan kajian dan membandingkan dengan Bandar Medan Indonesia.

Saya memilih kawasan ini kerana ianya terletak berdekatan dengan rumah saya dan Bandar
Baru Mergong ini mengalami perkembangan urbanisasi yang cukup memberangsangkan.
Kawasan Bandar Baru Mergong bermula di hujung Lebuh raya Sultanah Bahiyah
sehinggalah ke persimpangan Ampang Jajar. Kawasn Shahab Perdana merupakan
pemangkin pembangunan di sekitar Mergong kerana ia adalah stesen bas utama di
Bandaraya Alor Setar.

Saya mengambil masa selama tiga minggu bagi membuat kajian secara pemerhatian .
temubual , soal selidik dan mengumpul maklumat berkaitan petempatan , pekerjaan ,
permasalahan dan cara mengatasinya di sekitar pekan baru Mergong ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian Geografi Tempatan ini dibuat berdasarkan objektif objektif berikut :

1. Menamakan dan menghuraikan jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Mergong
dan dan Bandar Bangkok
2. Menyenaraikan dan menghuraikan faktor faktor mempengaruhi perkembangan
petempatan di Bandar Baru Mergong berbanding Bandar Bangkok
3. Menghuraikan fungsi Bandar Baru Mergong dan Bandar Bangkok
4. menyenaraikan dan menghuraikan masalah masalah petempatan di Bandar Baru
Mergong dan Bandar Bangkok
5. Menyenaraikan dan menghuraikan langkah langkah mengatasi masalah petempatan
di Bandar Baru Mergong dan di Bandar Bangkok
6. Menerapkan nilai nilai patriotisme serta membuat perbandingan antara dua
petempatan tersebut.
KAWASAN KAJIAN

Bandar Baru Mergong merupakan sebuah pekan yang membangun akibat aktiviti ekonomi
yang pesat dan rancak. Bandar Baru Mergong bermula dari persimpangan utama Lebuhraya
Sultanah Bahiyah dengan Jalan Alor Merah sehinggalah ke Pasaraya Besar Tesco . Bandar
Baru Mergong terlatak 4 km dari Bandaraya Alor Setar.
Pekan Mergong dahulu merupakan sebuah pekan yang kecil yang hanya terdapat
Perumahan Taman Wira sahaja iaitu perumahan kos rendah yang dibina oleh Kerajaan
Negeri Kedah untuk penduduk berpendapatan rendah. pembangunan menjadi lebih pesat
dengan adanya pusat pengajian tinggi iaitu Kolej Insaniah , Smk Mergong, Sk Mergong,
Terminal Bas Shahab Perdana , Taman Perusahaan Ringan Kristal serta Pasaraya Besar
Tesco.
Bandar Baru Mergong ini dahulu hanya satu kawasan pertanian penanaman padi yang
utama sekitar Alor Setar tetapi sekarang telah bertukar wajah menjadi pusat perniagaan
utama di sini
Perkembangan Bandar baru Mergong juga dipengaruhi dengan terbinanya taman taman
perumahan iaitu Taman Bawal , Taman Hartamas, Taman Arowana dan Taman Selayang.
Dengan adanya Pasaraya Besar Tesco menyebabkan ianya menjadi pemangkin
pembangunan Bandar Baru Mergong.

LEPAS TU KENA ADA PETA :


-PETA NEGERI KEDAH
-PETA LAKARAN MERGONG
-PETA KAW MERGONG
-PETA BANDAR BANGKOK
KAEDAH KAJIAN

Dalam usaha saya menyiapkan kajian Geografi Tempatan PMR 2009 saya ini, saya telah
menggunakan beberapa kaedah kajian seperti berikut :

1. Pemerhatian
Saya menjalankan pemerhatian bersama rakan saya tentang perletakan kawasan kajian
saya dari segi pandang darat fizikal dan pola petempatan secara umum. Maklumat yang
diperolehi, dicatat dalam buku catatan masing masing.

2. Soal selidik
Kami telah menyediakan borang soal selidik secara berkumpulan secara sumbang
saran bersama dengan guru Geografi kami. Kami juga telah mendapatkan maklumat
daripada 20 orang responden yang telah kami pilih dari kawasan kajian tentang jantina ,
umur, bangsa, pekerjaan dan taraf pendidikan mereka.

3. Temubual
Kami mengumpulkan maklumat faktor- faktor yang mempengaruhi perkaitan antara
komposisi penduduk dengan jenis pekerjaan melalui kaedah temubual. Kami
menemubualkan 5 orang sumber tempatan yang dipilih secara rawak.

