Anda di halaman 1dari 16

TAJUK KAJIAN

PERMAINAN

TRADISIONAL
SENARAI KANDUNGAN

BIL. TAJUK
1. TAJUK KAJIAN
2. SENARAI KANDUNGAN
3. PENGHARGAAN
4. OBJEKTIF KAJIAN
5. KAEDAH KAJIAN
6. HASIL KAJIAN`
7. RUMUSAN
8. LAMPIRAN
9. RUJUKAN
PENGHARGAAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN
Congkak merupakan sejenis permainan radisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti

dalaman atau sebagai pertandingan.

LATAR BELAKANG

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori

mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang

dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai

dua liang selari berarikh semenjak 5000 hingga 7000sm di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui

pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini

merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke

sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di

Indonesia, congkak dikenali dengan nama cangklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak

yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan

menggorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
ASAS PERMAINAN

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cakap mencongak mempunyai

kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan

congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang

sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang

dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80cm dan

lebarnya 18cm.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil

buah congkak dan dimasukkan secara satu persatubuah congkak ke dalam setiap 'kampung'

menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti

di lubang yang kosong dan dianggap mati.

'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang

lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.

Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan

meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang

dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup

lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan.

Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang

sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke

lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia

mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai “tembak”.


PERATURAN DAN PERMAINAN

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa :

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan

kedua-dua pemain serentak mencapai buah d kampung masing-masing

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam

kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,

sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendrir. Pemain itu boleh menembak

kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika

ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permaina hingga buahnya mati. Sekiranya

buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan

dengan mengambil buah yang amsih banyak di mana- mana kampung sendiri. Sekiranya

buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan boleh memulakan permainan

seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada

dipihaknya, maka gilan untuk mengerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah

congkak dan jika ada kampung yang tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan

yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
BERMAIN CONGKAK

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permaian lain yang berasakan lubang

dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula

serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak

mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

CARA MEMBUAT CONGKAK

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga

papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan

si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak

yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.

2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang

diperlukan dalam membuat congkak.

3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai.

Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.

4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua

baris dan dinamakan 'kampung' yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.

5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai 'rumah'.

6. Pahat bernata halus digunakan untuk digunakan unutk melicinkan lubang tersebut. Ini

penting supaya ia tidak menggelikkan jari-jari pemain sewaktu bermain.

7. Setelah siap, papan tesebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-

tumbuhan, kosmos, geometri, dan sebagainya.

8. Papan congkak di varniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan,


perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanak di kawasan pendalaman. Tempurung

kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Buah congkak yang paling biasa digunakan iailah guli, namun apa-apa biji atau batu kecil yang

agak bulat boleh digunakan.


RUMUSAN
LAMPIRAN

PETA NEGERI SELANGOR


PETA DAERAH HULU LANGAT
PETA SEMENYIH
CARA BERMAIN CONGKAK
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai