Anda di halaman 1dari 2

Kelahiran dan perkembangan tamadun islam

Tamadun Islam bermula apabila Nabi Muhammad diutus oleh Allah kepada manusia
umat akhir zaman. Zaman Rasulullah s.a.w merupakan asas tamadun Islam. Segala aspek
kehidupan bagi umat Islam berpunca dari teras yang satu iaitu tauhid.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun gajah
bersamaan dengan 571 Masihi. Disebut tahun gajah kerana Abrahah al Asyram
menyerang Mekah dan cuba meruntuhkan Kaa’bah. Namun begitu Abrahah dihancurkan
Allah melalui burung ababil sperti yang dinyatakan dalam surah Al-fil. Ayahnya bernama
Abdullah bin Abd Mutalib meninggal dunia ketika Rasulullah 2 bulan dalam kandungan
ibunya, Aminah. Rasullah dijaga datuknya. Menjadi adapt resam masyarakat arab,
mereka mencari ibu susuan untuk anak mereka di kawasan pedalaman. Halimatus
Sa’adiah daripada Bani Saad bin Bakar menjadi ibu susuan baginda.

Ketika berusia 25 tahun, Rasulullah berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuawlid.
Setelah perkhabaran mengenai kebaikan, kejujuran, dan ketinggian akhlak sampai kepada
Khadijah, beliau segera menghantar utusan menawarkan kepada Rasulullah berniaga
hartanya di Syam. Perniagaan di Syam bertambah maju berkat dijaga oleh nabi
Muhammad dengan penuh amanah. Kemudian, rentetan peristiwa tersebut Rasulullah
dipinang Khadijah. Semasa perkahwinan rasulullah berumur 25 tahun, Khadijah berumur
40 tahun. Semua anak Rasulullah daripada Khadijah r.a kecuali Ibrahim dari Mariah al
Qibtiyah yang dikahwini selepas kewafatan Khadijah.

Penurunan wahyu: permulaan Islam

Rasulullah pergi ke gua Hira’ untuk beruzlah dan beribadat, setelah bekalan habis beliau
pulang ke rumahnya mengambil bekalan, begitulah seterusnya sehingga 3 tahun baginda
beruzlah di gua Hira’dan genap usia Baginda 40 tahun. Pada hari 21 Ramadhan tahun
ketiga Baginda beruzlahbersamaan dengan10 Ogos tahun 610m dengan kehendak Allah
telah menurunkan wahyu pertama melalui Jibril as kepada Baginda dan dilantik menjadi
Rasul terakhir.

Aisyah r. anha meriwayat peristiwa penurunan wahyu; permulaan wahyu ialah mimpi
yang benar dalam tidurnya, apa yang dilihat oleh Bagida semasa tidurnya ialah seperti
mega pagi, kemudian Baginda diperkenankan untuk berikhtila’. Baginda pun berkhalwah
di gua Hira’. Baginda bertahannuth dan beribadat di sana di malam-malam hari untuk
beberapa ketika, kemudian pulang semula ke pangkuan keluarga untuk mendapat bekalan
dari Khadijah hingga tibanya masa turun Jibril di gua Hira’.Jibril menemui Baginda lalu
memerintah Baginda membaca dengan katanya; bacalah, jawab Baginda aku tidak tahu
membaca lalu Jibril memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu
dilepas dan Jibril berkata; bacalah jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril
memeluk Baginda sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril
berkata; bacalah , jawab Baginda aku tidak tahu membaca lalu Jibril memeluk Baginda
sehingga kepenatan dan sukar untuk bernafas lalu dilepas dan Jibril berkata; Bacalah
dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia
dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah, Yang mengajar
manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya. (Al Alaq;1-5)

Khadijah r.anha menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Baginda saw. “Wahai anak
saudaraku, cubalah kau dengar perihal dari saudaramu ini,” jawab Waraqah; “Apakah
gerangan wahai saudaraku?” Rasulullah pun menceritakan segala yang terjadi, lantas
Waraqah berkata; “itulah Malaikat yang telah mendatangi Musa a.s kalaulah aku masih
muda, dan kalaulah aku masih hidup ke saat kau dihalau keluar oleh kaum kau,” sampuk
Rasulullah; “Apakah aku akan dihalau keluar oleh mereka?” Jawab Waraqah; “ya
memang tidak pernah datang seorang manusia seperti kau ini dengan bawaannya, malah
kesemuanya ditentang, kalau aku masih hidup ketika hari kau diusir oleh mereka pasti
aku akan bantu kau sepenuhnya.” Tidak berapa lama selepas itu Waraqah pun meninggal
dunia dan wahyu pun tertangguh.