4. Rujukan
Saya telah merujuk kepada bahan bahan bacaan seperti Buku Teks Geografi Ting. 3
dan buku rujukan Pelangi dan Sasbadi untuk mengetahui format format kerja kursus
yang perlu dipatuhi. Saya juga merujuk kerja kursus para pelajar tahun tahun yang lalu
bagi memantapkan tugasan saya.
DAPATAN KAJIAN

8.1 Jenis dan pola petempatan di Bandar Baru Mergong


Jenis petempatan di Bandar Baru Mergong adalah petempatan pinggir bandar. Dengan
pemerhatian yang dilakukan didapati pola petempatan yang terdapat di sini ialah pola
petempatan berpusat, pola berjajar dan pola berselerak.

Pola petempatan berpusat terdapat di sekitar Perumahan Taman Wira serta Taman Mergong
Jaya Fasa 2 yang terdiri daripada perumahan kos rendah dan sederhana. Begitu juga dengan
sekitar Perumahan Taman Wira yang terdapat banyak rumah kedai.
Pola petempatan berjajar terdapat di sekitar Kampung Mempelam dan kampung Batin .
Kebanyakan rumah penduduk di sini terdapat di sepanjang jalan yang menuju ke kampung
tersebut

Pola petempatan berselerak terdapat di sekitar Kampung Padang Perak dan Kampung Hujung
Mergong. Ini adalah kawasan penanaman padi yang bersaiz kecil.
Begitu juga dengan petempatan di Bandar Bangkok, Thailand di mana merupakan jenis
petempatan bandar dan mempunyai pola petempatan berjajar dan berselerak.

Kita perlu rasa bersyukur kerana Bandar Baru Mergong adalah kawasan yang berdekatan
dengan Bandar Raya Alor Setar yang terdapat pelbagai kemudahan awam seperti terminal bas,
stesen minyak dan poliklinik sedangkan Bandar Bangkok adalah bandar yang sesak dengan
kenderaan serta penuh dengan pemcemaran udara.

8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan di Bandar Baru Mergong


Banyak faktor yang menpengaruhi petempatan Bandar Baru Mergong dan Bandar
Bangkok. Antaranya bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan darjah ketersampaian.
Bentuk muka bumi yang rata serta berada dalam kawasan tanah pamah Dataran Kedah
memudahkan terbentuknya kawasan petempatan di sini. Keadaan di Bandar Bangkok
pun sama kerana ia terletak di Dataran Menam Chao Phraya dekat dengan Sungai
Chao Phraya. Tanih jenis lanar yang subur sesuai untuk tanaman padi terdapat di
kawasan sini.
Adanya kemudahan pengairan, di mana padi boleh ditanam secara intensif untuk
menampung keperluan penduduk ramai.

Penanaman padi sawah merupakan kegaiatan pertanian utama di kedua dua kawasan
ini. Penduduk sekitar Bandar baru Mergong terdiri daripada 99% masyarakat melayu.
Kerja menanam padi merupakan pekerjaan utama dan mempengaruhi pola petempatan
di Bandar Baru Mergong dan Bandar Bangkok. Kita rasa bangga kerana adanya
masyarakat petani di kawasan ini kerana keamanan dan perpaduan dapat diwujudkan
melalui amalan amalan murni seperti bergotong royong membersih kampung dan
kawasan perkuburan yang terdapat di sini.

Darjah ketersampaian juga merupakan satu faktor Bandar baru Mergong terus
berkembang maju. Perjalanan dari Bandar Baru Mergong ke Bandar Alor Setar Cuma
10 minit sahaja. Banyak jalan raya yang dapat digunakan untuk ke Bandar Alor Setar,
antaranya melalui Jalan Putera, Jalan Stadium dan melalui Jalan Pegawai. Dengan
adanya terminal bas di Shahab Perdana menyebabkan kawasan ini maju dan terus
membangun.

8.3 Fungsi petempatan Bandar Baru Mergong


Bandar Baru Mergong berfungsi sebagai pusat perniagaan yang utama. Dengan adanya
Stesen bas Shahab Perdana , Perusahaan Ringan Kristal serta Pasar Raya Besar
Tesco menyebabkan ianya menjadi sentiasa sibuk. Stesen bas Shahab Perdana adalah
stesen bas utama Bandar Alor Setar.Tambahan pula terdapat sekolah menengah,
sekolah kebangsaan serta Kolej Insaniah menyebabkan prasaran di sekiitar kawasan ini
sentiasa ditingkatkan. Bandar Baru Mergong merupakan pusat perniagaan utama selain
daripada Bandar Alor Setar. Dengan pembukaan pasar raya besar Tesco serta
beberapa kedai memborong menyebabkan perniagaan di sekitar sini menjadi rancak.
Bandar Bangkok merupakan bandar pelancongan utama dunia. Bangkok juga
merupakan ibu negeri negara Thailand dan juga pelabuhan utama Thailand.
8.4 Masalah petempatan Bandar Baru Mergong
Masalah utama Bandar Baru Mergong adalah masalah kesesakan jalan raya dan
sampah sarap. Kesesakan biasanya berlaku apabila petang hari dan pada waktu hujan.
Ini adalah kerana para pekerja yang pulang kerja akan lalu melalui jalan raya tersebut.
Begitu juga kesesakan akan berlaku ketika hari hujan kerana pelajar yang akan ke
sekolah akan dihantar oleh para waris. Ini menyebabkan berlaku kesesakan yang amat
ketara ketika waktu pagi dan pelajar pulang dari sekolah. Masalah sampah sarap adalah
kerana pihak Majlis Bandar Raya yang tidak mengutip sampah mengikut jadual.
Sampah akan bertambah banyak ketika pasar tani di Taman Wira dan pasar malam di
persimpangan Poliklinik Jalan Putra.
Begitu juga dengan Bandar Bangkok. Bangkok adalah salah satu bandar yang sesak
jalan raya dengan kenderaan. Biasanya kesesakan berlaku ketika waktu puncak kerja.
Penduduk yang ramai menyebabkan berlakunya masalah setinggan disekitar tebing
Sungai Chao Phraya. Dengan jumlah kenderaan yang bertambah menyebabkan
pencemaran udara berlaku dengan berleluasa. Dengan adanya pelbagai prasarana
yang lengkap , maka kita sebagai penduduk tempatan hendaklah menghargainya dan
menjaga kemudahan awam yang disediakan.
Masalah jenayah juga menghantui penduduk andar Bangkok. Ini adalah kerana bandar
Bangkok yang menjadi “Syurga Dunia” menyebabkan jenayah banyak berlaku.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan Bandar Baru Mergong


Masalah kesesakan yang berlaku dapat diatasi dengan melebarkan lagi jalan raya yang
ada di sekitar sini. Fungsi lampu isyarat lalu lintas juga dapat mengurangkan masalah
kesesakan ketika waktu puncak. Pemindahan pasar malam di persimpangan poliklinik
Jalan Putra juga boleh mengurangkan masalah kesesakan jalan raya terutama pada
hari pasar malam. Pasar malam yang terletak di bahu jalan utam itu adalah tidak sesuai,
malah ia boleh membahayakan keselamatan para pengunjung.
Masalah sampah boleh diatasi dengan penyediaan tong sampah yang besar serta
sampah yang dikutip mengikut jadual. Penyediaan tong sampah yang kecil sekarang
adalah tidak sesuai kerana pembinaan taman perumahan yang begitu banyak
menyebabkan sampah di dalam tong akan bertaburan di bawah. Ini akan menyebabkan
anjing anjing liar sering berkeliaran di sekitar sampah tersebut.
Di Bandar Bangkok masalah kesesakan jalan raya dapt diatasi dengan penguatkuasa
undang undang. Sekatan jalan raya secara berkala dan kerapkali menyebabkan
kesesakan jalan raya dapat diatasi.
Jadual 1
Jenis Pekerjaan Melayu Cina India Jumlah
Peniaga - 5 1 6
Pekerja Kerajaan 3 - - 3
Pesawah 6 - - 6
Lain lain 3 2 - 5
Jumlah Besar 12 7 1 20

Sumber: Hasil soal selidik 20 responden di kawasan kajian Bandar Baru Mergong

Lepas itu lukis graf bar

RUMUSAN

Dalam usaha saya membuat kajian ini, saya dan ahli kumpulan saya telah
mendapat banyak maklumat tentang pola dan jenis petempatan di Bandar Baru
Mergong. Kami juga dapat mengetahui banyak faktor yang mempengaruhi
pola ,masalah dan langkah bagi mengatasi petempatan yang terdapat di sekitar
sini.

Dalam proses menjalankan kajian ini, kami telah dapat bekerjasama dan
berbincang dengan baik. Kami juga amat bersyukur dengan kemudahan asas
yang disediakan oleh pihak yang berwajib bagi meningkatkan taraf hidup
penduduk di kawasan ini. Sebagai warganegara malaysia kita mestilah menjaga
keharmonian serta perpaduan yang kita telah terapkan sejak dulu lagi.

RUJUKAN
- ORANG SUMBER
- BUKU TEKS
- INTERNET
LAMPIRAN

1. BORANG KEBENARAN
2. BORANG SOAL SELIDIK INDIVIDU
3. BORANG SOAL SELIDIK BERKUMPULAN
4. GAMBAR GAMBAR /FOTO YG BERKAITAN

Anda mungkin juga menyukai